APLIKASI JALAN JALAN CARI MAKAN (JJCM)

Siapa kat sini minat tengok program Jalan Jalan Cari Makan di TV3? Kalau korang suka tengok, kita gang! Aku pun memang suka tengok rancangan Jalan Jalan Cari Makan (JJCM). Selain menjadi tempat rujukan tentang tempat-tempat makan yang best-best di seluruh Malaysia, JJCM juga menjadi sumber inspirasi untuk aku mengorak langkah untuk jadi food hunter dan sentiasa mencari lokasi makan yang best especially untuk dikongsi di blog bersama pembaca. Pendek kata, bila tengok rancangan JJCM ni, automatik kita tahu kalau ke negeri ni, kita nak makan apa. Kalau ke negeri tu pulak, nak makan kat mana.


Segalanya Tentang Makanan di Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM)


Ingat lagi tak siapa host yang pernah menerajui Jalan Jalan Cari Makan? Semestinya korang masih ingat kan macam mana kredibiliti Maria Tunku Sabri, Qi Razali, Serina Redzuwan, Iqram Dizly dan terkini Naz. Masing-masing ada pesona dan kelebihan masing-masing. Baru-baru ini, aku berpeluang jumpa face to face dengan abang Naz, iaitu host Jalan Jalan Cari Makan di Jibby Restaurant sempena Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan. Hah, korang kena tahu ye. Selain program Jalan Jalan Cari Makan di TV3, sekarang ni dah ada aplikasi Jalan Jalan Cari Makan yang boleh kita semua install dan guna di smartphone masing-masing tak kira korang guna Android ataupun Apple (iPhone).


Majlis Pelancaran Aplikasi JJCM 




Majlis Pelancaran Aplikasi JJCM 


Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) ini telahpun dilancarkan secara rasmi pada 21 April 2017. Aplikasi JJCM ini bukanlah sesuatu yang baru. Kini, Aplikasi JJCM dibangunkan dengan beberapa fungsi baru yang pastinya memberikan pengalaman unik buat semua pencinta makanan (food hunters) di luar sana. Aplikasi JJCM sememangnya diilhamkan daripada program kembara makanan popular TV3 iaitu Jalan Jalan Cari Makan. 


Mesti korang nak tahu kan? Apa kelebihan Aplikasi JJCM berbanding aplikasi-aplikasi lain yang wujud di Apple Store dan Google Play? Kalau nak tahu, aplikasi ini membolehkan pengguna mendapatkan info-info menarik mengenai tempat-tempat makan menarik yang pernah dikunjungi produksi Jalan Jalan Cari Makan selain beberapa lagi fungsi menarik yang lain.


Dayah Bakar sebagai host di Majlis Pelancaran Aplikasi JJCM


Majlis pelancaran Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan dimeriahkan lagi dengan host yang semakin meningkat naik, iaitu Dayah Bakar. Memang happening event kali ini. Good job! Walaupun dah lama aplikasi JJCM ni wujud, jujurnya ini pertama kali aku tahu dengan lebih lanjut berkaitan dengan Aplikasi JJCM. Dan sekarang, aku pun dah install dan register sebagai salah seorang pengguna Aplikasi JJCM. Hah, lepas ni mudah la sikit nak cari tempat makan yang best-best kalau travel ke mana-mana dalam Malaysia. Cun! 


Gimmick Pelancaran Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan


Gimmick pelancaran Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan pun agak lain dari yang lain. Persembahan tarian daripada dancers yang berpakaian chef memeriahkan majlis dengan gerak tari yang lincah dan tangkas sambil menggayakan bunga-bunga tari dengan memegang periuk. Style kan? Memang sinonim dengan JJCM.


Tempahan Restoran Melalui Aplikasi JJCM 


Aplikasi JJCM juga turut menawarkan fungsi tempahan restoran menerusi kerjasama Media Prima Digital bersama Offpeak. Dengan hanya beberapa langkah mudah, pengguna aplikasi JJCM tidak perlu lagi beratur panjang dan menunggu lebih lama untuk menikmati hidangan kesukaan di restoran kegemaran mereka.


  1. Hanya pilih restoran yang mana berkenan di hati, 
  2. Masukkan nombor telefon bimbit
  3. Tetapkan tarikh, masa dan bilangan pengunjung
  4. Terima pengesahan tempahan menerusi emel. 

Segalanya lebih mudah bila kita menggunakan aplikasi JJCM. Tambahan pula, pengguna tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk menggunakan fungsi ini. Bayar apa yang mereka makan, tanpa sebarang caj tambahan. Malah, kalau bernasib baik boleh dapatkan diskaun dari melalui tawaran hebat dari Offpeak Deals.


Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan


Selain itu, aplikasi JJCM telah pun diberi nafas baru dengan rekaan grafik yang lebih menarik dan mesra pengguna. Dengan transformasi 360 darjah, aplikasi JJCM kini tampak lebih segar dengan wajah baru. Aplikasi JJCM yang telah pun mula menemui pengguna akhir tahun 2015 dan sehingga kini, ia mencatat lebih 250 ribu muat turun. Setiap pengguna yang mendaftar akaun mereka di aplikasi ini boleh memuat naik sebarang komen dan cadangan mengenai tempat makan yang mereka kunjungi. Daripada pencinta makanan, untuk pencinta makanan.


Mengambil kira konsep ini, maka aplikasi JJCM mewujudkan ruangan komen dan cadangan ini bagi membawakan interaksi antara pengguna selain membolehkan pengguna lain melihat apakah ulasan pengguna lain mengenai sesuatu tempat makan tersebut. Jadi, ia akan menjadi aplikasi yang lebih transparent kerana setiap pelanggan berhak memberi komen dan ulasan masing-masing.


Aplikasi JJCM boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store atau Play Store


Fungsi carian berdekatan pula membolehkan pengguna melihat senarai restoran yang berhampiran dengan kedudukan GPS mereka. Seperti contohnya, sekiranya mereka berada di Damansara, fungsi ini akan memaparkan senarai tempat makan pilihan JJCM yang berada dalam radius Damansara. Kalau kita travel ke Perak misalnya, nak cari tempat makan best di sekitar Ipoh, Aplikasi JJCM ini akan memberi cadangan berdasarkan kedudukan semasa daripada GPS.


Ee Kee


“Makanan dan rakyat Malaysia berpisah tiada dan kerana itulah kami di Media Prima Digital merasakan yang aplikasi ini boleh membantu rakyat Malaysia setiap kali mereka berhadapan dengan kepayahan membuat keputusan untuk makan apa dan di mana. Bukan itu sahaja, tawaran diskaun Offpeak juga memberi peluang buat pengguna aplikasi ini menikmati hidangan kegemaran mereka dengan harga yang lebih rendah”

-Li Ee Kee, Pengurus produk Aplikasi JJCM-



Aplikasi JJCM  Tawarkan Diskaun Hebat


Antara fungsi baru yang akan menarik perhatian especially kepada kaki makan semestinya tawaran diskaun dan potongan hebat restoran dan tempat makan seluruh negara menerusi kerjasama dengan Offpeak. Pengguna JJCM boleh mendapatkan diskaun sehingga 70 % bagi restoran terpilih menerusi paparan “Offpeak Deals” yang akan sentiasa dikemaskini setiap hari.


Aplikasi JJCM juga tidak terhad kepada tempat makan yang dikunjungi produksi rancangan Jalan Jalan Cari Makan sahaja. Pasukan editorial aplikasi JJCM juga pergi ke tempat-tempat makan yang lain berdasarkan cadangan orang ramai. Menerusi paparan artikel-artikel menarik di ruangan editorial, pengguna aplikasi JJCM boleh mendapatkan lebih informasi mengenai restoran-restoran lain juga senarai artikel yang merangkumi pelbagai jenis dan topik berkaitan makanan. Pasukan editorial JJCM juga akan ke seluruh negara bagi mencari makanan-makanan unik dan menarik untuk dicadangkan kepada pengguna apllikasi JJCM.


Buat julung-julung kalinya, sebuah program kembara makanan aplikasi JJCM telah pun diadakan di negeri Terengganu dua minggu lalu di mana pasukan editorial aplikasi JJCM bersama beberapa rakan media dan bloggers terpilih telahpun menjelajah ke serata pelosok negeri Terengganu bagi mencuba pelbagai jenis hidangan moden serta tradisional yang pastinya menarik di negeri pantai timur itu.


Aplikasi JJCM memang bermanfaat untuk kaki makan dan Blogger macam kami


Pendek kata, dengan penambahbaikan dan features baru untuk Aplikasi JJCM ini, nampaknya aplikasi ini akan menjadi aplikasi wajib install di smartphone masing-masing bagi food hunters especially kepada kami yang suka makan. Untuk korang yang berminat untuk mencuba sendiri Aplikasi JJCM, korang boleh muat turun (install) secara percuma di Apple Store bagi pengguna iOS manakala bagi pengguna Android pula boleh install dari Play Store.


Kempen #SeringgitSeribuKebaikan 


Kempen #SeringgitSeribuKebaikan


Selain melancarkan Aplikasi JJCM, pihak Media Prima Digital juga melancarkan Kempen #SeringgitSeribuKebaikan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia berkongsi rezeki bersama rumah kebajikan yang terpilih di sepanjang bulan Ramadan ini.


Kempen #SeringgitSeribuKebaikan merupakan sebuah kempen kebajikan yang dibawakan oleh aplikasi JJCM dan Media Prima Digital. Menerusi kempen ini, rakyat Malaysia berpeluang berkongsi rezeki dengan menyampaikan sumbangan ikhlas mereka serendah RM 1, RM 3, RM 5 dan RM 10 yang akan digunakan bagi membiayai hidangan berbuka puasa untuk 4 buah rumah kebajikan terpilih sepanjang Ramadan akan datang.


Mengambil konsep makanan sebagai keperluan asas setiap insan, #SeringgitSeribuKebaikan berhasrat memberi peluang kepada anak-anak istimewa ini untuk turut sama menikmati juadah istimewa yang akan disediakan oleh 20 restoran dan food truck terpilih. Setiap rumah kebajikan terpilih akan menerima tajaan hidangan berbuka puasa selama 5 hari, iaitu pada setiap hari Isnin hingga Jumaat sepanjang 4 minggu Ramadan bertamu.


Kempen #SeringgitSeribuKebaikan 


Bukan itu sahaja, skuad #SeringgitSeribuKebaikan Media Prima Digital akan turut ke negeri Terengganu Darul Iman dan Johor Darul Takzim bagi menyampaikan sumbangan dari kempen #SeringgitSeribuKebaikan ini untuk dua buah rumah kebajikan terpilih di negeri tersebut pada 3 Jun 2017 dan 10 Jun 2017.


Menerusi kerjasama bersama pihak CJ Wow Shop, pengguna boleh membuat sumbangan menerusi aplikasi JJCM sendiri ataupun terus ke laman sesawang www.CJWowShop.com.my untuk berkongsi rezeki. Dalam masa yang sama, pihak Mamee Double Decker juga bermurah hati dalam menyumbang barangan Mamee untuk anak-anak bertuah terpilih ini.


Kempen ini akan berlangsung sepanjang Mei iaitu bermula 1 Mei hingga 31 Mei 2017. Untuk korang yang berhasrat untuk menderma dan membuat sumbangan, bolehlah berbuat demikian selama sebulan bermula hari ini. Ayuh! Sama-sama kita derma sedikit sorang. InshaAllah, kalau ramai-ramai bersatu menghulurkan bantuan sedikit sorang, lama-lama akan jadi banyak dan seterusnya bakal manfaatkan mereka yang memerlukan.

Post a Comment

0 Comments