TEH TARIK MADU WARUNG PAK MAT PULAU PISANG DI KELANTAN

Sudah jadi lumrah kot, tempat-tempat best dan tempat-tempat makan famous di negeri sendiri lebih popular dalam kalangan orang luar berbanding kita yang asal-usul dari negeri tersebut. Misalnya, di Kelantan. Roti Titab di Kopitiam Kita dan Teh Tarik Madu di Warung Pak Mat Pulau Pisang adalah antara topik yang hangat diperkatakan oleh orang ramai bila berkunjung ke Kelantan. Jujurnya, aku sendiri yang asal dari Kelantan tak pernah jejak kaki dan tak pernah try sendiri makan roti titab dan minum teh tarik madu sebelum ni.


Teh Tarik Madu di Warung Pak Mat Pulau Pisang


Jadi, untuk memenuhi keinginan dan tuntutan peribadi, aku akan ambil peluang untuk berkunjung sendiri ke lokasi-lokasi yang viral setiap kali balik kampung. Korang boleh baca kisah perkongsian aku ke Kopitiam Kita baru-baru ini kat sini.


Untuk perkongsian kali ini, aku excited nak cerita pengalaman pertama kali berkunjung ke Warung Pak Mat Pulau Pisang. Mesti korang pernah dengar kan tentang teh tarik madu berbuih yang viral tu? Hah, inilah tempatnya. Selain teh tarik madu, Warung Pak Mat Pulau Pisang juga terkenal dengan Sup Kepala Ikan Siakap.


Actually, aku tak tahu pun kedai ni buka pukul berapa sampai pukul berapa. Masa pergi hari tu, main terjah je. Kami sampai dalam pukul 4:20 petang. Rupa-rupanya, kedai dah nak tutup. Untuk pengetahuan korang, just in case korang plan nak datang ke sini, Warung Pak Mat Pulau Pisang mula beroperasi pada jam 7 pagi sehingga 4:30 petang setiap hari. Please take note ye! Nasib baik sempat order, kalau tak sempat order mahu kempunan. Kah! Dah alang-alang sampai, terus order teh tarik madu.


Teh tarik madu


Komen pasal teh tarik madu di Warung Pak Mat Pulau Pisang? Not bad! Aku suka teh ais yang pekat kaw-kaw macam ni. Manis sangat tak? Bagi aku, just nice sebab dia letak banyak ais. Dari segi harga macam mana? Agak berpatutan. Tak mahal mencekik darah sangat walaupun dah viral. Teh tarik madu dalam RM4 segelas.


Sebab kedai nak tutup, rushing jugak lah petang tu. Settle minum, terus berangkat ke Pantai Cahaya Bulan. Satu kesilapan aku, aku tak order Teh Tarik Madu Float. Actually, yang tu lagi mengancam dan lagi best. Sebabnya, dalam Teh Tarik Madu yang berbuih tu, dorang akan letak satu bongkah ais teh tarik madu. Fuh! Tempting gila bila tengok balik gambar tu di instagram. Menyesal tak order. Huwarggggghhh! Kena repeat ke nanti? Herm. Kalau korang ke sana, jangan lupa order yang tu.


Warung Pak Mat Pulau Pisang


Apapun, kalau korang plan nak ke Kelantan, jangan lupa singgah di Warung Pak Mat Pulau Pisang. Landmark dia di area Pantai Cahaya Bulan. So, lepas minum teh tarik madu boleh terus lajak ke Pantai Cahaya Bulan untuk makan colek atau ambil angin pantai. Enjoice!

Post a Comment

14 Comments

  1. Ish sedapnye.. Saya ni peminat setia teh tarik@ice... Kalau g kdai msti akn order teh tarik@ice ni..

    ReplyDelete
  2. Wow...akak tak pernah minum lagi teh tarik ais madu ni..tgok air tu pun dah teruja..mesti sedap betul ni...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya makan kat Kelantan - teringat-ingat nasi ulam cikgu huhu. Bila la nak pergi lagi ye?

    ReplyDelete
  4. Walaupun kampung di klate tapi belum sempat ke warung pak mat ni. Teringin sangat. Nt kena heret suami kesana lah

    ReplyDelete
  5. Macam sedap je teh tarik madu. Memang sedap sangat ke? Jauhnya nak kE kelantan. Hehhe.

    ReplyDelete
  6. Time tekak tengah dahaga sangat2 . Kena teh ais buih2 kaw2 ni ..ya Allah ..heaven sangat2 tau .. CCL suka ..tapi xnak manis sangat

    ReplyDelete
  7. pernah gi sini tahun lepas..series sedap teh madu tu..sempat gak order nasi + sup kepala ikan..terkezuuuttt kawe dengan rm90 semangkuk..haha..nasib baik sedakk

    ReplyDelete
  8. Awak saja saja jer nak guguat kita minum kat sini hehehe tapi kita kena kurang kan biasalah tengok air macam tu bimbang lak penyakit banyak wakakak tapi sedap sekai sekala boleh lah......

    ReplyDelete
  9. Ala kenapa la masa pergi kelantan dulu tak viral lagi teh ni. Macam nak ke sana la nak try teh madu ni.

    ReplyDelete
  10. Nasib baik sis tak ngandung n ngidam...kalau tak jenuh gak nak ke sana cari air ni..menarik gila tengok..hehehe

    ReplyDelete
  11. wow teh tarik madu? must be very sweet!
    but judging from the bubble i think they try to make it look like bee hive is it? haha

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  12. Uishhh sedapnya. Tiba-tiba rasa dahaga jugak. Teh tarik ais biasa minum, teh tarik madu ni nanti kena cuba jugak.

    ReplyDelete
  13. mengancam teh tarik dia tu...buih2 kat ats tu yang macam, nak kene cari 1 jugak tu

    ReplyDelete
  14. Adudududu terliur kita nak try teh tarik madu tu. Tak pernah cuba lagi

    ReplyDelete