Kecoh di Facebook rakan-rakan duk cerita pasal Benang Hijau. Aku pun terjebak sama. Ingat ke apa lah Benang Hijau tu. Rupa-rupanya, butik pakaian muslimah yang jual tudung dan jubah. Lagi menarik perhatian, hujung minggu ni iaitu pada 25-26 Februari 2017 akan diadakan Jualan Gudang besar-besaran Benang Hijau bersama MCC di Bandar Baru Bangi.
Alang-alang duk cerita pasal Jualan Gudang Benang Hijau x MCC, meh nak share 8 perkara menarik yang akan berlangsung pada hujung minggu ini. Are you ready? Jom, cekidout!
1) Dua jenama bergabung
Untuk Jualan Gudang kali ini, 2 jenama besar akan bergabung membuat jualan iaitu Benang Hijau dan Butik MCC. Menarik kan? So, kepada semua peminat Benang Hijau atau MCC, inilah masanya untuk korang tambah koleksi terkini!
Butik pakaian muslimah popular Benang Hijau bergabung dengan butik MCC membuat jualan gudang secara besar-besaran pada 25 & 26 Februari ini (Sabtu & Ahad). Dua hari je tau. Jangan lepaskan peluang. Mark your calendar!
Benang Hijau Warehouse Sale
MCC Warehouse Sale
2) 50 Jenis Tudung serendah RM5
Benang Hijau dan MCC menawarkan lebih 50 jenis tudung dengan harga paling murah iaitu serendah RM5 bagi penghabisan stok. Timing dah ok, BRIM dah masuk, gaji dah masuk. So, inilah masanya. Jualan Gudang sememangnya jauh lagi murah daripada harga asal di pasaran. Penjimatan berganda! Ini masanya kita boleh jadi pengguna yang bijak.
Tudung serendah RM5
Bukan hanya boleh menikmati jualan murah, diskaun hebat, korang juga berpeluang menjadi orang terawal untuk mendapatkan koleksi tudung rekaan terbaru. Benang Hijau dan MCC turut memperkenalkan tudung rekaan terbaru mereka dan dijual dengan harga istimewa khas untuk hari itu sahaja. Hah, korang tak excited ke?
4) 100 Jenis Blouse, Jubah & Palazzo Serendah RM35-RM50
Selain itu, sebanyak 100 jenis blouse, jubah dan palazzo boleh didapati dengan harga serendah RM35 dan RM50 pada hari istimewa berkenaan. Wow, murah tu! Mana nak dapat dengan harga semurah ni?
Jubah serendah RM50
5) Aktivit Menarik untuk anak-anak
Pelbagai aktiviti menarik diadakan khas untuk kanak-kanak. Antaranya hiburan bersama watak animasi Didi & Friends. Jadi, mak-mak yang nak pilih tudung, jubah dan shopping sakan, tak perlu risau. Kasik kaum bapa jaga anak-anak sambil berhibur bersama Didi & Friends. Deal! Selain itu, ada juga pertandingan mewarna dan Bouncy Castle khas untuk kanak-kanak. Sambil shopping, sambil hiburkan anak-anak. Dah macam family day.
Penampilan khas Didi & Friends
Coloring Contest
Bouncing Castle
6) Khidmat Personal Shopper
Korang berada di luar kawasan? Atau tinggal di luar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya? Jauh nak datang ke jualan gudang? Don't worry! Korang boleh contact personal shoppers yang ada. Makes life easier!
Personal shoppers
7) Terima Bayaran Guna Debit & Credit Card
Malas bawa cash nak pergi tempat ramai-ramai macam ni? Don't worry! Just bring your debit card or credit card untuk buat payment. Swap je kak, mudah! Paywave kan ada, hehe.
Cashless payment
8) Lucky Draw
Pengunjung bertuah juga akan berpeluang mendapat cabutan bertuah, hamper dan baucar tunai untuk setiap pembelian sehingga RM150. All the best! Semoga ada rezeki untuk korang.
Lucky draw
Jadi, apa lagi. Jom get ready untuk menggegarkan tapak jualan gudang Benang Hijau and MMC hujung minggu ini. Datang beramai-ramai ke jualan gudang Benang Hijau dan Butik MCC yang berlangsung pada 25 & 26 Februari ini di HQ MCC Bangi yang beralamat di No. 3, Perindustrian Suntrack, Seksyen 13, Bandar Baru Bangi, Selangor.
0 Comments