HI-TEA DI PALACE OF THE GOLDEN HORSES

Sebenarnya, memang jarang aku pergi hi-tea kat mana-mana especially hotel. Kalau breakfast, lunch ataupun dinner, pernah la jugak kan. Kebetulan baru-baru ni, dapat jemputan dari +Ahmad Fauzi Aryaan, jadi tak nak lepaskan peluang yang ada untuk join sama. Nak juga merasa hi-tea di hotel bertaraf 5 bintang kan? Miahahaha. Meh nak share pengalaman menikmati hi-tea di Palace Of Golden Horses.


Hi-Tea Palace Of The Golden Horses


Jadi, sesiapa yang tengah mencari tempat best untuk hi-tea bersama insan tersayang, family, officemates ataupun kawan-kawan, bolehlah pilih Palace of The Golden Horses sebagai lokasi pilihan. Cosy ambiance, nice food and definitely a unique place to hangout. 


Palace of The Golden Horses

What's special about Grand Salon Lobby Lounge at Palace of The Golden Horses? Here, I would like to share a bit info about the place.
  1. 'Rotating Koi-Horse' design concept, one of the Legends of Palace
  2. Serves à la carte dishes, weekend Hi-Tea stands and all types of beverages
  3. Located at the Lower Ground Level
  4. Seating capacity of 72
  5. 3229 sqft

Grand Salon Lobby Lounge

Dulu, tertanya-tanya bangunan apa yang berbumbung hijau di tepi highway nak ke Putrajaya tu? Rupa-rupanya, itulah dia Palace of The Golden Horses. Pertama kali menjejakkan kaki ke sini, memang teruja. Walaweh! Lawa weh tempat ni. Excited jap!


The Heavenly Hi-Tea

Set-up untuk The Heavenly Hi-Tea kat sini memang kelas dan tersendiri. Diiringi dengan alunan muzik dan arca Koi-Horse yang berputar, menampakkan lokasi untuk hi-tea di sini unik dan lain daripada yang lain. Mesti korang tertanya-tanya kan, apa pula menu yang dihidangkan untuk The Heavenly Hi-Tea di Palace of The Golden Horses?


RM65 onwards nett/ 2 persons 

Hi-Tea di Palace of The Golden Horses bermula pada harga serendah RM65++ untuk set 2 orang. Buat masa ini, ada 3 set Hi-Tea yang dihidangkan iaitu Malay Set, Healthy Set dan English Set. So, korang boleh pilih mengikut citarasa dan kehendak masing-masing.


Malaysian Set

Untuk set pertama, kami dihidangkan dengan Malaysian Set. Macam biasa, kuih-muih tradsional melayu dihidangkan. So, kalau korang nak mak kuih-muih Melayu atau nak bawa kawan-kawan dari luar negara mencuba kuih-muih Melayu, memang dicadangkan untuk try Malaysian Set.


Healthy Set

Untuk yang pentingkan kesihatan dan jaga berat badan, maybe boleh cuba Healthy Set. Mostly hidangan dalam Healthy Set ni adalah daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Antaranya Avacao, Spinach and Yam.


English Set

Untuk set yang terakhir, kami try English Set. Ada macam-macam jenis roti dan pastri. Antara favorite aku untuk English Set adalah Banana with Peanut Butter. Seriously, best giler! 


3 choices for Hi-Tea Set

Okay, kalau nak tengok apa dihidangkan untuk ketiga-tiga set hi-tea boleh rujuk gambar di atas. Untuk Malaysian Set ada satay ayam, nasi lemak, kuih lapis, pau dan macam-macam lagi. Untuk Healthy Set ada sandwich, ada yam yang digoreng rangup di luar dan lembut di dalam, dan spinach with avacado. Dan untuk English Set pula ada scon, ada brownies, banana with peanut butter, tart dan cream puff! So, korang boleh pilih mana satu set yang menjadi pilihan dan favorite. Antara 3 set yang dihidangkan, aku prefer English Set. Yummeh!


Thank you Palace of The Golden Horses


Btw, thank you so much Fauzi sebab ajak pi Hi-Tea ke sini. Thank you juga untuk Shafina, PR Palace of The Golden Horses for a great food & hospitality. InshaAllah, panjang umur dan murah rezeki akan datang lagi ke sini. 


Kalau ada yang nak book untuk hi-tea di Palace of The Golden Horses, boleh refer info di bawah. Selamat mencuba!


Contact Details:
Phone: (+60)3-8946 4888 (Ext:3782)

Operating Hours:
Opens Daily: 9.00am - 12.00am

Website:

Post a Comment

0 Comments