Biasanya, kalau nak makan di hotel mesti duk fikir mahal. Ye lah, tempat condusive, menu pula disediakan oleh chef yang berpengalaman, lagi-lagi di hotel bertaraf 5 bintang. Tetapi, selepas aku pergi makan di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur, semua tanggapan aku sebenarnya salah. Rupa-rupanya, harga makanan di hotel bertaraf 5 bintang ni jauh lebih murah berbanding makanan di restoran-restoran hipster di luar sana. Siapa sangka, dengan serendah RM25 aku dapat menikmati menu ala carte special berserta dessert dan secawan teh/kopi.
Kalau korang yang jenis suka jalan-jalan cari makan especially time lunch atau dinner, aku cadangkan korang boleh cuba untuk datang makan di Coffee House, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur. Bermula 1 Mac 2018 sehinggah 31 Disember 2018, mereka ada menawarkan promosi hebat iaitu 8 menu ala carte istimewa pada harga serendah RM25 nett! Yes, nett. No tax, no GST!
8 menu ala carte yang dihidangkan di Coffee House, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur merangkumi hidangan tempatan dan juga hidangan antarabangsa. Pilihan yang disediakan sememangnya memenuhi citarasa. Kalau korang suka makan Western Food, maybe boleh order chicken chop. Kalau korang suka makan local food, boleh try order nasi goreng. Jom kita tengok menu-menu ala carte yang disediakan sempena promosi kali ini. Cekidout!
Asian Cuisine
Untuk Asian Cuisine, ada 4 menu ala carte yang dihidangkan termasuklah 1 menu special untuk vegetarian. Dalam banyak-banyak menu, aku pilih Indonesian Fried Rice with Malinja Crackers. Sedap gila nasi goreng ni. Walaupun nampak simple, tetapi rasa dia memang umphhh. Padu! Untuk korang yang tak suka makan nasi, maybe boleh try Mee Kari.
1) Indonesian Fried Rice with Malinja Crackers
2) Vegetable Curry Tauhu with Jeera Pulou Rice
3) Fish Tikka with Naan Bread
4) Curry Noodle with Cockles
Western Cuisine
Untuk Western Cuisine pula, ada 4 menu ala carte istimewa yang ditawarkan. Menu pilihan aku semestinya Trio Mushroom's Spaghetti with Garlic Bread dan Grilled Chicken Chop with Mashed Potato. Kalau korang pergi makan ramai-ramai, better korang order 1 menu untuk 1 orang. Then, korang boleh share-share. Jujurnya, spaghetti tu memang creamy dan sedap. Highly recommended! Chicken chop tu pula dihidangkan dengan sos blackpepper yang umppph dan mashed potato yang sedap. Kalau aku pergi makan lagi kat sini, seriously aku akan order these 2 dishes. Sedap weh! Dua lagi pilihan yang ada adalah sandwich dan pizza.
1) Trio Mushroom's Spaghetti with Garlic Bread
2) Sunway Putra Club Sandwiches
3) Grilled Chicken Chop with Mashed Potato
4) Margherita Pizza
Bukan sekadar sedap, setiap menu ala carte juga dihidangkan bersama satu slice kek dan secawan teh atau kopi pada harga serendah RM25. So, bagi aku memang berbaloi-baloi. Just in case korang rasa nak add-on fresh fruit drinks, harga yang ditawarkan sangat berpatutan, serendah RM5.
Cake of the day
Mix fruits
Tea
Semua menu ala carte istimewa ini disajikan khas oleh Executive Chef Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur iaitu Rossham Rosli. Dengan pengalaman lebih 28 tahun dalam industri kulineri di dalam dan di luar negara, no wonder hidangan yang ditawarkan di sini sangat sedap dan kena dengan citarasa kita orang Malaysia.
Set ala carte ini akan dihidangkan setiap hari bermula dari jam 11 pagi sehingga 10 malam di Coffee House yang terletak di tingkat 9 Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur.
Selain set promosi ala carte, korang juga boleh mencuba menu ala carte special yang lain seperti Nasi Lemak Goreng Berapi, Angel Hair Golden Pasta with Soft Shell Crab, Mongolian BBQ Fried Noodles, Carbmeat Sandwich, Lobster Noodle Cantonese Style dan banyak lagi. Harga untuk satu hidangan ala carte bermula dari RM25 sehingga RM39. Di sini juga ada menyediakan set Hi-Tea dari jam 2 petang sehingga 6 petang pada harga RM55 untuk 2 orang.
Coffee House Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur juga menghidangkan buffet untuk breakfast dan menyediakan pakej buffet istimewa untuk festive season seperti Chinese New Year, Valentine Dinner, Buffet Ramadan dan Krismas.
Kalau korang nak mencuba sendiri hidangan istimewa di Coffee House Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur, korang boleh buat reservation di 03-4040 9988 atau emel kepada spkl.dine@sunwayhotels.com
Untuk maklumat lanjut tentang promosi-promosi terkini di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur, jangan lupa klik pautan ke website, like facebook dan follow instagram mereka. Cekidout!
Website:
Facebook:
Instagram:
1 Comments
gitulah makan x ajak aku
ReplyDeletebuat review sorang2
hahaha