BUTIK AISY ASYRAF BY IMAM MUDA ASYRAF DI SEKSYEN 7, SHAH ALAM

Pernah tanya kat member-member, "Kalau nak cari pakaian lelaki yang lawa-lawa, kat mana boleh dapat?". Ramai yang suggest suruh pergi ke Seksyen 7, Shah Alam. Setahu aku, kat Seksyen 7, Shah Alam tu memang famous dengan Jakel. Sebab beberapa tahun lepas, aku sendiri pernah pergi ke Jakel Shah Alam semata-mata nak cari baju raya. Lepas tu, satu lagi pasal Wong Solo, restoran ayam penyet yang sedap dan famous, haha. Rupa-rupanya, ramai yang cakap selain Jakel dan Wong Solo kat Seksyen 7, Shah Alam, banyak lagi butik-butik yang ada. Sebut je nak brand apa, pendek kata semua ada. Fuh, baru tahu. Maklumlah, dah lama tak ke sana.


Weekend baru-baru ni, saja pergi jalan-jalan ke Seksyen 7, Shah Alam. Plan nak pergi makan nasi ayam penyet di Wong Solo. Tetapi, bila sampai kat sana teruja tengok deretan butik-butik yang ada. Jujurnya, bila aku sendiri sampai ke sana, memang teruja. Apa yang aku boleh kata, Seksyen 7, Shah Alam ni dah boleh dinobatkan sebagai Fesyen Hub di Shah Alam.  Selain ada banyak butik-butik yang best, kat sini juga ada tempat-tempat makan yang best. So, memang mudah nak cari makan sambil-sambil shopping. Cuma, satu je seksa bila datang sini especially bila musim dekat-dekat  nak raya. Seriously, memang sesak dan padat. Tips dia, kalau nak shopping kat area Seksyen 7, Shah Alam, datanglah time weekend atau weekdays sebelum dekat dengan musim raya. Semakin dekat nak raya, semakin sibuk.




Masa duk jalan-jalan tu, terpana tengok bunting di depan Butik Aisy Asyraf. Korang tahu tak? Imam Muda Asyraf baru saja buka outlet ke-3 beliau di Seksyen 7, Shah Alam? Actually, aku pun baru tahu, haha. Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf baru operasi di Seksyen 7, Shah Alam selama 3 bulan. Ini adalah butik ke-3 Imam Muda Asyraf selepas outlet di Bangi dan Plaza Angsana, Johor. Butik Aisy Asyraf mula bertapak dan beroperasi di Bangi sejak 3 tahun lepas.


Paling best, time aku pergi ke Butik Aisy Asyraf Shah Alam, kebetulan tengah ada sale selama 3 hari. Fuh, memang langkah kanan betul. Apa lagi, terus naik ke tingkat atas untuk tengok apa yang ada. Memang tipulah, kalau dah masuk tak berkenan langsung dengan koleksi yang ada. Lagi-lagi bila dah ada sale macam ni. Hah, kan dah sangkut satu bawa balik walaupun tak plan nak beli, kah!




Bila dah masuk sendiri ke Butik Aisy Asyraf, memang rasa dah jatuh hati weh. Tengok design-design yang ada semua lawa-lawa, harga pula memang sangat berpatutan. Bagi aku, dengan design dan kualiti yang ditawarkan, koleksi Aisy Asyraf dijual pada harga yang lebih murah berbanding butik-butik lain. So, kalau korang pun rasa nak datang ke Butik Aisy Asyraf, boleh search je kat waze, landmark "Seksyen 7 Shah Alam" ataupun "Wong Solo". Dari jauh pun dah nampak signboard Butik Aisy Asyraf terpampang kat situ. Butik Aisy Asyraf ni tak jauh dari Wong Solo, bertentangan je. Bagi korang yang kurang familiar dengan area Seksyen 7, Shah Alam boleh refer alamat di bawah:

Butik Aisy Asyraf,
Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor




Memandangkan aku dah pernah pergi dan pernah sampai ke Butik Aisy Asyraf di Shah Alam, jadi di kesempatan ni aku nak share serba sedikit pengalaman aku sendiri bila first time berkunjung ke Butik Aisy Asyraf. Bukan setakat singgah, malah dah bawa balik satu koleksi pilihan hati, hehe. Cuma, tak ada rezeki je lagi nak bertemu mata dengan owner, Imam Muda Asyraf. Kalau dapat jumpa hari tu, memang plan nak selfie dah.




Okay, back to topic! Apa yang best tentang Butik Aisy Asyraf? Pada pandangan peribadi aku, aku suka Butik Aisy Asyraf sebabnya kat sini memang special, hanya menjual pakaian untuk lelaki. Setidak-tidaknya, ada juga butik eksklusif untuk lelaki. Kalau perempuan ada Butik Bawal Exclusive, Butik Nealofar, Butik Fareeda dan macam-macam lagi. Finally, ada juga butik untuk lelaki yang menawarkan koleksi eksklusif dan kontemporari. Dunia sekarang, bukan perempuan saja yang nak bergaya. Ya, lelaki pun kena pandai bergaya especially untuk attend event, dinner dan majis-majlis rasmi. Bila first time menjejakkan kaki ke Butik Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf, apa yang terlintas di hati aku masa tu, "Yes, inilah tempat yang aku cari selama ni." Nak tahu kenapa? Jom, aku kongsikan!




1. Koleksi terkini dan trendy




First impression aku tentang Butik Aisy Asyraf ni, "Mesti jual baju untuk raya je ni!". Tapi, bila  aku masuk sendiri ke dalam butik, rupa-rupanya tanggapan aku silap. Butik Aisy Asyraf bukan hanya menawarkan koleksi seperti Kurta, Baju Melayu, dan Jubah macam biasa. Apa yang menarik perhatian aku adalah koleksi di Aisy Asyraf adalah terkini, kontemporari dan trendy! Pendek kata, koleksi Aisy Asyraf bukan sahaja ada untuk musim perayaan seperti Aidilfitri dan AidilAdha semata-mata, malah ia ada sepanjang tahun. So guys, kalau korang nak cari koleksi Kurta, Baju Melayu, Jubah, hatta baju kemeja batik sekalipun, aku cadangkan korang datang ke Butik Aisy Asyraf. Design dan corak yang ada, memang rambang mata nak pilih. Banyak yang lawa-lawa.




Butik Aisy Asyraf bukan sahaja fokus untuk Kurta, Kemeja Batik, Baju Melayu dan Jubah untuk dewasa pun ada. Malah, mereka juga ada menyediakan Kurta untuk kanak-kanak. Jadi, untuk ibubapa yang suka pakai sedondon, bolehlah beli Kurta Farra Khat untuk ayah dan Kurta Farra Khat Kids untuk anak. Baru meriah! Antara koleksi yang sempat aku snap gambar masa pergi ke Butik Aisy Asyraf di Shah Alam tempoh hari adalah seperti berikut:

KURTA


1) Kurta Rindu - Premium, Rindu 2.0 dan Rindu 3.0




2) Kurta Asqalani






3) Kurta Rafael





4) Kurta Astana


5) Kurta Farra Khat




6) Kurta Farra Khat Kids




7) Kurta Kasih




JUBAH




1) Jubah Asqalani Premium




2) Jubah Kufi Aisy Asyraf


3) Jubah Khat Macarena


KEMEJA BATIK LELAKI




1) Kemeja Batik Lengan Panjang




2) Kemeja Batik Lengan Pendek




BAJU MELAYU




2. Material berkualiti dan cutting cun!




Lepas tengok design lawa, corak lawa, next kena tengok material. Sesetengah orang suka kain licin, sesetengah orang suka kain cotton, sesetengah orang suka kain batik dan macam-macam lagi. Lagi satu aspek penting dalam pemilihan pakaian adalah cutting. Yes, ini aku memang particular especially time beli baju yang dah siap (ready-made). Mana taknya, baju tak diukur ikut badan kita. So, yang ada cuma ikut size S, M, L, atau XL. Bila pakai, kadang-kadang singkat, kadang-kadang menggelebeh, dan kadang-kadang banyak kena ulter. 




Alhamdulillah, time aku try fitting Kurta Rindu Premium dan Kurta Rafael tempoh hari, aku suka gila dengan cutting yang fit dengan badan aku bila dipakai. Tak terlalu besar dan tak terlalu sendat. Just nice! Btw, aku pilih size L memandangkan badan aku sekarang sedikit berisi. Don't worry! Bila pakai kurta Aisy Asyraf terus nampak macho dan sado, hahaha. Rasa handsome tetiba!




3. Harga berpatutan


Dengan kualiti dari segi material, design dan corak yang ada pada koleksi Aisy Asyraf, aku tak teragak-agak untuk spend duit dan beli. Seriously, aku suka bila pakai Kurta Aisy Asyraf. Terletak elok di badan. Mungkin ada yang tanya, "Berapa harga kurta di Butik Aisy Asyraf?", "Mampu ke nak beli baju raya di Butik Aisy Asyraf?" dan "Mahal tak baju melayu atau kurta di Butik Aisy Asyraf?". Apa yang boleh aku jawab kat sini, harga kurta, baju melayu dan baju kemeja batik di Butik Aisy Asyraf memang berpatutan. 


Harga kurta bermula dari serendah RM79 sehingga RM129 sehelai manakala harga jubah bermula dari serendah RM99 sehingga RM179 sehelai. Kesimpulannya, dengan design yang fresh dan modern, material yang berkualiti tinggi dan cantik, memang berbaloi-baloi dan berpuas hati bila beli.




Jangan terkejut, kalau korang ke Butik Aisy Asyraf dan dapat beli kurta dengan harga RM49 sehelai. Kadang-kadang, pihak Butik Aisy Asyraf akan mengadakan promosi istimewa buat pelanggan setia. Jadi, kalau korang tak nak terlepas peluang keemasan untuk dapatkan koleksi dari Butik Aisy Asyraf pada harga  istimewa yang tak masuk akal, kena follow mereka di instagram @aisyasyrafshahalam ataupun @aisyasyraf_imammudaasyraf


4. Butik eksklusif, layanan VVIP




Jangan ingat bila harga koleksi Aisy Asyraf tak mahal macam butik-butik lain, keadaan butik tunggang-langgang macam pasar borong atau pasar tani. Kalau korang nak rasa suasana yang eksklusif dan layanan VVIP, korang kena datang sendiri ke Butik Aisy Asyraf Shah Alam. Bila dah masuk, korang akan disapa oleh staff yang sangat friendly. Keadaan butik pun sangat kemas dan teratur. Nak shopping pun rasa senang hati dalam butik yang berhawa dingin. Siap ada sofa lagi untuk kita duduk-duduk.  




Lagi satu yang aku suka tentang butik ni, fitting room dia pun lawa. Mudah nak fitting baju tengok cutting okay atau tidak. Overall, pengalaman first time aku bertandang ke Butik Aisy Asyraf, memang sangat berpuas hati. Thumbs up! Thank you atas layanan yang cukup mesra dan tip-top! InshaAllah, panjang umur dan murah rezeki akan datang lagi untuk beli kemeja batik dan kurta. Memandangkan polisi pakaian terbaru di office dah boleh pakai kemeja dan casual, jadi inilah masanya nak tambah koleksi Aisy Asyraf. Lagipun, kurta Aisy Asyraf dengan cutting yang tak terlampau labuh memang sesuai untuk dipakai ke pejabat.




5. Butik atau Online?




Sebelum ini, aku ingat boleh beli koleksi Aisy Asyraf  hanya di butik je. Baru tahu, nak beli secara online pun boleh. Selain mempunyai 3 butik di Bangi, Shah Alam dan Johor Bahru, Butik Aisy Asyraf juga boleh dikunjungi melalui Facebook, Instagram dan Website mereka. Pendek kata, kalau korang jauh dari lokasi butik-butik mereka, korang ada alternatif lain untuk dapatkan koleksi dari Butik Aisy Asyraf secara atas talian (online).


Facebook:

Instagram:

Website:


Setiap koleksi pakaian yang berada di Butik Aisy Asyraf adalah hasil rekaan Imam Muda Asyraf sendiri. Paling istimewa tentang Butik Aisy Asyraf, mereka bukan sahaja menyediakan pakaian lelaki yang eksklusif untuk musim Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya AidilAdha sahaja, malah mereka beroperasi sepanjang tahun dengan koleksi-koleksi terbaru dan terkini.




Cuma, bila tibanya musim perayaan, kita kena buat persiapan awal. Ye lah, kalau nak berkunjung ke butik bila dah dekat dengan musim raya, memang padat. Lepas tu, kemungkinan size dan color yang kita nak pun dah habis. Untuk mengelakkan stok habis, make sure korang datang awal. 




Selain koleksi pakaian untuk lelaki, Butik Aisy Asyraf juga ada menjual sandal, butang baju melayu, dan perfume. Memang complete, dari hujung rambut ke hujung kaki untuk satu persalinan.







Mungkin ada juga yang tertanya-tanya, "Kalau nak gi, bila waktu yang sesuai? Waktu operasi Butik Aisy Asyraf pukul berapa?". Untuk pengetahuan korang, Butik Aisy Asyraf beroperasi setiap hari bermula jam 10 pagi sehingga 8 malam. Jadi, korang boleh pergi mengikut keselesaan dan kelapangan korang. Apapun, buat korang yang first time nak berkunjung ke Butik Aisy Asyraf, semoga perkongsian aku kali ini bermanfaat dan boleh dijadikan rujukan. Jangan pening-pening tahu. Kalau rasa rambang mata nak pilih, bawa teman siap-siap untuk minta tolong bagi pendapat dan pandangan. 


Selamat membeli-belah!

Post a Comment

21 Comments

  1. Haaa..nak raya rh ni..kaum adam x perlu risau sebab banyak pengusaha dan pereka fesyen dah keluar dengan fesyen2 baju raya yang sesuai untuk lelaki..banyak pilihan nampaknya tu..harga berpatutan dan warna pun menarik..

    ReplyDelete
  2. Wahh nampak bergayanya bang! Memang baju2 dia cantiklah! Dah tahu dah kat mana nak cari baju raya lelaki tahun ni. Dahlah susah nak cari butik pakaian lelaki kan. Hehe. Tak lah jauh sangat pun kan. Boleh ajak kawan sekali alang2 tu! Hihi.

    ReplyDelete
  3. Design kurta Butik Aisy Asyraf nih nampak kemas dan berbeza dengan kurta yang sedia ada. Kualiti material yang digunakan pun baguskan. Berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Nasib baik jauh kalau dekat dah lama teejah ni belikan untuk suami.

    ReplyDelete
  4. Alamak sebijik nama anak sis Asyraf...hehehe. Terima kasih atas perkongsian ya, nanti bolehlah sis suggestkan kat anak-anak bujang sis untuk beli baju Raya depa kat butik ni.

    ReplyDelete
  5. kurta khat tu nampak cantik pulalk.. lain dari yg lain.. boleh cuba mai sini cuci mata

    ReplyDelete
  6. Butik Aisy Asyraf ni ada jual Kurta menarik tu, suka tengok kurta tu... Nanti nak ajak suami terjah Butik ni, Time raya tak semestinya nak pakai baju melayu setiap kali pergi beraya. Boleh juga pakai Kurta betul tak?

    ReplyDelete
  7. Cantiknya rekaan kurta, batik dan juga baju khas untuk kanak-kanak tu kita suka tengok kain mereka mesti lembut dan sejuk kalau pakai. Cuma kita bimbang satu jer takut saiz tak ada kena dengan orang yang melimpah macam kita ini hehehehhe...

    ReplyDelete
  8. Wah, Imam Muda Asyraf pun dah ada butik sendiri ye. Banyak koleksi yang menarik. Teringin plak nak beli kurta buat encik suami. Online ada x? Moga perniagaan beliau maju...Aamin

    ReplyDelete
  9. Kurta Rafael ini sangat menarik. Design yang cantik dan terkini. Sesuai untuk anak muda. Dah nak rayan kan boleh la ika cadangkan ke adik lelaki Ika.

    ReplyDelete
  10. Br tahu yg dkt shah alam ada port shopping baju macam dkt bangi. Liez tgk design baju aisy asyraf mmg cantik dan kemas je.

    ReplyDelete
  11. wah tak sangka imam muda asyraf dah buka perniagaan busana...ada butik lagi ya di shah alam. dekat kat rumah nanti boleh terjah cari pakaian suami. nampak rekaan baju dia pun semua lawao..iskhh berkenan betul

    ReplyDelete
  12. Wahhh best nie !! Susah nak jumpa butik yg menjual pakaian khas utk lelaki sahaja. Okay boleh lah terjah butik nie. Butik milik imam muda asyraf rupanya. Design pon cantik2. N tak tahan tengok sandal tu. Rasa nak pergi ke sana skrg juga je rasanya

    ReplyDelete
  13. Raya is round the corner, time for some shopping to be done especially when there's a sale. The clothes offered looks really stylish, love their design.

    ReplyDelete
  14. Baru semalam emi pergi butik aisy asyraf ni. Tapi emi pergi yang branch dekat bangi sentral. Lawa2 gak koleksi baju dia

    ReplyDelete
  15. Memang berbaloi kalau beli baju di butik Aisy Asyraf ni. Harga berpatutan dan rekaan terkini.

    ReplyDelete
  16. Suka lah dengan design kurta dia. Memang husband tengah survey kedai baju raya. Deorng pun ada jual secara online jugak kan?

    ReplyDelete
  17. Wow, you manage find you favourite baju Raya. Will share this to my Malay friends they will definitely love the stylish fashion. The cloth quality also nice.

    ReplyDelete
  18. Ohh bagus tempat ni ada macam2 pakaian lelaki. Boleh bawak Zuan ke sini. Cuma harap2 ada lah size dia sebab susah jugak nak cari size dia sebenarnye. Nama tempat ni pun sweet je.

    ReplyDelete
  19. Wowwww, Imam Muda Asyraf dah ada butik sendiri ek... Terima kasih sebab bagitau pasal butik ini.. Boleh la usha baju raya tahun nie...

    ReplyDelete
  20. Imam Muda Asyraf pun ada butik. Wahhh lepas ni bleh suruh Naim pi butik. Nak bagi Naim pakai fesyen kurta dan kemeja selesa. Material kain yang selesa susah la nak cari. Kadang cotton kejung tu. Nak yang lembut dan serap peluh. Segak la skit kan. Hahaha

    ReplyDelete
  21. serius banyak gila pilihan kan.. memang rambang mata la nak pilihkan hasben hehehe yang penting kualiti tip top.. staff friendly..

    ReplyDelete