Lain daripada yang lain, itulah yang dapat diungkapkan bila berkunjung ke Pullman Putrajaya Lakeside. Untuk kali ini, Pullman Putrajaya Lakeside tampil dengan konsep yang sangat berbeza untuk buffet Ramadan bagi tahun 2016. Actually, ini kali ke-2 aku menjejakkan kaki ke sini. First time pergi dinner di B's Restaurant (klik sini) pada tahun 2014. Time flies so fast, now 2016 and I was here again but for Ramadhan Magical Nights.
Lokasi untuk Buffet Ramadan di Pullman Putrajaya Lakeside adalah di Clock Tower Courtyard. Dengan tema "Ramadhan Magical Nights", macam-macam ada. Selain ratusan juadah yang tersedia, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan especially untuk kanak-kanak dan keluarga seperti kids entertainment, muzik tradisional dan live performances. Kalau datang sini, gerenti anak-anak suka. Mana taknya, siap ada the tallest man in the city, hehe.
Untuk meringkaskan cerita dan merumuskan pengalaman kami semua semasa berkunjung ke Pullman Putrajaya Lakeside tempoh hari, lebih baik korang semua tengok bingkisan yang telah kami rakam untuk tontonan anda semua. Enjoice :)
Video Ramadhan Magical Nights
Buffet Ramadan di Pullman Putrajaya Lakeside
Buffet Ramadan di Pullman Putrajaya Lakeside
Macam mana, menarik ke tidak? Menarik kan? Jujurnya, suasana berbuka puasa di Pullman Putrajaya Lakeside ni sangat meriah dan seronok. Mana taknya, kawasan buffet yang ada seluas alam. Berjalan ke sana, ke sini, macam-macam gerai makanan ada. Just choose what you want to eat. Memang heaven!
Cakap pasal tempat duduk dan seat arrangement, don't worry. Memang selesa dan teratur. Cuma, kalau nak ambil makanan tu, kena menapak sikit. Contohnya, bahagian dessert ditempatkan dalam satu bilik khas, then part buah-buahan di bawah khemah khas. Untuk live station pula ada di bahagian khemah yang lain dan minuman dan makanan-makanan lain ada di khemah yang berbeza-beza. Semuanya di sekitar Clock Tower Courtyard. Just explore the food ok! Nak tengok apa menu-menu yang dihidangkan? Here we go!
Skewer
Sate ayam dan sate daging
Nasi impit dan kuah kacang
Memang tak sah kalau takde sate kan? Yaa, time bulan Ramadan ni, memang selalu jumpa sate di mana-mana buffet Ramadan. Apa yang best di buffet Ramadan Pullman Putrajaya Lakeside ni adalah bukan saja ada sate, malah skewer pun ada. This is one of my favorite!
Sotong, udang dan ketam bakar
Ikan yang besar amat! Gulp
Port yang paling ramai beratur, ce teka station mana? Sah sah la tempat kambing panggang dan BBQ Seafood. Kat sini, ada macam-macam seafood segar yang dibakar seperti udang, sotong dan ketam. Ikan yang bersaiz besar tu pun ada. Fuh, tengok pun terkejut. So, kalau datang sini, jangan lupa serbu Seafood BBQ ye dan kambing panggang.
Roti pita
Bihun/ Mee/ Kuew teow sup
Mee kari
Gado Gado
Selain menu tradisi kegemaran rakyat Malaysia yang mencecah sehingga 300 jenis juadah, banyak lagi menu antarabangsa lain yang terhidang. Ada hidangan Turkish dan sebagainya. Antara makanan-makanan yang disediakan adalah mee kari, aneka jenis sup, gado gado dan banyak lagi. One of the most interesting part about this Ramadhan Magical Nights is their desserts corner. Sampai kelabu mata nak pilih yang mana satu. So many choices. Tak percaya? Meh tengok sendiri.
Aneka jenis kek dan pastri
Puding pelbagai perisa dan warna
Kuih-muih tradisional
Chocolate station
Puding buah-buahan
Ais Batu Campur
Pop corn
Berbaloi ke tak kalau datang untuk buffet Ramadan kat sini? Yes, berbaloi sebab hidangan yang disediakan sangat-sangat banyak dan semestinya akan menepati citarasa setiap orang yang datang. Time-time gini, mesti ramai yang cari tempat buffet Ramadan yang best di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur kan? Nah, ini salah satu cadangan terbaik untuk berbuka puasa bersama family atau kawan-kawan atau rakan sepejabat (kompeni).
Buffet Ramadan di Pullman Putrajaya Lakeside
Ramadhan Magical Nights
7 Jun 2016 - 3 Julai 2016
7 malam - 10:30 malam
Harga
Dewasa RM169 nett
Kanak-kanak (4-10 tahun) RM130 nett
So, kalau berminat dan nak cuba sendiri pengalaman menikmati 300 juadah di Ramadhan Magical Nights, bolehlah buat tempahan. Untuk tempahan melebihi 10 orang, korang akan berpeluang untuk menerima penginapan semalam di Deluxe Room, Pullman Putrajaya Lakeside.
Untuk tempahan:
No telefon:
03-8890 0000
Email:
magicalramadhan@pullmanputrajaya.com
Alamat:
Pullman Putrajaya Lakeside,
No. 2, Jalan P5/5, Presint 5,
62200 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia
Website:
Nak tengok menu-menu yang best di Ramadhan Magical Nights di Pullman Putrajaya Lakeside, boleh tengok video ni. Cekidout!!! Akhir kata, selamat mencuba :)
NOTA KAKI: Jangan lupa untuk ikuti perkongsian menarik tentang menu-menu istimewa di lokasi-lokasi terbaik sempena Buffet Ramadan di instagram @penaberkala ataupun search hashtag #PenaBersantap dan #25PilihanRamadanPT
3 Comments
Semuanya nampak menyelerakan.. nyum2
ReplyDeleteMemang sangat sedap. Sampai tak tahu nak makan yang mana dulu, hehe
Deletedh lama nk try pullman ni tp blm bkesempatan lg la 169 ok fine seb beik mmg byk btol selection nye kan haha dpt free 1 night lg kot if lbh 10 org mmg sgt wow...jln2 cari makan kat sni haha
ReplyDelete