MAKANAN THAI | BUFFET RAMADAN DI CHAKRI PALACE, KLCC

Tomyam, somtam dan pulut mangga antara makanan kegemaran aku. Makanan-makanan tersebut cukup popular di negara jiran, Thailand. Tahun lepas, aku sanggup travel ke Thailand semata-mata nak try makan tomyam sedap dan somtam power kat sana sambil kutip pengalaman baru. So far, pernah menjejakkan kaki ke Hatyai, Krabi dan Pattaya. Dan bila sampai sana, antara benda pertama yang aku try makan adalah somtam, tomyam dan pulut mangga. Kadang-kadang, kalau terjumpa pulut ayam macam pergi ke Krabi, padahal di stesen bus je pun, aku beli. Terliur beb! Nampak tak penangan makanan Thai dalam hidup aku? haha. 


So far, alhamdulillah. Di Malaysia sekarang pun penuh dengan lambakan makanan Thai untuk kita cuba. Yeay, tak payah nak travel ke Thailand lagi kalau mengidam nak makan makanan Thai. Cari je di kedai-kedai makan, restoran atau hotel, mesti ada makanan Thai yang disediakan. Contohnya di Chakri Palace. Setakat ni, Chakri Palace ada 2 outlet di Kuala Lumpur iaitu di Suria KLCC dan Pavilion.

Chakri Palace KLCC

Makanan Thai dan Restoran Chakri Palace KLCC memang cukup sinonim. Dengan tagline "Royal Thai Cuisine", Chakri Palace menyediakan pelbagai menu yang terkenal di Thailand. Sempena bulan Ramadan, Chakri Palace KLCC juga ada menyediakan pakej Buffet Ramadan terutamanya kepada semua penggemar makanan Thai. Moleklah tu, dah la dekat dengan public transport (LRT KLCC), dekat dengan shopping mall (Suria KLCC & Avenue K) dan paling penting banyak pilihan hidangan yang disediakan. Perfecto!


Selamat berbuka puasa di Chakri Palace KLCC

Baru-baru ni, aku sempat pergi try juadah berbuka puasa sempena Buffet Ramadan di Charkri Palace KLCC. So, kalau korang plan nak berbuka puasa ramai-ramai atau mencari lokasi Buffet Ramadan di Kuala Lumpur, aku cadangkan Chakri Palace KLCC. Mana mana caranya?

Cara Reservation di Chakri Palace

1. Beli voucher secara online di www.berbuka.chakri.com.my
2. Buat tempahan tempat duduk (reservation) melalui panggilan telefon
3. Bawa bersama voucher yang dibeli tadi dan enjoy the meal!

Buffet Ramadan Chakri Palace KLCC

Biasanya, kalau duk cerita pasal Buffet Ramadan, mesti ada yang tanya, "Harga Buffet Ramadan kat situ berapa?". Ok, untuk harga pula, terbahagi kepada 3 kategori iaitu dewasa, kanak-kanak dan warga emas (senior citizen). Kalau buat reservation untuk 5 orang, akan dapat percuma 1 seat. Dan tempahan boleh dibuat sehingga 50 orang. Nak buat majlis berbuka puasa syarikat atau gathering, boleh juga kat sini. Dan untuk pengguna kad kredit Citibank, layak menerima diskaun sebanyak 15%.

Dewasa
RM91.90 per person

Kanak-kanak (6-12 tahun)
RM47.90 per person

Warga emas (56 tahun ke atas)
RM47.90

Menu di Chakri Palace KLCC

Secara keseluruhannya, Chakri Palace menyediakan 3 menu utama iaitu Menu 1 (Isnin dan Selasa), Menu 2 (Rabu dan Khamis) dan Menu 3 (Jumaat, Sabtu dan Ahad). Jom kita tengok apa menu-menu best yang ada di Chakri Palace KLCC.

Air tebu - Tomyam - Nasi briyani - 

Macam biasa, kalau pergi buffet akan terkam makanan favorite dulu. Then, baru try menu-menu yang lain. Seriously, banyak pilihan yang best-best. Worth it to try!

Mieng Kam - Tomyam - Red Ruby - Pulut Mangga

Daripada banyak-banyak menu Buffet Ramadan yang ada di Chakri Palace KLCC, meh kita tengok seleksi pembuka selera (appetizer) dulu. One of my favorite is mieng kam. Then, aneka jenis kerabu yang ada especially somtam. Haa, itu wajib ambil untuk try. 

Appetizer
Mieng Kam
Mee Krob - Thai Crispy Fried Noodle
Samosa
Deep Fried Tofu
Shrimp Cracker
Kurma (dates)
Aneka Jeruk

Mieng Kam. ialah menu appetizer paling famous di Thai. Menggunakan daun kaduk

Dan jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri aneka jenis kerabu yang ada. Ini pun my favorite juga. Kerabu seafood, kerabu mangga dan somtam, semua aku sebat! Memang takleh tengok jenis-jenis kerabu ni, nak ngaappp je rasa!

Salad
Spicy Grilled Chicken Salad
Traditional Mixed Mango & Papaya Salad
Seafood Salad

Kerabu seafood, kerabu mangga dan somtam (kerabu betik)

Untuk hari-hari tertentu, menu-menu utama akan silih berganti. So, don't worry! Banyak pilihan yang berlainan jenis ada di Chakri Palace KLCC. Apa menu favorite kat sini? Definitely, prawn with butter sauce dan chicken kapitan. Yummeh!

Main Dish
Prawn with Tamarind Sauce
Green Curry Lamb
Beef with Pepper and Oyster Sauce
Deep Fried Fish with Phad Cha Sauce
Stir Fried Whole Squid With Garlic
Beef Rendang
Stir Fried Kuey Teow
Mixed Vegetable
Chicken Kapitan
Steamed Rice
Nasi Briyani


Prawn with Butter Sauce, Massaman beef, Chicken Kapitan, Steamed fish with lime & chilli, Lamb with black pepper sauce, Mixed Vegetable, Stir Fried Beancurd with Thai Basil Leaves and Fresh Chilli, Stir Fried Chicken with Sweet and Sour Sauce, Stir Fried Mee Hoon, Nasi Briyani, Vegetable Spring Roll, Samosa

Selain menu-menu utama yang terhidang, ada juga live stations yang menyediakan menu-menu meletop dari Thailand. Apa dia? Antaranya, tomyam dan laksa thai. Tomyam boleh pilih nak tomyam biasa atau tomyam putih. Laksa Thai pula memang wajib cuba sebabnya kuah dia lain dari laksa-laksa yang pernah kita makan di Malaysia.

Live Stations
Tomyam with Noodle
Satay beef & chicken served with peanut sauce
Ikan Bakar
Thai Laksa

Tomyam with noodle

Satay Ayam dan Satay Daging

Ikan Bakar

Laksa Thai

Tak lengkap rasanya menu Buffet Ramadan tanpa pencuci mulut (dessert). Ini pun syiok juga sebab menampilkan juadah yang best-best. Paling best semestinya pulut mangga. Omnomnom!  

Dessert
Red Ruby
Thai Coconut and Pandan Jelly
Steamed Banana
Mango Sticky Rice
Pumpkin in Coconut
Corn and Sago in Coconut Milk
Cake
Mixed Fruit
Assorted Kuih-muih




Drinks
Tea Tarik
Coffee
Fruits Punch
Sugarcane
Soya Bean
Mango Juice


Setakat ini saja perkongsian tentang Buffet Ramadan di Chakri Palace KLCC. Jujurnya, aku suka dengan pilihan menu yang ada. Rata-rata menu kegemaran aku ada kat sini. So, memang boleh recommend kat member-member. Kepada peminat-peminat makanan Thai di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk menikmati juadah berbuka puasa Ala Thai di sini. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk details yang disertakan kat bawah ni ye. Selamat mencuba!



Buffet Ramadan Chakri Palace
Bermula 10 Jun 2016 
6.30 petang – 10.00 malam

Imperial Chakri Palace KLCC
Dewasa : RM91.90 / seorang
Kanak-kanak & Warga Emas (6-12 Tahun) – RM47.90 / seorang

Alamat:
Lot 417B, Level 4, Suria KLCC
50088 Kuala Lumpur
Tel : 03-2382 7788
Fax : 03-23820269

Chakri Palace Pavilion
Dewasa : RM79.90 / seorang
Kanak-kanak & Warga Emas (6-12 Tahun) – RM39.90 / seorang

Alamat:
Level 4 Connection, Pavilion KL
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-21431141
Fax :03-21441141
E-mail : cp.pavilion@chakri.com.my

Facebook: 

Website: 

Post a Comment

1 Comments

  1. Almost semua nampak pretty enticing. Lagi-lagi makanan ala Thai, confirm sedap punya la. Thank you for sharing this!

    ReplyDelete