Edisi Buffet Ramadhan 2017 yang seterusnya adalah di Restoran Kontiki, The Federal KL. The Federal KL menghidangkan menu berbuka puasa dengan bertemakan Sajian Nostalgia 60 Tahun Bersama Hotel Federal sempena Ulang Tahun kemerdekaan Negara Malaysia yang ke-60. Actualy, terdapat lebih kurang 100 menu makanan yang disediakan di sini termasuklah hidangan kegemaran Perdana Menteri kita Yang Pertama iaitu Almarhum Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj. Mesti korang excited nak tahu kan, apakah menu favorite mantan Perdana Menteri kita yang pertama? Jom, cekidout!
Berbuka puasa di Kontiki Restaurant, The Federal Hotel KL
Buffet Ramadan Kontiki Restaurant
Kontiki Restaurant, The Federal KL
Ok, sebelum kita tengok menu-menu isitmewa yang disediakan di Buffet Ramadan Kontiki Restaurant, The Federal KL, apa kata kita tengok dulu menu favorite Almarhum Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj.
Ikan Goreng Serai
Sambal Udang Petai
Daging Pedas
Itik Golek
Ketam Masak Sos Tomato
Ayam Masak Kuning
Ayam Masak Kicap
Sambal Udang Petai
Berita baiknya, korang boleh cuba menu-menu yang disebutkan di buffet Ramadan Kontiki Restaurant. Jadi, jangan lupa datang beramai-ramai ke The Federal Hotel KL untuk menikmati sendiri pengalaman berbuka puasa.
Sajian Nostalgia 60 Tahun Bersama Hotel Federal
Kalau nak disebutkan satu per satu juadah yang ada di sini, memang tak habislah. Jadi, apa kata kita seneraikan antara seleksi menu yang ditawarkan di sini. Mana tahu kan, ada yang bercadang nak berbuka puasa di The Federal KL, jadi bolehlah buat rujukan. Ok, kita mulakan dari pembuka selera (appetizer).
Antara menu appetizers yang ada adalah Gado Gado, rojak buah, ulam-ulam kampung, ikan masin, tauhu sumbat, pulut kuning dengan serunding, acar buah acar rampai, tempe goreng pedas, ikan rebus goreng, kerabu mangga, dan kerabu daging. Dan, pastinya ikan rebus goreng yang menjadi pilihan aku. Dimakan pula dengan pulut kuning dan serunding. Pergh, padu beb!
Ikan rebus goteng, pulut kuning dan serunding
Aneka jenis kerabu dan sambal
Menu utama pula, mereka menyajikan menu masakan Melayu dan juga menu antarabangsa seperti Sushi & Shashimi, Roasted & Steamed Chicken, Pucuk Manis Lemak Keledek, Ayam Padprik, Braised Assorted Mushroom with vegetable, Grilled Lamb Cutlet on Ratatouille, Roasted Duck with Quick Orange Sauce, Paru Goreng Berempah, Dalca Kambing, Mussel Masak Pedas Asam, Lamb Kofta, Ikan Tenggiri Asam Pedas, Ayam Kurma Berkentang, Hungarian Beef Goulash, Pasta Arabiata, Fried Tiger Prawns with Thick Soya Sauce, Sayor Kobis Goreng Cendawan, Baked Pumpkin with Provencal Herb, Daging Kurma Berkentang, Char Grilled Minute Steak Glazed with Mustard Grain Sauce and Fried Onion, Pasta Aglio-olio dan banyak lagi.
Seleksi juadah local dan international
Selain itu, untuk peminat-peminat bubur atau soup, buffet Ramadan di Kontiki Restaurant ada menyediakan stall khas untuk menu-menu tersebut. Antarnya adalah Cream of mushroom, Four Treasure with Crabmeat, Cream of Tomato, Seafood Chowder,dan Bubur Lambuk.
Pastinya, kalau datang berbuka puasa di sini, korang akan excited bila tengok BBQ Cylinder Station. Aku sendiri pun tak boleh tahan tengok apa yang ada. Memang berkobar-kobar nak makan. Antara menu yang dihidangkan di sini adalah Udang, kupang, ikan pari, peha ayam, satay ayam. satay daging, otak-otak, roti pita bersama ayam & kambing, murtabak & kari ayam, Kambing golek, ayam percik, dan.steamboat. Fuh, telan air liur laju-laju bila tengok.
Kmabing Golek
Udang, kupang, ikan pari, peha ayam
Untuk pencinta desserts, don't worry. Macam-macam jenis kuih-muih tradisional, biskut, kek, pastri dan puding disediakan. Hah, pilih je nak makan yang mana. Seriously, memang rambang mata nak try makan yang mana satu.
Kuih-muih tradisional
Overall, experience berbuka puasa di sini sangat best especially bila dapat makan seafood seperti udang, ketam, sotong dan kupang goreng celup tepung. Fuh, memang mengancam dan terbaik bhai. Korang patut cuba sendiri berbuka puasa di sini ataupaun pakej buffet yang ditawarkan di sini. Berbaloi-baloi!
Harga Buffet Ramadan
Dewasa:
RM 128 nett
Kanak-kanak:
RM 30 nett
Warga Emas:
50% off
Kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut atau promosi-promosi hebat dan terkini dari pihak The Federal KL, bolehlah ikuti mereka di website dan laman media sosial mereka seperti berikut!
Website:
Facebook:
Instagram:
Twitter:
Selamat mencuba!
2 Comments
Love the food variety! Looks amazing! I always love Ramadhan time because of the luxurious food everywhere! Especially when breaking fast
ReplyDeleteAgreed with you. Ramadan is special with various types of food. I love to see when non-muslim also ejoying food especially at bazaar Ramadan
Delete