BUFFET RAMADAN 2017 : IMPERIAL CHAKRI PALACE, KLCC

Tick tock tick tock, bulan Ramadan bakal menjelma tak lama lagi. Maka, berduyun-duyunlah orang akan mencari tentang buffet Ramadan terbaik dan tempat berbuka puasa paling best untuk event pejabat, reunion dan macam-macam lagi. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku akan share beberapa lokasi terbaik di sekitar Kuala Lumpur untuk dijadikan cadangan untuk anda di luar sana yang mencari-cari lokasi terbaik untuk majlis berbuka puasa. Untuk perkongsian kali ini, jom kita tengok apa yang special tentang Buffet Ramadan 2017 di Imperial Chakri Palace, KLCC. 




Buffet Ramadan 2017

Imperial Chakri Palace KLCC


Siapa di sini suka makan makanan Thai? Semestinya, anda pernah singgah makan di restoran Imperial Chakri Palace kan? Restoran Imperial Chakri Palace memang cukup terkenal dengan sajian menu makanan Thai yang pelbagai dan sedap. Tidak ketinggalan, sepanjang bulan Ramadan nanti, pihak Imperial Chakri Palace Cuisine akan menyajikan hidangan terbaik mereka untuk buffet Ramadan tahun ini.




Selain menyajikan buffet Ramadan dengan aneka jenis makanan Thai, mereka juga menyajikan aneka jenis menu tempatan. Tema untuk buffet Ramadan di Imperial Chakri Palace tahun ini adalah “Tantalizing Tastes of Thailand”. Jadi, sesiapa yang teringin nak mencuba makanan Thai terbaik di Kuala Lumpur, bolehlah kunjungi Imperial Chakri Palace. Promosi buffet Ramadan di Imperial Chakri Palace KLCC dan Chakri Palace Pavilion KL bermula pada 30 Mei 2017.


Menu Istimewa Buffet Ramadan


Untuk anda yang dah biasa berkunjung ke Imperial Chakri Palace, pastinya sudah tahu menu-menu istimewa yang dihidangkan di sini. Untuk anda yang pertama kali merancang untuk memilih Chakri Palace sebagai lokasi buffet Ramadan nanti, berikut disertakan menu-menu istimewa Buffet Ramadan yang bakal dihidangkan sepanjang bulan Ramadan.




Tidak lengkap kunjungan anda ke Imperial Chakri Palace tanpa mencuba pembuka selera (appetizer) yang terkenal di Thailand iaitu  “Mieng Kam”. Apa yang unik dan menarik tentang “Mieng Kam” ini adalah ia dihidangkan dengan 7 ingredients yang berbeza yang terdiri daripada daun kadok, kacang, cili, bawang merah, limau nipis dan sos istimewa. 




Antara menu-menu lain yang turut disajikan di Chakri Palace adalah Samosa, Crispy Thai Spring Rolls, Thai Crispy Fried Noodles dan banyak lagi. Pendek kata, aneka juadah disediakan di sini bermula dari pembuka selera, menu utama sehinggalah ke pencuci mulut.





Antara menu utama (main course) yang bakal disajikan sempena Buffet Ramadan nanti adalah seleksi pilihan Thai cuisine seperti lamb in Thai green curry, prawn with butter sauce topped with salted egg, stir fried squid with salted egg, Tomyam seafood, beef with black pepper sauce dan tak ketinggalan fish with sweet & spicy sauce.




Selain juadah masakan asli Thai, tidak ketinggalan menu-menu tempatan yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia iaitu Rendang Daging Tok ,Masak Lemak Gulai Daging, Ayam Kapitan dan Nasi Beriani.




Tidak lengkap juadah berbuka puasa dengan hidangan masakan Thai tanpa mencuba menu istimewa daripada Thai Chefs seperti ulam-ulam and Kerabu. Antara yang paling mencuri perhatian semua orang yang datang bertandang ke sini adalah Thai Mango Salad dan Thai Papaya salad.




Selain menu-menu tersebut, ada juga beberapa menu istimewa lain yang dihidangkan di live actions stalls. Antaranya Satay Ayam dan Satay Daging. Tidak terkecuali untuk anda penggemar Ikan Bakar, bihun Tom Yam dan Laksa Thai. Pendek kata, semua makanan Thai ada di sini!





Pengalaman menikmati juadah di Imperial Chakri Palace membawa kita seolah-olah menikmati makanan di negara Thailand. Dengan aneka jenis menu istimewa yang dimasak khas oleh Chef dari Thai dengan menggunakan resepi asli, semestinya akan memberi kepuasa kepada kita semua dalam menikmati juadah yang terhidang.




Paling penting, di sinilah peluang terbaik untuk menikmati famous Thai desserts sebagai pencuci mulut. Antara menu istimewa di bahagian desserts adalah Red Ruby Waterchestnut, Pulut Mangga (Thai mango sticky rice), dan aneka jenis kuih-muih Melayu seperti bubur jagung & pisang dan banyak lagi. 


Menu Wajib Cuba




Setiap orang ada menu favorite masing-masing. Same goes to me! Bila berkunjung ke restoran Thai, menu wajib yang mesti dimakan adalah tomyam, laksa Thai, green curry, somtam dan pulut mangga. Dah dapat menu-menu macam ni, dah boleh senyum sampai ke telinga, hehe.




Nasi beriani dengan aneka jenis lauk-pauk seperti rendang tok. Jangan lupa untuk mencuba sendiri green curry iaitu salah satu masakan popular di Thailand. 



Tak sah kalau makan di Restoran Thai kalau tak makan tom yam. Antara hidangan yang wajib cuba di Imperial Chakri Palace adalah bihun Tom Yam.



Untuk peminat laksa, rasai kelainan untuk menikmati sendiri keenakan laksa Thai. Dengan resepi dan bahan-bahan yang berbeza, semestinya laksa Thai memberi rasa yang unik berbanding laksa-laksa yang sedia ada di Malaysia. Laksa Thai is one of my favorite dish!




Sama ada anda merancang untuk berbuka puasa berdua, atau beramai-ramai bersama rakan sekerja atau rakan-rakan, Imperial Chakri Palace is one of the best choice! Kedudukan strategik di pusat bandar, sama ada di KLCC atau Pavilion. Paling penting, mudah diakses dengan public transport seperti LRT dan monorail. 


TIPS - PUBLIC TRANSPORT:
KLCC - Stop at LRT KLCC
Pavilion - Stop at Monorail Bukit Bintang


Pakej Buffet Ramadan 2017

 Imperial Chakri Palace


Jadi, untuk anda di luar sana yang sedang mencari lokasi berbuka puasa atau buffet Ramadan, bolehlah senaraikan Imperial Chakri Palace KLCC atau Paviion dalam bucket list anda! Buffet Ramadan akan bermula pada 30 May 2017 yang akan menghidangkan 3 variasi set menu secara rotation basis sepanjang sebulan bermula jam 7 malam setiap hari.


Imperial Chakri Palace KLCC
RM95.90++ (Adults)
RM49.90++ (Child 6-10 years old & Senior citizen >60 years old)
FREE (Child under 6 years old)


Chakri Palace Pavilion
RM85.90++ (Adults)
RM42.90++ (Child 6-10 years old & Senior citizen >60 years old)
FREE (Child under 6 years old)


Untuk anda yang nak book awal, jangan lupa dapatkan dengan harga promosi Early Bird! Buat tempahan sebelum 30 May 2017 dengan minimum booking untuk 4 orang, bayar dengan harga diskaun untuk Early Bird.

Early Bird Offer


Imperial Chakri Palace KLCC
RM75.90++ (Adults)

Chakri Palace Pavilion
R65.90++ (Adults)

Group Bookings 
BUY 5 FREE 1



Untuk keterangan lanjut bagi sebarang pertanyaan dan urusan tempahan, boleh hubungi:


Imperial Chakri Palace KLCC
03-23827788

Chakri Palace Pavilion
 03-21431141

Phone No:
016-2277182

Email:

Website:

Post a Comment

6 Comments

  1. Menariknyer. Nanti iftar nak try dengan family laa.. thanks for the review..

    Boleh tengok sy review about wooden toys paling murah di pasaran.. I am newbie..

    http://www.sinashaari.com/2017/05/set-kitchen-wooden-termurah-di-pasaran.html

    ReplyDelete
  2. menu ala thai tak pernah mengecewakan

    ReplyDelete