A TASTE OF SRI LANKAN FEAST | SHERATON IMPERIAL KUALA LUMPUR HOTEL

Siapa sangka, kali ini aku berpeluang untuk merasai sendiri juadah istimewa Sri Lanka. Sebelum ini, kita cukup dekat dengan menu-menu dari India, Jepun, Korea, dan western yang mudah untuk didapati di mana-mana restoran atau hotel. Namun, tak mudah untuk kita dapatkan makanan asli dari Sri Lanka. Memandangkan nak travel ke Sri Lanka tak tahu bila, jadi dapat cuba menu istimewa dari Sri Lanka di KL pun dah cukup bermakna. Nak tahu apa menu istimewa Sri Lanka yang aku try di Essence Restaurant, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel? Jom, cekidout!




Jangan tak percaya! Ini first time aku merasa juadah dari Sri Lanka. Curious jugak nak tahu, apa menu istimewa orang-orang Sri Lanka? Apa rasa dia? Dan, paling takut, lidah kita orang Melayu ni boleh ke terima masakan Sri Lanka? Surprisingly, yes I love it. Jujurnya, menu masakan Sri Lanka ni banyak persamaan dengan masakan Melayu. Cuma, apa yang berbeza adalah dari segi nama dan olahan rasa. Mungkin, ini adalah salah satu kesan asimilasi dan pertukaran budaya antara Sri Lanka dan Malaysia sejak berpuluh-puluh tahun dahulu.


Essence Restaurant, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel


Sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Sri Lanka, Essence Restaurant di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel menampilkan Chef Siva dari Aliyaa Restaurant untuk menyajikan juadah istimewa dari Sri Lanka untuk "A Taste of Sri Lankan Feast" bermula 6-11 Februari 2018.


Selain sambutan Hari Kebangsaan Sri Lanka yang ke-60, sambutan ini juga sempena meraikan 60 tahun hubungan diplomatik antara Sri Lanka dan Malaysia. Dengan penampilan istimewa Chef Siva ke Essence Restaurant, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel, beliau akan menyajikan pelbagai hidangan istimewa dari Sri Lanka kepada semua tetamu yang datang sebagai tambahan kepada menu lain yang ada untuk Essence's International Buffet spread.


A Taste of Sri Lankan Feast


Jangan terkejut kalau nampak menu Sri Lanka ada yang sama dengan makanan kita di Malaysia. Contohnya Sting Hoppers yang kelihatan seakan-akan putu mayam. Cuma, cara nak makan berbeza. Kalau kita makan putu mayam dengan gula melaka atau kelapa parut. Tapi, sting hoppers ni dipadankan dengan soothi yang kelihatan seakan-akan kuah masak lemak ataupun dimakan bersama lauk-pauk yang lain. Antara menu lain yang kami cuba adalah seperti berikut:

1) Murungal Peratal
2) Ladie Finger
3) Brinjal Moju
4) Kothu Roti
5) Aliyaa’s Signature Crab Curry
6) Mutton Poal Poriyal
7) Negombo Style Prawn Curry
8) Sting Hoppers
9) Soothi


Dalam kesemua menu yang ada, aku cuba Kothu Roti. Rasanya memang sedap, ada rasa macam murtabak. Bukan hanya dapat rasa, malah Chef Siva siap buat demonstrasi masakan macam mana nak sediakan Kothu Roti. Mengikut cerita, Khotu Roti merupakan antara street food yang famous di Sri Lanka. So, kalau korang ke Sri Lanka nanti, jangan lupa cuba Khotu Roti. Bahan utama adalah sayur-sayuran dan masakan berlauk (kari ayam, seafood, dan lain-lain). Dari street food, sekarang Khotu Roti dah jadi authentic dish di restoran dan hotel.


Selain itu, aku suka Mutton Poal Poriyal dan Negombo Style Prawn Curry. Kedua-dua menu ni mempunyai rasa yang sedap. Aku memang suka masakan yang spicy, and these two dishes suit me very well! Masakan Sri Lanka ni agak spicy (pedas lepas kita makan) dan tidak terlalu banyak rempah-ratus macam Indian food. So, aku suka dan dah jatuh cinta dengan menu masakan Sri Lanka yang dihidangkan.


Jaffna Style Crab


Menu utama yang kami rasa adalah Jaffna Style Crab. First sekali, sebab ia ketam, jadi memang wow! My favorite! Isi ketam yang padat dan pejal dimasak pula dengan kari, memang umphhhhh! Seriously, kuah kari dia best. Tak banyak rempah dan tak terlalu pedas, ia sesuai dimakan dengan apa jua juadah termasuklah nasi mahupun appam. Mesti korang nak tahu kan. Appam macam mana pulak?


Hoppers / Appam bersama seeni sambal dan pol sambal


Appam ni kalau masakan Melayu kita macam lempeng. Cuma, appam atau hoppers ni ia agak crispy. Dan lagi satu, bentuknya pun unik. Dihidangkan mengikut acuan kuali. Kalau lempeng, biasanya kita akan makan dengan susu, gula atau sambal bilis. Appam/ Hoppers pun sama. Ia dimakan bersama pelbagai jenis sambal, atau gula perang.


Hoppers/ Appam


Selain dimakan dengan aneka jenis sambal, appam/hoppers juga sedap dimakan dengan telur mata. Dan aku suka makan appam dengan campurkan sambal, sambal kelapa dan gula perang. Kombinasi semua ni akan beri rasa masam, manis dan pedas. Pergh! Memang sedap. Overall, aku suka dengan menu-menu yang dhidangkan.


Kami cukup bertuah kerana menu Sri Lanka ini disediakan oleh chef yang berpengalaman luas dalam masakan Sri Lanka dari Aliyaa Restaurant yang merupakan penerima anugerah "Kuala Lumpur's award Sri Lankan Restaurant". Terima kasih kepada Chef Siva, Aliyaa Restaurant dan Sheraton Imperial Hotel kerana menghidangkan menu-menu yang terbaik.


Sri Lankan Curry Crab


Harga untuk bufet ini bermula dari RM143 untuk dewasa dan RM71.50 untuk kanak-kanak. Ia sangat berbaloi kerana bukan mudah nak cari maskaan Sri Lanka. Dan aku yakin, ia akan memberikan korang pengalaman baru dan menjanjikan sesuatu yang berbeza dalam menikmati hidangan terbaik Sri Lanka.


So guys, kalau berminat untuk mencuba sendiri menu istimewa Sri Lanka, boleh berkunjung ke Essence Restaurant di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel dari 6-11 Februari 2018 ataupun terus  ke Aliyaa Restaurant.


Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan bolehlah menghubungi mereka seperti berikut:

Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Alamat:
Jalan Sultan Ismail, Chow Kit, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 
60327179900

Fax: 
60327179999

Website: 

Post a Comment

19 Comments

  1. Baca entry tengok gambar menu pun dah nak terpetik tiket AA ke Sri Lanka. Jom...derak.

    ReplyDelete
  2. Fuhhh... tengok gambar2 tu time tengah hari mcm ni mmg terbuka selera. Tak pernah lagi rasa masakan Sri Lanka ni. Tp melihat gambar2 tu mmg tertarik dan sgt2 menyelerakan.. mmg sesuai dgn citarasa dan tekak melayu juga ni. Thanks sharing bro :)

    ReplyDelete
  3. Weh sedapnyer la hai ketam. Serius cakap, both dish ketam tu feveret aku.

    Both have their own forte. Dua-dua sedap. Nak lagi!

    Jom abam makan tomyam Krabi..hyhh

    ReplyDelete
  4. Wow! Bertuah badan. Saya pun x pernah dgr / makan makanan Sri Lanka. Jarang-jarang dgr dipromosikan.
    Bagus gini. Kita dpt tahu makanan luar yg jarang-jarang ada. Sri Lanka ni mcm byk pengaruh India? Ye? So, sesuai la dgn kita di Malaysia ni.

    ReplyDelete
  5. Terus rasa nak check Traveloka ticket murah ke Sri Lanka..eh..nampak menarik la semua hidangan dan SA percaya rasa pun x lari sgt dari juadah org kita di Malaysia kan..chef tu masak ikut kesesuaian rasa Malaysia kot..curry crab tu mengancam!!

    ReplyDelete
  6. Fuhh lihat gambar menu dia mak OK, mentua lalu pun tak perasan.
    Serius macam nak kena try ni

    ReplyDelete
  7. The Sri Lankan feast looks so delicious! I would love to try it out! Actually planning to go this year, will try out the Kothu Roti and crab

    ReplyDelete
  8. Tertarik demgan gambar kari ketam tu.. huhu

    ReplyDelete
  9. Tetiba rasa macam nak book tiket g sri lanka.. hehehe

    ReplyDelete
  10. bertuah. bukan selalu dpt makan makanan dri sri lanka.

    ReplyDelete
  11. rare" nama cuisine sri lanka,nampak gambar macam sedap je semua. kalau ada kesempatan nak juga cuba selera sri lanka

    ReplyDelete
  12. Aww.. the food is so interesting. I hope I would have the chance to enjoy this wonderful cuisine too. Nice sharing and photos

    ReplyDelete
  13. Dekat sheraton ni emi suka makan kat restoran cina dia, apa nama ntah, lupa dah. Sebab dia punya dim sum sedapppp. Tapi tak tahu pulak ada restoran yang sediakan makanan sri lanka kat situ. Nanti blh cuba la

    ReplyDelete
  14. wadooo, itu ada crab. Kesukaan ku sampai saat ini. Kapan ya aku nyobain ke sri lanka :D

    ReplyDelete
  15. Ya ampunnnn nampak merbaruk semunya. Tak pernah makan kat sini, hope satu hr dapat peluang rasa

    ReplyDelete
  16. Walawey, kari ketam tu memang nampak menggiurkan. Ni first time baca review masakan Sri Lanka. Tak pernah cuba pun lagi. dan tak tahu nak dapatkan kat mana pun sebelum ni..

    ReplyDelete
  17. Alamak baca entry kamu buat aku lecur air liur.. Ni kalau makan disini tak payah pergi sri langka dah.. Datang makan sini jak kan.. Nyummehhh..!!

    ReplyDelete
  18. Wow! I love sri lankan food especially their crabs and most of them are spicy.

    ReplyDelete
  19. Wow! memang susah nak cari makanan Sri Lanka di restoran luar ni. Kalau dapat merasa sedap juga ni

    ReplyDelete