Lokasi Buffet Ramadan 2017 yang seterusnya adalah di Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur. Apa yang best tentang Quality Hotel adalah kedudukannya yang strategik. Terletak di tengah ibu kota, berdekatan dengan pengangkutan awam seperti Stesen KTM Bank Negara atau Stesen LRT Bandaraya dan paling penting berdekatan dengan pejabat-pejabat (MARA, CIMB, UOB, Bank Negara, dll) dan shopping mall (KL Sogo, Pertama Complex, Busana MARA, Quill Mall)
Pendek kata, memang sesuai kalau nak ajak member-member atau family berbuka puasa bersama di sini. Kalau datang shopping di KL sogo pun, boleh sangat kalau nak datang singgah berbuka di sini. Sangat dekat. Kedudukan Quality Hotel terletak betul-betul bertentangan dengan bangunan MARA.
Pendek kata, memang sesuai kalau nak ajak member-member atau family berbuka puasa bersama di sini. Kalau datang shopping di KL sogo pun, boleh sangat kalau nak datang singgah berbuka di sini. Sangat dekat. Kedudukan Quality Hotel terletak betul-betul bertentangan dengan bangunan MARA.
Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur
Buffet Ramadan Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur bertempat di Benteng Coffee House yang terletak di aras Groundfloor. Untuk edisi kali ini, pihak Quality Hotel tampil dengan tema 'Juadah Berbuka Puasa, Tradisi Masakan Bonda' bermula dari 27 Mei sehingga 24 Jun 2017.
Buffet Ramadan di Quality Hotel ini menghidangkan lebih 100 seleksi dan variasi juadah. Bermula dari pembuka selera (appetizer), menu utama sehinggalah ke pencuci mulut (desserts), pastinya hidangan yang ditawarkan akan membuatkan korang teruja. Nak tahu apa menu yang ditawarkan Jom, kita tengok!
'Juadah Berbuka Puasa, Tradisi Masakan Bonda'
Buffet Ramadan di Quality Hotel ini menghidangkan lebih 100 seleksi dan variasi juadah. Bermula dari pembuka selera (appetizer), menu utama sehinggalah ke pencuci mulut (desserts), pastinya hidangan yang ditawarkan akan membuatkan korang teruja. Nak tahu apa menu yang ditawarkan Jom, kita tengok!
Buffet Ramadan di Quality Hotel Kuala Lumpur
Buffet Ramadan Quality Hotel
Antara juadah yang ditawarkan adalah Lala Goreng Berlado, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Ayam Kapitan, Pajeri Nanas, Ikan Bawal Masak Tomato, Kambing Kuzi, Ikan Keli Sambal, Pucuk Manis Masak Lemak Keledek dan Kambing Bakar. Lauk-pauk yang enak dan lazat ini boleh dipadankan dan dinikmati bersama aneka jenis nasi seperti Nasi Beriyani, Nasi Minyak, Nasi Tomato dan Nasi Hujan Panas.
Paru Goreng Berlado
Sotong Goreng Sambal
Gulai Ikan
Daging Masak Kicap
Ayam Masak Merah
Nasi Hujan Panas
Selain itu, terdapat aneka pilihan pembuka selera dan salad seperti Kerabu Nangka Muda, Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Lidah Lembu, Ikan Masin Goreng, Telur Ikan Goreng, Udang Goreng Berempah dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, juadah seperti Lemang dan Ketupat Palas juga turut disediakan. Yummeh!
Ketupat, Lemang, Serunding Ayam dan Serunding Daging
Buffet Ramadan di sini dimeriahkan lagi dengan adanya gerai-gerai yang membangkitkan suasana bazaar. Menyediakan lebih kurang 15 gerai makanan yang menyajikan pelbagai hidangan seperti Nasi Ayam, gerai Laksa, gerai Keropok Lekor & Pisang Goreng, gerai Sup Gear Box, Sup Ikan, Roti John, Murtabak Ayam, Roti Canai dan banyak lagi. Seriously, rambang mata nak pilih yang mana satu. Tapi, mata tak boleh nak menolak bila tengok sup gear box. Pergh, padu! Menu ni mesti cuba kalau datang berbuka puasa di Quality Hotel Kuala Lumpur.
Sup Gear Box
Laksa
Keropok dan Pisang Goreng
Tidak lengkap rasanya menu Buffet Ramadan tanpa adanya kuih-muih tradisional dan pencuci mulut. Aneka jenis kuih-muih seperti seri muka dan kek disediakan. Tidak ketinggalan pelbagai jenis buah-buahan juga disediakan. Paling best, bila dapat makan rojak buah. Fuh, macam-macam ada!
Kuih-muih Tradisional
Rojak Buah
Amacam? Menarik tak menu-menu yang ditawarkan di Buffet Ramadan Quality Hotel Kuala Lumpur? Hah, kalau nak buat gathering, reunion atau berbuka puasa untuk rakan sepejabat, bolehlah book sini.
Harga Buffet Ramadan
Dewasa:
RM72++
Kanak-kanak:
RM52++
Jadi, untuk korang yang merancang untuk berbuka puasa di Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur, bolehlah buat tempahan secepat mungkin. Kalau nak book, korang boleh hubungi 03-2614 8000.
Oh, lagi satu. Kalau korang nak tahu promosi terkini ataupun maklumat lebih details berkaitan Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur, bolehlah follow mereka di laman media sosial. Cekidout!
Website:
Facebook:
Instagram:
Twiiter:
0 Comments