KESERONOKAN HANGOUT DI IRDKL MALL SHAH ALAM

Cuti hujung minggu (weekend) atau Public Holiday tak tahu nak hangout ke mana? Apa kata korang cuba pergi ke IRDKL Mall Shah Alam. Jujurnya, ini first time aku tahu pasal kewujudan IRDKL Mall Shah Alam. Bukan sekadar mall biasa, IRDKL Mall adalah entertainment hub yang terletak di Shah Alam. Menghimpunkan pusat hiburan di bawah satu bumbung, IRDKL Mall Shah Alam merupakan salah satu tarikan terbaru di Shah Alam especially untuk korang yang berada di Shah Alam, Klang dan sekitarnya. 


Lokasi IRDKL Shah Alam
Sekysen 16, Avenue 2, Shah Alam, Selangor


Mesti korang tertanya-tanya kan? Apa yang best di IRDKL Mall Shah Alam? Berbaloi ke pergi IRDKL Shah Alam? Ok, bagi aku sangat best! Berbaloi-baloi pergi sebab sangat convenience. Nak parking mudah, tak payah nak bersesak-sesak dengan orang ramai macam di mall-mall lain, dan paling penting, semuanya ada di bawah satu bumbung. Nak karaoke, nak tengok wayang, nak main game, nak try VR 9D dan sebagainya, semuanya ada. Memang highly recommended untuk korang yang nak hangout bersama family dan rakan-rakan.


Virtual 9D Arcade


Antara tarikan yang paling aku excited nak cuba bila pertama kali menjejakkan kaki di IRDKL Mall Shah Alam adalah permainan Virtual Reality (VR) 9D. Permainan Virtual Reality 9D yang menjanjikan pengalaman yang cukup berbeza. Siapa pernah cuba VR 9D? Seriously, korang perlu cuba at least once in a lifetime. Kalau nak cuba permainan VR 9D paling terbaik di Malaysia, korang boleh cuba di IRDKL Mall Shah Alam. Tengoklah, canggih gila tempat dia. Aku paling suka design kerusi di VR 9D Room ni. Unik kan? Sangat futuristic! Paling best, siap ada efek gegaran dan kita akan rasa seolah-olah berada dalam situasi sebenar seperti dalam video.



Pertama kali mencuba permainan VR 9D


Oh ya, untuk permainan VR 9D ni korang boleh pilih apa jua video yang ada dalam durasi 5 minit - 15 minit bergantung kepada video yang dipilih. Di IRDKL Mall Shah Alam, ada lebih kurang 53 video. Hari tu, aku pilih video yang ada ride di theme park. Gila scary! Dah macam betul-betul berada di theme park. Seriously, best,!

Harga VR 9D:
RM13 / 2 games

Tarikan di IRDKL Mall Shah Alam


Tarikan di IRDKL Mall Shah Alam


Bukan hanya ada 9D Virtual Excitement, IRDKL Mall Shah Alam juga menyediakan hiburan lain seperti berikut:

  1. Family Karaoke
  2. TSR Cinemax
  3. British pool
  4. Children Arcade
  5. Digital Darts

Food Court IRDKL Mall Shah Alam


Food Court di IRDKL Mall Shah Alam


Selain itu, IRDKL Mall dilengkapi dengan Food Court, Carpark dan Conference Hall. Jadi, kalau nak datang ke IRDKL Mall, tak payah risau tentang parking, memang bangunan IRDKL Mall siap ada parking bertingkat. Very convenience! Nak makan pun tak payah risau, siap ada food court yang meyediakan harga yang berpatutan. Aku sempat lunch di food court. Siap order nasi goreng kampung. Memang tak mengecewakan langsung. Sedap! Harga berpatutan dan berbaloi!


Waktu Operasi:
Isnin - Ahad : 10 pagi


IRDKL Land Sdn. Bhd.


IRDKL Mall Shah Alam meruapakan pusat hiburan keluarga yang dimiliki sepenuhnya oleh syarikat hartanah IRDK Land Sdn Bhd. Ia merupakan salah satu property di bawah IRDK Land Group Of Companies. IRDKL Mall Shah Alam dibina dengan menyediakan perkhidmatan yang merangkumi hiburan untuk keluarga seperti Karaoke, Wayang (TSR Cinemax), Virtual Arcade Games, Digital Dart, British Pool dan Children Arcade.

Kemudahan Awam:
Wifi Percuma
Surau


Digital Darts


Aku pernah sekali main Digital Darts di NU Sentral. Memang best! Tapi sekarang dah tutup pulak. So guys, kalau korang teringin nak try permainan dart, boleh cuba di Digital Darts Arena yang terletak di tingkat 10 & 13. Di IRDKL Mall, ada disediakan 7 mesin digital darts. Bukan sahaja boleh main secara solo, malah korang boleh kalau plan nak buat tournament atau pertandingan dengan 4 pemain lain pada satu-satu masa.


Digital Dart


Video Simulator


Selain permainan darts, di sini juga ada menyediakan permainan video simulator. Antara game yang menarik adalah car racing. Dilengkapi dengan video yang real di paparan screen yang cukup besar dan efek gegaran, ia memberi pengalaman yang cukup berbeza. Dengan harga serendah RM10, korang boleh try untuk merasai sendiri pengalaman bermain Video Simulator yang seolah-olah berada dalam kereta lumba yang sebenar.


Arcade


Children Arcade Games


Nak bawa anak jalan-jalan dan have some fun? Boleh singgah di Children Arcade Games yang terletak di Tingkat 13. Children Arcade Games menyediakan pelbagai permainan untuk anak-anak. Bukan itu saja, di sini juga ada pelbagai games  untuk orang dewasa seperti game tembak, game racing motor dan racing kereta serta banyak lagi. Purata harga untuk setiap game adalah RM3.00. Menarik kan? 


Children Arcade Games


Sistem bayaran di sini agak berbeza dengan sistem bayaran di arcade games di tempat-tempat lain. Di sini tak perlu beli token untuk main games. Korang hanya perlu dapatkan prepaid kad dan reload untuk mencuba sebanyak mungkin games yang korang suka.


Prepaid Card untuk Arcade


TSR Cinemax


Actually, kami ke sana untuk tengok movie yang baru keluar masa tu iaitu filem 'Abang Long Fadil 2'. Siapa sangka, dalam mall yang macam ni ada panggung wayang yang diberi nama TSR Cinemax. Untuk pengetahuan korang, TSR Cinemax dilengkapi dengan projektor 4K dengan bahagian atas garisan Harkness, teknologi audio Dolby Atmos, Auromax, DTSX, Klipsch yang pasti memberi impak dan kesan bunyi khas semasa menonton wayang. Kualiti video dan audio di TSR Cinemax memang setanding dengan cinema yang terkemuka lain di Malaysia.


TSR Cinemax tampil berbeza dengan senarai makanan yang dijual di kaunter. Tak sama dengan cinema lain. TSR Cinemax menghidangkan nugget tempura, burger dan hot dog. Harga pula memang sangat murah dari mana-mana cinema yang pernah korang pergi, Nugget Tempura yang 15 ketul cuma berharga RM12 sahaja. Popcorn pun sedap especially caramel popcorn. Just in case korang nak datang tengok movie di TSR Cinemax, korang boleh install aplikasi TSR Cinemax di Google Play Store untuk tengok schedule filem yang ditayangkan dan beli tiket secari online.


TSR Cinemax

Karaoke Keluarga - Melody


Untuk kaki karok, korang boleh try singgah di Melody iaitu pusat karaoke keluarga di tingkat 12 dan 15. Apa yang special tentang pusat karaoke di IRDKL Mall Shah Alam? Setiap bilik karaoke dilengkapi dengan kedap bunyi dan pencahayaan yang cantik. Harga bermula RM25/jam untuk satu bilik.


Family Karaoke

TSR Conference Hall


Kalau ada yang mencari dewan untuk disewa tak kira untuk wedding atau apa jua event, boleh book TSR Conference Hall yang berada di tingkat 16-17 di IRDKL Mall Shah Alam. Dewan TSR ni sangat tersergam indah dan mewah dengan hiasan lampu yang warna-warni dan sangat cantik. Harga kos untuk menyewa TSR Conference Hall ini dianggarkan lebih kurang RM25,000.


Selain itu, TSR Conference Hall juga turut menyediakan VVIP Lounge untuk mereka yang ingin meraikan vip-vip atau event pelancaran produk atau apa jua event yang bersesuaian pada harga bermula RM2000 - RM3000. Di sini juga ada disediakan surau untuk kemudahan para pengunjung.



VVIP Lounge


TSR Conference Hall


Kapasiti 1000-2000 paxs untuk susunan round table dan 2000 paxs untuk theater


Experience pertama kali menjejakkan kaki ke IRDKL Mall Shah Alam memang penuh dengan perasaan teruja. So, kalau ada orang tanya, kat mana tempat best nak hangout kalau pergi Shah Alam? One of the best place to recommend is IRDKL Mall Shah Alam especially for those who want to play games, karaoke or movie session with family and friends. So guys, kalau nak pergi ke IRDKL Mall Shah Alam, boleh dapatkan info lanjut seperti yang dikongsikan di bawah!


Alamat:
IRDKL Mall, Shah Alam 
No.1, Jalan Serai Wangi M 16/M, 
Alam Avenue 2, Seksyen 16, 
40000 Shah Alam, 
Selangor Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai IRDKL Mall, Shah Alam, sila layari:

Website:

Facebook:

Instagram:

atau, untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi: 

Telefon: 
(+603) 5522 2229

Email: 
enquiry@irdklmall.com

Post a Comment

33 Comments

  1. Wah VR 9D macam best jer. Nak gi lah weekend nie!

    ReplyDelete
  2. waaah banyak bener, saya pengen nyoba VR9D. belum pernah soalnya. jdi ga kebyang serunya.

    ReplyDelete
  3. mudahkan kalau semua benda dalam satu mall. haha boleh pergi karok lepas tu pergi tengok movie siap ada free wifi lagi! lagilah best haha

    ReplyDelete
  4. bestnya wakkk. seronok betol yang VR tu. terbaik :D

    ReplyDelete
  5. Wohoooo..syok sangat niii. banyak betul tempat merelakskan fikiran..

    ReplyDelete
  6. ni kalau bapaknya masuk dalam game tu.. mau ke malam esok baru jumpa jalan ni..hihihi

    ReplyDelete
  7. wow, banyaknya entertainment. tengok pun seronok dah haha

    ReplyDelete
  8. Wahhhh tq2 share, kenapa baru tau ada tempat macam ni kat shah alam? Hahaha tq..nanti nak gi sini bawa anak2, dekat je dengan rumah :)

    yanmie
    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  9. Tertaruk dengan vr 9D teringinnya nak cuba

    ReplyDelete
  10. Wahh...kemain.. kaki gamers suka la sini. kene bawak partner saya nanti

    ReplyDelete
  11. Is this building totally new or converted from something else? I cannot imaging watching the 9D show. Even 4D I pening already!!

    ReplyDelete
  12. eh tak pernah tahu Shah Alam ada tempat sebegitu. Kena check it out!

    ReplyDelete
  13. wow wow bestnyerrrr...mcm2 adooo..kena terjah la niii...

    ReplyDelete
  14. Nampak macam menarik je tempat ini, teringin nak bawa keluarga datang ke sini

    ReplyDelete
  15. Wahhhh bestnya. nak main yang VR tu. hari tu ada nampak video orang main. menjerit2. hahaha

    ReplyDelete
  16. Kat Shah Alam ya.
    Macam-macam dibawah satu bumbung, yang bagusnya ianya serba lengkap bagi kunjungan sekeluarga.

    ReplyDelete
  17. 1st time jugak baru tahu. Menariknya tempat ni.

    ReplyDelete
  18. Wow such a good confference hall they have, never knew. And the arcade looks nice.

    ReplyDelete
  19. First time heard about this mall! Now we can have a lot fun now at IRDKL Mall! Hope got chance to visit soon =)

    ReplyDelete
  20. omg everything looks so interesting and i would love to try all of them! that vr 9D how does it looks like?!?! - Joysofyz

    ReplyDelete
  21. A new Mall to explore and the mall look big. Have visit the mall yet.

    ReplyDelete
  22. wow. nice place in Shah Alam. will check it out one day

    ReplyDelete
  23. Looks like another new mall in Shah Alam. This looks pretty cool and interesting

    ReplyDelete
  24. sebelah rumah je ni hahaha tapi belum explore lagi irdkl, hari tu pergi sini sebab nak keluarkan duit je, hahaha

    ReplyDelete
  25. I am a dummy.. did not know IRDKL existed until I read this... ok.. next time I am at SHAH ALAM, will visit this place..

    ReplyDelete
  26. Wow! best juga mall ini kat shah alam. I tak pernah singgah lagi, I wish to try the VR 9D game.

    ReplyDelete
  27. Oh darn, tak pernah tahu ada kompleks hiburan seperti ini di Shah Alam. I'mma bring my man here next time! Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  28. never knew about this place before, thanks for sharing with us!

    ReplyDelete
  29. Tk sngka bnyk benda boleh buat dkt sana. Boleh la singgah bila hari cuti. Hehe

    ReplyDelete
  30. High apsal mama yg duk Shah alam ni pun xtau hehee.. Tq for info

    ReplyDelete
  31. Tak sangka, banyak gak aktiviti yang boleh dilakukan kat sini ek. Thanks sebab share info ini.

    ReplyDelete