Kalau nak cerita tentang Anugerah Juara Lagu (AJL), boleh dikatakan sejak dari zaman sekolah dulu-dulu lagi aku dah follow. Cuma tak berpeluang nak tengok secara langsung (live). Dari zaman Datuk Siti Nurhaliza menang Juara Lagu, boleh dikatakan hampir setiap tahun sampailah dia buat pengumuman untuk tarik diri dan bagi peluang kepada orang lain. Then, zaman NorAniza Idris buat persembahan penuh satu pentas dan mengungguli kategori Etnik Kreatif setiap tahun. Tak ketinggalan zaman Ziana Zain, Annuar Zain, Erra Fazira, Misha Omar, Adibah Noor, Ning Baizura, Nurul & Ajai, Nora dan sehinggalahlah ke zaman millenia hari ini dengan kehadiran artis-artis baru terutamanya artis dari program realiti TV dengan karya-karya yang lebih segar. Pendek kata, industri muzik tanah air kita dah banyak mengalami evolusi dari dulu sehiggalah ke hari ini untuk sentiasa tampil relevan dengan peredaran masa.
Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) kali ini lain dari tahun-tahun yang sebelum ni. Bagi aku, dari segi pemilihan Host (Alif Satar dan Sherry al-Hadad) memang perfect, persembahan pembukaan oleh Stacy & Waris, persembahan finalis AJL32, persembahan penutup Interlude oleh Datuk A. Rahman Hassan, Datuk Jeffrydin, Datuk Awie dan Siti Sarah, sehiggalah kepada pemilihan-pemilihan pemenang AJL32, boleh dikatakan semuanya cukup sempurna. Personally, AJL32 adalah antara Anugerah Juara Lagu yang terbaik yang pernah dianjurkan. Maybe, sebab tahun ni aku berpeluang tengok live di Axiata Arena, hehe. Thank you tonton xtra!
Backstage AJL 32 bersama Zulin Aziz
Terima kasih juga kepada tonton xtra kerana memberi peluang untuk aku tampil dalam segmen belakang pentas bersama Zulin Aziz. Kebetulan, masa segmen backstage tu, aku digandingkan bersama Hael Husaini dan dipancarkan secara terus ke dalam Axiata Arena. OMG! Malu gila beb. Ingat live di FB je, kah! Sebelum start tu, Zulin Aziz dah tanya, "You boleh nyanyi? Kita nak main game. Kita tukar-tukar genre lagu Jampi!". Memandangkan aku ni jenis yang fail bab-bab nyanyi, so aku terus-terang cakap aku tak gheti nyanyi. So, dengan spontan Zulin cakap, "Hah, tak apa. You menari je lah". Maka, berjoget lah aku time Hael Husaini duk menyanyi lagu jampi versi dangdut. Kalau korang ada nampak kelibat aku duk berjoget time live di tonton atau di mana-mana post di instagram atau youtube, korang buat-buat tak kenal je lah eh, hahahaha. Btw, pengalaman di backstage AJL32 bersama Hael Husaini dan Zulin Aziz adalah antara kenangan manis untuk tahun ini. Dan AJL32 semestinya akan sentiasa terpahat dalam hati, ceewah! Jadi, jom kita sematkan kenangan manis ni di blog, hehe.
Memandangkan ini kali pertama aku tengok live Anugerah Juara Lagu, jadi di kesempatan ini aku nak share serba-sedikit tentang pengalaman peribadi menyaksikan di sebalik tabir macam mana Anugerah Juara Lagu dikelola semasa rancangan disiarkan secara langsung ke kaca tv. Terima kasih kepada tonton xtra kerana memberi kepercayaan kepada aku dan juga beberapa orang rakan bloggers lain untuk turut sama memeriahkan malam yang penuh gilang-gemilang. Bukan itu sahaja, kami juga berpeluang untuk berkongsi 5 tiket VIP AJL32 kepada pembaca bertuah di blog masing-masing. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah berjaya mendapatkan tiket VIP dalam sesi giveaway sebelum ini.
20 Fakta Menarik Finalis AJL32
Jom kita imbas balik apa yang menarik dan berlaku sepanjang malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 32! Actually, ini adalah pandangan peribadi. Jom, kita tengok 20 Fakta menarik mengenai finalis dan malam kemuncak AJL32!
- Persembahan pembukaan sangat 'power' daripada Stacy dan Waris. Memang tak disangkal lagi kehebatan Stacy dalam membuat persembahan pembukaan yang memukau dan menggegarkan pentas-pentas besar dan berprestij seperti AJL32.
- Gandingan hebat hos iaitu Alif Satar dan Sherry al-Hadad memang tak dapat dinafikan, sangat bersahaja dan mantap! Mereka dah meletakkan satu benchmark baru untuk mengacara pentas berprestij Anugerah Juara Lagu.
- Penampilan Syamel di pentas AJL 32 buat pertama kali mempertaruhkan 2 lagu iaitu Lebih Sempurna dan Aku Cinta. Paling membanggakan, Syamel mempertaruhkan 2 lagu yang liriknya ditulis sendiri oleh beliau selain persembahan vokal yang mantap. Syabas Syamel!
- AJL 32 mempertaruhkan satu lagi lagu Faizal Tahir iaitu Sejati yang dipersembahkan oleh Azmi Caliph Buskers yang penuh penghayatan.
- Hazama tampil dengan konsep yang cukup berbeza. Diiringi persembahan keyboard yang digantung dengan tali dan diiringi percikan bunga api, memang cukup menghangatkan suasana AJL32.
- Wani Hasrita pula mempersembahkan lagu Menahan Rindu dengan diiringi sketsa dengan penampilan istimewa hero yang baru meningkat naik iaitu Syazwan Hassan.
- Hael Husaini dengan lagu ciptaan bersama Ezra Kong iaitu Jampi tidak kurang hebatnya. Dengan pentas yang unik dan berpusing dengan lampu merah membuatkan seluruh penonto dijampi dengan lagu favorite sepanjang tahun 2017! Tahukah anda? Pada malam rehearsal, pentas Hail tidak berfungsi atas sebab-sebab teknikal. Nasib baik, pada malam AJL32 ia berfungsi dengan baik!
- Dua artis dengan vokal yang mantap iaitu Salma dan Dayang Nurfaizah mempertaruhkan lagu dari komposer terkenal iaitu Ajai. Salma dengan lagu Akhirnya Cinta dan Dayang dengan lagu Separuh Mati Ku Bercinta sama-sama hebat dengan persembahan vokal masing-masing.
- Persembahan paling mantap pada malam itu adalah Aku Cinta, gandingan hebat Syamel dan Ernie Zakri. Kehebatan Syamel menghasilkan bait-bait lirik lagu yang penuh makna, dilengkapi dengan vokal mantap oleh Syamel dan Ernie Zakri menjadikan persembahan mereka pada malam itu sebagai "Pitch Perfect". Tahukah anda? Ernie Zakri gayat time duk atas tangga. Kalau perasan, dari mula persembahan sampai turun tangga memang dia tak lepas pun pegang tempat pemegang tangga! Persembahan tetap mantap dan meletup.
- Persembahan Altimet mengingatkan kita dengan konsep yang dibawakan oleh Noraniza Idris. Persembahan yang meriah! Satu pentas penuh dengan penari. Penampilan istimewa Nabila Huda yang memegang watak sebagai nenek untuk lagu Amboi Amboi Amboi cukup memeriahkan malam AJL32.
- Kesian Ara Johari! Walaupun sakit tekak dan mengalami sedikit masalah kesihatan, tetapi Ara tetap tampil dengan penuh penghayatan. Lagu Warkah Untuk Ku memang ada jiwa!
- Tak dapat dinafikan, Khai Bahar sangat ramai pengikut dan peminat. Bermula dengan Smule, AJL32 menjadi platform terbaik Khai Bahar bersama single pertamanya iaitu Bayang dalam melebarkan lagi kerjayanya dalam industri muzik. Persembahan Khai Bahar yang menggunakan konsep tirai dan bayang sesuai dengan judul lagu. Tetapi, konsep bayang macam ni turut digunaka oleh Ara dan Hael dalam persembahan mereka.
- Lain dari yang lain! Haqim Rusli dengan lagu Tergantung Sepi menampilkan anak-anak kelainan upaya (pekak & bisu) dalam persembahannya. Dengan analogi tali, ikat, gantung dan simpul, lagu ini sangat tinggi nilai persembahannya.
- Penutup AJL32 sangat meriah dengan penampilan istimewa penyanyi otai seperti Datuk A. Rahman Hassan, Datuk Jeffrydin, Datuk Awie dan Siti Sarah. Konsep pop yeh yeh yang dipersembahkan dengan joget lambak, memang cukup istimewa!
- Selain siaran langsung di TV3, AJL32 kali ini juga turut dipancarkan secara langsung di portal video nombor satu Malaysia iaitu tonton!
- Trofi AJL32 kali ini bertatahkan permata Swarovski hasil sentuhan pereka fesyen ternama Malaysia iaitu Rizman Ruzaini sempena tema Fesyen dan Muzik!
- AJL32 dibawakan khas oleh Nivea Face Care, Nivea Pearl White Whip Foam dan Samsung Glaaxy A8/A8+. Rata-rata penonton berpuas hati dengan keseluruhan AJL32 berlangsung tanpa gangguan pihak sponsors secara berlebih-lebihan!
- Kontroversi? Memang tak dapat lari event gah macam ni dengan kontroversi. Antara yang menjadi tumpuan adalah penampilan Sajat, jutawan kosmetik dan juga penampilan Iqram Dinzly secara tiba-tiba yang cuba untuk naik pentas semasa persembahan Altimet, Amboi Amboi Amboi. Nasib baik disekat pihak security! Tetapi, terlepas juga masa persembahan Juara Lagu oleh Hael Husaini.
- Vokal terbaik milik Syamel dan Ernie Zekri yang rata-rata kagum dengan persembahan mereka. Juri pun mengiktiraf persembahan mereka sebagai "Pitch Perfect". Tahukah anda? Ernie Zekri merupakan guru vokal! Ernie Zekri merupakan pemenang bintang RTM paling muda dan juga juara Duo Star Astro bersama Syamel. Dan, beliau merupakan anak saudara kepada penyanyi popular tanah air iaitu Annuar Zain dan Ziana Zain.
- Tahniah Hael Husaini kerana dinobatkan sebagai Juara Lagu 32! Mungkin ini rezeki Hael selepas mempunyai anak angkat yang diberi nama Halena! Apapun, semoga kerjaya Hael Husaini semakin berjaya dengan menghasilkan karya-karya yang lebih segar dan berkualiti untuk industri muzik tanah air!
Keputusan Penuh AJL 32
Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung
Trofi & Telefon pintar Samsung A8+
BAYANG
KHAI BAHAR
KOMPOSER : ALAM (HARRY KHALIFAH)
LIRIK : PATRICK ANOHADA
Persembahan Terbaik
RM12,000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2,000 & telefon pintar Samsung A8
AMBOI
ALTIMET
KOMPOSER : NAVIGATOR
LIRIK : ALTIMET
Vokal Terbaik
RM12,000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2,000
AKU CINTA
SYAMEL & ERNIE ZAKRI
KOMPOSER : SYAMEL
LIRIK : SYAMEL
Tempat Ke-Tiga
RM20,000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2,000
TERGANTUNG SEPI
HAQIEM RUSLI
KOMPOSER : GOUFFRAN / IBNU
LIRIK : GOUFFRAN / IBNU
Tempat Ke-Dua
RM35,000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2,000
SEJATI
AZMI CALIPH BUSKERS
KOMPOSER : FAIZAL TAHIR & MIKE CHAN
LIRIK : FAIZAL TAHIR & MIKE CHAN
Juara
RM50,000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM10,000.
JAMPI
HAEL HUSAINI
KOMPOSER : HAEL HUSAINI / EZRA KONG
LIRIK : HAEL HUSAINI / EZRA KONG
0 Comments