Masa kecik-kecik dulu, kalau pergi funfair kat kampung, tak pernah nak masuk rumah hantu. Penakut punya pasal. Tapi sekarang, bila orang ajak pergi Nights of Fright di Sunway Lagoon, laju je pergi. Last year, Nights of Freight 3 pergi dengan +Neyra Shazeyra dan Syafiq. Terpekik dan terlolong terkejut kena sergah dek hantu-hantu kat sana. Bukan tu je, sampai basah kuyup baju seluar naik Colorado Splash. Tahun ni, Nights of Fright 4 pun pergi lagi tanpa rasa serik. Kali ni lagi havoc, lagi meriah, pergi dengan housemates dan team +Projek Travel
Mesti korang tanya, berbaloi ke pergi Nights of Fright? Ya, bagi aku definitely yes! Lagi-lagi kalau pergi ramai-ramai dengan member. Nak lagi berbaloi, korang try semua rumah hantu yang ada. Tema untuk Nights of Fright 4 tahun ini adalah "Face Your Fears". Jadi, korang cubalah terjah ke semua rumah hantu yang ada dalam Sunway Lagoon tu. Bukan tu je, korang juga berpeluang untuk naik beberapa rides dalam Sunway Lagoon sempena Nights of Fright 4. Menarik kan?
Apa yang ada di Nights of Fright 4? Ada 11 haunted houses/ mazes, 11 night amusement rides, serta 3 main stages untuk Scare-O-Sel, Temple of Anubis dan Tombstone Stage. Overall, banyak kelainan yang ada di Nights of Fright 4 berbanding dengan tahun lepas. Hantu pun makin ramai dan makin banyak species, hahaha. But, definitely it's awesome journey, full of scream and laugh!
TIPS: Untuk korang yang bercadang nak pergi Nights of Fright 4. Korang patut study map ni dulu and decide korang nak pergi mana dulu. So, takde lah buang masa nak fikir dan bincang kat mana nak tuju time kat sana. Find your direction and face you fears! Kalau queue panjang, korang pandai-pandai lah skip dan proceed to next station/ rides. Manage your time wisely and have fun!
Malam tu, kami try macam-macam. Antaranya ke Screampark, Malaya High School, Chaonei No #81 in UV3D, DIYU- The Jurney of Judgement, The Zombie Walk, dan paling best dapat try air dalam bag darah di Blood Bank. Oh lupa nak bagitahu. Kat dalam tu jugak ada macam-macam jenis gerai makanan dan minuman. Ada Scream Cafe, Push Cart 1, Cube Pizza and Starbucks dan Push Cart 2.
Untuk adrenaline junkies, korang boleh try naik ride yang ada. Antaranya Colorado Splash (my favorite), Carousel, Tomahawk, Apache Pots, Vultures, Wagen Wheel, Scream Coaster dan beberapa rides lagi yang pastinya mampu membuat jantung korang tercabut gedebuk jatuh ke tanah dan korang kena kutip balik, hahahaha.
Amacam, korang tak teringin ke nak try pergi sendiri ke Nights of Fright 4 di Sunway Lagoon? You should try at least once in a lifestyle. Rasai sendiri macam mana rasa seram sejuk masuk rumah hantu yang gelap gelita. Rasai sendiri macam mana terkejut beruk bila disergah dan dijerkah oleh hantu-hantu kat sana. Dan alami sendiri dunia hantu yang mengerikan tapi menghiburkan. Tak faham, terjerit-jerit terkejut, tapi lepas tu korang boleh pulak ketawa terbahak-bahak. Sesuai untuk korang yang nak pi release tension, wakakaka. Scream out loud kat hantu-hantu biar terkeluar segala macam masalah dalam kepala tu, lol.
So, kalau korang plan nak pergi ke Sunway Lagoon untuk merasai sendiri pengalaman ke Nights of Fright 4, boleh lah book tiket atau boleh tengok info lanjut seperti yang ada kat bawah. Cekidout!
Harga tiket:
RM58/ person
RM80 untuk 2 orang (Ahad sahaja)
Student RM50
Promotion RM120 (1 admission Sunway Lagoon & 1 NOF4 ticket)
(*strictly for 12 years and above)
Tarikh:
7-31 Oktober 2016
Masa:
7.30pm hingga 11.30pm
Website:
Facebook:
Instagram:
#NOF4 #faceYourFears #SunwayLagoonNOF4
0 Comments