Menjelang bulan Ramadan, semestinya ramai di antara kita mencari lokasi-lokasi Buffet Ramadan terbaik di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan sebagainya. Apa yang istimewa tentang buffet Ramadan adalah setiap lokasi ada tarikannya yang tersendiri. Dan untuk perkongsian kali ini, aku nak cerita pengalaman menikmati juadah istimewa sempena Buffet Ramadan 2017 di AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur.
Untuk Buffet Ramadan 2017, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur tampil dengan tema "Selera Desa Kembara Iftar di Kuala Lumpur". Pelbagai variasi hidangan yang dulunya sangat popular di sekitar Kuala Lumpur sejak tahun 70-an hingga 90-an ada ditawarkan untuk buffet Ramadan kali ini. Menariknya, semuanya dihimpunkan di bawah satu bumbung iaitu di AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur.
Nasi Tumpeng Jawa Timur
Hidangan istimewa daripada chef yang berpengalaman
Menu yang disediakan di sini adalah istimewa daripada barisan chef yang berpengalaman iaitu Chef Yohanis, Chef Mariam, Chef Syukri, Chef Alias dan pasukan mereka yang sememangnya sangat komited dalam memberikan juadah yang terbaik setiap tahun. Jom, kita tengok apa menu-menu yang best di buffet Ramadan 2017 AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur.
Kembara Iftar di Kuala Lumpur
Foch Avenue - Masakan Melayu
Jalan Bellamy - Ikan Bakar
Ulam-ulaman, kerabu dan sambal
Nasi Arab Khabsah
Ayam Golek Percik
Antara sajian yang dihidangkan di AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur adalah Ikan bakar Stail Masakan Portugis, Nasi Tumpeng Jawa Timur, Rendang Itik, Siput Sedut Batang Keladi, Sup Rusa, Ayam Golek dan Kambing Golek. Pastinya, menu-menu yang ditawarkan akan mengubat rindu kita semua terhadap masakan kampung.
Jalan Kampung Attap - Aneka jenis mee
Jalan Dato Keramat - Satay dan Rojak Mamak
Selain itu, terdapat pelbagai hidangan lain yang pastinya memikat selera kita semua untuk berbuka puasa seperti Rojak Mamak, Asam Laksa, Roti Canai Pandan, Ketupat dan juga Lemang.
Ubi kayu rebus, serunding ayam, serunding daging dan sambal
Skew
Seafood
Aneka jenis kerabu
Paling best, seleksi pencuci mulut (dessert) dan aneka jenis kuih-muih tradisional yang dihidangkan. Memang betul-betul mempersona mata yang memandangnya, apatah lagi dari segi rasanya. Antara juadah yang wajib dicuba bila bertandang ke sini adalah Serawa Durian, Wajik Durian, Puding Durian, Bubur Durian, Dodol Lempok, Kek Durian, Talam Durian dan Mousse Durian. Tidak ketinggalan, apam balik yang sangat sedap dan rangup. Yummeh!
Puding roti dan donut
Harga Buffet Ramadan
Dewasa
RM68
Kanak-kanak
RM40
Untuk korang yang sedang mencari buffet Ramadan di sekitar Kuala Lumpur, apa kata masukkan AnCasa Hotel sebagai salah satu pilihan. Selain menawarkan harga yang lebih rendah berbanding tempat-tempat lain, menu yang ditawarkan juga amat memuaskan dan pelbagai. It's worth it!
Untuk maklumat lanjut tentang pakej yang ditawarkan oleh AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur atau nak buat booking/ reservation, bolehlah hubungi 03-2026 6060 sambungan 7703 atau layari www.ancasahotels.com.
Untuk maklumat lanjut tentang pakej yang ditawarkan oleh AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur atau nak buat booking/ reservation, bolehlah hubungi 03-2026 6060 sambungan 7703 atau layari www.ancasahotels.com.
Selamat mencuba!
0 Comments