Kalau orang tanya, "Ke mana destinasi paling best untuk weekend getaway?". Salah satu cadangan yang dapat aku berikan adalah Melaka! Selain terkenal dengan tempat-tempat bersejarah, Melaka juga terkenal dengan tempat-tempat makan yang best. Nak tahu destinasi menarik di sekitar Melaka? Boleh baca artikel yang pernah aku kongsikan di sini: Tempat-tempat menarik di Melaka
Antara tempat makan best pula, korang boleh cuba Coconut Shake ataupun Kuih Keria Antarabangsa. Dua benda ni memang cukup sinonim dengan Melaka. Pendek kata, kalau korang ke Melaka, tapi tak pekena Coconut Shake dan Kuih Keria memang tak sah. Dan untuk perkongsian kali ini, aku nak share satu lagi lokasi best untuk korang lepak santai. Kat mana? Semestinya di Mango Float Royale Melaka yang terletak di Sungai Putat, Batu Berendam.
Mango Float Royale Melaka (MFRM)
Trip ke Melaka kali ini cukup berbeza dengan trip-trip sebelum ini. Biasanya, kalau ke Melaka kami akan singgah lepak minum coconut shake. Kalau bukan di Coconut Shake Klebang, kami pergi ke Coconut Shake Batu Berendam. Kali ini, kami cuba sesuatu yang baru, lain dari yang lain. Pernah minum mangga susu kan? Hah, lebih kurng lah. Cuma Mango Float ni lebih special. Apa yang special? Hah, kenalah baca sampai habis.
Jus Mangga asli segar yang dikisar
Korang nak tahu kan apa yang special tentang Mango Float Royale Melaka ni? Okay, firstly Mango Float kat sini menggunakan buah mangga segar yang dikisar dan dijadikan kordial. Kemudian, dibancuh dalam ketulan ais yang dihancurkan halus. So, memang sebati bak ang! Rasa sejuk dan rasa mangga yang fresh memang sebati. Bukan terlebih ais atau terkurang ais. Cun cun saja!
Jus mangga dengan hirisan buah mangga dan ais krim vanilla Wall's
Then, bukan jus mangga biasa-biasa dengan ketulan buah mangga macam tempat-tempat lain. Kat sini lagi special. Mango Float Royale Melaka dihidangkan dengan jus mangga bersama ketulan buah mangga dan satu scoop ais krim vanilla Wall's. Fuh! Memang sedap.
Kaunter layan diri - servis yang cepat dan efisien
Biasanya, kalau tempat yang tengah viral macam ni mesti ramai orang kan? Lepas tu, mesti lama kena tunggu dan beratur time nak beli? Jangan risau! Kalau korang datang sini, tak perlu beratur lama sangat. Sebabnya, servis dorang memang tip-top. Dorang dah pack siap-siap. Korang hanya perlu beratur, bayar dan balik. Settle! Kalau nak minum kat situ pun boleh.
Dari segi harga macam mana? Cuma RM5.50 segelas. Bagi aku, sama je dengan harga Mangga Susu yang dijual di KL ni. Cuma, kat sini lagi special sebab ada ais krim vanilla, hehe. Memang berbaloi-baloi!
Harga: RM5.50 segelas
Nak take-away boleh, nak minum kat situ pun boleh. Kat sini, konsep dia macam food court. Korang boleh order di mana-mana gerai dan makan kat situ. Haritu, kami order keropok lekor cheezy dan cendawan goreng chezzy. Seriously, sedap gila weh. Biasanya duk makan cheezy wedges, ni first time dapat try keropok lekor dan cendawan goreng cheezy. Gandingan mantop!
Cendawan Goreng Cheezy
Keropok Lekor Cheezy
Macam mana? Korang terliur tak tengok? hahaha. Ha, kalau nak try, sila pergi sendiri ye. Tak ada servis delivery pintu ke pintu. So guys, kalau korang ke Melaka, jangan lupa singgah di Mango Float Royale Melaka. Jangan order 1, order 2 terus alang-alang datang dari jauh kan? hehehe.
Mango Float Royale Melaka
Kalau korang plan nak pergi, boleh refer alamat di bawah! Ataupun, just waze Mango Float Royale Melaka. Ramai orang tanya, Sungai Putat area mana? To make it easy, Sungai Putat ni terletak di Batu Berendam.
Alamat:
Mango Float Royale Melaka,
Kampung Sungai Putat,
75350 Batu Berendam, Melaka
Instagram:
Facebook:
Oppps! Lupa nak inform. Mulai tahun ni, pihak Mango Float Royale Melaka ada sediakan food truck untuk korang yang tak dapat datang ke gerai dorang di Sungai Putat. Dengar khabar, food truck mereka akan berlegar-legar di kawasan Klebang. Kalau korang nampak food truck warna oren, tulis MFRM besar-besar tu, hah singgahlah beli kalau nak try.
12 Comments
I always go for coconut shake now I can try out this mango float.
ReplyDeleteWow..nmpk kelainan menu dia..ada ms kena p cuba ni...
ReplyDeleteMango shake, I love anything mango. Wahh kat Klebang ya, tempat member akak niaga tu, tepi pantai..Boleh lah pekena ni. Need to watch out for that MRFM orange truck.. where are youuuu?
ReplyDeleteDapatkan PDF-12 Tip Untuk Memulakan Bisnes Online 2018 Dengan Konfiden
Waa yang ini belum try lagi, munkin lain Kali boleh Lena secangkir Dua.
ReplyDeletehari tu kawan office ada cerita pasal manggo float ni kesian pulak dia mengidam tak tau dah dapat rasa ke belum
ReplyDeletekat terengganu pun tgh femes semua2 ni.. terliur tgk manggo float tu..
ReplyDeleteYa allah nampak sedap sgt jus mangga asli tu. Pekat ! Nak kena cuba jugak nie
ReplyDeleteeeh ehhh.. macam kenal jek yg dl gambar tu.. hahaha... highly recommended utk sesape yang mai melaka. sedakkk oiiii
ReplyDeleteNi pesaing coconut shake klebang ni. Nampak air mango royale ni tempting juga
ReplyDeleteAir mangga AS tak berapa boleh telan. tapi Uiihh..menangis tengok cheese meleleh.
ReplyDeletemenggoda anak tekak tuuu..
This is new to me. Beside coconut shake, now can go and try Mango float at Malacca. One more place to explore.
ReplyDeleteitu keropok lekor nampak sedap sangat :))))
ReplyDelete