TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN C-TRIMAX

Kalau seorang dua yang cakap, "Weh, kenapa makin gemuk ni?". Aku tak apa lagi, masih boleh bawa bertenang dan buat relax. Tapi, bila dah ramai orang cakap benda yang sama, hah aku dah mula tak senang duduk. Aku rasa lack of confidence! Aku mesti buat sesuatu ni. Takut nanti, makin dibiarkan makin melarat. Bila berat badan tak dijaga, risiko nak dapat penyakit pun tinggi. 


Apa benda paling susah dalam hidup? Yes, baru aku sedar, nak turunkan berat badan itu amatlah mencabar dan menuntut disiplin diri yang tinggi. Berat badan aku makin hari makin naik sebabnya aku tak jaga pemakanan. Sebab utama aku suka makan malam dan tak pernah spend masa untuk exercise. Ye lah, balik kerja dah malam. Lepas makan, duk baring-baring atas katil, then terus tidur. Weekend pula sibuk ke sana ke mari, jalan-jalan cari makan tanpa ada ruang untuk exercise. So, mulai tahun ini, at least aku dapat control sikit makan. Step pertama aku buat, aku skip makan malam. Ada perubahan, turun la 1-2 kg.




Mula dengan skip makan malam, sekarang aku cuba untuk breakfast. Biasanya, aku jarang breakfast. Boleh kira, maybe dalam sekali seminggu je breakfast. Then, lunch dan dinner itu mesti. Tetapi, sekarang aku dah tukar trend sikit. Ambil breakfast dan lunch, tetapi skip dinner. Kalau makan waktu malam pun, aku cuba elakkan makan nasi dan benda-benda berat. Mujurlah ada rakan blogger syorkan untuk cuba guna C-TriMax. At least, sedikit-sebanyak dapat membantu aku dalam usaha untuk turunkan berat badan. Siapa tak risau weh bila baju-baju dan seluar-seluar dalam almari semakin hari semakin ketat. Sigh!




Biasanya, sebelum pergi kerja aku akan minum 1 sachet C-TriMax setiap pagi. Personally, aku suka minum C-TriMax sebab rasanya yang masam-masam manis. Rasa buah markisar dan campuran buah-buahan menjadikan C-TriMax ni sedap diminum. Cara nak minum pun mudah, tak payah nak guna air panas. Just campurkan 1 sachet C-TriMax dengan 150ml air sejuk atau air mineral. Settle!



Cara Pengambilan C-Trimax

1 sachet setiap pagi selepas sarapan 
Bancuh C-Trimax dengan 150ml air sejuk/ air biasa




Produk C-TriMax ni actually bukan memaksa kita untuk berlapar sepanjang hari. Kita masih lagi boleh breakfast dan lunch macam biasa. Cuma, bila kita minum C-TriMax dia akan control selera makan kita. Jadi, boleh bantu kita makan dalam portion yang sepatutnya. Kalau biasa lunch makan nasi sepinggan, sekarang boleh makan nasi separuh dan banyakkan lauk-pauk dan sayur-sayuran.  Itupun dah rasa kenyang. Sesuai untuk orang macam aku yang susah betul nak berenggang dengan nasi, hehe.


Lagi satu yang best tentang produk C-TriMax ni, dia tak ada kesan sakit perut atau nak membuang. Cuma, kita akan rasa haus dan nak minum air. Jadi, make sure minum air masak secukupnya. Efek dia, kita akan berulang-alik ke tandas untuk buang air kecil. Dari situlah toksin-toksin dalam badan kita dikeluarkan.




Dalam 1 kotak C-TriMax akan ada 15 sachet. So, kalau korang guna dengan konsisten, dalam masa 15 hari dah boleh habiskan satu kotak C-TriMax dan rasai sendiri perubahan berat badan. Selamat ke nak minum? Mungkin ada yang was-was. Don't worry, C-TriMax telah mendapat kelulusan daripada KKM dan dijamin selamat untuk diminum. Harga? RM150 untuk 1 kotak. Kandungan dalam C-TriMax boleh refer info seperti yang disenaraikan di bawah:

Kandungan C-TriMax


Passion fruit powder
Mix Fruit powder
Rosselle powder
Guarana extract
Grape fruit extract
Citric acid
Fructose




Personally, berdasarkan pengalaman peribadi selepas aku minum C-TriMax, berat badan aku dah turun 3.1kg. Yes, sebelum start minum C-TriMax aku dah timbang, dan hari ni timbang lagi sekali  untuk tengok perubahan. Yeay! Nampaknya dah ada perubahan. Aku cuba untuk turunkan lagi berat badan. Walaupun tak banyak, harap-harap konsisten. Slowly, but surely. Next, aku nak start excercise. Sekarang ni just bergantung harap kepada fitbit untuk measure at least 10,000 steps setiap hari. Wish me luck! 

Kelebihan C-TriMax

  1. Membakar lemak
  2. Mengawal berat badan
  3. Mengawal selera makan
  4. Buang toksin dalam badan
  5. Mengawal kolestrol
  6. Tambah tenaga
  7. Melancarkan peredaran darah


Untuk korang yang baru nak start diet atau dalam misi menurunkan berat badan, aku syorkan korang try C-TriMax. At least, bila dah turun 3-4 kg untuk permulaan, ia akan menjadi pemangkin semangat dan momentum untuk kita terus berusaha turunkan lagi berat badan. Apa yang penting, kita akan jadi lebih cergas dan sihat! Say no more to "Gemok is awesome". Jujurnya, gemuk itu sangat memenatkan! Jom, kita ubah sebelum parah.



Untuk maklumat lanjut mengenai C-TriMax, korang boleh follow di instagram atau facebook:

Facebook:

Instagram:

Post a Comment

0 Comments