9 FAKTA MENARIK TENTANG WAFFLEMEISTER BANGSAR

Nak makan waffle sedap seperti waffle yang tersohor di United Kingdom? Tapi, bila pula nak pergi United Kingdom kan? Don't worry, waffle yang famous di UK iaitu Wafflemeister kini dah ada di Malaysia.


Berita baik untuk semua penggemar waffle. Nak tahu apa yang special tentang Wafflemeister? Di mana lokasi Wafflemeister? Jom, aku kongsikan sedikit-sebanyak info berkaitan Wafflemeister. Alang-alang aku dah pun terjah Wafflemeister baru-baru ni, jadi meh nak share. Mana tahu kan, ada yang berminat nak pergi Jalan-Jalan Cari Makan di Wafflemeister. Cekidout!!!


Wafflemeister Bangsar

Address:
7, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Phone: 
+60 3-2202 1817


First of all, aku nak share lokasi dulu. Wafflemeister terletak di Bangsar. Untuk memudahkan korang mencari lokasi Wafflemeister, korang just perlu waze sahaja, "Wafflemeister". Tak pun, korang boleh refer alamat seperti yang tertera di atas. Ok, lokasi dah tahu kan? Meh, nak share 9 fakta menarik tentang Wafflemeister Bangsar yang korang patut tahu.


1) Satu-satunya outlet Wafflemeister di Malaysia

Wafflemeister merupakan outlet waffle yang cukup terkenal di United Kingdom. Dan jangan terkejut, Wafflemeister Bangsar adalah satu-satunya outlet waffle original brand Wafflemeister yang ada di Malaysia. Wow kan?


Sejarah tentang Wafflemeister di dinding Wafflemeister Bangsar


Dulunya, outlet Wafflemeister ada di Suria KLCC. Tapi, sekarang sudah relocate ke lokasi baru iaitu di Jalan Telawi 3, Bangsar. Haaa, kalau ada yang tertanya-tanya kat mana Wafflemeister menghilang? Sudah tentu, sekarang mereka berpindah ke Bangsar. Sila war-warkan ye especially untuk pencinta waffle Wafflemeister. Jangan lupa datang ramai-ramai ke sini untuk mencuba sendiri waffle special made from Belgium with love!


Wafflemeister sesuai untuk gathering dan chit-chat. Cosy ambiance!


2) Waffle jenama dunia yang bertaraf antarabangsa

Wafflemeister merupakan jenama dunia yang bertaraf antarabangsa. Wafflemeister sememangnya jenama yang cukup sinonim dengan waffle. Dengan resepi istimewa dan terkenal, authentic handmade Belgian Liège Waffles menjadikan Wafflemeister berada di kelas yang tersendiri. Rasai sendiri waffle lazat bertaraf antarabangsa di Wafflemeister Bangsar, baru korang boleh tahu betapa power rasanya waffle kat sini.


Wafflemeister menawarkan waffle lazat bertaraf antarabangsa


3) Waffle dibuat dari doh yang diimport khas dari Belgium

Satu perkara yang menarik tentang Wafflemeister adalah dari aspek penyediaan waffle. Biasa kita lihat, waffle yang dijual di Malaysia kebanyakannya dibuat daripada adunan cecair. Berbeza dengan Wafflemeister, mereka menggunakan doh daripada Liège waffles yang handmade  daripada secret recipe keluarga yang berasal dari Beligium. Istimewanya pembuatan waffle di Wafflemeister, mereka import khas doh untuk membuat waffle dari Belgium ke Malaysia. Jangan terkejut, Wafflemeister merupakan satu-satunya outlet waffle di Malaysia yang mengimport terus doh waffle dari Belgium.


Doh yang diimport khas dari Belgium


Menggunakan doh untuk memghasilkan waffle sememangnya menjanjikan kelainan dari segi tekstur dan rasa waffle. Pendek kata, waffle di Wafflemeister ini cukup berbeza daripada waffle yang ada di pasaran. Adunan yang mengandungi "Pearl Sugars" menghasilkan lapisan karamel bila dibakar dan seterusnya menghasilkan waffle yang rangup di luar dan lembut di dalam. Itulah keunikan dan keistimewaan Liège Waffles berbanding Brussels Waffles yang dibuat dalam bentuk cecair especially yang mudah didapati dan dijumpai di Malaysia.


Jangan risau, bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan doh waffle ini dijamin halal dan terdiri daripada bahan-bahan yang diluluskan. 



4) Menghidangkan 3 pilihan Belgian Chocolate

Untuk pelanggan di Wafflemeister, korang boleh pilih antara 3 jenis coklat yang ditawarkan untuk dinikmati bersama waffle iaitu Milk, Dark atau White Chocolate. Apa yang pasti, ketiga-tiga jenis coklat adalah dari Belgium. Cuba korang imagine, coklat favorite meleleh atas waffle siap-sedia untuk dinikmati. Walla!


5) Waffle Wednesday menawarkan diskaun 30%

Tak pernah tahu pasal Wafflemeister? Teringin nak try waffle di Wafflemeister? Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman menikmati waffle di Wafflemeister pada hari Rabu. Kenapa hari Rabu? Semestinya kerana adanya 'Waffle Wednesday'.


Untuk pengetahuan semua, Wafflemeister ada buat promosi untuk setiap hari Rabu dengan diskaun sehingga 30% untuk kesemua jenis waffle. Dengan syarat, while stock last! Haa, kalau nak try dan dapatkan waffle dengan harga diskaun, jangan lupa datang awal-awal.


Waffle Wednesday menawarkan diskaun sehingga 30%


6) Top 3 Waffle wajib cuba di Wafflemeister

Frankly speaking, this is my first time here. Jadi, kalau pergi mana-mana tempat makan untuk pertama kali, biasanya aku akan cuba order menu yang tersenarai sebagai the best seller!


Untuk waffle di Wafflemeister, kami dimaklumkan antara top 3 waffle paling laris di Wafflemeister adalah Dream team, Strawberry heaven dan Go banana.


Dream Team


Strawberry Heaven


Go Banana


Selain waffle Top 3 paling laris, ada beberapa jenis waffle lagi yang sempat kami try. Antaranya adalah Cream & Cookies dan Marsh mellow Surprise. Kalau yang pergi bersama anak-anak kecil, semestinya Marshmellow Surprise yang akan menjadi pilihan utama. But, believe me. Waffle kat sini tak terlampau manis. Still, you can eat with smiley face. And, the most important thing, I love it so much!


Cream & Cookies


Marshmellow Surprise


Selain aneka jenis Sweet Waffles yang ada, korang juga boleh cuba Sweet Crepes. Antara Sweet Crepes yang sempat kami cuba adalah Banofee, Nutella dan British Delight. Mana tahu ada yang kurang gemar waffle, usah khuatir sebabnya ada something special untuk anda. Korang ada pilihan alternatif iaitu crepes. Very soft and yummeh!


Banofee
Banana, Caramel, Ginger Biscuite, Cream


Nutella


British Delight
Strawberries, Dark/ Milk/ White Belgian Chocolate


7) Personal touch dengan ukiran nama atas plate

Part ni paling best. Bila waiter/ waitress datang nak hidangkan waffle di Wafflemesiter, korang akan tersenyum lebar. Kenapa? Kerana setiap plate yang dihidangkan untuk pelanggan akan diukir dengan nama masing-masing atas plate. So sweet! Dorang personalise setiap plate dengan nama customer. Secara tak langsung, kita rasa happy dan dihargai.




Nampak tak aku senyum lebar tu? Mana taknya, happy beb! First time nama sendiri ada atas plate. Sampai nak makan waffle pun berjaga-jaga takut terkena tulisan nama, hahaha. Dan semestinya, benda-benda macam ni instaworthy. Korang boleh snap gambar dan share di social media especially di instagram. Hah, kalau ada yang mencari lokasi untuk buat surprise birthday atau anniversary, sesuai sangat datang celebrate kat sini. Highly recommended!


Semanis-manis Belgian chocolate,  manis lagi senyuman saya buat awak 😍


8) Variasi Thick Shakes 

Bila datang ke Wafflemeister, jangan lupa order variasi Thick Shakes. Antara yang kami cuba adalah Chocolate, Vanilla dan Strawberry Shakes. Lagi satu yang special kalau korang nak cuba adalah Shake au Chocolat. Setiap Thick Shakes di Wafflemeister sangat sedap dan kaya dengan chocolate dari Belgium. Fuh! Nikmatnya tak terkata dengan sedutan pertama. Slurpppp!


Shake au Chocolat, Chocolate, Vanilla dan Strawberry Shakes


9) Menghidangkan kopi premium by Illy dan Gelato

Untuk peminat kopi yang setia, korang pun tak ketinggalan. Di Wafflemeister, siap ada kopi premium lagi. Kopi dan waffle, terpisah tiada. Memang kombinasi yang sangat ohsem. Perfect!


Wafflemeister - Port best untuk lepak santai


Selain kopi, satu lagi menu istimewa di Wafflemeister adalah gelato. Peminat ais krim atau gelato boleh pilih macam-macam perisa untuk dipadankan dengan waffle. Kebaboom! Waffle panas dan rangup, ais krim pula sejuk menyengat. Walaweh, meletup habis rasanya bila masuk mulut.


Soft drinks, Premium Coffee & Gelato


Aneka  perisa Gelato


Amacam, mengancam tak menu-menu di Wafflemeister? Kalau korang teringin nak cuba sendiri, bolehlah pergi Wafflemeister Bangsar. Takpun, boleh share artikel ni kepada kawan-kawan dan ajak join sekaki.


Facebook:

Instagram:


It's worth it to try! Sekian saja perkongsian aku untuk kali ini. 9 Fakta Menarik tentang Wafflemeister untuk pengetahuan korang semua especially untuk gang kaki makan dan food hunters!  Next lokasi makan-makan ke mana? Stay tuned ya. 

Post a Comment

0 Comments