Untuk perkongsian kali ini, aku nak share pengalaman berbuka puasa di hotel bertaraf 5 bintang iaitu di The Living Room, The Westin Hotel Kuala Lumpur. Jom! Berbuka Puasa Buffet di The Westin Hotel KL kali ini memang meriah bila kami pergi beramai-ramai. Antaranya team +Projek Travel dan juga rakan-rakan bloggers. Jadi, untuk korang yang mencari tempat buffet Ramadan di sekitar Kuala Lumpur, bolehlah pilih The Westin Hotel KL sebagai salah satu lokasi pilihan. Memang sesuai untuk dijadikan tempat berbuka puasa bersama family, rakan sepejabat ataupun sahabat handai. Jom, ikuti perkongsian kami menikmati juadah Buffet Ramadan 2017 di The Westin Hotel KL.
Signature Westin Briyani with Roasted Whole Lamb with Mint Sauce and Lamb Jus
The Westin Hotel KL terletak betul-betul berhadapan dengan Pavilion. Kalau korang drive ke sini, hanya perlu waze "The Westin Hotel KL". Kalau nak guna public transport, korang boleh naik monorail dan berhenti di Stesen Bukit Bintang. Hanya perlu menapak sikit ke arah Pavilion dan dah sampai. Memang mudah untuk diakses, cumanya kalau hari bekerja mungkin jalan agak sibuk sikit dan traffic jam. So, bertabahlah ye!
Ok, back to our topic. Meh nak cerita sedikit-sebanyak tentang The Living Room. Dekorasi dan tatarias The Living Room ini bercirikan kontemporari dan elegan. Basically, ruangan ini merupakan ruangan khas untuk menikmati juadah secara interaktif dan santai. The Westin Hotel KL merupakan salah satu hotel di Kuala Lumpur yang menawarkan pengalaman menikmati hidangan istimewa yang eksklusif dengan selesa. Dengan tagline, "Dine With Confidence At The Westin Kuala Lumpur", korang akan menikmati pengalaman makan yang sangat eksklusif!
Ok, back to our topic. Meh nak cerita sedikit-sebanyak tentang The Living Room. Dekorasi dan tatarias The Living Room ini bercirikan kontemporari dan elegan. Basically, ruangan ini merupakan ruangan khas untuk menikmati juadah secara interaktif dan santai. The Westin Hotel KL merupakan salah satu hotel di Kuala Lumpur yang menawarkan pengalaman menikmati hidangan istimewa yang eksklusif dengan selesa. Dengan tagline, "Dine With Confidence At The Westin Kuala Lumpur", korang akan menikmati pengalaman makan yang sangat eksklusif!
The Living Room, The Westin Hotel Kuala Lumpur
Juadah yang dihidangkan di The Westin Hotel Kuala Lumpur adalah hasil air tangan chef terkemuka iaitu Executive Chef Rudy Junaidie yang bertindak selaku Director of Kitchens. Chef Rudy telah berkhidmat bersama Starwoods Hotels & Resorts sejak tahun 1995 bermula dengan Sheraton Langkawi Beach Resort sebagai Executive Sous Chef sebelum dilantik menjadi Executive Chef. Kemudian, Chef Rudy meneruskan khidmatnya sebagai Assistant Director of Kitchens di Westin Hotel Kuala Lumpur selama 3 tahun. Selepas itu, Chef Rudy berpindah ke Sheraton Subang Hotel & Towers apabila dilantik sebagai Director of Food & Baverages. Kini, Chef Rudy kembali berkhidmat di The Westin Hotel KL untuk tempoh 4 tahun dan Sheraton Macao Hotel untuk tempoh 2 tahun. Dengan pengalaman dan kepakaran yang diraih dalam tempoh 20 tahun, jadi tidak hairanlah kenapa makanan-makanan yang disajikan di sini sangat best dan bertaraf antarabangsa.
Satu lagi berita baik untuk para pelanggan, dalam usaha memberi pengalaman yang terbaik di The Westin Hotel KL, mereka telahpun berjaya mendapatkan sijil Halal untuk kitchen yang berperasi di Level LG1 dan untuk The Living Room. Tahniah diucapkan kepada warga The Westin Hotel atas usaha keras untuk mendapatkan sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Buffet Ramadan The Westin Hotel KL
Mesti korang tak sabar nak tahu kan, apa menu istimewa di Buffet Ramadan The Westin Hotel KL? Pendek kata, rata-rata sajian yang disediakan di sini, jarang dijumpai di buffet-buffet Ramadan di tempat lain. Aku boleh katakakan, pengalaman berbuka puasa di sini adalah yang terbaik dan lain dari yang lain. Jom kita tengok apakah menu yang dihidangkan?
Persembahan Akustik
Pembuka selera
Laksa dan Mee Kari
Steak
Aneka jenis kerabu
Terdapat pelbagai menu hidangan yang sediakan seperti Ayam Bakar Percik Sri Kelantan (Slow Roasted Chicken with Coconut Lemongrass Sauce), Ikan Patin Assam Tempoyak (Silver Catfish with Spicy Tumeric Coconut), Signature Westin Biryani (Rice Briyani with “Mamak” Omelette and Braised Spice Pineapple Cucumber Sesame Seed) bersama Kambing Panggang dengan Mint Sauce dan Lamb Jus dan banyak lagi!
Lala masak berlada
Hidangan utama pula adalah Nasi Kandar Utara Mai dengan pilihan bersama Keting Kambing Kandar, Daging Kandar, Ayam Kandar dan Sos Hitam (Kambing, Ayam dan Daging Masak di Spices Indian). Tidak lupa pelbagai kuih tradisional Melayu dan pencuci mulut (dessert) yang pastinya akan memikat selera anda!
Yong tau fu
Salad
Vege
Aneka jenis kuih-muih Melayu
Air tebu, air kacang soya dan air bandung
Aneka jenis puding dan dessert
Buah potong yang fresh dan sejuk
Ais krim keladi, mangga, strawberri dan
Aneka seleksi topping ais krim
Jeruk buah
Pendek kata, seleksi menu di sini sangat banyak dan eksklusif. Contohnya, bahagian buah-buahan mereka menghidangkan buah-buahan yang fresh dan lain dari yang lain seperti manggis. Ais krim pula dihidangkan dengan aneka perisa seperti strawberry, coklat, vanila, keladi dan mango. Lagi satu, mereka juga ada menyediakan froyo iaitu ais krim yogurt. Hah, susah kan nak dapat di tempat lain? Paling penting, makanan yang dihidangkan sangat sedap dan pelbagai. Termasuklah bahagian desserts yang menyajikan aneka jenis kek, pastri dan kuih-muih. Fuh, berbaloi-baloi.
Harga Buffet Ramadan 2017
RM158 nett per person
Tarikh:
29 May to 23 June, 2017
Diskaun
- Ahli SPG dan Beyond Dining akan dapat menikmati diskaun sehingga 20% untuk sebarang promosi yang berkaitan dan hanya untuk makanan sahaja
- Pengguna kad Bank daripada bank-bank utama akan dapat menikmati diskaun sehingga 20% untuk sebarang promosi yang berkaitan dan hanya untuk makanan sahaja
- Percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun
- Diskaun 50% untuk kanak-kanak yang berumur 5-12 tahun
Kalau korang nak buat reservation/ booking, bolehlah hubungi Westin Dining di talian 603.2731.8338 ataupun terus ke website www.westindining.com.my untuk maklumat lanjut. Untuk mengetahui info-info lanjut dan promosi-promosi terkini berkaitan The Westin Hotel KL, bolehlah follow mereka di laman media sosial seperti berikut:
Website:
Facebook:
Instagram:
Selamat mencuba!
10 Comments
lapaqnyaa tgk makanan... hahaha
ReplyDeleteItulah bro. Semua sedap-sedap pulak tu. Rambang mata nak makan yang mana satu
DeleteSedapnyer memandang gambar-gambar ini semua....teringin nak cuba.. sayangnya ramadan dah habis....
ReplyDeleteMostly food kat sini berbeza dari hotel-hotel lain. Part dessert memang syiok
DeleteThe food at Westin looks truly top notch! Hope you enjoyed all the different varieties - Selamat Hari Raya!
ReplyDeleteI am really enjoyed it. Marvelous food!
Deletegood food and pics here. we no go dine this hotel before, shall tell dear of this soon
ReplyDeleteYou should try to eat here. Highly recommended
DeletePuasa tahun ini, banyak berbuka di rumah... Kurang berbuka di luar. maybe tahun depan baru ada masa untuk berbuka di luar ;)
ReplyDeleteTahun depan boleh bawak wife dan anak-anak berbuka kat luar bro. Mesti banyak invitation nanti
Delete