Mencari buffet Ramadan paling murah di Kuala Lumpur atau Selangor? Apa kata korang cuba Buffet Ramadan di Red Carpet Avenue, The Strand, Damansara. Dalam banyak-banyak buffet Ramadan yang aku pergi, so far kat sini paling murah! Nak tahu apa menu-menu best yang ada di sini? Meh nak share. Semoga sedikit-sebanyak dapat membantu korang semua dalam membuat pilihan untuk buat tempahan sama ada plan nak berbuka bersama family ataupun kawan-kawan. Mana tahu kan, ada yang tengah mencari tempat yang sesuai untuk berbuka puasa atau buffet Ramadan dalam masa terdekat.
Overall, pengalaman peribadi berbuka puasa di Red Carpet Avenue, The Strand, Damansara memang cukup meriah dan puas hati. Selain juadah yang disajikan best-best, harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan. Paling penting, lokasi yang dipilih sangat dekat dengan shopping mall The Strand yang dilengkapi dengan kemudahan surau untuk memudahkan urusan solat selepas berbuka puasa.
Red Carpet Avenue, The Strand, Damansara
Untuk korang yang nak datang ke Red Carpet Avenue, The Strand, Damansara, bolehlah search di waze. Kalau nak naik public transport untuk elak traffic jam, korang boleh naik MRT dan stop di stesen MRT Surian. Then, boleh naik uber atau grab car ke The Strand. Red Carpet Avenue terletak betul-betul depan The Strand Mall.
Red Carpet Avenue, The Strand, Damansara
Kalau di bulan Ramadan, ada buffet Ramadan kat sini. Kalau bulan-bulan lain, biasanya tempat ini dijadikan lokasi isitimewa sebagai tempat kenduri-kendara. Pakej perkahwinan atau pakej buffet Ramadan di Red Carpet Avenue, The Strand adalah di bawah kelolaan pihak Felda DSaji. Semua dah tahu kan, macam mana kualiti dan kehebatan masakan daripada Chef-Chef Felda DSaji? Memang tak boleh dipertikaikan lagi. Cukup sedap! Jadi, tak hairanlah Felda DSaji telah menjadi salah satu operator F&B yang cukup berpengaruh dan terkenal di Malaysia.
Juadah Buffet Ramadan serendah RM39++
Bercerita soal harga, memang sangat berpatutan. Dengan harga serendah RM39++ untuk seorang, rasanya ini adalah harga terendah untuk buffet Ramadan di Kuala Lumpur. Antara juadah istimewa yang dihidangkan di buffet Ramadan Red Carpet Avenue adalah telur itik masak lemak, siput sedut masak lemak cili api, asam pedas daging tetel, dan ikan patin masak tempoyak.
Aneka juadah kampung
Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak
Gulai Itik Masak Lemak
Selain itu, antara hidangan lain yang turut dihidangkan adalah Nasi Dagang, Mee Rebus, Laksa Penang, Bubur Lambuk, Bubur Jagung, Mee, Kuey Teow Goreng, Roti Boom, Yong Tau Fu dan Kambing Golek. Pendek kata, semua juadah yang dihidangkan di sini sedap-sedap.
Paling penting, ada menu favorite aku sendiri iaitu gulai telur itik. Masakan gulai telur itik kat sini memang lain dari yang lain. Rasa sama macam masakan mak di kampung. Bukan setakat gulai telur itik, kalau nak tahu mee goreng di sini pun sedap. Digoreng secara live dan dihidang panas-panas waktu berbuka. Memang umphhhh!
Kambing Golek
Biasanya, kalau datang buffet Ramadan memang tak kan lari dari dessert dan kuih-muih. Yes, I come for dessert! Especially Ais Batu Campur (ABC) dan ais krim. Pergh, padu! Bukan itu je, aneka kuih-muih, kek dan puding juga turut dihidangkan.
Air Batu Campur (ABC) dan ais krim
Dessert dan kuih-muih
Mee Rebus, Bubur Lambuk, dan Bubur Jagung
Nasi Dagang dan Laksa Penang
Dalam banyak-banyak menu yang dihidangkan, aku pilih nasi dagang. Tak cukup makan nasi dagang, sempat pergi ambil lauk-pauk nak try especially gulai telur itik.
Juadah berbuka puasa di Red Carpet Avenue
Untuk korang yang merancang untuk datang berbuka puasa di Red Carpet Avenue, bolehlah buat temphan. Tips dia mudahnya, kalau tak nak bersesak-sesak, datanglah time weekdays. Bukan apa, kalau datang time weekend takut full house atau terlampau sesak pulak. Apapun, selamat mencuba!
Harga Buffet Ramadhan 2017 Felda D'saji di Red Carpet Avenue The Strand Mall
RM39+ untuk dewasa
RM23+ untuk kanak-kanak
Untuk tempahan, boleh hubungi:
Cik Hidayu :012 - 921 4691
Pn Nurul : 019 - 242 4775
Untuk maklumat lanjut mengenai Felda DSaji, boleh ikuti laman sosial media seperti berikut:
Laman Rasmi Felda D'saji
Facebook Felda D'saji
Instagram Felda D'saji
Apapun, selamat meneruskan ibadah puasa. Untuk korang yang dah mencuba sajian Buffet Ramadan di Red Carpet Avneue, The Strand Damansara ataupun yang akan mencuba merasai sendiri juadah berbuka puasa di sini, jangan lupa untuk kongsikan pengalaman masing-masing di ruangan komen.
0 Comments