BUFFET RAMADAN DI NOOK, ALOFT KL SENTRAL

Buffet Ramadan di Nook, ALoft KL Sentral | Antara lokasi terbaik di Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan orang ramai untuk buffet Ramadan (berbuka puasa) adalah di Nook, ALoft KL Sentral. Selain terletak di lokasi yang strategik dengan jaringan pengangkutan awam yang serba-lengkap seperti KTM, LRT, dan monorail, ALoft KL Sentral juga menjadi tumpuan utama kerana terletak berhampiran dengan bangunan-bangunan pejabat. 




Personally, kalau nak pilih lokasi untuk majlis berbuka puasa untuk rakan sepejabat atau majlis keraian, semestinya lokasi yang berdekatan dengan public transport menjadi pilihan. Lagi-lagi, kalau dah office terletak di kawasan yang sama. So, tak payah nak pening-pening fikir nak pilih tempat lain dan pastinya nak elak kesesakan lalu-lintas yang teruk. Ini first time aku menjejakkan kaki ke ALoft KL Sentral. Mudah je nak cari lokasi ALoft KL Sentral ni. Betul-betul terletak di sebelah NU Sentral. Nak tahu apa yang menarik sempena Buffet Ramadan di Nook, ALoft KL Sentral?




Sempena dengan bulan Ramadan tahun ini, Restoran Nook di ALoft KL Sentral menyajikan pelbagai seleksi hidangan fusion kegemaran rakyat Malaysia. Nook, ALoft KL Sentral akan menghidangkan makanan tempatan dan antrabangsa dengan live action di beberapa food stations yang disediakan sekaligus menjanjikan pengalaman terbaik menikmati buffet Ramadan.


Stuffed whole lamb rice (Nasi sumbat kambing)

Dengan aneka juadah yang pastinya menambat selera, Malay Speciality Chef di Nook iaitu Chef Hamid Buyong tampil dengan pasukan berpengalaman yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya dalam menghasilkan hidangan fusion pilihan ramai.




Bermula 8 Jun 2016 sehingga 7 Julai 2016, Nook di ALoft KL Sentral menawarkan pakej buffet Ramadan pada harga RM123 Nett per pax. Untuk early bird special, korang boleh dapatkan pada harga diskaun iaitu RM95 nett (untuk vouchers bawah 35 keping) dan RM85 nett (untuk vouchers melebihi 36 keping) sehingga 7 Jun 2016. Hah, cepat grab sebelum terlambat. Sesuai untuk functions/ event berbuka puasa company atau family gathering. Lagi ramai, lagi jimat!


Kerabu


Dengan pengalaman dalam industri kulinari melebihi 20 tahun, Chef Hamid dan pasukan berjanji untuk menyajikan hidangan yang terbaik tak kira hidangan tempatan (Malaysia) ataupun hidangan Barat. Selain itu, Chef Hamid juga akan menyajikan hidangan istimewa rakyat Malaysia iaitu masakan kampung isitimewa daripada resepi keluarga. 


Antara hidangan yang disajikan di Nook, ALoft KL Sentral adalah stuffed lamb rice, crab curry, beef chin rendang, laksa Sarawak, udang masak lemak, bubur lambuk dan banyak lagi. Selain itu, steamed fish head with black bean anchovy sauce, poached lamb shank dan wok fried roasted duct adalah antara hidangan dari dapur Chinese yang turut disediakan untuk juadah berbuka puasa di Nook, ALoft KL Sentral.


Sayur

Sambal petai

Crab Curry

Steamed Fish

Beef shin rendang

Poached lamb shank

Hidangan antrabangsa pula merangkumi oyster au gratin, grilled saba fish, honey barbecue chicken wings dan macam-macam lagi menu yang istimewa. So, tak perlu risau. Memang banyak seleksi juadah yang tersedia. Dari timur ke barat, local dan international semua ada. Enjoice!


Bubur lambuk

Kuih-muih tradisional

Pilihan dessert yang memikat selera


Dari segi dessert pula, mereka tampil dengan pelbagai jenis kuih-muih tradisional, chocolate mashmallow tartlets, coconut panna cotta, sago gula melaka, hot almond cream with roasted almond flakes dan tidak ketinggalan juga ais batu campur dan pulut durian. Yummeh!


Jadi, jika ada yang tercari-cari lokasi untuk berbuka puasa atau buffet Ramadan di sekitar Kuala Lumpur, bolehlah pilih Nook di ALoft KL Sentral sebagai pilihan anda. Untuk info lanjut, bolehlah kunjungi:

Nook, ALoft KL Sentral
5 Jalan Stesen Sentral,
Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur

Telefon
+603-2723 1188

Fax
+03-2723 1158

Email
aloft.kualalumpur@alofthotels.com

Website


NOTA KAKI: Jangan lupa untuk ikuti perkongsian menarik tentang menu-menu istimewa di lokasi-lokasi terbaik sempena Buffet Ramadan di instagram @penaberkala ataupun search hashtag #PenaBersantap dan #25PilihanRamadanPT

Post a Comment

0 Comments