Siapa sangka, kami semua telah berpeluang bertemu mata dan berjumpa dengan Cik Joy Revfa, iaitu pemilik empayar MERVE Cosmetic. Pernah dengar tentang MERVE Cosmetic? Kalau pernah dengar dan dah tahu, bagus. Kalau belum tahu, it's ok. Kat sini saya akan share sedikit-sebanyak info tentangnya secara eksklusif.
Selain diperkenalkan dengan lebih dekat dengan produk MERVE semasa majlis makan malam, kami juga berpeluang untuk bertanya sendiri Cik Joy Revfa tentang latar belakang beliau dan paling penting sejarah bagaimana terciptanya produk MERVE.
Bukan hanya perut kenyang dijamu makanan enak dan lazat di Fulhouse, Sunway Pyranid, malah pertemuan kami juga sarat dengan perkongsian pengalaman hidup beliau dan kisah jatuh bangun beliau dalam memperkukuhkan empayar MERVE Cosmetic. Rasanya tak salah untuk saya berkongsi dengan anda semua tentang insan hebat ini. Mana tahu dapat jadi inspirasi untuk kita semua tak kira dalam lapangan business ataupun kehidupan seharian.
Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya?
Beliau amat bersyukur dengan dugaan yang Allah swt anugerahkan kepadanya yang menimpa-menimpa dalam hidupnya. Oleh kerana dari ujian itu lah, timbulnya semangat yang luar biasa yang tersembunyi dalam dirinya sebelum ini. Dengan berbekalkan modal yang ada, beliau tidak teragak-agak untuk menghasilkan produk jenama sendiri. Dengan konsep fairytale, lain dari yan lain, beliau tampil dengan jenama MERVE.
Di mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi?
Bila ditanya, siapa sumber inspirasi beliau? Rupa-rupanya, ibu tercinta adalah sumber inspirasi. Ibu beliau telah membantu ramai wanita-wanita di luar sana untuk menjadi usahawan kecantikan berjaya. Jasa beliau amat besar & telah banyak membantu ramai wanita yang tiada punca pendapatan menjadi lebih berkemahiran & berjaya di dalam dunia perniagaan. Dengan sebab itu, Ibunya sendiri adalah sumber Inspirasi untuk menghasilkan produk kecantikan & kosmetik. Disokong sepenuhnya oleh Ibu sendiri, beliau rasa sangat bertuah. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Dalam industri dan aliran yang sama dengan ibunya, semestinya apa yang belia buat mendapat dorongan dari ibunya. Orang kata, lebih berkat dengan restu seorang ibu.
To cut it short, saya ingin berkongsi sedikit-sebanyak maklumat ringkas mengenai Cik Joy Revfa, pamilik empayar MERVE Cosmetic dan 4 produk utama MERVE yang sudahpun menjengah ke pasaran. Cekidout 😊
PENGASAS MERVE
- Cik Joy Revfa iaitu FOUNDER MERVE Cosmetic mula membina empayar syarikat sendiri iaitu MERVE Group Holdings Berhad & MERVE Skin Health Sdn Bhd (Merveilles) pada bulan February 2015
- Berumur 29 tahun dan merupakann 'Single Mom" yang mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Arryan Firdaus
- Berdarah Melayu-Indonesia dan kini menetap di Shah Alam, Selangor.
- Sebelum ini beliau adalah Filem Makeup Artists di Jakarta Indonesia yang bergiat aktif untuk menghasilkan karya-karya seni untuk pelakon-pelakon hebat Indonesia.
- Filem terakhir BOX OFFICE yang mana telah mengharumkan nama Joy Revfa di dunia Makeup Artists adalah "Habibie & Ainun" dibintangi oleh pelakon terkenal Bunga Citra Lestari & Reza Rahadian yang telah memenangi banyak award.
- Beliau mencipta produk Kecantikan & Kesihatan yang bertemakan Fairy Tales
- Business Partner yang berpengalaman iaitu Encik Radz Mohd sebagai President MERVE Group, team marketing, staff-staff, stokis-stokis, agent-agent & dropship-dropship MERVE yang mantap, hebat & penuh komitmen dalam menubuhkan struktur syarikat yang kukuh & gah
- Akademi Kecantikan Artistik Diyana, Shah Alam iaitu Akademi kecantikan yang diasaskan oleh Ibundanya sendiri sejak tahun 1999 iaitu Puan Sofia Abbas merupakan akdemi yang ditubuhkan untuk membantu ramai wanita-wanita di luar sana menjadi usahawan kecantikan berjaya
GORGEOUS JUICE
- July 2015 di PWTC, beliau telah membuat perasmian produk PERTAMA iaitu Minuman Kecantikan & Kesihatan The Beauty Spells iaitu GORGEOUS JUICE
- Walaupun baru berada dipasaran awal jun 2015, sambutan dan testimoni yang diterima sangat banyak & keberkesanan minuman ini amat menakjubkan. Yang amat beliau berpuas hati adalah produk Gorgeous Juice ini telah terjual sebanyak 100,000 unit dalam masa 6 bulan
- Gorgeous Juice ini mengandungi formula Collagen, Vitamin C, Stem Cell, Bearberry Extract, Pearl Powder dan Diamond Water dan diperkayakan juga dengan ekstrak makanan sunnah iaitu Pomegranate Extract (Buah Delima), Dates Extract (Kurma), dan Bee Pollen (Debunga Lebah)
- Produk ini khusus buat wanita yang ingin memperbaiki masalah dalaman terutama buat wanita yang sukar hamil, dingin dlm perhubungan seksual, memperbetulkan aturan haid, memperbanyakkan susu dada & mencantikkan lagi kulit.
MERVE FULL COVERAGE FOUNDATION
- Produk yang sedang hangat di pasaran ini merupakan produk KEDUA yang baru 3 bulan muncul iaitu MERVE Full Coverage Foundation yang menjadi viral & kegilaan pengguna wanita yang mampu mencantikkan kulit dalam beberapa saat.
- Foundation ini diperkaya dengan Super Fruits & Modern Formula ini penuh dengan khasiat untuk kulit setiap hari!
- Foundation ini mengandungi extract Mangosteen, Grapefruit, Goji Berry, Peach, Acai Berry, Pomegranate, L-Glutathione, Stem Cell, Green Tea, Vitamin C, Vitamin E & Aloe Vera yang mampu memulihkan, melembutkan, mencerah & mencantikkan kulit anda setiap hari
- Paling menarik perhatian, pada minggu pertama berada dipasaran hampir 5000 unit licin terjual
- Mempunyai 5 warna istimewa yang boleh diaplikasikan sebagai Primer (Krim Perlindung), Foundation (Alas Bedak), Concealer (Penyamar Noda) & Shading (Pembayang) yang mampu memberi khasiat pada kulit & menukar kulit anda lebih sihat bermay
MERVE FAIRY TEARS POTION
- MERVE berjaya keluarkan produk KETIGA pada pertengahan bulan February 2016 lepas.
- Fairy Tear Potion ini adalah Multivitamin Primer Serum iaitu cairan yang mengandungi formula zat yang berkhasiat untuk memperbaiki struktur kulit yang sangat luar biasa dan baunya juga wangi dengan ektrak Dewberry
- Diperkaya dengan pelbagai ektrak semulajadi bersama formula antioksidan yang hebat khas untuk memudarkan kesan parut & melembutkan kulit.
- Mampu melembapkan kulit serta menjadikan kulit cerah, halus & mulus. Umpama 2 dalam 1 Base Makeup (Primer) dan Zat Cair (Serum).
- Mampu meresap ke dalam lapisan terdalam kulit dan molekul dari formula zat umpama "lapisan Vitamin" yang hebat
- Lebih tinggi khasiat dan memberi nutrisi pada kulit berbeza dari Krim Wajah yang biasa
- Digalakkan memakai potion ini setiap hari sebelum memakai makeup kerana ianya umpama 'perisai' dari bahan-bahan tidak sepatutnya di dalam makeup yang merosakkan kulit
- Boleh dipakai di wajah, tangan dan seluruh badan yang terdapat kesan luka, parut, rekahan dan kulit kasar.
- Sebelum nak pakai makeup, sapu potion ni terlebih dahulu dan pakai setiap hari sebelum tidur.
LIMITED EDITION FAIRY TALES PASHMINA
- Produk yang KEEMPAT adalah LIMITED EDITION Fairy Tales Pashmina yang direka khas oleh Cik Joy Revfa sendiri dengan warna pastel dunia khayalan yang ceria.
- Pashmina available pada minggu terakhir bulan april 2016.
COMPACT POWDER
- Produk KELIMA merve adalah compact powder yang bakal dihasilkan & dijangka berada di pasaran dalam bulan july 2016, insyaallah.
Memetik kata-kata dari Cik Joy Revfa sendiri, kejayaaan penjenamaan MERVE sendiri adalah hasil sokongan dan dorongan followers beliau di laman sosial terutamanya di instagram. Walaupun masih baru bertapak dalam industri kosmetik di negara ini berbanding produk-produk jenama lain yang dah terkenal, namun hasil jualan dan maklum balas daripada pelanggan setia amat memuaskan. Bukan saja di Malaysia, malah MERVE sudahpun mengorak langkah sampai ke Singapura, Brunei, dan Indonesia. Apapun, semoga maju jaya dan terus sukses saya ucapkan kepada Joy dan team MERVE.
"Saya tahu pasti ramai yang ingin mengumpul koleksi Cosmetic Fairy Tales keluaran MERVE. Terima kasih sangat atas sokongan semua yang sentiasa tak sabar-sabar memiliki produk-produk Fairy Tales dari MERVE. Rakan-rakan followers saya di media sosial juga sebenarnya adalah semangat saya setiap hari. Tanpa sokongan anda, mungkin MERVE tidak menjadi viral dan mempunyai peminat yang ramai sehingga kini. Terima kasih sekali lagi yang tidak terhingga buat semua."
"Alhamdulillah, walau baru 8 bulan produk MERVE wujud dipasaran, saya bersyukur kerana telah banyak membantu ramai pengguna yg bermasalah tentang kecantikan luaran & kesihatan dalaman. MERVE juga telah mempunyai lebih 30 Stokis yg committed dan lebih 1000 Agent & Dropship seluruh Malaysia termasuk Singapura, Brunei & Indonesia. Insyallah dengan komitmen dan kepakaran kami, MERVE akan melebarkan sayap ke seluruh pelusuk negeri di Malaysia dan ke peringkat antarabangsa."
Jadi, jika ada yang di luar sana berminat untuk sertai MERVE sebagai STOCKIST PARTNERS, boleh hubungi 012 373 8787 segera. Berikut info lanjut mengenai laman sosial media Jov Revla, pemilik empayar Merve Cosmetic dan laman sosial Merve Cosmetic untuk perhatian dan kunjungan anda semua. Akan datang, saya akan kongsikan dengan lebih lanjut dan terperinci mengenai produk MERVE. Any question, just drop a comment ya. Thanks for reading 😊
FB pengasas MERVE :
Instagram pengasas MERVE :
@joyrevfa
Link official page MERVE Cosmetic Malaysia :
Manufactured by :
MERVE Group Holdings Berhad
( 1167228 T )
Distributed by :
MERVE Skin Health Sdn Bhd
( 1173249 P )
B-G-5 Vista Alam, Jalan Ikhtisas,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor, Malaysia
Hotline :
+601123650600
+60123738787
Facebook :
Merve Cosmetic Malaysia
Instagram :
@mervecosmetic_hq
Email :
Website :
5 Comments
pengasas dia cantik sungguh..
ReplyDeletetu lah, cantik macam barbie doll, hahaha
DeleteMemang sesuai la jual produk kecantikan kan
bestnya.. x ajak.. nak join
ReplyDeletedemo busy sokmo dekpon..
Deletesmula la boh
Assalammualaikum, hi semua!
ReplyDeleteProduk merve boleh dapat disini:
https://m.facebook.com/mysbeautycare/
untuk info lanjut jom kita sembang2.
whatapp 0178810960 Authorized agent
siti MS026003AG
.
♥COD Bangi, kajang, putrajaya atau berdekatan dengannya
♥POS seluruh malaysia
DROPSHIP DIPERLUKAN
pm/wa 0178810960