RESIPI MUDAH AYAM MASAK MERAH DARI AYAMAS KITCHEN

Kalau korang pernah baca artikel-artikel berkaitan DapurPB, mesti korang dah tahu kan apa menu-menu yang pernah aku kongsikan di blog? Bukan nak kata aku pandai masak, apatah lagi nak gelarkan diri seorang chef. Cuma, kadang-kadang aku memang suka memasak, suka explore macam mana nak hasilkan menu-menu favorite hasil air tangan sendiri. Dan paling penting, sekadar perkongsian untuk lelaki bujang di luar sana untuk mencuba sendiri menu-menu simple di dapur.



Biasanya, aku akan guna bahan-bahan mentah dan rempah-ratus kalau nak masak. Proses nak sediakan bahan ni paling lama untuk settle. Tapi, kalau dah sibuk, kesuntukan masa, memang kena guna alternatif lain. Antara trick yang aku gunakan untuk menjimatkan masa dalam menyediakan hidangan adalah dengan menggunakan pes. Seriously, tak payah nak sediakan banyak bahan dan tak perlu nak blend itu ini. Jimat banyak masa. Dan antara produk yang korang patut cuba adalah Pes Ayamas.


Aneka Pes dan Sos segera dari Ayamas Kitchen


Biasanya kita tahu, Kedai Ayamas adalah salah satu rangkaian jualan produk berasaskan ayam especially roasted chicken. Siapa sangka, sekarang Ayamas telah melancarkan aneka pes dan sos segera baharu menerusi jenama Ayamas Kitchen. 


Antara produk baharu yang dikeluarkan oleh Ayamas Kitchen adalah  sos rendang, pes masak merah pes kurma dan serbuk pati ayam. Pes segera yang padat dengan campuran rempah ratus asli ini semestinya akan memudahkan kita semua untuk memasak hidangan tradisional di rumah dengan cepat dan paling penting menjimatkan masa. So, memang kena dengan tagline mereka iaitu "Cepat, Mudah dan Lazat".



Bahan-bahan untuk Ayam Masak Merah


Pes segera ini merupakan rencah tumis yang boleh dicampur dengan air, stok atau santan, hirisan bawang, kentang atau tomato cincang, bagi menghasilkan kuah yang lazat. Pes segera ini sesuai untuk memasak aneka juadah seperti ayam, daging atau makanan laut dalam masa kurang 30 minit.



Cepat, Mudah dan Lazat


Resipi Ayam Masak Merah dari Ayamas

  1. Sediakan bahan-bahan seperti hirisan bawang besar, bawang merah, tomato, ketulan ayam yang digoreng separuh masak dan paling penting Pes Masak Merah dari Ayamas Kitchen
  2. Panaskan minyak dan masukkan Pes Masak Merah serta sedikit air (bergantung kepada kepekatan kuah yang dikehendaki)
  3. Tumis pes Masak Merah sehingga pecah minyak
  4. Masukkan Ayam yang digoreng separuh masak
  5. Masukkan hirisan bawang besar dan bawang merah. 
  6. Akhir sekali masukkan hirisan tomato dan siap sedia untuk dihidangkan


Ayam Masak Merah


Untuk dapatkan hasil masakan Ayam Masak Merah mengikut citarasa sendiri, korang boleh tambah sedikit garam atau gula secukup rasa. Untuk kuah pulak, korang boleh decide nak cair atau pekat. Dan, dalam masa 30 minit hidangan Ayam Masak merah siap-sedia untuk dihidangkan. Mudah kan? Selamat mencuba!



Pes Ayamas


Bukan Pes Masak Merah je ada, macam-macam lagi pes segera dan sos masakan yang ada dari Ayamas Kitchen. Korang boleh pilih menu kegemaran korang untuk dicuba!


Pes Kurma, Sos Rendang, Pes Masak Merah dan Pati Ayam



Ayam Masak Kurma


Rendang Ayam


Sempena majlis pelancaran produk baru Pes Segera dari Ayamas Kitchen ini, kami bersekesempatan dan berpeluang untuk mencuba sendiri hasil juadah yang disediakan menggunakan pes segera semasa Ayamas Kitchen Bloggers Party di QSRT Glenmarie, Shah Alam. 


Ayamas Kitchen Blogger Party


Nasi Impit dan Rendang Ayam


Nasi Beriani, Ayam Masak Merah dan Ayam Masak Kurma


Berita baik untuk korang semua! Sos rendang, pes kurma dan pes masak merah Ayamas Kitchen masing-masing dijual pada harga serendah RM2.80 setiap paket yang mengandungi 100 gram. So guys, kalau korang nak cuba, bolehlah dapatkan produk pes segera Ayamas Kitchen ini di semua rangkaian Kedai Ayamas seluruh negara. Paling best, produk ni juga bukan saja sesuai untuk digunakan di rumah, malah amat sesuai untuk dibawa ke mana-mana especially time travel di dalam atau ke luar negara.


Harga: RM2.80 setiap paket yang mengandungi 100 gram.


Untuk info lanjut berkaitan produk Ayamas atau  promosi terkini, korang boleh rujuk di FB Page Kedai Ayamas – Ayamas Roaster dan website www.kedaiayamas.com.

Post a Comment

18 Comments

  1. Untunglah abam pandai masak. Untung wife abam kelak sebab rajin masak.
    Gitu.

    ReplyDelete
  2. Ala nak cari kedai ayamas ni susah la..lagi2 shah alam..mana nak cari

    ReplyDelete
  3. senang lah nak masak lepas ni. balik kerja pun dah tak penat sangat nak ke dapur.

    ReplyDelete
  4. Pernah try dah. Memang lebih mudah nak masak,masa pun jimat

    ReplyDelete
  5. nak kena cari pes pes dari ayamas ni haha senang sikit sha nak memasak lepas ni :p

    ReplyDelete
  6. Wahh dah ada mcm2 pes sekarang ni dijualkan . Mudahnya jimat masa .

    ReplyDelete
  7. Xde jumpa lg pes ayamas.. nanti nak cari laa

    ReplyDelete
  8. cepat dan mudah bila guna pes ni. suka :)

    ReplyDelete
  9. Hari ni kita x sempat sgt nk masak...
    Kebetulan ada pes kurma yg ayamas bg free utk try masa beli roasted chicken haribtu. Not bad rasa dia...jadi jugak kurma kambing hari ni

    ReplyDelete
  10. belum pernah cuba lagi ni, first time tahu ayamas keluarkan pes ni dan harga murah jugak tu..

    ReplyDelete
  11. Selalu sangat baca resipi dan makan sedap2 kat blog ni tapi tuannya tak pernah nak panggil kita makan sekali masak untuk kita ker hurmmm bestnya kalau hujung minggu dapat makan orang masak hehehehe

    ReplyDelete
  12. Ayamas keluar produk pes? Bila ada keluarkan pes seperti ni, kerja lebih mudah dan cepat. Bolehlah cuba nanti.

    ReplyDelete
  13. macam pes ada boleh la beli untuk cuba. Mudah sangat ni. Terima kasih share

    ReplyDelete
  14. Alahai senang sgt nih..senang keje xyah nak blend cili and bawang sume kan..

    ReplyDelete
  15. Muka ada gaya macam chef.... Dah boleh kot buat artikle pasal masak-masak selalu

    ReplyDelete
  16. wa the paste is so affordable. the Nasi Beriani, Ayam Masak Merah dan Ayam Masak Kurma look delicious

    ReplyDelete
  17. Senang sangat! Hahahaha. Tak payah nak rebus cili kering, blender cili badang dan menumis lama-lama. Masuk je pes, tumis dan masuk hirisan bawang. Siap! Harga dia pun murah je. Ayooo! Must grab!

    ReplyDelete