Baru-baru ni, aku pernah share pengalaman menginap di Capsule by Container Hotel KLIA 2. Kali ni, aku nak share satu lagi lokasi untuk transit di KLIA 2 sebelum meneruskan penerbangan ke destinasi yang dituju. Mesti ramai yang tertanya-tanya, "Apa beza antara Capsule dan Plaza Premium Lounge?" Actually, Plaza Premium Lounge ni adalah lounge untuk business class dengan menawarkan service premium kepada semua pelanggan. Berbeza dengan Capsule yang hanya menyediakan basic service untuk tidur dan shower sahaja. Pendek kata, Plaza Premium Lounge ni menawarkan service yang lebih banyak pada kadar yang lebih tinggi. High class punya tempat la boleh kata.
Nap, Lounge, Shower
Nap, Lounge, Shower! Itulah antara 3 perkataan yang cukup sinonim dengan Plaza Premium Lounge. Ada yang mencari tempat untuk tidur, ada yang mencari tempat untuk berehat dan menyelesaikan kerja-kerja peribadi/ pejabat, ada yang mencari tempat untuk mandi, malah ada yang mencari lokasi untuk semua sebab-sebab berikut. Jadi, Plaza Premium Lounge adalah jawapannya. Selain dapat singgah berehat, makan, minum, tidur dan mandi, Plaza Premium Lounge adalah tempat high class untuk bersantai sebelum menunggu waktu penerbangan especially flight di awal pagi.
Plaza Premium Lounge
Plaza Premium Lounge merupakan lokasi yang sesuai untuk travellers yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan menawarkan service yang cukup lengkap sekaligus memenuhi keperluan sepanjang transit di lapangan terbang. Antara kemudahan yang disediakan adalah tempat duduk yang selesa, kemudahan internet percuma, juadah buffet, bilik tidur dan kemudahan untuk mandi-manda. Pendek kata, all in one place!
Kaunter Plaza Premium Lounge KLIA2
Kalau berada di KLIA 2 dan tercari-cari lokasi yang sesuai untuk berehat atau beradu, bolehlah singgah di Plaza Premium Lounge. Untuk keterangan lanjut mengenai rate atau service yang disediakan, boleh refer terus dengan staff yang bertugas di kaunter. Untuk lepak santai di lounge, korang boleh pilih untuk durasi 2 jam, 5 jam atau 10 jam pada kadar serendah RM168 termasuk free flow makanan dan minuman. Selain itu, untuk perkhidmatan bilik mandi (30 minit) dikenakan caj pada kadar serendah RM32.
Food and baverages
Pertama kali menjejakkan kaki di Plaza Premium Lounge, aku teruja tengok konsep yang diketengahkan di sini. Menyediakan ruangan yang sangat selesa untuk setiap traveller yang singgah, sekaligus menyediakan hidangan juadah untuk makan malam dan juga breakfast. Paling best, free flow buffet yang ada pelbagai makanan dan minuman untuk alas perut sepanjang transit di sini. Kalau penat sangat, nak lelap pun boleh kat sini. Cuma, kalau nak lagi selesa boleh book room untuk tidur yang lebih nyenyak.
Dinner
Antara hidangan yang ada adalah sandwich, pasta, nasi lemak, roti dan lain-lain lagi. Air pula ada air kordial dan air tin. Pilih je nak minum air apa dan nak makan apa. Free flow beb! Worth it dengan bayaran yang dikenakan. So, enjoylah dengan segala kemudahan yang ada.
Wi-Fi, Internet workstations & TV Channels
Nak tengok tv boleh, nak baca majalah boleh, nak buat kerja dengan menggunakan kemudahan internet yang disediakan pun boleh. Kalau ambil pakej lounge saja, boleh lah santai-santai di sini. Tapi, kalau badan dah penat dan perlukan rehat yang cukup, kenalah book room untuk tidur. Room pulak ada macam-macam jenis, ikut keperluan yang kita nak. Antaranya Single Room (seorang), Studio (2 orang), Traveller suite (4 orang), Family Suite (4 orang). Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk info di bawah:
Single room (Single Bed - seorang)
3 jam - RM238
5 jam - RM258
10 jam - RM278
Studio (Bunk bed - 2 orang)
5 jam - MR358
Traveller suite (2 bunk beds - 4 orang)
5 jam - RM568
Family suite (2 twin beds + 1 bank bed - 4 orang)
RM568
Extension hour (per hour per room) - RM90
Traveller Suite
Dan pengalaman transit di Plaza Premium Lounge, KLIA 2 tempoh hari, aku berpeluang untuk stay di Traveller suite bersama +Mawardi Yunus , +Ahmad Fauzi Aryaan dan +Yazid Izzat . Seriously, memang selesa dengan tilam empuk, bantal empuk dan selesa. Huwarghhh, rasa macam malas nak bangun dari tidur. But, bila bangun memang rasa fresh sebabnya dapat tidur yang berkualiti.
Breakfast
Bangun je dari tidur, terus mandi dan siap-sedia pack barang untuk bergerak ke departure hall KLIA 2. Tapi sebelum tu, kami breakfast dulu. Pekena sandwich, yogurt, minum dan makan mana yang patut untuk alas perut. Boleh makan sambil relax-relax lagi sebabnya Plaza Premium Lounge ni terletak tak jauh dari balai perlepasan KLIA 2.
2.5 minit ke balai perlepasan
So, kalau korang menginap di Plaza Premium Lounge KLIA 2, don't worry takut terlambat ke apa. Unless korang overslept, keh3. Jarak perjalanan dari Plaza Premium Lounge untuk ke Balai Perlepasan KLIA 2 hanya mengambil masa 2.5 minit je. Dekat kan? Ye, sangat dekat. Naik satu aras, jalan terus, tup tup dah sampai ke balai perlepasan. Cuma, dari situ nak masuk ke dalam sana ambil masa sikit. Nak tak nak, memang kena gerak awal jugak ye. Jangan lengah-lengahkan masa, nanti kena tinggal menangis tak berlagu di airport.
Get ready to fly!
Itulah serba-sedikit pengalaman kami menginap di Plaza Premium Lounge. Overall experience kat sini sangat best. Dari aspek makan minum, tidur, kemudahan semua, tip top! Untuk urusan business atau orang-orang yang pentingkan keselesaan, sangat-sangat recommend untuk transit di Plaza Premium Lounge KLIA 2.
Jom tengok video yang sempat kami rakam sepanjang berada di Plaza Premium Lounge, KLIA 2. Mana tahu kan, ada antara korang yang nak stay kat sini di masa akan datang. So, boleh ambil feel dulu sikit-sikit. Oh lupa nak bagitahu, Plaza Premium Lounge ni ada di merata tempat termasuklah di Kuching, Kota Kinabalu, Langkawi, Penang, Macau, Hong Kong, Singapore, dan serata dunia. Paling menakjubkan, brand Plaza Premium Lounge adalah daripada anak watan, warga Malaysia. Salute!
Untuk maklumat lanjut, boleh terjah website:
2 Comments
best tmpat ni, silap2 xmau balik hahahaa
ReplyDeleteSiapa yg ada kad kredit yg ada kemudahan complimentary boleh lah cuba tapi limit cth 250 org pertama setiap bulan.
ReplyDelete