PRODUK ADIDAS EDISI ARENA LIGA JUARA-JUARA EUFA

Produk adidas Edisi Arena Liga Juara-Juara EUFA? First time dapat parcel dari adidas, memang teruja. Ingat ke dapat sport attire. Rupa-rupanya, dapat produk penjagaan diri adidas termasuklah shampoo, deadorant dan minyak wangi. Selain itu, diselitkan juga bag galas, tuala dan bag toiletries iaitu merchandise special daripada adidas. Wow! Teruja kejap bila dapat produk daripada adidas. Thank you so much. Sayang adidas ketat-ketat.





Psssttt! Bukan itu je. Pihak adidas juga bermurah hati bagi 5 set produk adidas iaitu deadorant dan perfume untuk pembaca blog penaberkala.com! Alhamdulillah, rezeki pembaca blog ni. Mesti korang nak tahu kan, macam mana nak join dan menang produk daripada adidas ni? Hah, kalau nak dapatkan produk-produk ni, kenalah baca sampai habis.





Sebelum aku teruskan dengan cara-cara macam mana nak menang produk adidas ni, apa kata aku share dulu sedikit-sebanyak info berkaitan produk terbaru dari adidas ni sempena dengan edisi special iaitu Edisi Arena Liga Juara-Juara EUFA.


MELANGKAH KE ARENA

Adidas melancarkan produk penjagaan badan adidas Edisi Arena Liga Juara-Juara UEFA yang baharu. Penjagaan badan adidas pada hari ini telah mempamerkan koleksi terbaharunya dengan pelancaran Edisi Arena Liga Juara-Juara UEFA, satu rangkaian yang diinspirasikan oleh aksi hebat yang penuh dengan suntikan adrenalin seperti yang dilihat dalam perlawanan bola sepak.




Edisi Arena mewakili rangkaian ketiga-tiga produk penjagaan badan Liga Juara-Juara UEFA. Ia mengikuti kejayaan hebat kedua-dua Edisi Piala dan Edisi Bintang yang mengutip gabungan hasil jualan melebihi daripada empat juta botol eau de toilette.


Pengalaman suasana yang unik ketika melangkah memasuki stadium menginspirasi adidas untuk mencipta Edisi Arena wangian yang baharu untuk lelaki dengan aroma haruman oriental yang melambangkan kuasa dan kejayaan. Menjelang bola sepak mula, keseronokan bermula dengan gabungan menyegarkan bergamot, epal dan rosemary yang memberi kesegaran muktamad.


Sepanjang tempoh permainan, satu adunan elegan geranium dan melur ditegaskan dengan ketumbar berempah bagi menghasilkan aroma maskulin yang menyegarkan. Ketika menghampiri masa tambahan, emosi kian membuak umpama kehangatan aroma tonka yang meliputi bau minyak nilam yang kaya dan kesturi yang mengghairahkan untuk menghasilkan haruman yang kekal lama dan bertenaga. Berkuasa namun penuh kehalusan, wangian ini dicipta khas untuk sang juara.


Dengan menggunakan gaya tersendiri Liga Juara-Juara UEFA, rekaan koleksi Arena Edition ialah perak kebiruan iaitu menambah nilai bermutu semula jadi rangkaian ini.


Penjagaan badan Liga Juara-Juara UEFA yang baharu ini merangkumi:

  1. adidas lelaki UEFA 3 Eau de Toilette 100 ml, harga runcit RM32.90
  2. adidas lelaki UEFA 3 Eau de Toilette 50ml, harga runcit RM24.90
  3. adidas lelaki UEFA 3 Deodoran Semburan Badan 150ml, harga runcit RM17.90
adidas lelaki UEFA 3 Deodoran Semburan Badan 150ml, harga runcit RM17.90

adidas lelaki UEFA 3 Eau de Toilette 50ml, harga runcit RM24.90



adidas lelaki UEFA 3 Eau de Toilette 100 ml, harga runcit RM32.90


Produk berlesen rasmi Liga Juara-juara UEFA ini telah berada di pasaran sejak Februari 2017 dan boleh didapati di pasar raya dan farmasi terkemuka. Special untuk 5 pembaca blog penaberkala.com yang bertuah, korang akan dapat FREE satu goodies bag yang mengandungi produk adidas lelaki UEFA 3 Eau de Toilette 100 ml (RM32.90) dan sebotol produk adidas lelaki UEFA 3 Deodoran Semburan Badan 150ml (RM17.90).


adidas lelaki UEFA 3 Eau de Toilette 100 ml (RM32.90)
adidas lelaki UEFA 3 Deodoran Semburan Badan 150ml (RM17.90).


5 set produk adidas untuk 5 pemenang bertuah


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
  1. Share artikel ini di Facebook (set as Public) dan nyatakan kenapa anda nak menang produk daripada adidas
  2. Tag fanpage Penaberkala 
  3. Tinggalkan komen di ruangan komen untuk sahkan penyertaan
  4. Tarikh tutup penyertaan pada 30 April 2017
  5. Keputusan akan diumumkan pada 1 Mei 2017

Ok, sekian saja perkongsian untuk kali ni tentang produk adidas Edisi Arena Liga Juara-Juara EUFA. Kepada semua yang baca artikel ni, sila join simple contest ni untuk special giveaway. This products sponsored by adidas. 


Good luck and all the best to all!


Post a Comment

7 Comments

  1. Dapat tuala skali x wakkk?? Ehhh..

    Tazabar nak hidu bau perfume Adidas ni haaa..

    ReplyDelete
  2. Haritu aku dah bau, apsal teringat2 sampai sekarang.

    Apakah ini tandanya aku dah berjodoh dengan perfume adidas?

    ReplyDelete
  3. Saya nak menang produk daripada adidas

    ReplyDelete
  4. bestnya kalau menang

    ReplyDelete