WARRIORS CHALLENGE 2017 KINI KEMBALI!

Pernah dengar tak tentang Warriors Challenge? Kalau nak tahu, Warriors Challenge 2016 merupakan acara larian berhalangan ala tentera yang pertama kali dianjurkan di Malaysia. Tahun lepas, aku dah join. Ramai yang tanya, "Best ke join Warriors Challenge?" Dan jawapan aku mudah je, "It's awesome!" 


Berita baik untuk korang semua especially yang tak sempat join last year. Warriors Challenge 2017 kini kembali. Pastinya lebih menarik dan lebih mencabar. Korang dah get ready nak join? Jom jom! Ramai-ramai kita register. The more, the merrier! Di kesempatan ini juga, aku terpanggil untuk share pengalaman aku sendiri dalam menyertai Warriors Challenge 2016 pada tahun lepas. Apa yang menarik? Cekidout!!!


Dimulakan dengan face painting (celoreng)


Warrior Challenge 2017 dianjurkan oleh Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dengan penganjuran bersama Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), disokong penuh Kementerian Pertahanan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. Program ini turut mendapat tajaan AffinBank Group dan Genting Malaysia sebagai penaja utama.


Warriors Challenge merupakan acara perlumbaan bertemakan ketenteraan yang telah masuk tahun kedua penganjuran. Untuk tahun ini, Warriors Challenge akan berlangsung pada 11 November 2017 (Sabtu) bertempat di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Pelancaran program ini akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia.


Monkey Bars


Program ini merupakan acara rintis dalam perlumbaan halangan yang bertemakan ketenteraan di Malaysia dan terbuka kepada semua golongan masyarakat yang ingin menguji ketahanan fizikal & mental diri mereka dalam merasai cabaran bercirikan latihan ketenteraan.


Objektif program ini adalah untuk memberi peluang terutamanya kepada orang awam merasai sendiri pengalaman menyertai latihan ketenteraan yang tidak dapat diperolehi di mana-mana. Especially untuk golongan belia, Warriors Challenge ini diharapkan dapat memupuk kesedaran terhadap pengorbanan atau sumbangan para anggota tentera kepada negara tercinta.


Rock Climbing


Untuk Warriors Challenge 2017, cabaran yang akan dilalui oleh setiap peserta adalah terdiri daripada enam cabaran utama iaitu:
  1. Larian di atas Jet Float yang memerlukan para peserta berlari di atasnya sejauh 100 meter dan berkemungkinan mereka akan jatuh ke dalam tasik. 
  2. Perlumbaan berhalangan yang perlu menghadapi 10 halangan yang disediakan sepanjang 2 kilometer perlumbaan. 
  3. Pendakian Bukit Besi sejauh 3.5 kilometer 
  4. Untuk ke puncak Bukit Besi, para peserta perlu melakukan Rock Climbing 
  5. Mengakhiri perlumbaan dengan cabaran keenam iaitu memikul 20 kilogram beg pasir atau 25 kilogram kayu balak (log) ke garisan penamat.

Bawa log seberat 25KG 


Kalau Suzai boleh buat, takkan korang tak boleh kan? hehehe. Power betul Fashion Blogger ni.


Overall, pengalaman menyertai Warriors Challenge tahun lepas sangat best. Walaupun ini kali pertama event ini diadakan, namun ia tetap berjalan dengan lancar. Sambutan daripada peserta pun memang cukup menggalakkan. Tua, muda, tak kira jantina dan peringkat umur, semua turut serta. Kalau orang tanya, cabaran mana paling mencabar? Bagi aku, mendaki ke Bukit Besi. Ya Allah, memang menguji ketahanan mental dan fizikal. Part paling best? Dah tentu cabaran berhalangan ala tentera. Bila lagi nak merasa jadi macam askar kan? hehe. Kalau tak ada aral melintang, tahun ni pun memang rasa nak join.


Make sure join ramai-ramai satu gang, baru meriah!


Warriors Challenge bukan hanya sekadar medan untuk menguji tahap kekuatan mental dan fizikal, malah menjadi platform terbaik dalam usaha bagi membantu pihak Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengutip dana Tabung Pahlawan 2017. Untuk setiap penyertaan, sebahagian kutipan yuran akan disalurkan kepada dana tabung bertujuan membantu anggota veteran ATM yang kurang bernasib baik, balu dan anggota perkhidmatan lain yang memerlukan perhatian.


Warriors Challenge 2016 - Challenge Accepted!


Jadi, untuk korang yang berminat untuk turut serta dalam Warriors Challenge 2017, bolehlah start register dari sekarang sebelum tarikh tutup penyertaan. Yuran penyertaan untuk Warriors Challenge adalah RM90 bagi individu dan RM550 bagi sebuah pasukan yang terdiri daripada tujuh (7) orang ahli. Setiap peserta juga perlulah berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun. Nak jimat, better register ramai-ramai (berkumpulan). Ada gang lagi best join Warriors Challenge. Meriah!


Macam mana nak daftar Warriors Challenge 2017? Mudah saja, pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian melalui laman sesawang, www.warriorschallenge.com.my. Untuk setiap peserta yang berdaftar, korang akan menerima sebuah beg, sehelai baju, dan pingat penyertaan selepas menamatkan cabaran. Apa tunggu lagi? Jom, pakat ramai-ramai kita register. See you there!

Post a Comment

29 Comments

  1. Wow! Awak ni dah macam hero cerita Tamil saya tengok

    ReplyDelete
  2. mau patah pinggang kalau i is join ni. kena start dengan yang lite2 dulu la cmtu

    ReplyDelete
  3. Entah kenapa skg suka aktiviti yang mencabar. Maybe sbb target nak fit kot. Mcm seronok je game ni tp risau halangan yng masuk air dan gayut2 bagai tu... tu yg spoil sikit..

    ReplyDelete
  4. Okay serious this is so tempting...I might not be able to join this year..but I am hoping they will have it again next year...would love to give this a shot..of course I am also including viper challenge into my list.

    ReplyDelete
  5. Aiyoyo this looks soooo tough!!! It's not that I cannot - I just need to prepare and get fit. What if I fall into the lake? Can't swim. LOL

    ReplyDelete
  6. ermm ... rasanya kalau saya join mesti awal2 dah terduduk. I am so not fit.
    tapi teringin juga.

    ReplyDelete
  7. memang macam best sangat kalau orang berlarat..macam Miera yang gemuk dan lembik... tak lepas lah monkey bar pun.. huhuhu

    ReplyDelete
  8. I need my full adrenaline (and maybe drink more energy drink) to perform this adventure. Kudos for you guys!

    ReplyDelete
  9. Looks really nice, not sure if i have the stamina for this anymore hahah

    ReplyDelete
  10. Wow! So happening...Lovely pics. So nice to have such adventures with friends and family.

    ReplyDelete
  11. bestnya aktiviti macam ni. betul tu kalau join in a group lagi best kot dari join sorang sorang haha

    ReplyDelete
  12. This looks so challenging!! I probably will not be able to do it. Kudos to those who do it!!

    ReplyDelete
  13. wow, never tried one of these activities before, looks fun but look hard haha good job though!

    ReplyDelete
  14. Alamak..akak ni jenis x fit..boleh ke join aktiviti macam ni...macam menarik je ni

    ReplyDelete
  15. seronoknye.. aktvt mcm ni.Last masa zaman sekolah dl je join..hukhukhuk

    ReplyDelete
  16. Adventurous! Macam best pula aktiviti sebegini.

    ReplyDelete
  17. Kalau akk..awal2 lagi da terduduk😂😂😂

    ReplyDelete
  18. waaah kalau setiap bulan, mungkin banyak yang ototnya pada jadi nih hehe. jadi pen ikutan.

    ReplyDelete
  19. Teringin nak join, tapi badan dah x fit macam zaman memuda dulu

    ReplyDelete
  20. Ok best giler...huaaaaa kalau sy ikot sure losing skit weight

    ReplyDelete
  21. Wah mencabarnya warriors challenge ni. Lama tak buat aktiviti mcm ni.

    ReplyDelete
  22. 1st time dengar. Macam menarik warrior challenge ni. Yang mana jiwa kental boleh lah masuk ☺

    ReplyDelete
  23. kemain tauuuu suzai tuuuu! ehhh eheee. alaaa kita suka tgk fizikal challenge. tapi den tak larat. pancit! hahahahahaah

    ReplyDelete
  24. wow macam best! You are so good can finish the challenges

    ReplyDelete
  25. Bila baca kena angkat beban tu, terus longlai hahaha. Tapi macam teringin nak join

    ReplyDelete
  26. Waaa. Aktiviti ni I ingat PLKN! HAHA~~~ Very challenging but fun!

    ReplyDelete
  27. Serius sangat best buat warriors challenge ni, tapi kami mampu nengok saja lah, mak buyung kan..hehe

    ReplyDelete