ICE BUCKET DI AEON MALL SHAH ALAM

Ice Bucket di AEON Mall Shah Alam kini sedang menjadi tempat tumpuan hebat semua orang yang nak merasa sendiri ais krim dalam bucket dengan saiz yang cukup besar. Bukan orang lain je, aku pun sama. Dah lama teringin nak merasa sendiri makan ais krim gergasi di Ice Bucket ni. First time tengok gambar Ice Bucket lalu di timeline instagram, terus telan air liur laju-laju. Drolling!




Konsep yang ditampilkan oleh Ice Bucket memang unik dan tersendiri. Pendek kata, lain dari yang lain. Dengan dekorasi kedai yang menarik iaitu menggunakan bucket-bucket besi bergantungan yang dijadikan sebagai lampu, bucket besar lut cahaya pula digunakan sebagai bekas untuk hidangkan ais krim kepada pelanggan dan presentation yang menarik adalah antara 3 faktor penarik utama yang mempengaruhi orang ramai untuk serbu Ice Bucket. Haaa, bab terpengaruh ni termasuklah aku sendir, wakakaka.

Paling penting, harga yang ditawarkan amat berpatutan. Jadi, tak hairanlah kalau lalu depan kedai Ice Bucket tengok orang beratur panjang setiap masa. Mana taknya, sebab cuma ada 2 outlet Ice Bucket sahaja di Malaysia setakat ini. Outlet pertama Ice Bucket adalah di AEON Mall Ipoh manakalan outlet ke-dua mereka adalah di AEON Mall Shah Alam. 




First time datang nak try makan kat sini hari tu, terpaksa batalkan hasrat sebab tengok barisan panjang nak mati macam orang beratur nak masuk stadium tengok bola sepak, hahaha. Tak puas hati, semalam pergi lagi sekali. Sekadar nak mencuba nasib. Cuma, tukar timing. Kalau pergi lewat petang dan malam tempoh hari, memang ramai orang menyebabkan misi gagal dan tukar plan ke Fradoo ABC Special. Kali ini, kita tukar time pergi lepas lunch. Fuh, nasib baik tak ramai sangat time tu. Lega! Tapi, actually jenuh jugak menunggu. Cuma barisan tak terlampau panjang macam first time pergi hari tu. Moral of the story, hanya orang-orang yang sabar je yang mampu untuk cuba Ice Bucket ni, kah3. 




Hah, ini la dia rupa Ice Bucket yang menjadi dambaan hati selama ini. Akhirnya, bertemu juga kita di sini. Untuk pengetahuan korang semua, ada 3 pilihan ice bucket yang bersaiz besar macam ni iaitu (1) Fruity Bucket, (2) Choco Bucket dan (3) Strawberry Bucket. Memandangkan ni first time kami sampai di Ice Bucket, AEON Mall Shah Alam, jadi kami decide nak try Fruity Bucket. Nampak macam menarik je yang ni sebab ada 4 lapisan buah-buahan campuran iaitu strawberry, pisang, dan kiwi dan nangka.


Ok, pergi sudah, makan pun sudah, Now, sampai turn untuk aku kongsikan pengalaman pertama kali singgah makan di Ice Bucket, AEON Mall Shah Alam. Mana tahu kan, ad ayang teringin nak pergi ke sana. Boleh la tengok apa yang menarik dan nak order apa. Jom, cekidout!!!


1) Sistem order - Sistematik dan cekap

First thing first, memang kena beratur. Nak tak nak, memang kena beratur sampailah sampai giliran. Kemudian dorang akan tanya berapa orang untuk seat arrangement. Dah dapat seat, dorang akan bagi menu catalog dan buatlah pilihan ikut citarasa sendiri. Sistem order macam Old Town Coffee, Boat Noodle dan seangkatan dengannya. Dorang akan bagi pensil dan borang kecil, nah isi la nak order apa. 


TIPS: Order biar puas hati dan berbaloi dengan masa yang korang spend untuk beratur, kah3


2) Menu pilihan - Variasi hidangan dan minuman dengan harga berpatutan

Bukan hanya ais krim gergasi dalam bucket je ada, macam-macam lagi menu yang ada termasuklah burger, fries, nasi lemak, fresh juice dan macam-macam lagi. Untuk kunjungan pertama kami bersama team +Projek Travel , kami just order Fruity Bucket, Fries dan Meatball. Overall memang puas hati sebabnya presentation menarik, harga berpatutan dan paling penting sedap. Bravo!


Harga: RM29,90

TIPS: Nak jimat baik order yang bucket besar dan makan ramai-ramai. 
Gelas kecil untuk seorang RM13++. Kalau yang ni cuma RM29.90


Setiap orang akan diberikan mangkuk dan sudu.
So, jangan duk bayangkan korang kena makan dalam baldi sebesar alam tu ye :P

TIPS: Boleh makan untuk 3-5 orang bergantung kepada saiz perut, wakakaka


Fries yang sedap dan sos yang lazat. Worth it to try!

Meatball yang juicy dan sos black pepper yang lazat hingga menjilat jari. Yummeh!


3) Enjoy your meal - Setiap gerak-geri anda diperhatikan!

Bila datang tempat yang crowded macam ni, lagi-lagi yang ada limited seat, satu je yang menghantui aku. Aku rasa setiap gerak-geri sedang diperhatikan. Oleh siapa? Oleh orang-orang yang sedang beratur tunggu turn untuk masuk dan makan. Alahai, kesian. So, at this point, kita kena ada sikap toleransi sikit. Nak chit-chat sambil makan-makan, nak selfie gaya bebas, atau nak rekod video time makan rasanya itu tiada masalah. Find your own suite time. But, bila dah settle makan semua, rasanya kalau nak sambung borak atau lepak, eloklah rasanya kita angkat kaki dan pergi cari tempat lain. Bagi chance orang lain pulak duduk. Ok? Khidmat pesanan masyarakat ikhlas dari saya :) 


Abaikan orang yang duk perhati, kita wefie dulu seround!
Sebab tak pelik pun, orang lain pun buat benda yang sama, muahahaha

Saya dah cuba. Anda bila lagi?


Overall, pengalamam datang sini amat berbaloi. Worth it to try. Makanan dan minuman sedap dan harga pun berbaloi. Cuma, kena bawa sabar tu lebih sikit datang sini especially bab beratur tunggu seat dan order. Kalau orang tanya nak repeat lagi tak datang sini? Of course la nak. Nak try yang Choco Bucket dan Strawberry Bucket pulak. Sape nak pergi sana, roger-roger please. Nak join sekaki :) Apapun, selamat mencuba!


Outlet Ice Bucket Malaysia:
AEON, Ipoh Klebang
AEON, Shah Alam 

Waktu operasi:
10am-10pm 
(last order 930pm)

Facebook:

Instagram

Hashtag

Post a Comment

2 Comments

  1. dh try yg chocolate bucket, nanti leh try yg fruit plak...mmg kena mkn rmi br syok rebut222 hehe....mmg kalo dpt meja dkt ngan tmpt org Q tu bertabah la...tp mmg wajib selfie wefie hehe

    ReplyDelete
  2. Shah alama tkt berapa? Sembang jaw2..lokasi xnak bg..adui la..

    ReplyDelete