MEET & GREET BERSAMA DUTA MAYDAN : ELFIRA LOY, FAZURA DAN FATTAH AMIN

Pernah dengar tak tentang brand Maydan? First time aku tahu tentang produk Maydan ni bila tengok di Youtube apabila Fattah Amin dan Fazura ditemubual tentang perlantikan mereka sebagai duta Maydan. Start daripada hari tu, aku tahu lah sedikit-sebanyak tentang Maydan. Pendek kata, Maydan adalah satu jenama baru yang mengeluarkan produk kecantikan dan set penjagaan rambut untuk lelaki mahupun perempuan.


My first impression tentang brand Maydan? Wow! Just wow! Untuk penampilan pertama dalam industri kosmetik, mereka telah berjaya melantik 3 duta iaitu 3 nama besar dalam industri hiburan tanah air. Tiga selebriti yang dimaksudkan adalah Elfira Loy, Fattah Amin dan Fazura. Dengan tagline, "Dan Dan Menjadi", ia sangat kena dengan brand "Maydan" itu sendiri. Dari segi branding dan promosi, aku yakin produk Maydan mampu pergi lebih jauh dalam industri kosmetik.


The First Grand Meet & Greet Maydan


Jadi, bila dapat je invitation untuk datang ke Majlis First Grand Meet & Greet Maydan bersama Duta Maydan, memang excited habis. Ye lah, nak tahu juga dengan lebih lanjut apa yang best tentang jenama Maydan dan apa produk-produk yang ada untuk ditawarkan kepada pengguna di luar sana. Nak tahu lebih lanjut tentang produk Maydan dan sesi Meet & Greet bersama Duta Maydan? Jom, cekidout!!!


Meet & Greet Maydan di Melawati Mall


Event Ramah Mesra Bersama Duta Maydan ini telah diadakan di Melawati Mall. To be honest, I'm really happy to be part of this event. Kalau korang nak tahu, event ini adalah sesi Ramah Mesra bersama Duta Maydan yang pertama kali dianjurkan oleh pihak Maydan bersama pelanggan dan peminat. So, they call it as The First Grand Meet & Greet Maydan. Korang terlepas peluang untuk turut serta dalam event kali ni? Don't worry! Pihak Maydan akan mengadakan sesi road tour bersama Duta mereka iaitu Fattah Amin, Fazura dan Elfira Loy di seluruh Malaysia. Untuk tidak menghampakan korang semua especially readers di blog ni, Jom! Aku kongsikan detik-detik manis sepanjang event Meet & Greet Maydan berlangsung. 



Meet & Greet Bersama Duta Maydan



Majlis Perasmian Maydan


First Meet & Greet Maydan dimulakan dengan majlis perasmian oleh founder dan owner Maydan iaitu Maya Hamdan dan Dana Hamdan. My first thought about brand Maydan? Ingat ke singkatan kepada nama owner MAYa hamDAN. Rupa-rupanya, gabungan daripada dua nama adik-beradik iaitu MAYa dan DANa. Bukan itu sahaja, jenama Maydan ini simbolik kepada detik bersejarah mereka berjaya menghasilkan formula untuk produk mereka iaitu pada bulan May. Tahniah diucapkan kepada Maya dan Dana atas kejayaan mereka menghasilkan produk dan jenama Maydan!



Produk Maydan : Hair Care & Beauty Products


Selain majlis perasmian Maydan dan sesi Meet & Greet bersama Duta Maydan, pihak Maydan membuka booth jualan kepada orang awam. Apa yang menarik untuk event kali ini, setiap pelanggan yang membeli mana-mana produk Maydan akan mendapat Syampoo Maydan secara percuma. Best kan? Bukan itu je, lagi best setiap pelanggan juga berpeluang untuk bergambar dan selfie dengan Duta Maydan iaitu Elfira Loy, Fattah Amin dan Fazura. Difahamakan, untuk event kali ini Fazura tidak dapat turut serta. It's okay, kepada peminat Fazura, tunggu untuk next Meet & Greet session okay? hehe.



Efira Loy - Salah seroang duta Maydan selain Fazura dan Fattah Amin


Salah seorang Duta Maydan adalah Elfira Loy. Memandangkan kami pergi ke event pada jam 2 petang, jadi sempatlah jumpa Elfira Loy. Untuk sesi Meet & Greet kali ini, pihak Maydan membuat 2 slot iaitu 2 petang sehingga 4 petang bersama Elfira Loy dan 7 malam sehingga 9 malam bersama Fattah Amin.


Sesi soal jawab bersama Elfira Loy


Antara aktiviti di main stage adalah sesi soal jawab peminat bersama Duta Maydan iaitu Elfira Loy. Macam-macam soalan diajukan kepada Elfira Loy antaranya tentang keberkesanan produk Serum Maydan. Elfira berkongsi pengalaman beliau sendiri menggunakan produk serum ini dalam menjaga kulit untuk sentiasa kelihatan anjal dan jelita especially bila selalu terdedah kepada pelbagai jenis bahan kosmetik di set penggambaran. Kalau nak tahu, Elfira dah guna 3 kotak Serum Lock It dari Maydan.


Elfira Loy pengguna Serum 


Ada juga peminat yang bertanya, "Kalau Elfira tak jadi duta Maydan. Adakah Elfira akan guna produk ini?". Dengan bersahaja, Elfira menegaskan bahawa beliau akan menggunakan apa jua produk yang sesuai dengan dirinya especially produk yang mengandungi bahan semulajadi. Dan untuk produk Maydan, mereka memang menggunakan bahan semulajadi. Contohnya Serum Lock It, ia mengandungi aloe verra dan timun yang baik untuk merawat sel-sel kulit mati di wajah. 


Bukan soalan tentang produk je, soalan peribadi tentang macam mana Elfira dan Suffian kenal pun ada peminat tanya, haha. Korang nak tahu tak macam mana Elfira Loy kenal Suffian Suhaimi dan titik-tolak permulaan cinta mereka sehingga mereka sah mengikat tali pertunangan sekarang? To cut the story short, actually pihak Era.FM suruh Elfira Loy buat panggilan kepada Suffian. Memandangkan Suffian pernah mengaku yang selebriti favorite dia adalah Elfira, jadi pihak Era.FM cuba buat kejutan dengan penggilan istimewa daripada Elfira. Dari panggilan tu, mereka keluar lepak makan di kafe Astro. Dari situ lah bermula bibit-bibit percintaan antara Elfira dan Suffian. Betullah kata orang, kalau dah jodoh tak ke mana.


Rangkaian Produk Maydan

.
Produk keluaran Maydan kini di pasaran


Tiga produk utama yang telah berjaya dikeluarkan oleh pihak Maydan adalah Q-Tab, Syampoo & Hair Moisturizer dan Serum Lock It. Satu produk, satu duta! Untuk Q-Tab, Fazura telah dilantik sebagai duta. Untuk Syampoo & Hair Moisturizer, Fattah Amin telah dipilih menjadi duta. Last but not least, Elfira Loy dilantik untuk menjadi duta bagi produk Serum Lock It.



Q-Tab


Q-Tab berperisa strawberri ini diperkaya dengan khasiat gabungan buah-buahan seperti acai beri, ekstrak benih anggur dan delima. Produk ini dalam bentuk tablet dan sesuai untuk menjaga kesihatan rambut dari dalam dan luar. Q-Tab membantu untuk menguatkan akar rambut, membantu dalam pertumbuhan rambut dan mengurangkan keguguran rambut. Pati minyak zaitun yang terkandung dalam produk Q-Tab ini boleh membantu merawat masalah kelemumur.


Selain itu, ia mengandungi N-Acetyl Cystein Collagen yang baik untuk merawat rambut, kuku dan kulit. Pendek kata, produk Q-Tab ini bukan sahaja membantu menjaga kesihatan rambut dari segi luaran, malah ia membantu untuk merawat secara dalaman dengan khasiat bahan semulajadi.


Produk Q-Tab Maydan boleh dibeli pada harga RM100 untuk sebotol yang mengandungi 60 tablets. Jangan lupa, dapatkan harga promosi di website Maydan sekarang!



Shampoo & Hair Moisturizer


Pelembap rambut Strawberry Smoothies dapat membantu para pengguna untuk menyelesaikan masalah rambut bercabang, gugur, kering, nipis, kusut dan berkelemumur akibat terdedah kepada sinaran matahari. Selain itu, penggunaan produk penggayaan rambut yang mengandungi bahan kimia especially untuk kaum lelaki, sedikit-sebanyak memberi kesan kepada tahap kesihatan rambut. Jadi, dengan adanya produk seperti Syampoo & Moisturizer Maydan, ia akan membantu membersihkan rambut dan mengekalkan kesihatan kulit kepala.


Untuk memastikan kesihatan rambut terjaga, produk Syampoo & Moisturizer Maydan yang mengandungi pati minyak kelapa akan membantu pertumbuhan rambut yang sihat, tampak bersinar dan paling penting memberi kelembapan kepada kulit kepala untuk mengelakkan kekeringan dan kelemumur.


Kalau korang ada masalah rambut gugur atau kelemumur, boleh cuba produk Maydan ini. Syampoo dan Mosturizer yang mengandungi 250ML setiap botol dijual pada harga RM40 sebotol. Nak jimat? Boleh dapatkan set berkembar iaitu Syampoo & Moisturizer.



Face Serum


Lock It Hydrating Serum pula sesuai untuk penjagaan kulit wajah. Ia diperkaya dengan Sodium Hyaluronate dan bermanfaat dalam menjaga kelembapan kulit. Produk ini berkesan untuk membekalkan kelembapan dan nutrien untuk kulit menjadi lebih licin dan lembut. Selain itu, ia dapat mengurangkan serta menghilangkan garis halus dan kedutan akibat kekeringan. Pendek kata, iai sangat sesuai untuk melambatkan proses penuaan, membersih dan merawat kulit wajah.



Elfira Loy merupakan duta kepada produk Face Serum Maydan


Serum Lock It Maydan ini boleh didapati dengan harga RM80 sekotak yang mengandungi 5 botol ampoule bersaiz 4 ml (tube). Untuk korang yang suka travel, memang senang nak bawa ke mana-mana sebabnya saiz dia kecil.


Shampoo & Moisturizer Maydan


Produk Shampoo & Hair Moisturizer daripada Maydan


Dan untuk produk Maydan, aku memilih untuk mencuba sendiri produk Shampoo & Moisturizer. Harap-harap, masalah rambut  kering dan berkelemumur aku dapat diatasi. Dah macam-macam produk guna, tapi tak berkesan. Harap-harap produk dari Maydan ni betul-betul berkesan untuk aku. Kalau okay, nanti aku share ye. Stay tuned!


Saya dan Elfira Loy dah jadi pengguna Maydan. Korang bila lagi?



Memandangkan duta Syampoo & Moisturizer Maydan tak sampai lagi time tu, so aku sempat bergambar dengan Elfira Loy je. Oklah kan? Janji ada duta di sebelah, haha. Hanya sekadar untuk dijadikan tanda kenang-kenangan. Btw, di kesempatan ini aku nak ucapkan all the best to Maydan dan sekalung tahniah kepada duta-duta Maydan yang telah dilantik iaitu Elfira Loy, Fazura dan Fattah Amin. Nak tengok gambar-gambar menarik sepanjang event Meet & Greet Maydan di Melawati Mall? Cekidout hashtag #MaydanOfficial di instagram!


So guys, kalau korang berminat untuk dapatkan produk-produk Maydan, boleh kunjungi website dan laman sosial media Maydan seperti yang tertera di bawah. Nak daftar jadi agen dan stokis pun boleh. Oh ya! Jangan lupa dapatkan juga info terkini tentang sesi Meet & Greet bersama Duta Maydan di lokasi-lokasi berikutnya di seluruh Malaysia dan promosi-promosi hebat. Stay tuned!



Website:


Facebook:


Instagram:


Phone No:
+6016-241 4526

Email:
maydankualalumpur@gmail.com

Post a Comment

17 Comments

  1. Lepas ni nak stalk laa barang jualan maydan..

    ReplyDelete
  2. Menarik plak product ni..akak peminat tegar Serum..bagus sekarang dh banyak menggunakan bahan semulajadi which is selamat..

    ReplyDelete
  3. Ok juga harga barangan dia kan. Takde mahal sangat kan - kira mampu milik. Almaklum jika nak produk premium, memang harganya gitu kan.

    ReplyDelete
  4. Maydan !!
    Rangkaian produk kecantikkan dan kesihatan yg trbaru kan .rasanya produk ni semua guna bahan semulajadi

    ReplyDelete
  5. pemilihan duta Maydan memang tepat !

    ReplyDelete
  6. Produk penjagaan rambut, kuku, muka yang menarik. Sebelum ni cuma ambil kalsium atau collagen kapsul je nak jaga kuku. Boleh cuba produk Maydan ni.

    ReplyDelete
  7. Dah mcm2 produk ada di pasaran kita skrg ni, kena pandai pilih yg bersesuaian dengan kita. Nak tahu sesuai atau tidak...kena lah cuba dulu ya tak? Ok nanti sis nak cuba shampoo dia sb ada pati minyak kelapa..mesti bagus shampoo ni

    ReplyDelete
  8. Mana Fattah amin dan fazura hehehehe nampak artis poka jer hehehe

    ReplyDelete
  9. wa nice event. lucky you gotta see the pretty artists

    ReplyDelete
  10. First time juga dengar nama produk ni. Lia pun tertarik kalau guna bahan semulajadi. Sebab kulit sensitif.

    ReplyDelete
  11. Tak pernah dengar juga pasal maydan. Tak sangka pulak ada banyak rangkaian produk. Maybe boleh try lepas nih. hehe

    ReplyDelete
  12. Tak nampak pun kelibat Fatahnya.... Oh lain slotnya.....

    ReplyDelete
  13. Fattah Amin dan Fazura takda ke. Hahaha. kelakar tengok iklan Fattah rambut panjang tu.

    ReplyDelete
  14. first time dengar produk maydan ni. Bunyi macam MAIDAM je. hehe
    Bolehlah usha2 nanti,especially produk rambut.

    ReplyDelete
  15. Wahh.. Bukan calang-calang dutanya. Produk yang dikeluarkan pun nampak variasi dan menarik juga!

    ReplyDelete
  16. wow.. syok la. product semulajadi mmg selamat untuk penggunaan jangka masa panjang.. dan berkesan terutamanya

    ReplyDelete