Kalau korang follow di instagram menerusi hashtag #DAPURPB, bolehlah tengok menu-menu yang pernah aku masak. Di blog pun ada aku share beberapa resipi mudah dari Dapur Bujang. Sebenarnya, tak sangka juga, hanya bermula dari suka-suka sekadar nak try belajar masak, akhirnya memasak dah jadi salah satu hobi especially time weekend. The best thing about cooking is we can express our feelings thru food. Kita masak, kita makan. Yang penting, kita enjoy mencuba sesuatu yang baru dan dapat menikmati apa yang kita usahakan di dapur. Satisfaction!
Salah satu menu favorite aku adalah Nasi Beriani. Memandangkan aku asal dari Kelantan, jadi jarang sangat kalau nak masak atau makan Nasi Beriani. Biasanya, kalau di Kelantan especially bila aku balik kampung, kami selalu masak Nasi Lemak, Nasi Dagang atau Nasi Kerabu. Jadi, agak janggal kalau nak masak Nasi Beriani. Dan sangat susah kalau nak cari di kedai-kedai makan di sekitar Kelantan. Time raya pun, tak ramai orang masak Nasi Beriani. Kalau di KL, memang senang nak dapat.
Nasi beriani
Memandangkan aku ni sejenis yang suka makan Nasi Beriani, jadi aku tekad. Satu hari nanti, aku mesti belajar cara untuk memasak Nasi Beriani. At least, bila balik kampung especially time cuti raya, bolehlah tunjuk skill dan masak untuk family. Ye dak? Persoalannya, mudah ke nak masak Nasi Beriani ni? Semuanya terjawab bila aku jumpa Serbuk Rempah Nasi Beriani Mak Siti.
Resipi Nasi Beriani
Langkah pertama aku dalam misi belajar cara nak masak Nasi Beriani adalah belajar tentang resipi. First step to knowledge is to be ignorant. Mujurlah dunia sekarang semuanya di hujung jari. Kita hanya perlu search di google "Resepi Nasi Beriani", terus berderet-deret resepi yang keluar. Fuh, mudah betul hidup. Hahaha. Jom kita try!
Nasi Beriani dengan Serbuk Rempah Nasi Beriani Mak Siti
Aku yakin dan percaya, ramai lagi orang di luar sana yang sedang mencari resipi Nasi Beriani dan merancang untuk masak sendiri. Betul tak? Jadi, di kesempatan ini aku nak share Resipi Mudah Nasi Beriani menggunakan Serbuk Rempah Nasi Beriani Mak Siti. Semoga bermanfaat! Psssst. Kalau korang masak Nasi Beriani tu, jemput la aku sekali makan ye. Hehe
Bahan-bahan
- 3 cawan beras Moghul Faiza
- 1/2 Ekor Ayam - Potong sederhana besar
- 1 paket Serbuk Rempah Beriani Mak Siti
- 4 cawan air
- Bawang merah - dihiris
- Bawang putih - dihiris
- Kayu manis
- Bunga Lawang
- Biji Pelaga
- Bunga Cengkih
- Daun Pudina
- 1 biji Tomato - dipotong 4
- 1 sudu minyak sapi
- Setengah senduk minyak masak
Cara Masak Nasi Beriani
- Panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam periuk nasi
- Masukkan hirisan bawang merah dan bawang putih
- Masukkan 4 sekawan rempah seperti kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, dan bunga cengkih
- Tumiskan bahan-bahan berikut sehingga naik bau
- Bancuhkan rempah beriani Mak Siti dengan sedikit air
- Masukkan bancuhan rempah beriani Mak Siti tadi dan tumiskan sehingga pecah minyak
- Masukkan 3 sudu kecil garam dan perasa
- Masukkan 1 cawan air
- Bila dah hampir nak mendidih, masukkan potongan ayam dan kacau biar sebati
- Tutup periuk dan biarkan ayam cepat masak
- Agak-agak ayam dah hampir masak, masukkan daun pudina dan potongan tomato tanpa perlu dikacau
- Masukkan beras yang telah dibasuh
- Masukkan 3 cawan air dan ratakan beras.
- Tutup periuk dan biarkan sehingga air kering
- Bila air dah kering, kecilkan api
- Untuk mendapatkan nasi beriani yang berwarna kuning lebih mengancam, boleh tambah pewarna. Titik di atas nasi yang hampir masak untuk beberapa titik dan biarkan nasi betul-betul kering dan masak
- Bila nasi dah masak sempurna, baru kacau sebaiknya untuk dapatkan warna nasi yang sekata.
Serbuk Rempah Nasi Beriani Mak Siti
Inilah hasilnya! Nasi beriani menggunakan serbuk rempah Nasi Beriani Mak Siti. Sangat mudah dan cepat. Apa yang penting, cukup rasa. Korang kalau nak cuba masak sendiri Nasi Beriani, bolehlah cuba guna serbuk rempah Nasi Beriani Mak Siti. Sesuai untuk beginner macam aku, haha. So, we can cook like a pro. Oyeah!
Nasi Beriani bersama Rendang Daging dan Ayam Masak Kurma
6 Menu Mudah Menggunakan Rempah-Ratus Mak Siti
Bukan setakat Nasi Beriani, macam-macam lagi rempah-ratus Mak Siti yang ada di pasaran yang boleh kita dapatkan untuk membantu kita semua menghasilkan menu-menu yang super sedap dan lazat. Especially bila kita plan nak buat open house ataupun jamuan besar-besaran, dengan adanya rempas-ratus Mak Siti segalanya akan menjadi mudah dan cepat. Molek benarlah kan, Hari Raya pun dah dekat. Elok beli mana yang patut dan get ready untuk masak buat open house.
Di sini aku kongsikan 6 menu mudah yang dapat kita sediakan dengan hanya menggunakan rempah-ratus Mak Siti. Semoga dengan perkongsian ini, sedikit-sebanyak dapat membantu korang semua untuk bagi idea untuk korang semua nak masa apa nanti. Cekidout!
1) Rendang Daging
Serbuk Rempah Rendang Mak Siti
2) Soto Ayam
Serbuk Rempah Sup Soto Mak Siti
Serbuk Rempah Kurma Mak Siti
4) Ayam Masak Merah
Serbuk Cili Mak Siti
5) Kari Daging
Serbuk Rempah Kari Daging Mak Siti
6) Ikan Masak Kicap
Serbuk Rempah Masak Kicap Ikan Mak Siti
Rempah-Ratus Mak Siti
Mesti korang nak tahu kan, apa yang special sangat tentang Rempah-Ratus Mak Siti? First and foremost, korang kena tahu semua produk Mak Siti dihasilkan dari bahan yang semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan bebas daripada perasa tiruan. Maksudnya, Rempah-Ratus Mak Siti tiada MSG, tidak mengandungi bahan pengawet, tiada perisa tambahan atau pewarna. Dan satu lagi yang korang kena tahu, perusahaan Rempah-Ratus Mak Siti menembusi pasaran tempatan semenjak tahun 1975.
Siapa sangka, produk Bumiputra ini sudah bertahan selama 42 tahun dalam industri. Fuh, salute! Perusahaan Rempah-Ratus Mak Siti bernaung di bawah pengurusan Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd. Bukan sahaja bebas MSG, malah produk mereka dijamin Halal oleh JAKIM.
Siapa sangka, produk Bumiputra ini sudah bertahan selama 42 tahun dalam industri. Fuh, salute! Perusahaan Rempah-Ratus Mak Siti bernaung di bawah pengurusan Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd. Bukan sahaja bebas MSG, malah produk mereka dijamin Halal oleh JAKIM.
Satu lagi fakta yang aku sendiri baru tahu adalah mereka mempunyai ladang sendiri yang telah diiktiraf sebagai "The Largest Herbs & Spices Plantation" oleh The Malaysia Book of Records (MBR). Ladang seluas 3,200 ekar ini terletak di Batu 12, Jalan Muar-Pagoh, Johor.
Produk Utama Rempah-Ratus Mak Siti
Jadi, untuk korang yang berminat untuk mendapatkan produk Rempah-Ratus Mak Siti, korang boleh dapatkan di kedai-kedai runcit, pasaraya dan Hypermarket seperti Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco dan Mydin
Produk Utama Rempah-Ratus Mak Siti
Produk Utama
- Serbuk Rempah Kari Daging
- Serbuk Rempah Kari Ikan
- Serbuk Rempah Kari Makanan Laut
- Serbuk Rempah Kurma
- Serbuk Rempah Rendang
- Serbuk Rempah Masak Kicap
- Serbuk Rempah Masak Kicap Ikan
- Serbuk Rempah Sup Kepala Ikan
- Serbuk Rempah Nasi Briyani
- Serbuk Cili
- Serbuk Kunyit
- Sup Tulang
- Sup Punjut
- Sup Soto
- Raja Sup
Pelancaran Produk Baru
Baru-baru ini, mereka telah melancarkan produk baru. Kali ini, mereka tampil dengan lebih inovatif dengan menghasilkan rempah-ratus dalam botol untuk dipasarkan. Dengan menampilkan botol yang unik, packaging yang mesra pengguna dan memasarkan produk rempah-ratus yang lain dari yang lain termasuklah serbuk daun limau purut, Rempah-Ratus Mak Siti tampak lebih kompetatif dan relevan dalam industri. Seriously, aku sangat teruja dan kagum!
Produk Baru Rempah-Ratus Mak Siti
Produk Rempah Dalam Botol
- Emping Cili (Chili Flakes)
- Serbuk Cili
- Daun Limau Purut
- Serbuk Daun Limau Purut
- Serbuk Kayu Manis
- Serbuk Halia
- Serbuk Lada Putih
- Serbuk Lada Hitam
- Serbuk Kunyit
Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim
Selain Majlis Pelancaran Produk Baru Rempah-Ratus Mak Siti, Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim bertempat di Restoran Rempah Kari Mak Siti, Bandar Tun Razak. Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengurus Besar Nasuha Enterprise Sdn Bhd, Puan Siti Khawa Jannah Nasuha. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran anak-anak yatim, bloggers dan barisan selebriti seperti Azaharina dan Jojie.
Setakat ni saja untuk perkongsian kali ini. Harap-harap, korang semua tahu la ye tentang kehebatan dan kelebihan produk Mak Siti. Kalau nak cuba sendiri masakan Mak Siti, korang boleh bertandang ke Restoran Rempah Kari Mak Siti, di Bandar Tun Razak. Pasti korang teruja bila dapat makan masakan seperti masakan mak kat kampung. Sesuai lah dengan tagline mereka, "Ingat mak, Ingat Mak Siti".
Apapun, kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Rempah-Ratus Mak Siti, boleh follow mereka di laman media sosial.
Website:
Facebook:
Instagram :
Alamat :
Nasuha Enterprise Sdn. Bhd.
Ladang Rempah Ratus & Herba
Batu 12, Jalan Muar - Pagoh
84500 Muar, Johor.
Tel :
06-9737508 / 06-9737509
Whatsapp :
017-3309330
27 Comments
Dengan rempah ratus Mak Sitibswmua yang kita teringin nak masak jadi mudah kan?
ReplyDeleteabam mmg suka masak eh #penaberasap
ReplyDeletewaaaaa lepasni kelik kelate buleh doh msk beriyani. jgn sangka lelaki bujanh xpndai msk kan. hebat dehhh..
ReplyDeleteRempah ratus Mak Siti mmg diakui sedap.. tengok beriani tu pun jadi teringat2.. fuhh! :)
ReplyDeleteAdoyai terliur plak tgk lagi2 guna rempah mak siti. Teringat lauk pauk mak kat kampung uhuk2
ReplyDeleteAku nih tak pandai masak..kalau ada resepi mudah mcm nih..InsyaAllah menjadi la.hehe..boleh try nanti.
ReplyDeleteWah pandai.anda masak nasi beriyani leh lah buka katering nanti hehe
ReplyDeletemengiurkan, dah lah mudah.
ReplyDeletewaahh.. hebat sep dio pandai masak.. untungla bakal puan isteri nnt.. kikiki
ReplyDeleteWalah, pandai awak masak. I akan cuba masak dengan jenama ini sebab belum try lagi.
ReplyDeleteThe dishes look great and I am so going to check out this spices when I cook next...
ReplyDeleteNice! Seems like pretty easy steps to get good food out of the kitchen. Gonna try this brand.
ReplyDeleteI love biriani. I'll wanna try this spices if its available on my areA
ReplyDeleteI always thought that Nasi Beriani is difficult to cook but with your recipe and instructions, it looks simple enough to follow. Thanks to Mak Siti, I guess.
ReplyDeleteWahhh..macam sedap je! Saya x pernah masuk Nasi Beriani kerana sangat susah dan banyak bahan kena disediakan. Nampak lebih mudah macam ni :D
ReplyDeleteLook so tempting the food. Thanks for sharing some of the recipes. Will give a try on the rempah.
ReplyDeleteSenang lah kalau nak masak sebabh dah ada rempah siap.
ReplyDeleteMenarik nie...
ReplyDeleteLooks so easy to do! If i have the prepare recipe now, I can prepare and cook Malay food easily at home.
ReplyDeletethe steps seem pretty easy! would love to try.
ReplyDeletePergh. Macam senang je nak masak dia kan. Mudah sebab rempah dia dah ada semua bahan, tinggal nak bancuh masuk je.
ReplyDeletefuhh pandainyaaaa masakkk nasi beriyani.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
wahhh nampak sedap je! bila la saya ni nak pandai masak. haha
ReplyDeleteHari tu masa second day Raya ada jugak buat rendang ayam dengan rempah mak siti ni, memang sedap. Dia punya rempah semua sedap2
ReplyDeleteRempah kari mak siti BTR ni mmg dekat ya ampun dengan rumah Alja. Jalan kaki 3minit pun dah sampai, Memang sedap masakan di sana. Tetiba teringin briyani bila tgk post ni hahaha T_T
ReplyDeleteKena try sekali rempah mak siti tp ssh jugak nak jmpa kt market kn..
ReplyDeleteteringin pulak air tangan awak. emmmmmmmmmmmm emmmmmmmmmmmm...dapur bila nak berasap lagi ni
ReplyDelete