Korang mesti selalu makan Roti John kan? Especially kalau bulan Ramadan. Memang tak ada benda lain yang teringin nak beli melainkan Roti John. Biasa kita makan Roti John Ayam, Roti John Daging atau Roti John Special. Pernah makan Roti John Rendang? Aku first time try makan Roti John Daging Rendang di Rendang Cafe, Cyberjaya. Ya Allah, sedap yang amat. Kalau korang nak try, boleh pakat gi ke Rendang Cafe yang terletak di Cyberjaya.
Roti John Rendang di Rendang Cafe, Cyberjaya
Roti John Rendang Daging
Selain Roti John Rendang, Rendang Cafe juga menyediakan menu-menu tradisi Melayu seperti Rendang Ayam Kampung, Asam Pedas Ekor, Ikan Talapia Goreng Sambal, Ikan Bawal Goreng Sambal, Masak Lemak Cili Padi dan macam-macam lagi. Bukan masakan Melayu je ada, mereka juga ada menyediakan menu fusion. Complete!
Roti John Rendang, Chicken Puff dan Nasi Lemak Ayam Rendang
Malam tu, kami order Roti John Rendang, Chicken Puff dan Nasi Lemak Ayam Rendang. Overall, makanan kat sini memang sedap. Aku puas hati dengan rasa makanan kat sini. Seriously, puas hati. My favorite, definitely Roti John Rendang. Rasa macam nak repeat lagi. Nasi lemak ayam rendang pun not bad. Highly recommended!
Keselesaan Rendang Cafe, Cyberjaya
Ambiance Rendang Cafe memang selesa. Dekorasi dan susun atur di Rendang Cafe menjadikan kafe ini macam kafe hipster. So, memang sesuai untuk dijadikan port lepak santai.
Rendang Cafe menyediakan stage untuk persembahan dan ruang legar untuk event
Selain itu, kalau korang mencari loaksi untuk buat event, korang juga boleh buat reservation di Rendang Cafe. Pihak Rendang Cafe memang expert dalam mengelola event. Macam malam tu, ada event Malam Bersama Otai (MBO). Kami memang bertuah sebab berpeluang untuk mendengar otai-otai menyanyi secara langsung.
Santai di Rendang Cafe bersama penyanyi otai, Blank Gamma
Di Rendang Cafe, selain ada tempat di ruangan berhawa dingin, ada juga ruang tempat makan di luar kafe. Ada mini stage untuk performance atau akustik dan sesuai untuk buat event.
Malam Bersama Otai (MBO) di Rendang Cafe, Cyberjaya
Pernah dengar lagu-lagu tangkap leleh seperti Layu di hujung mekar? Kembang terhalang? Akan ku kenang? Kau salju cintaku? Itulah antara lagu-lagu popular satu ketika dulu yang telah dinyanyikan sempena MALAM BERSAMA OTAI (MBO)
- Shafie Rio - Layu Di Hujung Mekar
- Blank Gamma -Kembang Terhalang
- Hatta Junction - Akan Ku Kenang
- Isa Graviti - Kau Salju Cintaku
Shafie Rio, Blank Gamma, Isa Graviti dan Hatta Junction
Rendang Cafe, Cyberjaya
Kalau korang nak try Roti John Rendang terbaik di Cyberjaya, bolehlah pakat ramai-ramai datang try sendiri ke Rendang Cafe, Cyberjaya. Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk Facebook dan Instagram mereka. Kalau nak pergi ke sana, just waze je "Rendang Cafe" atau refer alamat di bawah!
Facebook:
Instagram:
Alamat:
Rendang Cafe
D-G-05, Plaza Crystal Ville, Jalan Vita 1,
Lingkaran Cyberpoint Timur, Cyber 12,
63000 Cyberjaya
Nombor telefon:
012-299 1544
Selamat mencuba!
20 Comments
First time dengar roti john rendang.tgk gambar je dah meleleh air liur...nih sume punca punca bg diet ke laut
ReplyDeleteWow, menu baru perlu cuba ni. Nampak meleleh je kuah dia. Sure sedap sampai repeat kan.
ReplyDeletewahh... mesti unik bila rendang dibawa ke konsep kafe. nampak sedap jugak tu.. especially roti john rendang daging tu. dengan melimpahnya. pergh!!
ReplyDeleteRoti John ni feveret suami ni. Sekali dengan rendang?. Kombinasi unik sebab tak pernah try.
ReplyDeletefirst time mama dgr roti joh rendang. macam sedap aje ni
ReplyDeleteNampak sedap Roti John Rendang ni.. menyelerakan.. tapi jauh la pulak kat cyberjaya nun.. hehehe
ReplyDeleteMarsha peminat roti john. Memang kena cuba ni one day
ReplyDeletenampak menarik dan sedap.. kalau air dia gelas besar mcm tu mesti kena pergi gak sini nanti.
ReplyDeletemacam best sangat. nak try their roti john juga.
ReplyDeleteTak pernah lagi jumoa Roti John Rndang ni..sampai meleleh tu. Kalau ke sana, boleh try ni
ReplyDeleteKalau ke cyberjaya, nak singgah la rendang cafe nie. Roti john rendang tu nmpk tempting sgt.
ReplyDeleteCantik dekorasi kedai dia. Nampak kemas dan luas. SAya lagi suka kedai yang jenis macam ni daripada kedai yang over decorated sangat. Tengok pun rasa semak. Roti john tu, melimpah sossss
ReplyDeleteRoti John Rendang? Menariknya. Nak cuba menu lain dari yang lain.
ReplyDeleteMeleleh tengok roti john dia 😍😍 unik tu inti rendang. Berapa harganya ni?
ReplyDeleteWow first time dgr org buat roti john bersama rendang. Mesti sedap. Boleh lh cuba nanti
ReplyDeleteSaya salute inovasi pemilik restoran. Saya orangnya tak gemar gabungan makanan barat diMelayukan. Tapi cara beliau krafkan roti john itu, dengan sos yang mengalir, ughhhh, nampak je, saya teringin nak cuba. Terbaik.
ReplyDeletesyok nya cyberjaya semakin happening and more and more makanan! last time i was there to study, apa apa pun takda. :(
ReplyDelete4D3N Star Cruise 2017
dia punya roti john nampak juicy dowh, first time dengar restoran ni mesti nak kena terjah ni
ReplyDeleteMenjejes ailio tgk roti john tu..
ReplyDeleteAdeh..lama xmakan roti john
Roti John rendang ni mesti sedap. Ruby suka makan rendang dengan roti sebagai pengganti nasi. Berkeping-keping jugalah roti tu ruby makan. hahaha. kalau dengan roti john mesti lagi la kenyang. Boleh cuba nanti!
ReplyDelete