DASHING ANYTIME EDT BERSAIZ POKET

Dulu, kalau nak ke mana-mana memang tak pernah nak bawa perfume. Bukan apa, sebab leceh. Beli perfume botol besar-besar. Kalau nak travel, biasanya terpaksa isi perfume dalam botol kecil. Then, baru mudah nak selit dalam bag. Lagipun, kalau lebih 100ml nanti, tak lepas pulak nak check-in naik flight. Kalau nak ke office atau ke mana-mana event, tak pernah pulak beria nak bawa perfume. Tapi, semenjak ada DASHING Anytime EDT, memang selalu bawa ke hulu, ke hilir. Sebabnya, DASHING Anytime EDT ini bersaiz poket dan sangat ringan untuk dibawa ke mana-mana.


Tampil dengan wangian hebat di mana sahaja


Siapa kat sini peminat setia DASHING? Jujurnya, aku start guna produk-produk DASHING semenjak zaman sekolah menangah lagi. Sampai ke hari ini, variasi produk DASHING tetap menjadi pilihan peribadi. Antara produk DASHING yang aku guna sampai sekarang adalah perfume, deadorant dan DASHING elite (gel rambut). Dan terbaru, aku dah start suka dan guna DASHING Anytime EDT. Sangat user-friendly!


DASHING Anytime EDT sangat user friendly


Apa yang aku suka dengan produk DASHING, mereka sentiasa tampil dengan idea-idea baru dalam membantu kaum lelaki untuk tampil lebih rapi dan menawan. Memang tak dapat dinafikan lagi, menajaga penampilan diri adalah keinginan bagi setiap lelaki moden. Ye lah, selain berpakaian kemas dan bergaya, tak kira peringkat usia, kami kaum lelaki memang menitikberatkan masalah bau badan. Walaupun ada kajian kata bau ketiak lelaki boleh mengurangkan stress kaum wanita, tapi kami taknak lah sampai mendera orang sekeliling dengan bau yang tak menyenangkan. Kan? Bau badan boleh menjejaskan personaliti serta penerimaan masyarakat sekeliling. Sebab itulah ramai lelaki menggunakan pewangi dan memakainya berulang kali dalam sehari. Lagi-lagi bila dah ada produk macam DASHING Anytime EDT macam ni.


Teman setia di mana jua kita berada


Aku yakin dan percaya, penampilan diri mestilah sepadan dengan bau yang menarik. Baru kita rasa yakin dan mudah untuk didekati. Kalau cerita soal bergaya dengan fesyen terkini, dari hujung rambut ke hujung kaki, sesiapa pun boleh buat. Pssst!!! Kurta lawa yang aku pakai ni dari @RainiExclusive. Tetapi, percayalah bau badan juga yang akan menjadi "faktor tarikan" untuk lebih menonjol dan mengekalkan penampilan yang segak.  Bukan apa, bila badan dah wangi, kita akan jadi lebih yakin untuk berhadapan dengan orang sekeliling. Orang sekeliling nak rapat dengan kita pun tiada masalah. So, tanpa mengira taraf hidup atau pekerjaan, dah jadi satu kemestian untuk setiap daripada kita mengawal bau badan yang menyenangkan sepanjang masa. 


DASHING Anytime EDT mudah dibawa ke mana-mana


Memang bertepatan dengan keperluan lelaki untuk berbau harum sepanjang waktu, tidak kira di pejabat atau di mana-mana sahaja, semua aktiviti sepanjang hari akan menjadi lengkap dengan DASHING Anytime EDT. Wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah dibawa ke mana sahaja menjadikan produk ini sesuai untuk lelaki aktif. Apa yang lagi menarik tentang DASHING Anytime EDT ini adalah bentuknya yang  direkakhas untuk poket. Ia seperti kad kredit yang tersisip kemas dan mudah diselit ke dalam poket.



DASHING Anytime EDT tampil dengan 4 jenis wangian


Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini hadir dalam empat variasi unik iaitu Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Setiap variasi produk ini menawarkan wangian yang unik dan sensasi!



Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick


Cool


Haruman maskulin ini merupakan takrifan identiti dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semulajadi dari dalam dirimu.


Active

Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.


Ultimate Kick

Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah. 


Hattrick

Jaringan kemenangan bagi jejaka DASHING. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.


DASHING Anytime EDT berisi 18ml pada harga RM7



Semenjak ada DASHING Anytime EDT, aku sentiasa bawa satu botol dalam satu bag. Satu botol standby dalam bag kerja, satu dalam clutch untuk ke event atau ke mana-mana, dan satu lagi dalam bagpack yang dibawa ke mana-mana time travel. Bukan apa, mudah nak spray bila rasa bau badan tak selesa especially bila dalam sehari kena banyak berjalan dan aktif bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain especially meeting, event atau travel.


Jadi, kalau korang pun berminat nak dapatkan produk ini dan teringin nak cuba sendiri, jangan lupa dapatkan di pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia.. Setiap botol DASHING Anytime EDT yang mengandungi 18 ml dijual pada harga hanya RM7.00. 


Selamat mencuba!

Post a Comment

27 Comments

  1. Price seems reasonable for the quality provide. No harm taking a try!

    ReplyDelete
  2. Patut la wangi sokmo ye tak. Memang best sebab saiz dia yang sangat ekonomikal dan mobile itu.

    ReplyDelete
  3. Great for guys who don't want to bring too much things around. Will reckoned recommend this to Mr hubby

    ReplyDelete
  4. Senang & mudah untuk dibawa ke mana-mana. Harganya pun berpatutan

    ReplyDelete
  5. Dashing ni memang dah bertahan lama di pasaran. Dari zaman ai kecil lagi baba ai dah guna dashing ni. Bau dia sangat macho ok.

    ReplyDelete
  6. huisssshhh..sakan no. Btw, saya pon suka bauan dari dashing ni. Bau maskulin gitew.

    ReplyDelete
  7. Ciptaan paling bagus size pocket sebab sesuai di bawa ke mana2 compare perfume botol besar kan?

    ReplyDelete
  8. Comel je saiz dia. Murah plak tu. Sesuai untuk travel kan...

    ReplyDelete
  9. Perfume kecik2 mcm ni memang senang nak bawak kemana2, tak payah dah nak bawak yg besar bagak..hehehe. Lepas ni leh lah berwangi-wangian kat mana-mana sahaja kan

    ReplyDelete
  10. sha yang perempuan pun jarang bawak perfume kalau keluar, kang pecah ke apa haha bagus dashing memperkenalkan perfume pocket ni, mudah dibawa kemana mana

    ReplyDelete
  11. Compatable size, reasonable price. Seems like a good go for me. Great for presents as well. 😍

    ReplyDelete
  12. Reka bentuk perfume ni menarik la .. selalu dalam botl kaca gitu .. sekali sekala perbaharui reka bentuk baru pun ok .baru pelanggan tertarik nan beli

    ReplyDelete
  13. Uih, serius lah kecil tu je. Memang jimat space sangat la ni. Nak nak orang laki jenis yang tak suka bawak beg. masuk dalm poket seluar je pun dah cukup

    ReplyDelete
  14. Disebabkan ianya kecil dan mudah dibawa buat Bro asik lupa dekat mana bro letak ia... So terpaksa beli yang baru hahahha

    ReplyDelete
  15. Ah this is cool an dthe price is reasonable. And its pocket sized!

    ReplyDelete
  16. Memang best dashing anytime EDT ni sebab packaging dia cute & senang nak selit dalam poket.

    ReplyDelete
  17. Bijak dashing! Perfume selalu berat dan dalam botol kaca. Takut kita nak bawak dalam poket. Perempuan at least ada handbag. Lelaki? :D

    ReplyDelete
  18. wah senanglah kalau pack macam itu, selit dekat poket pun muat. kan best kalau perfume wanita pun macam ni. glamour2 macam cha*** tapi buat berat handbag, rasa nak humban je handbag tu hahaha

    ReplyDelete
  19. The size is so convenient can bring it everywhere! Good to smell good all the time.

    ReplyDelete
  20. murah dan senang di bw. Tu yang best tu.........

    ReplyDelete
  21. UNTUNGLAHHH lelaki punya perfume kecik pun cantik. Kita pompuan takda pun spray comel camni. Ada roll on je. Wuwuwuuwwuwu. Menci!

    ReplyDelete
  22. very cute size! can use it anytime anywhere! i can consider this next time i change my perfume! haha

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  23. convenient size to carry everywhere and can be used at any time we want also.. good one!

    racheal_foodilifecious

    ReplyDelete
  24. Surprised to see that it's only 18ml. So compact. Bolehlah bawa naik flight, kan?

    ReplyDelete
  25. really must say I loved the compactness of these perfumes and my friends whom I gave this to all loved it also...

    ReplyDelete
  26. Thanks for your introduction, will share this post with my male friends too :)

    ReplyDelete
  27. Nampak compact sangat weh! Bagusnya kalau nk bawa jalan jalan. boleh la wangi selalu. haha

    ReplyDelete