JATUH CINTA DENGAN KELAZATAN CREAM PUFF DI GULA PETITE

Ada ke orang suka makan cream puff kat sini? Biasanya, korang beli kat mana cream puff yang best? Boleh share tak? Mana tahu, next time boleh pi try. Aku pun salah seorang yang sangat gilakan cream puff. Ada masanya, bila balik kampung siap order satu box cream puff. Kalau di office, rela register membership di Loaf, KL Sogo semata-mata nak beli cream puff dengan harga diskaun time lunch. Kalau pergi makan buffet di mana-mana hotel atau restoran pula, kalau part dessert memang akan terkam cream puff dulu berbanding yang lain-lain.


Dan, baru-baru ini kali pertama aku mencuba cream puff di Gula Petite. Perghhh! Sekali gigit, mashaAllah. Sedap nak mati. Terus lupa cream puff yang pernah aku makan di tempat-tempat lain. Dan sampai hari ini, I'm craving for it! Seriously, aku jatuh cinta dengan kelazatan cream puff di Gula Petite. Tapi, di Gula Petite dorang tak panggil cream puff. Ia diberi nama Signature choux pastries. So, kalau korang ke Gula Petite atau Gula Cakery, jangan lupa untuk cuba sendiri. Rasai kelazatan dan kelainannya!




Untuk perkongsian kali ini, aku nak share pengalaman pertama kali berkunjung ke outlet Gula Petite yang kini dibuka di IOI City Mall Putrajaya. Jadi, untuk peminat-peminat kek dan pastri, kalau korang nak lepak-lepak di IOI City Mall Putrajaya, bolehlah singgah di tingkat 1. Outlet Gula Petite terletak bersebelahan dengan eskalator yang berhampiran dengan ice skating.





Just in case, you guys don't have any idea about Gula Petite. Let's me explain about this. Pernah tak dengar Gula Cakery? Hah, kalau nak tahu, Gula Cakery merupakan outlet pertama mereka yang beroperasi di Kota Kemuning, Shah Alam. Gula Cakery sudahpun beroperasi sejak setahun enam bulan yang lalu. Mungkin ada di antara kita yang pernah try makan di Gula Cakery. For sure, korang akan tahu lah macam mana kualiti kek, pastri dan makanan yang dihidangkan di sana. Right?


Kini, mereka melebarkan sayap perniagaan dengan pembukaan outlet ke-dua di IOI City Mall Putrajaya yang diberi nama Gula Petite. Gula Petite mula beroperasi pada 30 April 2017 di pusat membeli-belah IOI City Mall Putrajaya. Kalau Gula Cakery di Shah Alam, Gula Petite di Putrajaya. Mudah untuk kita semua terjah, pilih je mana satu yang lebih dekat dengan lokasi masing-masing.





Gula Petite telah dirasmikan oleh Dato' Husni Salleh iaitu Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU. Tahniah diucapkan kepada pemilik Gula Cakery dan Gula Petite iaitu Cik Nor Adriena binti Mohd Ritzal. Aku sangat kagum dengan beliau. Sekarang dah ada dua outlet sendiri pada usia yang agak muda. Baru 25++. Wow! Dengar kata, bukan itu saja. Beliau juga giat membuka kelas baking untuk mengajar kanak-kanak dan orang dewasa dengan resepi yang beliau ada. Menarik kan?




Ok, jom sambung cerita tentang Gula Petite. Next, what to expect when you visit Gula Petite? Gula Petite berkonsepkan kafe mini yang memberi fokus kepada jualan aneka jenis kek, sandwich serta hidangan minuman panas dan sejuk. So, kalau datang ke IOI City Mall Putrajaya dan nak lepak santai sambil pekena kopi, kek dan pastri bersama family atau kawan-kawan, bolehlah pilih Gula Petite untuk dimasukkan dalam bucket list. Boleh chill dan relax di sini.




Apa menu yang disediakan? Tak ada banyak beza dengan menu di  Gula Cakery. Kebanyakan menu kek di Gula Petite adalah sama dengan menu yang ada di Gula Cakery. Tak kisahlah, korang pergi outlet Gula Cakery atau Gula Petite, jenis-jenis kek yang ada tetap sama. 




Cuma bezanya seleksi menu di Gula Cakery lebih banyak berbanding apa yang ada di Gula Petite kerana di Gula Cakery, mereka menyediakan masakan panas seperti Nasi Tomato Ayam Merah, Creamy Carbonara dan Grilled Chicken Chop. Tetapi, di Gula Petite mereka hanya fokus untuk kek dan pastri sahaja.





Pendek kata, Gula Petite boleh dianggap sebagai mini Gula Cakery yang mana menyediakan lebih 13 jenis kek setiap hari dan seleksi kek akan ditukar setiap minggu. Mesti ada yang tertanya-tanya, apa signature dish atau hot item yang menjadi pilihan ramai di Gula Cakery atau Gula Petite?




Antara kek yang menjadi pilihan utama para pelanggan adalah kek Pandan Gula Melaka, kek Double Chocolate Nutella, Pavlova dan Choux Pastries. Dan pilihan utama aku di sini tak lain dan tak bukan Choux Pastries. Rangup di luar, gebu di dalam. Sekali gigit, booom dalam mulut dengan limpahan cream. Best giler!




Selain itu, sempena majlis perasmian pembukaan Gula Petite, Cik Arieni turut melancarkan buku nota resepi istimewa beliau yang memuatkan beberapa resepi menu 'signature' kafe Gula Cakery dan Gula Petite. Tak sangka, Cik Arieni ada peminatnya yang sendiri. Ramai yang datang semata-mata untuk mendapatkan buku nota resepi dan berjumpa dengan beliau face to face.




Buku nota itu tampil dengan lima warna pastel yang mengandungi perkongsian resipi 'signature' serta kisah di sebalik setiap resipi yang dihasilkan. Buku nota itu turut memuatkan foto-foto menu selain vaucer diskaun untuk pembelian kek boleh didapati di Gula Cakery atau Gula Petite berharga RM85 (Promosi RM75).




Antara rakan bloggers yang turut hadir ke Majlis Perasmian Gula Petite dan Pelancaran Buku Nota Resepi adalah +rubydotmy , +Bro Framestone , +Uncle Zuan , Bella,, team +Projek Travel dan ramai lagi. Selain dapat merasai sendiri menu-menu istimewa di Gula Petite, kami juga berpeluang untuk mendengar sejarah bermulanya Gula Cakery. Berdasarkan perkongsian daripada Cik Arieni, kat sini aku ringkaskan sejarah bermulanya perjalanan Gula Cakery.


SEJARAH BERMULANYA GULA CAKERY


  1. Pembukaan Gula Cakery bermula dari pengasasnya, Arieni yang sering membantu neneknya memasak dan membakar kek terutamanya menjelang Hari Raya.
  2. Selepas mendalami pelbagai ilmu masakan, Arieni tampil dengan Gula Cakery, di mana beliau mula membuat kek berdasarkan tempahan yang diterima.
  3. Kerana minat yang mendalam dalam medidik dan mengajar, beliau turut membuka kelas bakeri di rumahnya. Arieni turut dibantu ibunya, Puan Nor Aini Muhid atau lebih dikenali sebagai Gula Mummy dalam sama-sama menghasilkan aneka kek.
  4. Kedua-dua ,mereka pernah memecahkan rekod membuat aneka resepi selama 36 jam tanpa henti.
  5. Kepercayaan yang diraih daripada pelanggan-pelanggan yang sangat berpuas hati membuatkan mereka tampil untuk membuka kafe Gula Cakery pada September 2015 berkonsepkan perniagaan keluarga.
  6. Pada hujung tahun 2015, ia telah dinamakan sebagai salah satu kafe berkonsepkan kekeluargaan yang terbaik di Kuala Lumpur oleh Time Out KL. Pengikut instagram kini melonjak sebanyak 50,000 orang dalam masa kurang dari setahun.


VIDEO GULA PETITE

IOI CITY MALL PUTRAJAYA


Dah tahu kan macam mana wujudnya Gula Cakery dan Gula Petite? Hah, sekarang jom kita tengok kemeriahan Majlis Perasmian Gula Petite, IOI City Mall Putrajaya yang berlangsung baru-baru ini. Cekidout!!!




Untuk kenali lebih lanjut tentang Gula Cakery dan Gula Petite, korang bolehlah usha-usha dorang di laman Facebook, Instagram ataupun Wesbsite. Jangan lupa pergi try makan sendiri di Gula Cakery atau Gula Petite. Selamat mencuba!


Website:


Faceboook:


Instagram:


Email:
hello@gulacakery.com

Post a Comment

0 Comments