Tahukah anda? Negeri yang kaya dengan "nature" dan pulau-pulau yang cantik bertaraf dunia di Malaysia adalah Terengganu. Antara pulau yang menjadi tarikan utama pelancong tidak kira dari dalam atau luar negara adalah Pulau Perhentian. Dan, pastinya setiap orang ada simpan angan-angan untuk bercuti ke sana tak kira bersama family atau sahabat handai. Untuk perkongsian kali ini, aku akan kongsilan sedikit-sebanyak info berkaitan Pulau Perhentian, aktiviti-aktiviti yang menarik untuk dilakukan sepanjang berada di Pulau Perhentian dan juga pakej murah dan berbaloi untuk ke Pulau Perhentian bersama Perhentiankravers!
Pulau Perhentian, Terengganu
Pulau Perhentian, pulau peranginan terkemuka dunia!
Percutian serta pengembaraan yang pasti anda tidak dapat lupakan di sebuah pulau peranginan terkemuka di Terengganu, Malaysia sepanjang musim ini. Kerana apa? Kerana keindahan pulau dan keajaiban laut biru di Pulau Perhentian menanti anda!
Tawaran bercuti untuk orang ramai terutamanya kepada pelancong dari dalam negara kini terbuka kepada setiap individu, keluarga mahupun badan korporat di Pulau Perhentian, Terengganu, Malaysia dan dibawakan khas oleh pakar pengendali percutian di Pulau Perhentian iaitu Perhentiankravers Travel & Tours Sdn. Bhd. Destinasi percutian yang ditawarkan akan meliputi Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Pakej yang disediakan oleh Perhentiankravers adalah Pakej 3 hari 2 malam Pulau Perhentian.
Pakej percutian yang ditawarkan oleh Perhentiankravers akan pastinya menjadi sebuah kenangan manis yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh para pengunjung setelah berseronok menikmati keindahan alam serta ketenangan laut Cina Selatan yang terbentang luas dan aman serta dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang berwarna-warni serta pemandangan yang memukau di sepanjang percutian mereka.
Perhentiankravers juga telah berusaha dengan jayanya dalam mengatur tentatif program yang menarik serta bersesuaian kepada para pengunjung yang hadir. Ini bagi memastikan percutian para pengunjung tidak disia-siakan dan dimanfaatkan dengan sebaiknya bermula dari langkah pertama pengunjung memijakkan kaki mereka di pantai berpasir putih dan lembut di Pulau Perhentian.
Percutian bermakna bersama Perhentiankravers
Bagi keselesaan dan ketenangan para pengunjung dalam merancang percutian mereka, Perhentiankravers telah menyediakan beberapa jenis pakej yang mana para pengunjung boleh membuat pilihan mengikut kepada cita rasa, kesesuaian dan “budget” masing-masing. Bagi Perhentiankravers, semua orang mampu untuk merasai percutian idaman mereka. Di samping itu juga, Perhentiankravers boleh mengatur sebarang percutian atau program secara “taylor-made” megikut kehendak dan kesesuaian sendiri.
Bersama Perhentiankravers, para pengunjung akan dilayan dengan baik. Bermula dari proses tempahan sehinggalah pengunjung tiba di Jeti Kuala Besut untuk menaiki bot bagi memulakan perjalanan ke Pulau Perhentian, semuanya akan dikawal selia oleh pihak Perhentiankravers.
Bot Laju Perhentiankravers
Perjalanan menaiki bot laju mengambil masa 20-30 minit
Untuk pengetahuan semua, bot laju Perhentiankravers adalah satu-satunya bot di Pulau Perhentian yang dicat dan dihias seumpama ini. Sudah pasti, para pengunjung akan berasa teruja sebaik sahaja melihat bot jerung ini datang menghampiri Jeti Kuala Besut untuk mengambil mereka dan membawa para pengunjung ke Pulau Perhentian. Dengan kekuatan enjin 250 kuasa kuda, para pengunjung akan meluncur laju membelah lautan dan akan tiba di Pulau Perhentian dalam tempoh masa 20–30 minit sahaja.
Setibanya di Pulau Perhentian, pengunjung akan dibantu oleh “crew” Perhentiankravers bagi proses check-in dan penyimpanan barang sementara menunggu waktu check-in di resort mahupun chalet mengikut pakej yang diambil.
40 minit pendakian ke Kincir Angin
Khusus kepada para pengunjung terutamanya golongan anak muda dan belia, pada hari pertama Perhentiankravers telah mengisi tentatif program dengan menuju ke salah sebuah destinasi popular di Pulau Perhentian iaitu mendaki ke kincir angin. Pendakian ini akan mengambil masa sekitar 40 minit untuk ke puncak dan 40 minit untuk menuruni bukit. Perhentiankravers juga menyediakan khidmat “guide” iaitu sebagai penunjuk arah dan juga bagi membantu sebarang kesulitan atau masalah sekiranya berlaku.
Perhentiankravers begitu menitik beratkan keselamatan para pengunjung sewaktu melakukan sebarang aktiviti yang mana bagi pendakian ini Perhentiankravers menyediakan set “first aid kit” yang lengkap beserta dengan “walkie-talkie” bagi memudahkan komunikasi antara pengunjung dengan “guide” sekiranya berlaku sebarang kesulitan yang tidak diingini. Aktiviti ini menggunakan sedikit kekuatan fizikal dan mental. Namun, sebaik sahaja para pengunjung tiba di puncak, segala penat dan lelah pasti akan hilang begitu sahaja dek kerana pemandangan yang begitu indah serta kenikmatan dibuai angin bayu pada ketinggian 150 meter dari aras paras laut. Berikut adalah pemandangan dari lokasi kincir angin.
Selepas mengikuti pendakian ke kincir angin yang berakhir sekitar jam 4.00 petang, para pengunjung bebas untuk melakukan sebarang aktiviti lain seperti mandi pantai, berkayak dan lain-lain lagi.
Kincir Angin, Pulau Perhentian
Aktiviti snorkeling di Perhentian Kecil dan Perhentian Besar
Aktiviti snorkelling ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga ke pukul 5.00 petang yang mana Perhentiankravers juga telah menyediakan hidangan makan tengahari buat para pelanggan ketika berehat sebentar di Kampung Nelayan.
Mandi-manda di Pulau Perhentian
Dilengkapi peralatan snorkeling dan jaket keselamatan
Aktiviti snorkeling di Pulau Perhentian
Perkhidmatan Snorkeling Guide ke Turtle Point dan Shark Point
Di samping itu, Perhentiankravers juga menyediakan perkhidmatan “snorkelling guide” profesional yang akan memantau serta melayan para pengunjung sepanjang trip. “Snorkelling guide” yang bertugas juga merupakan “underwater photographer” yang mana mereka akan merakam gambar kenangan-kenagan para pengunjung ketika snorkelling di Pulau Perhentian.
Antara tempat snorkelling yang bakal dikunjungi oleh para pengunjung adalah seperti berikut :
- Turtle Beach atau Tiga Ruang
- Turtle Point
- Shark Point
- Kg Nelayan (rehat/solat/makan tengahari)
- Lighthouse
- Romantic Beach
Aktiviti Menarik di Pulau Perhentian
1.“Fish feeding” di Turtle Beach
Snorkeling & Fish feeding
2. Berenang secara dekat bersama penyu di “Turtle Point”
Turtle point
Shark Point
4. Kampung Nelayan di mana para pengunjung di bawa untuk berehat dan makan tengahari.
Light house
Bagi pengunjung yang inginkan sesuatu yang ekstrim, bolehlah mencuba lompatan gaya bebas dari puncak Light House setinggi 10 meter. Di sini juga merupakan salah satu tempat yang mempunyai “coral” yang tercantik di Pulau Perhentian.
6. Tempat snorkelling di Romantic Beach
Romantic Beach
Seusai sahaja dari aktiviti snorkelling, keseronokan serta pengalaman indah para pengunjung tidak terhenti di situ sahaja. Malah, para pengunjung boleh mengambil kesempatan untuk menikmati pemandangan matahari terbenam (sunset view) yang sungguh mendamaikan dan berlatar belakangkan langit dan lautan seluas saujana membiru kekuningan emas.
Pemandangan matahari terbenam di pantai Coral Bay.
Bergantung kepada pakej yang diambil oleh para pengunjung, Perhentiankravers juga ada menyediakan hidangan Barbeque sebagai juadah istimewa makan malam di Pulau Perhentian.
Barbeque yang dihidangkan terdiri dari pelabagai menu hidangan laut segar.
Setelah selesai makan malam, bagi para pengunjung yang masih merasakan malam masih muda untuk pulang tidur berehat, apa kata anda cuba merasai sendiri pengalaman suasana malam yang lebih meriah dengan berjalan ke Long Beach. Di sini, terdapat pelbagai hiburan muzik dan persembahan api yang di adakan. Untuk pengetahuan semua, Long Beach begitu terkenal sebagai satu-satnya “Night Life & Beach Party” di Pulau Perhentian.
Suasana kemeriahan persembahan api di Longbeach.
Perhentiankravers menyediakan 3 kali dalam sehari bagi perjalanan bot penumpang dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut. Waktu perjalanan bot penumpang adalah pada :
- 8.00 pagi
- 12.00 tengahari
- 4.00 petang
Secara keseluruhannya, Perhentiankravers menjanjikan sesuatu yang tidak dapat dilupakan oleh para pengunjung apabila bercuti di Pulau Perhentian iaitu pengalaman yang begitu menakjubkan. Rata-rata pengunjung memberikan maklum balas yang mengujakan seperti mereka tidak pernah terbayang akan keindahan Pulau Perhentian dapat menandingi mana-mana keindahan destinasi pelancongan di luar negara terutamanya negara kejiranan.
Perhentiankravers menjanjikan “value for money” kepada para pengunjung yang disayangi. Musim bagi percutian di Pulau Perhentian bermula pada bulan Februari hingga Oktober dan selebihnya ditutup kerana angin monsoon yang melanda kawasan Pantai Timur setiap hujung tahun. Oleh kerana operasi di Pulau Perhentian adalah terhad, Perhentiankravers menasihatkan kepada bakal pengunjung untuk membuat tempahan seawal mungkin bagi mengelakkan dari kekecewaan terutamanya bilik penginapan penuh.
Sebarang tempahan bolehlah hubungi :
019-9100986 (Pejabat Perhentiankravers)
Emelkan tempahan anda ke :
hai.perhentiankravers@gmail.com
Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai Perhentiankravers, sila ke laman facebook dan instagram Perhentiankravers.
Facebook:
Instagram:
So guys, kalau korang tengah mencari Pakej Murah Ke Pulau Perhentian, tidak kira pakej Pulau Perhentian untuk 2 orang, Pakej Perhentian berkumpulan atau pakej honeymoon, bolehlah rujuk Perhentiankravers kerana mereka memang cukup terkenal dengan Pakej Bajet Pulau Perhentian. Selamat bercuti!
1 Comments
Rindunya Perhentian. Terengganu memang bertuah memiliki baaanyakkk pulau yang cantik!
ReplyDelete