BERBUKA PUASA DI RESTORAN KONTIKI, THE FEDERAL KUALA LUMPUR

Setelah dua hari berkesempatan untuk berbuka puasa bersama family di kampung, akhirnya kena terima hakikat untuk pulang bekerja ke Kuala Lumpur. Suasana berbuka puasa di kampung semestinya meriah dengan pelbagai jenis juadah. Suasana berbuka di KL pulak macam mana? Kalau hari kerja, biasanya akan singgah di bazar Ramadan untuk beli juadah berbuka, then balik berbuka puasa di rumah. Kalau mood rajin datang, ada la bertukang sikit di dapur bujang untuk masak menu-menu simple. Dan, kadang-kala kalau kena dengan masa, join member-member bloggers untuk berbuka puasa di Buffet Ramadan di hotel sekitar Kuala Lumpur. Dan lokasi berbuka puasa untuk kali ini adalah di Restoran Kontiki, The Federal Kuala Lumpur.


Restoran Kontiki, The Federal Kuala Lumpur


Restoran Kontiki, The Federal Kuala Lumpur ni terletak di Imbi iaitu berdekatan dengan Plaza Low Yat. Mungkin ada yang tertanya-tanya, macam mana nak ke sana kan? Just guna waze, search "The Federal KL", memang akan jumpa, Kalau yang drive untuk datang ke sini, boleh park kereta masing-masing di parking area Plaza Low Yat. Kalau nak datang dengan public transport pun boleh. Sangat dekat dan sangat mudah. The Federal Kuala Lumpur ni terletak berhampiran dengan stesen monorail Imbi. Menapak sikit, lepas Plaza Low Yat sikit, terus jumpa The Federal Hotel Kuala Lumpur. 


Checked in! Restoran Kontiki The Federal KL


Memandangkan The Federal Kuala Lumpur ni memang dekat dengan area office dan public transport, so bolehlah join member-member untuk berbuka puasa bersama. Naik LRT dari stesen Bandaraya ke stesen Hang Tuah. Dari stesen Hang Tuah, tukar monorail untuk ke stesen Imbi. Tadaaa, dah sampai di Kontiki, The Federal Kuala Lumpur. Jadi, kalau korang tengah mencari lokasi untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan sepejabat atau reunion bersama member-member rapat, boleh la pilih Kontiki, The Federal Kuala Lumpur.


Sajian Kampung Buffet Dinner


Untuk Ramadan kali ini, pihak Kontiki, The Federal Kuala Lumpur menyajikan Sajian Kampung Buffet Dinner. Menjejakkan kaki ke Resotran Kontiki dengan disajikan dengan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa, memang mengujakan. Bermula 10 Jun 2016 sehingga 2 Julai 2016, Restoran Kontiki menyediakan lebih 100 hidangan tradisi pada harga RM118 nett untuk dewasa, RM38 nett untuk kanak-kanak dan 50% off untuk warga emas (senior citizen). 


Ruang makan yang teratur dan selesa


Selain pelbagai jenis juadah istimewa yang menggiurkan, Restoran Kontiki ini juga sangat selesa dan menyediakan ruang makan yang kemas dan teratur. So, tak payah bimbang takde ruang nak duduk ke, takde ruang nak lalu-lalang ke, don't worry, Semuanya dalam keadaan terkawal. Just relax and enjoy the delicious food. Kalau nak feel special sikit, boleh book seat yang macam buai tu. Fuuh, lawa jugak. 


Seat yang selesa


Nin dia, siap ada kusyen dan ada bantal. Sangat selesa. Kalau dapat hidangan sedap-sedap, duduk pulak selesa macam ni, memang malas la nak bangun. Ni konsep lepas kenyang perut, boleh landing ke apa? hahaha. Pssst! Abaikan bag tangan kat sebelah tu. Not mine! Bukan juga milik buah hati, chia chia chia. Tumpang duduk bergambar kejap je tu, hahaha. Amacam, menarik tak konsep tempat makan kat sini? 


Ok, jom kita tengok pulak menu-menu istimewa yang disajikan di Restoran Kontiki, The Federal Kuala Lumpur. Mana tahu kan, ada kawan-kawan yang tengah survey untuk cari lokasi berbuka puasa. At least, dapat membantu korang semua buat pertimbangan dan keputusan ye. Cekidout!


1) Aneka jenis kuih-muih tradisional

Rindu kuih-muih di kampung? Jangan risau! Di Restoran Kontiki ni, macam-macam kuih ada termasuklah aneka jenis kuih nyonya. Pilih je nak makan apa. Ambil mana yang berkenan dan nikmati dengan penuh senyuman :)


Gula Melaka, Kuih sagu, tepung pelita, kuih cara dan macam-macam lagi

Kuih ros, rempeyek, kuih talam, kuih lapis, pulut bakar, kuih koci pun ada!


2) Pelbagai jenis kek dan puding

Teringin nak makan macam-macam jenis kek? Pilihlah kek favorite korang, Red velvet, chocolate moist, cheese cake dan macam-macam jenis kek lagi ada tersedia. Oppps! Puding buah dan puding roti pun ada.  

Aneka jenis kek dan puding buah. Yummeh!


3) Sajian Kampung 

Antara sajian kampung yang tersedia di Tunku's Kitchen adalah ketam masak sos tomato, ayam masak kuning, pajeri terung, daging pedas, ikan merah asam pedas, sambal sotong, daging masak cili api, ketam masak kuning daun kunyit dan macam-macam lagi. Selain itu, ada dalca kambing, sambal tumis udang dengan petai dan aneka jenis kerabu untuk dicuba. Memang seleksi pilihan yang sangat banyak.
  

Telur asin, ikan kering, ikan goreng, kepak ayam goreng

Pelbagai jenis sambal

Pulut, serunding, lemang dan rendang


4) Sajian Antarabangsa

Selain sajian kampung, Kontiki juga menyediakan sajian antarabangsa termasuklah sushi & sashimi, fresh oyster dan aneka jenis salad.


Fresh oyster


5) Kambing panggang dan satay

Tak lengkap rasanya kalau Buffet Ramadan tanpa seekor kambing panggang dan satay. Ya, seperti lokasi-lokasi lain, Restoran Kontiki juga menyediakan kambing panggang dan satay kepada pelanggan.


 
Kambing panggang dan satay


6) Nasi Bukhari

Sebelah kambing panggang pulak, ada Nasi Bukhari. Untuk korang yang dah takde selesa nak makan nasi putih dan inginkan kelainan semasa berbuka puasa, boleh cuba Nasi Bukhari ni. Seriously, sedap. Pekena pulak dengan kambing panggang. Omnomnom!


Nasi Bukhari


7) BBQ station

Di Restoran Kontiki siap ada BBQ station special lagi yang diberi nama Cylinder BBQ Station. Kat sini, macam-macam lauk-pauk yang dibakar ada. Sebut saja nak makan apa, semua ada. Ketam, udang, ikan, daging, kambing, semua ada! 


Cylinder BBQ - Aneka juadah BBQ


8) Jeruk buah

Makan macam-macam juadah, macam-macam lauk-pauk dan kuih-muih, seterusnya pekena pulak jeruk buah. Perghhh, marvelous! Buah cermai, mangga, betuk, salak, kelubi, anggur, semua ada. Aishhh, sedap nih. Gulp!


Jeruk buah-buahan


9) ABC station

Untuk penggemar ABC atau ais kacang, kat sini siap ada special station self-service. So, kalau teringin sangat nak makan ABC, boleh buat sendiri. Ikutlah, nak lebih kacang merah ke, nak lebih jagung ke, nak kurang manis ke, ikut kehendak masing-masing. You buat, you makan!


ABC station


10) 8 jenis set menu berbeza mengikut hari

Sepanjang bulan Ramadan, chef-chef di Restoran Kontiki akan menyediakan 8 jenis set menu yang berbeza setiap hari mengikut turutan (on rotation basis). Dan, inilah wajah-wajah ceria yang bekerja keras untuk menyediakan menu-menu special Sajian Kampung di Restoran Kontiki. 


Barisan chef di Restoran Kontiki


Blurpppp. Alhamdulillah! Memang betul-betul kenyang dapat berbuka puasa dengan Sajian Kampung ramai-ramai di Resotran Kontiki, The Federal Kuala Lumpur ni. Dah selesai berbuka puasa, boleh lah stop sekejap untuk solat maghrib. Surau ada disediakan di tingkat 3. Lepas solat, haa boleh sambung lagi makan sehingga jam 9:30 malam.



Dan ini antara juadah berbuka puasa aku tempoh hari. Seriously, tak tahu nak pilih apa sebab banyak sangat and mostly sedap-sedap. From the long long list just know, I prefer macam-macam jenis kerabu, nasi bukhari, kambing panggang, dan udang BBQ. Ya Allah, sedap tak terkata. 


My favorite: BBQ udang, mix kreabu, kuih pelita dan nasi bukhari


Ok, done! Sekian saja perkongsian tentang pengalaman berbuka puasa di Restoran Kontiki, The Federal Kuala Lumpur. So, kalau ada plan nak pergi berbuka puasa kat sana, bolehlah buat tempahan awal ye. Selamat mencuba! 


Untuk tempahan atau maklumat lanjut, boleh hubungi

Kontiki Restaurant, The Federal Kuala Lumpur

No telefon:
03-2148 9166

Website:

Facebook:

Instagram:

Twitter:


NOTA KAKI: Jangan lupa untuk ikuti perkongsian menarik tentang menu-menu istimewa di lokasi-lokasi terbaik sempena Buffet Ramadan di instagram @penaberkala ataupun search hashtag #PenaBersantap dan #25PilihanRamadanPT

Post a Comment

2 Comments