Baru-baru ini, Ayamas Kitchen tampil dengan produk baru iaitu pes segera dan sos segera iaitu pes masak merah, pes Kurma dan sos Rendang (baca sini!). Terkini, pihak Ayamas Kitchen sekali lagi tampil dengan produk terbaru iaitu produk sedia-dimakan atau lebih dikenali sebagai Ready-To-Eat (RTE).
Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Blogger Party
Untuk produk Ready-To-Eat (RTE), Ayamas Kitchen telah memperkenalkan tiga (3) menu utama iaitu Nasi Pilaf Ayam Mentega, Nasi Briyani Ayam Bukhara dan Nasi Kandar Ayam Masala. Dengan tagline "Mudah dan Lazat", produk RTE amat sesuai especialy untuk orang yang sibuk bekerja dan tiada masa untuk memasak.
QSRT Glenmarie, Shah Alam
Bertempat di QSR Trading Glenmarie, Shah Alam kami diperkenalkan dengan produk RTE terbaru ini. Produk ini menawarkan hidangan yang berkualiti kepada pelanggan yang menginginkan sajian makanan lengkap dengan segera. Dalam setiap pack cukup lengkap dengan nasi, lauk dan sayur. Pendek kata, memang hidangan sempurna!
Easy and Delicious
Apa yang menarik tentang produk Ready-To-Eat ini adalah masa yang diambil untuk penyediaan adalah sangat singkat iaitu 4-5 minit sahaja. Kita hanya perlu tebuk bahagian penutup bekas RTE dengan garfu dan letakkan dalam microwave. Hanya dalam masa 4-5 minit, menu yang dipilih siap-sedia untuk dihidangkan. Mudah kan?
Hidangan menu Ready-To-Eat
Sempena majlis Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Bloggers' Party, kami berkesempatan dan berpeluang untuk mencuba sendiri keenakan produk RTE. Ketiga-tiga menu yang kini berada di pasaran dhidangkan untuk dicuba. Kalau macam ni lah rasanya produk RTE, so kita tak ada masalah lagi bila nak travel jauh ke luar negara especially ke negara yang susah untuk dapatkan makanan halal. Bawa je produk RTE sebagai bekalan.
Nasi Pilaf Ayam Mentega
Antara hidangan yang sempat aku sendiri cuba adalah Nasi Pilaf bersama Ayam Mentega. Aku suka rasa Ayam Mentega. Memang padan disuaikan dengan Nasi Pilaf yang mengandungi kismis dan dihidangkan bersama sayur kobis dan bunga kobis.
Nasi Pilaf Ayam Mentega, Briyani Bukhara Ayam dan Nasi Kandar Ayam Masala
Jadi, kalau korang berminat untuk mencuba produk RTE ini, boleh dapatkan di semua Kedai Ayamas di seluruh Malaysia dengan harga serendah RM7.90 sahaja. Murah kan? Aku rasa produk Ready-To-Eat ni worth to buy sebabnya rasa dia yang sedap dan kuantiti yang banyak. Memang complete meals tak kira untuk breakfast, lunch ataupun dinner. Produk ni bukan sahaja untuk dimakan di rumah, di office, malah sesuai untuk dibawa ketika travel. Paling penting, korang kena simpan produk RTE ini dalam freezer untuk memastikan ia tahan lama. Then, bila nak masak just tebuk bahagian penutup dengan garfu dan panaskan dalam 4-5 minit sahaja dalam ketuhar (microwave).
Ayamas Kitchen Ready-To-Eat
Bloggers' Party
Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Bloggers' Party
Sedikit-sebanyak perkongsian tentang Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Bloggers' Party yang kitroang pergi. Memang happening habis! Bukan saja berpeluang melihat dengan lebih dekat produk Ready-To-Eat, malah kami berpeluang untuk mencuba sendiri. Selain itu, kami berpeluang mendengar sendiri kata-kata daripada orang kuat Ayamas Kitchen berkaitan produk terbaru mereka.
Mr. Rafiq Moosa, Chief Operating Office, KARA Holdings Sdn. Bhd.
"Produk sedia-dimakan (Ready-To-Eat) telah lama mendapat tempat di hati pelanggan, khususnya generasi muda"
-Rafiq Moosa, Ketua Pegawai Operasi, KARA Holdings Sdn Bhd-
Lagi menarik, kami dipersembahkan dengan Product Demo dan Presentations Ayamas Kitchen RTE Range daripada kakitangan Ayamas sendiri. Sempoi betullah dorang semua ni. Dengan aksi silent acting, mereka memperkenalkan produk RTE dan kekuatan produk ini yang akan memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.
Product Demo & Presentation of Ayamas Kitchen RTE Range
5-minutes Ready-To-Eat Meals
Hidangan Ready-To-Eat
Ingat dorang buat demo tu suka-suka ke? Hah, lepas tu kami pulak kena buat demo tentang produk RTE dalam masa 3 minit. Setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang kena come-out with idea untuk promote produk RTE. Aku satu team dengan +Ahmad Fauzi Aryaan . Hahahahaha, dah macam buat silent comedy memasing kat situ. Overall, we've enjoyed the day!
Ready-To-Eat best!
Nah, memasing tak balik dengan tangan kosong. Selain plush toys untuk pemenang Most Creative RTE Presentation, kami juga diberikan produk RTE untuk dibawa pulang. So, bolehlah try masak di rumah ye dak? Hehehehe. Btw, thank you so much Ayamas for the invitation. See you when I see you!
Untuk info lanjut berkaitan produk Ayamas atau promosi terkini, korang boleh rujuk di FB Page Kedai Ayamas – Ayamas Roaster dan website www.kedaiayamas.com.
17 Comments
Nmpk sedap hidangan ready to eat ni...
ReplyDeleteBoleh la cuba nnt
Nampak gayanya Rawlins akan memborong RTE ini sebab senang kan - especially Rawlins selalu singgah kat rumah sekejap-sekejap je. Memang tak berbaloi nak beli barang basah
ReplyDeleteAyamas selalunya tidak mengecewakan. Boleh cuba nanti.
ReplyDeleteSenang ada product rte camni..nak travel xserabut lg..pastu kalo cik M dtg lg senang keje..haha
ReplyDeleteRTE food ni sgt memudahkan pengguna terutamanya ketika travel dan juga ketika sakit or Malas..haha.. nnt nak check out this product at the market lah..
ReplyDeleteThe food looks delicious. Will definitely try this out when in hurried.
ReplyDeleteHari tue tengak baca surat khabar terselit brochers tentang ayamas ni . Nampaknya da promosi baru
ReplyDeleteBolehla beli instant pack ni. Senang nak masak tak payah susah-susah sediakan bahan. Dah macam dalam flight dah raser. Hehe
ReplyDeletewouihhhh sedap nampaknye tuuu.. boleh la aku buat stok kat opis. haa senang takyah keluar pi lunchhh hehehe
ReplyDeleteAkak dari dulu memang suka ngan ayamas nya produk tak pernah menghampakan. Masa anak2 kekecik dulu, ayamas nugget memang tak pernah putus kat umah ni.
ReplyDeleteSekarang ni sume dah leave the nest tinggal akak sorang, ready to eat memang sesuai sangat tuk akak
kena beli ni, sebab kalau malas masak, leh panaskan dan trus ngap je..hehehe,
ReplyDeleteTapi nak bawak travel yg perjalanan jauh boleh ke? Tak rosak?
Makanan bertemakan ayam ni memang favorite. Produk ayamas memang best dan selalu beli buat stock di rumah.
ReplyDeleteBagus set macam ni memudahkan org bujang macam akak....
ReplyDeleteReady to eat. Senang je nak makan menu best best terus masak 5 min. Ayamas ni dah banyak produk mereka sediakan. So tambah lagi nasi ni. Bleh la kalau travel pi cari stok kat ayamas kan. Hehe
ReplyDeleteSenang ada packaging mcm ni. Boleh la kami bawa pi travel ke bali nt hehehe
ReplyDeleteSemuanya nampak sedap .Boleh lah try beli nanti ni.
ReplyDeleteFuh.. Hebat teknologi makanan skang ni kan.. sangat mudah dan cepat untuk 1 meal...
ReplyDelete