Setiap orang ada impian untuk travel ke seluruh dunia. Begitu juga dengan aku. Aku ada destinasi impian. Setakat hari ini, beberapa destinasi sudahpun berjaya ditawan. Antaranya Hatyai, Krabi, Pattaya, Phuket, Bali, Palembang, Aceh, Siem Reap, Phnom Penh, Ho Chi Minh, Kunming, Macau, London, Melbourne, Osaka dan akan datang ke Luang Prabang, Laos.
Namun, tidak semua impian kita boleh kecapi dengan mudah. Ia memerlukan masa, pengorbanan dan kesungguhan untuk digapai. Dulu, aku fikir travel ke negara-negara orang adalah mustahil. Dengan kekangan masa dan kewangan, ia benar-benar meletakkan diri aku di persimpangan dilema. Adakah impian ini hanya sekadar angan-angan Mat Jenin? Ataupun, ia sesuatu yang bakal direalisasikan bila tiba tepat waktu dan masanya? Namun, dengan kewujudan AirAsia, 'Now everyone can fly!", keyakinan aku terhadap impian aku selama ini semakin berkobar-kobar. Ya, aku percaya ia sesuatu yang mampu dicapai. Sebut saja destinasi idaman, pastinya AirAsia akan ada untuk memenuhi keinginan dan impian yang direncana.
Secara peribadi, AirAsia merupakan syarikat penerbangan tambang murah di dunia yang membantu aku untuk merancang perjalanan ke destinasi idaman. Dengan promosi dan tawaran yang diberikan, setidak-tidaknya aku mampu menggunakan peluang keemasan ini untuk memenuhi impian ke destinasi yang dirancang. Aku yakin dan percaya, AirAsia bukan sahaja memenuhi impian aku seorang diri. Malah, lebih ramai lagi insan-insan lain yang jiwanya macam aku, iaitu suka mengembara. Betul tak?
Jadi, tidak hairanlah bila AirAsia telah diumumkan menjadi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia buat kali ke-sembilan berturut-turut. AirAsia. selaku syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia telah dinobatkan sebagai penerima anugerah tersebut di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2017 bertempat di Musée de l’Air et de l’Espace di Lapangan Terbang Le Bourget. Kalau nak tahu, Anugerah Skytrax merupakan penanda aras kecemerlangan global syarikat penerbangan dengan lebih 19.9 juta kaji selidik pelanggan yang diterima daripada lebih 105 warganegara, mengukur piawaian di seluruh 49 prestasi utama barisan produk dan perkhidmatan syarikat penerbangan.
Terkini, AirAsia menganjurkan satu kempen khas, iaitu AirAsia X “Fly High & Get Rewarded” kepada semua pelanggan setia AirAsia. Untuk maklumat lanjut mengenai contest ini, bolehlah baca di http://highflyer.airasia.com.
Jadi, tidak hairanlah bila AirAsia telah diumumkan menjadi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia buat kali ke-sembilan berturut-turut. AirAsia. selaku syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia telah dinobatkan sebagai penerima anugerah tersebut di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2017 bertempat di Musée de l’Air et de l’Espace di Lapangan Terbang Le Bourget. Kalau nak tahu, Anugerah Skytrax merupakan penanda aras kecemerlangan global syarikat penerbangan dengan lebih 19.9 juta kaji selidik pelanggan yang diterima daripada lebih 105 warganegara, mengukur piawaian di seluruh 49 prestasi utama barisan produk dan perkhidmatan syarikat penerbangan.
Terkini, AirAsia menganjurkan satu kempen khas, iaitu AirAsia X “Fly High & Get Rewarded” kepada semua pelanggan setia AirAsia. Untuk maklumat lanjut mengenai contest ini, bolehlah baca di http://highflyer.airasia.com.
Herm, aku nak join juga. Tapi belum layak sebabnya baru je memulakan kembara ke destinasi AirAsia X. But, untuk negara-negara di Asia Tenggara, kebanyakan trip adalah menggunakan perkhidmatan AirAsia. It's ok then. InshaAllah, kalau ada lagi contest macam ni, boleh cuba nasib. So far, aku hanya sempat ke dua destinasi AirAsia X iaitu Melbourne, Australia dan Osaka, Jepun. Sebenarnya, banyak lagi destinasi-destinasi AirAsia X yang ada dalam bucket list. Cuma, masanya belum tiba. Kalau ada rezeki dan umur yang panjang, inshaAllah akan sampai. Amin!
Destinasi AirAsia X
Korang tahu tak senarai destinasi AirAsia X? Ok, sebelum aku share experience aku sendiri berkunjung ke destinasi AirAsia X sebelum ni iaitu ke Melbourne dan Osaka, apa kata kita tengok dulu senarai destinasi yang ditawarkan oleh AirAsia X. Maybe, dengan senarai yang ada ini, at least boleh bantu korang buat pilihan untuk merancang misi kembara akan datang. Cekidout!
- Air Asia X Kuala Lumpur - Melbourne
- Air Asia X Kuala Lumpur - Sydney
- Air Asia X Kuala Lumpur - Perth
- Air Asia X Kuala Lumpur - Jeddah
- Air Asia X Kuala Lumpur - Seoul
- Air Asia X Kuala Lumpur - Osaka
- Air Asia X Kuala Lumpur - Taipei
- Air Asia X Kuala Lumpur - Gold Coast
- Air Asia X Kuala Lumpur - Auckland
- Air Asia X Kuala Lumpur - Tokyo
- Air Asia X Kuala Lumpur - Chengdu
- Air Asia X Kuala Lumpur - Shanghai
- Air Asia X Kuala Lumpur - Sapporo
- Air Asia X Kuala Lumpur - Busan
- Air Asia X Kuala Lumpur - Kathmandu
- Air Asia X Kuala Lumpur - Hangzhou
- Air Asia X Kuala Lumpur - New Delhi
Pilih destinasi anda dan book tiket anda sekarang untuk terbang bersama AirAsia X
Antara 17 destinasi AirAsia X yang ditawarkan, korang rasa destinasi mana yang menjadi pilihan Top 3 untuk travel bucket list korang? Mind to share? For me, honestly I would like to choose Sapporo, Auckland dan Seoul. Alhamdulillah, so far dah sampai ke Melbourne dan Osaka. Dua-dua destinasi ini worth to visit. Highly recommended! Untuk perkongsian kali ini, aku nak share tempat-tempat menarik di Melbourne dan Osaka untuk rujukan korang semua.
Destinasi AirAsia X ke Melbourne, Australia
Melbourne merupakan salah satu bandar metropolitan di Australia. Dikenali sebagai ibu kota Vicotria yang terletak di bahagian Selatan Timur Australia, Melbourne menjanjikan pengalaman percutian yang menakjubkan. Percayalah! Bila dah tiba di kota Melbourne, korang akan jatuh cinta dengan cuaca dan suasana di sini.
Melbourne, Australia
AirAsia X beroperasi 2 kali sehari antara Kuala Lumpur dan Melbourne. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melbourne mengambil masa lebih kurang 10 jam 20 minit.
KUL - MEL
Setiap hari
10:10am / 10:30pm
MEL- KUL
Setiap hari
12:10am / 9:35am
Aktiviti Menarik Di Melbourne
1) Australian Open
Kalau pergi ke Melbourne semasa Australian Open sedang berlangsung, jangan lupa untuk menyaksikan sendiri perlawanan tenis peringkat antarabangsa. Tenis merupakan sukan utama di Australia. Kemeriahan dan sokongan padu dari peminat tenis di sini amat luar biasa. Antaran kenangan manis di Melbourne adalah bila berpeluang tengok perlawanan tenis secara langsung di Rod Laver Arena antara Andy Murray dan Andrey Rublev. Satu pengalaman baru yang cukup berharga!
Red Laver Arena, Melbourne
2) Kemudahan tram
Untuk explore Melbourne, perkhidmatan tram disediakan. Ada yang free (Zone Free - Hijau) dan ada juga yang kena bayar. Hanya perlu sediakan kad touch & go untuk reload bagi memudahkan urusan menaiki tram. Perkhidmatan tram di sini sangat efisen. Pastikan korang rujuk map dan faham selok-belok jalan untuk ke lokasi-lokasi yang hendak dituju. Nak mudah, better install map di smartphone untuk rujukan.
Ackland St Kilda
3) Perkhidmatan kereta api
Selain tram yang boleh digunakan untuk explore kawasan di sekitar bandar Melbourne, korang juga boleh menggunakan perkhidmatan kereta api untuk pergi ke lokasi yang lebih jauh. Contohnya, untuk ke Brighton Beach, korang perlu naik train.
Brighton Beach Station
4) Bathing Box Brighton Beach
Orang kata, kalau dah sampai di Melbourne, memang kena singgah di Bathing Box Brighton Beach. Jadi, untuk mengabadikan kenangan di Melbourne, aku pun tak lepaskan peluang untuk tengok sendiri dengan lebih dekat keindahan Brighton Beach dan kemeriahan warna-warni Bathing Box yang didirikan di sepanjang pesisir pantai. Cantik!
Cara-cara untuk ke Bathing Box Brighton Beach
Cara-cara untuk ke Bathing Box Brighton Beach
- Naik tram dan stop di Flinders Street
- Naik train di Terminal 13 dari Flinders Street ke Brighton Beach Station
- Jalan kaki lebih kurang 20 minit dari stesen untuk sampai ke Brighton Beach
Bathing Box Brighton Beach
Brighton Beach, Melbourne
Mungkin ada yang tertanya-tanya, "Macam mana nak ke Brighton Beach?". Jawapannya, kenalah naik tram dan stop di Flinders Street Station. Di sini, kena tukar train untuk ke Brighton Beach station. Kalau nak tahu, Flinders Street Station merupakan stesen kereta api yang berusia ratusan tahun dan masih dijaga. Salah satu bangunan lama yang cantik dan tersergam indah!
Flinders Street Station
6) Kreativiti Seni Mural
Apa yang dapat diperhatikan di Melbourne, terdapan banyak mural-mural cantik di sepanjang jalan. Sangat kreatif! Macam-macam mesej dan imej yang cuba disampaikan. Kalau nak tengok mural-mural, boleh singgah di lokasi seperti Hosier Lane, Centre Place, Caledonian Lane dan Union Lane. Pendek kata, merata-rata ada. Kalau korang naik train untuk ke Brighton Beach pun, korang akan jumpa banyak mural di sepanjang perjalanan.
Antara mural yang menyampaikan mesej Islamik
7) State Library of Victoria
Salah satu lokasi yang sempat aku singgah adalah State Library of Victoria. Kehijauan padang rumput yang menjadi tumpuan orang ramai untuk duduk lepak, makan-makan dan membaca di sini sangat mengujakan. Kalau korang berkesempatan untuk singgah di sini, jangan lepaskan peluang untuk masuk ke library ini yang mengandungi lebih kurang 2 juta buku. Paling penting, struktur bangunan dan interior design dalam library ini sangat cantik.
State Library of Victoria menghadap Swanston Street
8) Luna Park
Untuk korang yang bercuti bersama family, especially bawa anak-anak, salah satu lokasi terbaik untuk dikunjungi di Melbourne adalah di Luna Park. Ia merupakan salah satu theme park yang terkenal di Melbourne. Terletak berhampiran dengan persisiran pantrai, St Kilda Beach, ia menajadi salah satu tarikan pelancong yang datang.
Luna Park, Melbourne
9) St Kilda Beach, Victoria
Bila travel, aku suka berjalan. Sebabnya, aku dapat tengok pemandangan yang indah dan jumpa port-port yang best. Di sepanjang persisiran pantai St. Kilda Beach, korang boleh berjalan kaki. Di sebelah petang, boleh spend time untuk ke kawasan pemuliharaan peguin. Di sana, korang boleh tengok peguin dengan lebih dekat.
St. Kilda Beach, Victoria
Pengalaman paling berharga ketika percutian aku ke Melbourne adalah peluang menaiki helikopter dari Australasian Jet ke Yarra Valley. Finally, bagai mimpi jadi realiti boleh naik helikopter. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai di Yarra Valley. Dihidangkan dengan view yang superb. Dari atas dapat lihat keseluruhan bandar Melbourne dengan lebih jelas dan merentasi lautan dan juga pergunungan. Subhanallah, cantik tak tergambar dengan kata-kata. Yarra Valley terkenal dengan ladang anggur dan tempat pemprosesan wine. Terdapat satu lagi lokasi di Yarra Valley yang terkenal dengan tanaman koko dan tempat pemprosesan coklat.
Yarra Valley
Overall, pengalaman bercuti di Melbourne, Australia sangat mengujakan. Kalau boleh, memang nak extend je untuk explore lagi banyak tempat di sini. Apapun, semoga ada lagi rezeki untuk berkunjung ke Melbourne di masa akan datang. Kalau orang tanya, "Best tak Melbourne?". My answer is definitely YES!
Destinasi AirAsia X ke Osaka, Jepun
Destinasi seterusnya adalah Osaka, Jepun. Jepun merupakan salah satu negara maju yang wajib dikunjungi. Di sana, kita akan dapat belajar budaya dan tengok sendiri kemajuan negara mereka dengan lebih dekat dan terperinci. Apa yang lagi menarik tentang Osaka adalah ia sangat strategik. Kalau korang plan ke Osaka, dalam masa yang sama korang juga boleh berkunjung ke Kyoto, Kobe dan Nara. Semua tempat ini terletak dalam satu region iaitu Kansai.
AirAsia X beroperasi 11 kali sehari antara Kuala Lumpur dan Osaka. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Osaka mengambil masa lebih kurang 7 jam 40 minit.
KUL - KIX
Ahad 8am
Isnin 8am / 2pm
Selasa 1:55am
Rabu 8am / 2pm
Khamis 1:55 am
Jumaat 8am /2pm
Sabtu 1:55am / 2pm
KIX - KUL
Ahad 4:40pm / 10pm
Isnin 4:40 pm
Selasa 11am / 10pm
Rabu 4:40pm
Khamis 11am / 10pm
Jumaat 4:40pm
Sabtu 11am / 10pm
Osaka International Airport
Aku teruja bila tiba di Osaka, Jepun sebabnya ini adalah salah satu negara yang aku idam-idamkan nak pergi selama ini. Lagi satu, ini adalah percutian musim winter yang pertama dalam hidup aku, So, excited lebih la sikit untuk trip ke Osaka, Jepun. Trip kali ini bersama team Oh Jalan!
Aktiviti Menarik Di Osaka
1) Dotonbori
Kalau dah sampai di Osaka, tak sah kalau tak spend masa untuk jalan-jalan di sekitar Dotonbori Steeet. Memang meriah di sini especially pada waktu malam. Macam-macam ada, bermula dari makanan, buah-buahan sehinggalah pakaian/ fesyen. Kalau di Malaysia, kita ada Petaling Street, Jalan TAR dan Jonker Walk. Di Osaka, kita ada Dotonbori. Memang meriah, memang crowded dengan pelancong. Happening!
Dotonbori Street
2) Glico Man Sign
Di penghujung Dotonbori Street, korang akan jumpa satu jambatan. Di situ, jangan lupa untuk abadikan gambar bersama Mr Glico. Ini adalah papan iklan yang paling famous dalam kalangan pelancong di Osaka, Jepun. Kalau tengok waktu malam, lagi cantik! Sebenarnya, aku pun tak faham kenapa Glico ni sangat famous. Anyone can explain to me about this? hehe
Glico Man Sign
3) Shopping Street
Berdekatan dengan Ebusu-bashi bridge ada shopping street yang wajib korang singgah. Sepanjang jalan ada macam-macam brand di kiri kanan korang. Fuh, harga memang berpatutan! Nak cari ole-ole pun banyak di sini. Barangan yang branded pun banyak. Memang syurga untuk kaki shopping kalau datang sini. Sepanjang jalan, ada je macam-macam barang yang dijual.
Shopping Street
4) Menikmati Takoyaki
Salah satu makanan wajib cuba kalau dah sampai di Dotonbori adalah takoyaki. Cubalah cari yang orang beratur panjang dan halal. Takoyaki di Malaysia banyak tepung, tapi takoyai di Osaka sangat sedap. Sebiji takoyaki ada seketul octapus. Fuh, memang umphhh!
Menikmati Takoyaki
5) Kansai Thru Pass
Untuk explore Osaka, Kobe, Kyoto dan Nara, apa yang korang perlu ada adalah Kansai Thru Pass. Pass ini valid untuk 3 hari dan boleh pergi ke tempat-tempat menarik di sekitar Kansai. Public transport dan jaringan kereta api di sini agak kompleks tetapi sangat efisien. Paling penting, kena tahu baca map dan tahu destinasi yang nak dituju. Perhatikan warna code sebelum masuk untuk elakkan diri daripada salah masuk train. One thing aku belajar tentang budaya orang Jepun bila berada dalam train adalah mereka senyap. Masing-masing sibuk membaca. Seolah-olah kita berada dalam library. Dan jangan pelik, kalau korang duk bercakap dan bising-bising, ada yang datang tegur suruh senyap. Hahahaha.
Public transport di Osaka menggunakan Kansai Thru Pass
6) Osaka Castle
Salah satu lokasi wajib pergi bila dah sampai Osaka adalah tak lain dan tak bukan Osaka Castle. Osaka Castle adalah replika daripada istana asal yang dibina pada tahun 1580-an. Proses untuk membina semula menara utama selesai pada 1931. Dinding batu, daun emas yang elegan dan bumbung tembaga menjadikannya struktur ikonik yang menakjubkan. Ia adalah simbol sejarah masa lampau Osaka. Terdapat tempat duduk di atas tingkat lapan bangunan ini yang menjadikannya tempat yang hebat untuk pemandangan panorama yang cukup indah. Kalau datang musim bunga, boleh tengok cherry blossom di sini. Cantik!
Osaka Castle
Pandangan depan Osaka Castle
Pandangan sisi Osaka Castle
7) Masjid Kobe
Kalau ke Kobe, antara lokasi wajib singgah adalah Masjid Kobe. Masjid ini ditubuhkan pada bulan Oktober, 1935 di Kobe dan merupakan masjid pertama di Jepun. Pembinaannya dibiayai oleh derma yang dikumpul oleh Jawatankuasa Islam Kobe dari 1928 sehingga dibuka pada tahun 1935. Masjid ini telah dirampas oleh Tentera Laut Imperial Jepun pada tahun 1943. Walau bagaimanapun, ia terus berfungsi sebagai masjid hari ini. Masjid ini terletak di salah satu kawasan pelancongan yang paling terkenal di Kobe yang mempunyai banyak bangunan gaya barat lama. Kobe mmerupakan kawasan yang mempunyai penduduk beragama Islam. Jadi, jangan risau tentang makanan halal di sini.
Masjid Kobe
Kobe Halal Food
8) Cable Car ke Nunobiki Herb Garden
Memandangkan trip kami pada musim winter, jadi semestinya pemandangan yang dapat kami tengok kebanyakannya pokok dengan ranting kering yang diliputi lapisan salji. Memang tiada bunga-bunga yang berkembang mekar. Biasanya, kalau naik cable car ke Nunobiki Herb Garden pada musim lain, kita berpeluang untuk tengok bunga-bungan dan tulips.
Cable Car ke Nunobiki Herb Garden
Salji memutih
9) Merasai pengalaman bermain salji
First experience main salji. Biasa di Malaysia asyik ditimpa hujan, bila di Osaka ditimpa salji. Wow perasaan teruja lain macam. Kalau kena hujan dah lari bertempiaran cari tempat berteduh. But, not for snowing. Siap pose ambil gambar lagi, hahaha.
10) Budaya di sekitar Kyoto
Untuk korang yang minat tentang kebudayaan, boleh berkunjung ke Kyoto. Di Kyoto, korang boleh melawat rumah-rumah tradisional orang Jepun dan juga merasai sendiri pengalaman memakai pakaian Jepun iaitu kimono. Sempat juga bergambar dengan orang Jepun memakai kimono apabila terserempat di stesen kereta api.
Gadis Jepun memakai Kimono
11) Arashiyama Bamboo Grove
Antara lokasi menarik di Kyoto adalah Arashiyama Bamboo Grove. Masuk adalah percuma! Pemandangan di sini sangat cantik especially untuk korang yang suka photography. Memang banyak port menarik untuk mengambil gambar. Aku suka jalan-jalan di kawasan ni. Sebab rasa tenang dan mendamaikan.
Arashiyama Bamboo Grove
12) Fushimi Inari-Taisha Shrine
Kesilapan kami adalah bila sampai ke Fushimi Inari pada lewat senja, Dah nak malam baru sampai sini. So, moral of the story, kalau korang nak gambar cantik di sini, kena datang waktu pagi atau siang hari. Fushimi Inari-Taisha Shrine dianggarkan mempunyai lebih 10,000 pintu Torii. Ia mempunyai laluan yang tertutup untuk ke atas gunung dan korang juga boleh berjalan kaki di bawah bumbung sambil menikmati pemandangan indah. Tiket masuk ke sini adalah percuma. Tulisan yang berwarna hitam merupakan nama-nama syarikat yang membuat sumbangan untuk makam di sini.
Fushimi Inari-Taisha Shrine
Pengalaman di Osaka, Jepun adalah antara trip lain dari yang lain. Sebabnya, trip ini merupakan destinasi pertama yang aku berpeluang tengok dan rasai sendiri salji. Fuh! Selepasa 28 tahun hidup baru tahu perasaan berjumpa salji, haha. Good experience indeed. Semoga di masa akan datang, ada lagi peluang untuk merasai musim winter di negara orang. Dan semoga lebih banyak destinasi AirAsia X yang dapat diterokai di masa mendatang.
AirAsia X “Fly High & Get Rewarded”
Mungkin ada yang tertanya-tanya, "Apa yang best sangat tentang kempen AirAsia X “Fly High & Get Rewarded”. Jom, cekidout!!!
AirAsia X “Fly High & Get Rewarded”
Agak-agak, siapakah pelanggan bertuah AirAsia X yang bakal memenangi hadiah yang ditawarkan untuk kempen AirAsia X “Fly High & Get Rewarded” kali ini? Adakah anda, anda atau anda? Sama-sama kita nantikan. Pemenang utama untuk AirAsia X “Fly High & Get Rewarded” akan menerima tiket penerbangan AirAsia X selama setahun dan voucerr penginapan daripada Air Asia Go yang bernilai RM10,000.
Hadiah tiket penerbangan ini merangkumi destinasi AirAsia X ke Japan: (Tokyo, Osaka, Sapporo); South Korea: (Seoul), Busan; China: (Xian, Beijing, Hangzhou, Chengdu, Shanghai, Chongqing, Wuhan); Taiwan: (Taipei ); Australia: (Sydney, Melbourne, Perth, Gold Coast); New Zealand: (Auckland); India: (New Delhi); Iran (Tehran); and United States of America (Honolulu).
Kalau aku dipiliha sebagai pemenang bertuah, aku akan manfaatkan tiket penerbangan untuk travel ke destinasi idaman terutamanya ke New Zealand (Auckland), Australia (Sydney, Perth) dan Jepun (Tokyo, Sapporo). Itu hanyalah impian, entah bila akan jadi kenyataan. Apapun, all the best and good luck to all contestants for this campaign, AirAsia X “Fly High & Get Rewarded”. Fly high!
38 Comments
Bestnya dapat melawat negara orang. Gambar semua cantik-cantik. Teringin nak pergi NZ ☺
ReplyDeletebest la khairul dah jejak banyak tempat dah...akak ciput je..kena gak travel lagi ni...
ReplyDeletekalau saya, saya teringin ke seoul, perth dan taipei! tapi tengok gambar2 yang abang post ni pun macam best jugak.. bilalah boleh travel lagi!!
ReplyDeleteso nice your travelling pictures! Best lah hadiah contest ni!! Ala i dah habis booked all my tickets dulu-dulu...
ReplyDeleteKita dah sampai Melbourne, Gold Coast dan Sydney and insyaAllah akan ke Tokyo plak. yeay~!!!!!
ReplyDeleteWowww dah banyak lokasi dia pergi dengan AirAsia X
ReplyDeleteKita tak pernah lagi sampai ke mana-mana negara tu. Heheheh teringin tapi macam mustahil nak pergi dengan keadaan sekarang. Tapi kan awak, muka awak sebijik mcm orang tokyo lahh. ehhehehhehehe
ReplyDeleteNice sharing
ReplyDeletewah...untungla...saya ni dalam malaysia pun banyak tak lepas lagi...
ReplyDeleteAntara banyak-banyak destination dekat atas ni, Fadzi teringin nak pergi ke Australia. Ni semua sebab kena racun dek husband. Dari tahun lepas asyik kate nak pergi bercuti ke Australia tapi tak lepas lepas lagi
ReplyDeleteBestnya! Jeles Alja rasa. Tak pernah terbang jejauh cmni, kena start kumpul duit and travel. Sbb bg Alja mustahil sgt, lelagi nak travel solo. Tak solo pun, kita tak tahu tmpt org cmne, tu yg jd takut. Hehe pape pun takecare walau kat mana pun ! :)
ReplyDeleteWaa bestnye.. Wish to be here soon..
ReplyDeleteGood luck Mika! Semua lokasi AirAsiaX memang best. Murah dan everyone can fly! Hehehe. Ahhh bestttttnya tengok gambar.
ReplyDeleteBestnya tengok gambar! All the besttt
ReplyDeleteI usually take airasia if im on a budget or business trip to Japan, cost efficient but for better comfort i still prefer ANA
ReplyDeleteteringinnya nak naik Air Asia X...btw, bestnya p osaka dengan melbourne... kita ni mampu berdekatan jelah, tapi disebabkan AirAsia X ni adalah Syarikat Penerbangan Murah inshaAllah one day i'll go there. Jyeahhhhhh!
ReplyDeletewoah! gila best punya promo...honestly kalau sally...Sally mmg tgh simpan angan-angan nak jelajah India & Shanghai...tapi xde partner yg suka India..haihhh~
ReplyDeleteSeronoknya dah banyak travel byk negara. Sy dulu merasa gi Singapore saja itu pun mastautin di sana ikut ayah yg btugas sbgai navy. Kalau diberi pilihan, negara yg nak gi lawat Sydney, Jeddah dan Gold Coast.
ReplyDeleteI honestly like this sharing. Sebab memang akan travel ke Osaka this early August 2017.
ReplyDeleteSaya nak letak penaberkala dalam bloglist.
It has been a while since my last trip to Melbourne, might go there again next year.
ReplyDeleteYou even went to Australian Open??!! So good.
ReplyDeleteWanting to visit but surely hella expensive!
xx
Puiyeesss
I would love to visit Australia! Never been there, but my next on the list is Japan. I really love Japan 💕
ReplyDeleteWahhh bestnya, semua gambar cantik! ini untuk contest tu kan, all the best! Betul la dengan tagline, now everyone can fly. hehehe soon, kita pulak follow jejak hehehe
ReplyDeletewow, syoknya dapat melancong ke merata-rata tempat.
ReplyDeleteAir Asia memang satu pilihan yang baik kerana dengan adanya Air Asia,
Setiap orang dapat terbang.
Love your pics at Osaka.. I had an amazing time there too
ReplyDeleteWow, the one at Brighton Beach looks so beautiful! I've been to Osaka before but haven't got the time to walk around, want to visit again when I can!
ReplyDeleteAir Asia has made it really affordable for us to travel, and I have to thank them for creating such opportunities for me that I can only dream about previously. Now, at least the dreams are achievable.
ReplyDeleteIt's so nice to see your travel photos. Wish I could travel often too.
ReplyDeleteAmazing photos! It's good to know that Air Asia is offering flights to so many destinations. I've use the flight to Bali and Bangkok before and it was so affordable. Thanks for sharing your adventures.
ReplyDeleteNice photos ! Aku sangat rindu Melbourne la!
ReplyDeleteEspecially those seafoods!
TB pun kalau fly ke mana-mana mesti akan pili Air Asia gak .. tapi dah lama tak terbang.. huu.. nak tunggu budget cukup dulu.. huhuhu.. bestnya hang dapat pi Melbourne
ReplyDeleteEh why no bound to Philippines??! Its disappointing.
ReplyDelete
ReplyDeleteDon't understand this but it seems to be a great collaboration with Airasia!
Thanks for sharing I'll really love to visit Japan!
ReplyDeleteIts been a while since I travel to different countries!! Looking back your pics make me miss travel more =)
ReplyDeleteThe travel pictures are lovely and certainly missing going to different destinations. Will need to do this sometime soon :)
ReplyDeleteAirAsia truly is the cheapest and the best! I had no idea about AirAsia X's destination list. However, I plan to fly to Australia soon. Cheers!!
ReplyDeletethere are many places in australia i have yet to visit and last time i traveled with airasiaX too!
ReplyDelete