5 TARIKAN UTAMA NBOS DAY 2016 DI PICC PADA 14-20 OGOS 2016

Dari 14 Ogos 2016 sehingga 20 Ogos 2016, maka bermulalah NBOS Day 2016 bertempat di PICC, Putrajaya. Macam-macam aktiviti ada. Pendek kata, kalau pergi ke PICC macam-macam boleh buat. Alhamdulillah, untuk peluang dan rezeki kali ini untuk sama-sama turut serta dalam memeriahkan NBOS Day 2016. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Roopawan.Com kerana mengadakan Bazaar sempena NBOS Day 2016 ni.


Kalau tak sebab Bazaar oleh Roopawan.Com ni, rasanya tak sampai kami ke NBOS Day 2016 di PICC tahun ni. InshaAllah, kami cuba gunakan platform yang diberikan ini dengan penuh bermakna. Walaupun kami tak sehebat vendors yang lain yang namanya dah gah di persada dunia perniagaan, tapi kami tetap komited dan positif dalam merealisasikan impian kami untuk "duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan orang lain." 




Korang yang duduk di Putrajaya, Cyberjaya, Kajang, Bangi dan sekitarnya, dah pergi ke belum? Hah, kalau korang pun belum pergi lagi, boleh lah pergi sehingga 20 Ogos 2016 (Sabtu) nanti. Alang-alang duk bercerita tentang NBOS Day 2015, meh nak story sikit 5 tarikan utama NBOS 2016 di PICC pada 14 Ogos sehingga 20 Ogos 2016.

1. Sharing session dan aktiviti menarik untuk semua

Antara tarikan utama di NBOS Day 2016 adalah sharing session dan aktiviti menarik yang dilaksanakan sepanjang hari selama seminggu acara berlangsung. Antara topik menarik yang dikupas adalah 1MTC, Program Remaja Kafe, tutorial tudung, ilmu makeover, coding dan macam-macam lagi. NBOS Day 2016 adalah platform terbaik untuk dijadikan medan perkongsian ilmu secara santai dan menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat.

2. Persembahan artis tempatan dan persembahan kebudayaan

Selain program ilmu dan sharing session, NBOS 2016 dirancakkan lagi dengan persembahan artis terkenal tanah air dan persembahan kebudayaan seperti muay thai, joget 1 Malaysia dan Zapin. Sambil menimba ilmu, sambil berhibur di pentas utama. Pastinya, ini memberi peluang kepada korang semua untuk bertemu selebriti yang diminati dengan lebih dekat. Untuk persembahan artis, boleh rujuk jadual yang disertakan di bawah. Cekidout!!!


JADUAL NBOS DAY 2016


WEDNESDAY 17 August 2016  
9.30 am – 10.00 am PREPARATION 
10.00 am – 10.30 am Sharing Knowledge 1MTC 
10.35 am – 11.05 am Muay Thai Performance 
11.10 am – 11.40 am Game Changer Cities 
11.45 am – 12.15 pm Program Remaja Kafe TEEN 
12.20 pm – 12.50 pm Entertainment (Encik Mimpi & Zarul Umbrella) 
1.00 pm – 2.00 pm LUNCH HOUR 
1.30 pm – 2.00 pm PREPARATION 
2.00 pm – 2.15 pm Gamelan & Angklung 
2.20 pm – 2.50 pm FREE TIME 
2.55 pm – 3.55 pm Fashion Show 
4.00 pm – 4.30 pm FREE TIME 
4.35 pm – 5.05 pm Charity Auction : Nur Sajat 
5.10 pm – 5.40 pm Entertainment (Sixth Sence & Sakura Band)
5.45 pm – 6.00 pm CLOSING


THURSDAY 18 August 2016 
9.30 am – 10.00 am PREPARATION 
10.00 am – 10.30 am Anytime Fitness 
10.35 am – 11.05 am FREE TIME 
11.10 am – 11.25 am Program Remaja Kafe TEEN 
11.30 am – 12.00 pm Tutorial Tudung 
12.05 pm – 12.35 pm Entertainment (Mark Adam & Aman Nasim)
1.00 pm – 2.00 pm LUNCH HOUR 
1.30 pm – 2.00 pm PREPARATION 
2.00 pm – 2.15 pm Tarian Tradisional Kontemporari Joget 1Malaysia 
2.20 pm – 2.35 pm Entertaiment (Syazwan Shuhaimi)
2.40 pm -3.05 pm 1Malaysia Youth Cities (1MYC) 
3.10 pm – 3.55 pm FREE TIME 
4.00 pm – 4.30 pm Charity Auction : Bunkface 
4.35 pm – 5.05 pm Monolog Teater 
5.10 pm – 5.40 pm Entertainment (Bunkface & Haiza) 
5.40 pm – 6.00 pm CLOSING 


FRIDAY 19 August 2016 
9.30 am – 10.00 am PREPARATION 
10.00 am – 10.30 am Persembahan Sewang Temuan 
10.35 am – 11.05 am Coding at School (Fun Activity) 
11.10 am – 11.40 am Entertainment (Sarah & Shiela Abdul) 
11.45 am – 12.15 pm Tarian Zapin 
12.15 pm – 2.45 pm LUNCH HOUR 
2.15 pm – 2.45 pm PREPARATION 
3:00pm – 3:30pm Icon Talk Atlet Olahraga 
3:35pm – 4:05 pm Charity Auction : Dafi 
4:10 pm – 5.10 pm Talk from Sony Camera Ambassador 
5.15 pm – 5.45 pm Entertainment (Dafi & Putera) 
5.50 pm – 6.00 pm CLOSING 


SATURDAY 20 August 2016 
9.30 am – 10.00 am PREPARATION 
10.00 am – 10.45 am FIT Malaysia 
10.50 am – 12.25 pm Ghost Make Over; Gubahan; Hairstylist 
12.30 pm – 1.00 pm Entertainment (Ewal AF & Zariff AF) 
1.00 pm – 2.00 pm LUNCH HOUR 
1.30 pm – 2.00 pm PREPARATION 
2.00 pm – 2.15 pm FREE TIME 
2.20 pm -2.50 pm Charity Auction – Che Ta Family 
2.50 pm -3.20 pm Coding at School (Fun Activity) 
3.25 pm – 3.55 pm Permainan Muzik Tradisional Cak Lempong 
4.00 pm – 4.30 pm Tarian Tradisional Kontemporari Joget 1Malaysia 
4.35 pm – 5.05 pm Entertainment (Sazrin & Aina Mentor Legend)
5.10 pm – 5.40 pm FREE TIME 
5.40 pm – 6.00 pm CLOSING

3. Lelongan Amal oleh Selebriti dan Cabutan Bertuah

Satu lagi aktiviti yang menarik untuk pengunjung yang berada di PICC adalah lelongan amal oleh selebriti yang hadir. Antaranya adalah lelongan daripada Siti Nordiana untuk Beg Tangan berjenama Kate Spade, One Nation Emcee untuk Kasut Air Jordan & Pewangi Berjenama dan Bunkface untuk Celebriducks. Hah, time ni lah korang boleh dapatkan barangan istimewa daripada selebriti pilihan korang sambil beramal.


Paling best, setiap hari akan ada lucky draw. So, get ready, Untuk orang-orang yang selalu bertuah, inilah peluangnya. Mana tahu kan, dapat bawa balik hadiah cabutan bertuah macam basikal dan tv ke kan? All the best kepada korang yang pergi ke NBOS Day 2016. Mudah-mudahan murah rezeki untuk menang lucky draw.

4. NBOS 2016 adalah Acara Berprestij

Hadirkan diri ni NBOS 2016 adalah satu keseronokan dan penuh makna. Kenapa? Sebabnya, NBOS 2016 ni bukan calang-calang program. Kalau nak tahu, NBOS Day 2016 merupakan salah satu acara tahunan yang berprestij. Mana taknya, kalau dah Pameran NBOS 2016 dirasmikan sendiri oleh Tan Sri Dr Ali Hamsa (Ketua Setiausaha Negara) pada 14 Ogos 2016 di PICC Putrajaya.





Bukan tu je, aku cukup teruja bila dapat saksikan sendiri Pameran Fashion Bazaar by Roopawan.com dirasmikan oleh Tan Sri Irwan Siregar (Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan) pada 14 Ogos 2016 di Putrajaya. Lepas perasmian, Tan Sri Irwan Siregar melawat semua booth vendors yang terlibat. 


Lagi gempak, siap ada Sesi Walkaout oleh Perdana Menteri Malaysia pada 16 Ogos 2016 (Selasa) ke tapak-tapak pameran dan booth vendors. Wow!


5. Bazaar oleh Roopawan.Com oleh vendors terkemuka

Part ni paling best. Alang-alang dah sampai ke PICC dan singgah untuk NBOS Day 2016, tak lengkap rasanya kalau korang sendiri tak ronda-ronda ke booth vendors yang ada di Bazaar oleh Roopawan.Com. Macam-macam produk ada dijual termasuklah pakaian, kasut, produk kosmetik, produk makanan, produk kesihatan dan kecantikan dan lain-lain. Dari booth Che Ta, Zain, Aisyah, Dafi, Erra Fazira, Wak Doyok, sampailah ke booth By Fauzi Aryaan, A&A Apparel, dan Projek Travel pun ada, hehehehehe. 







Jadi, apa korang tunggu lagi? Tak kan nak baca je kot. Pergi la jenguk-jenguk apa yang ada kat sana. Kalau pergi PICC nanti, jangan lupa singgah di booth 18 By Fauzi Aryaan & Jubah by Mek Onie dan Booth 22 Projek Travel untuk dapatkan produk kami. Haaa, dah pergi jangan lupa selfie dan tag kami ye. Terharu dengan sokongan rakan-rakan yang datang dan bagi support. Thank you so much guys. We heart you!

Post a Comment

2 Comments

  1. Eh i kat situ.. tapi xpuas jalan sebab dah lewat pergi.. de masa nanti curi gi.. all the best projek travel and roopawan!

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih utk info yg padat ney�� jenuh ler kejap td nak carik event time td.. smua bubuh tarikh jer.. esok atau lusa akan ke sana.

    ReplyDelete