STEAMBOAT TAKEAWAY DI AK NOODLES EXPRESS

Biasanya kan, kalau nak makan steamboat kita pergi restoran atau kedai makan dan makan ramai-ramai kat sana. Tak kira lah bersama family atau kawan-kawan. Kalau tak pergi ramai-ramai, memang tak seronok dan tak meriah makan steamboat. Betul tak? Masalahnya, kadang-kadang tak semua orang available time kita nak pergi tu. Kalau dapat buat steamboat kat rumah dan makan ramai-ramai kan best. Ada ke?


Jawapannya memang ada. Untuk korang yang mencari steamboat untuk take away dan plan nak buat makan-makan kat rumah, boleh singgah di AK Noodles Express. Baru-baru ni, aku dan kawan-kawan blogger singgah di AK Noodles Express yang terletak di Tropicana City Mall. Apa yang special steamboat kat sini? Kalau nak tahu, AK Noodles Express terkenal sebagai tempat nak dapatkan "the best fishball in town!"




Ada yang masih belum tahu tentang AK Noodles House atau AK Noodles Express? Meh, nak certia sikit latar belakang tentang AK Noodles House ni. AK Noodles telah ditubuhkan oleh Restoran Ah Koong yang menjual bebola ikan buatan sendiri sejak tahun 1987. Fuh, lebih berusia dari umur aku sendiri, keh3. Produk bebola ikan keluaran AK Noodles diproses setiap hari dengan menggunakan ikan parang dan ikan tongkol segar di bawah piawaian kebersihan yang ketat.




Produk ikan yang dihasilkan oleh AK Noodles akan dihantar ke setiap cawangan dalam masa yang singkat supaya dapat menawarkan produk yang segar kepada pelanggan. Kalau pergi Palembang, korang perlu try makanan popular dan terkenal kat sana iaitu pempek. Kalau kat Malaysia, boleh dikatakan AK Noodles terkenal dengan bebola ikan yang segar dan sedap. Setakat ini, AK Noodles mempunyai 6 cawangan iaitu di lokasi seperti berikut:


  1. Johor Bahru City Square
  2. 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya
  3. Tropicana City Mall, Petaling Jaya
  4. Main Place, USJ 21
  5. Evolve Concept Mall, Ara Damansara
  6. DC Damansara City Mall, Kuala Lumpur



Baru-baru ni, kami try Set Special Steamboat yang ditawarkan untuk dibawa pulang (Takeaway) di AK Noodles Express. Tapi, memandangkan ada special event kat sana, kami makan kat situ Sebenarnya, pakej ni hanya boleh dibawa pulang (takeway). Untuk korang yang mencari pakej steamboat untuk takeaway, boleh singgah di AK Noodles Express yang menawarkan 2 pilihan set iaitu Set 5 orang dengan harga RM149.90 (plus GST RM158.90) dan Set 8 orang dengan harga RM239.90 (plus GST RM254.30). Nak tengok apa yang ditawarkan untuk Set Special Steamboat ni? Boleh tengok gambar-gambar yang sempat snap tempoh hari. Cekidout!!!



Set 5 orang - RM149.90 (plus GST RM158.90)
Set 8 orang - RM239.90 (plus GST RM254.30)


Yong tau fu

Vege ball

Mackarel Fish

Vege roll & fish dumpling

Prawn


Apa yang special steamboat dari AK Noodles Express? Seriously, sangat fresh dan sedap, Pekena pula dengan kuah tomyam dan kuah kari special. Memang umphhhhh! Kalau korang tak percaya, boleh lah pi singgah di cawangan AK Noodles yang terdekat dengan korang. Overal experience aku suka dengan steamboat dan kuah yang ditawarkan Kena dengan selera dan citarasa aku. Memang sedap dan berbaloi-baloi.


Untuk maklumat lanjut pasal Steamboat takeaway di AK Noodles Express boleh rujuk facebook dan website AK Noodles. Selamat mencuba!


Facebook Page :

Website :

Post a Comment

2 Comments

  1. aku rasa setahun lebih gak tak pekena steamboat. time to get some

    ReplyDelete