POTBOY : FREE DELIVERY TANPA MINIMUM ORDER

Siapa pernah shopping barang keperluan (groceries) di PotBoy? Kalau korang pernah shopping di PotBoy, mesti korang tahu kan kelebihan yang ada pada PotBoy berbanding platform online shopping yang lain? Untuk korang yang first time tahu pasal PotBoy, korang boleh try install PotBoy Groceries app di Google Play ataupun Apple Store sekarang  Antara kelebihan yang ada pada PotBoy adalah perkhidmatan FREE DELIVERY dan juga TIADA MINIMUM ORDER! Maksudnya, korang nak order mee segera sebungkus pun boleh. Just order online, segalanya di hujung jari. Then, tunggu je orang hantar depan pintu rumah. Settle!


Agak-agak, kalau aku jadi Mat Delivery PotBoy sesuai tak?


PotBoy Groceries O2O Event

Actually, aku tahu lebih details tentang PotBoy Groceries ni bila pergi ke event Online To Offline (O2O) yang dianjurkan oleh pihak PotBoy dan Fave bertempat di Jaya One bersama member-member bloggers. Sebelum ni, aku selalu juga shopping di platform L***** dan S*****. Dan sekarang, aku ada satu lagi alternatif untuk shopping online iaitu PotBoy. Then, hari tu juga aku terus install app PotBoy.


Bersama member blogger: Luqman (http://www.luqmanzakaria.com/) dan Kak Min (http://www.bebelancikmin.com/)


Untuk pengetahuan korang, PotBoy merupakan satu-satunya platform online groceries pertama di Malaysia yang menganjurkan event Online To Offline (O2O) macam ni. Aku suka dengan konsep yang cuba diketengahkan oleh pihak PotBoy dan Fave, at least untuk orang macam aku yang  belum pernah tahu tentang PotBoy, terus jadi tahu dengan adanya event macam ni. A good marketing strategy for a brand awareness! Dengan kata lain, mendekatkan brand PotBoy itu sendiri dengan para pelanggan secara langsung dengan tawaran hebat dan super duper murah! Setidak-tidaknya, lepas ni lebih ramai yang install aplikasi PotBoy dan order barang keperluan (groceries) secara online di PotBoy tanpa dikenakan sebarang caj tambahan untuk kos penghantaran. Apa yang lagi best, shopping di PotBoy ini tiada minimum order!


(Wo)Men VS Food Challenge

Satu lagi sebab aku ke O2O Event PotBoy ni sebabnya aku nak join (Wo)Men VS Food Challenge. Sepanjang tiga (3) hari event O2O berlangsung, 3 cabaran telah diadakan iaitu Coolest Drink in Town Challenge, Hottest Rice In Town Challenge dan Hottest Noodle in Town Challenge. Dan untuk hari tu, aku join Hottest Rice in Town Challenge. Nak tahu kena buat apa? Hah, meh nak cerita :P


Time duk nervous, sempat pulak host Reef (https://www.thisisreef.com/) datang interview


Sebenarnya, kami kena makan nasi dengan Bon Chili dengan tahap kepedasan Level 10 dalam masa paling pantas. Untuk pusingan pertama, semua peserta kena pakai baju I Love PotBoy dan bersaing untuk mendapatkan tempat ke pusingan akhir. Hanya sepuluh nombor yang ada atas meja urusetia untuk direbut. Siapa dah habiskan semua nasi yang digaul dengan Bon Chili Level 10, boleh cepat-cepat pi rebut nombor. Siapa cepat, dia dapat. Layakkah aku ke final? Dup dap dup dap!


Sally (http://www.sallysamsaiman.com/) dan Idayu (http://mrschantek.blogspot.com) excited untuk memulakan cabaran Hottest Rice in Town!


Maka, cabaran pun bermula. Actually, ini first time aku nak makan nasi tanpa lauk. Dan ini juga first time aku nak makan Bon Chili Level 10 bersama nasi putih. Fuh! Dalam keadaan yang kena makan cepat, nak telan nasi punyalah susah. Makan pula dengan Bon Chili Level 10, sampai tersedak weh. Berdesing telinga rasa. Seriously, it's not easy. Memang kena kuat mental. Aku tak sempat nak habiskan semua nasi. Tengok-tengok, dah cukup 10 orang yang dah berjaya habiskan. Sob3! Dan paling membanggakan, Sally mampu habiskan kesemua nasi dengan melawan kepedasan melampau tu untuk menjadi orang yang ke-8 settle. Power!


Ketiga-tiga tak layak dapat Top 10. Hanya Sally yang mampu habiskan cabaran di tempat ke-8


At first, kami ingat ke lepas Qualification Round, dorang akan pilih 10 orang untuk bertanding di final. Rupa-rupanya, hanya 5 orang terawal layak ke final. Pusingan akhir ni lagi hebat, semua finalist kena habiskan satu botol Bon Chili Level 15 dalam masa paling pantas. Mereka hanya dibekalkan nasi. Tapi, seorang brader ni makan Bon Chili Level 15 macam minum air beb. Dia curah satu botol terus ke dalam mulut. Wow! Aku tengok pun rasa perit. And, he deserved it to win! Nampak determination dia kat situ untuk menang. Orang lain makan dengan nasi, dia telan macam tu je. One of the greatest moment which I saw live!


Lux merangkul hadiah wang tunai RM1111

Inilah Raja Hottest Rice in Town kita, namanya Lux. Aksi dia di final dengan Bon Chili memang memukau semua penonton yang ada. Seriously, incredible man! Apapun, tahniah diucapkan kepada Lux. Korang pernah try belum Bon Chili? Kalau belum pernah try, pergi beli sekarang di PotBoy. Memang sedap! Makan dengan wedges, fries atau nasi pun boleh. Aku dah start suka makan Bon Chili ni bila try tester makan dengan fries hari tu. Perfecto! Dan next time, aku nak try makan Bon Chili dengan fish and chip.

Tapak Jualan O2O Potboy X Fve


Alang-alang dah sampai sana, selesai je Hottest Rice in Town Challenge, terus menapak ke tapak jualan O2O yang dianjurkan oleh PotBoy dengan kerjasama Fave. Kalau korang ada akaun Fave, hah boleh bayar dengan Fave. Apa yang menarik tentang Fave ni, bila korang shopping guna Fave dan daftarkan sekali dengan BigPoint AirAsia, dalam masa yang sama korang boleh collect BigPoints. Selain itu, Fave juga menawarkan pelbagai promosi hebat secara online. Cekidout!


Ketahui lebih lanjut tentang Fave di sini > https://myfave.com/


Selain kerjasama bersama Fave, PotBoy juga berkerjasama dengan merchants mereka. Antaranya Sabah Tea, Coca-Cola, Pokka, Milo, Maggi, Nescafe, Barbican, Appletiser, 100 Plus dan banyak lagi. Terkejut, bila rata-rata barang yang dijual di sini jauh lagi murah dari apa yang dijual secara online. Contohnya, Milo 2KG boleh dapat dalam harga RM17++. Biasanya, harga around RM29++. Kalau beli di supermarket, mau mencecah RM32++. So, no wonder ramai orang yang serbu. Sebabnya, memang murah! Lagipun, pembelian adalah 100% cashless. Hanya perlu guna Fave!


Sabah Tea

Barbican

Milo

Hargapedia - Boleh install aplikasi ini untuk check harga paling murah!

Coca-Cola

Appletiser

100 Plus mengeluarkan perisa baru iaitu Grape

100 Plus juga memperkenalkan minuman 100 Plus kurang gula (Less Sugar)

Boleh juga dapatkan serbuk 100Plus untuk minuman isotonik


Pendek kata, aku sangat enjoy dengan event O2O yang dianjurkan oleh pihak PotBoy dan Fave. Bukan saja dapat beli barang dengan harga yang lebih murah, malah ada juga banyak tawaran hebat. Lagi pun, aku rasa event macam ni dapat membantu aku untuk tahu lebih lanjut tentang brand dan produk terbaru mereka. Aku harap, akan ada lagi event-event macam ni di masa akan datang.


Kenapa perlu ke supermarket? PotBoy kan ada :P


Tak penat ke bawa borang berbondong-bondong macam ni kalau pergi shopping? Seriously, aku dah surrender! Mau terkehel bahu kalau bawa barang banyak macam ni. So, sekarang tibalah masanya untuk kita semua beralih arah shopping di PotBoy dan dapatkan barangan keperluan harian (groceries) hanya dari rumah. Jimat masa, jimat tenaga. 


Antara barang keperluan dari O2O Potboy


Tak susah pun kalau korang nak try shopping barang-barang keperluan secara online di PotBoy Groceries. Hanya perlu kunjungi website https://potboy.com.my/atau install je aplikasi PotBoy. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Potboy atau promosi terkini, korang juga boleh melawat laman sosial media mereka iaitu di Facebook dan Instagram. Cekidout!

Facebook: 

Instagram: 

Post a Comment

19 Comments

  1. Banyak nyerr shopping, stock sebulan ke tu??

    ReplyDelete
  2. OO.. baru tahu.. free delivery tanpa minimum order? terbaik ni.. TB memang mencari website online grocessery pun.. nak keluar malas.. so shopping online ajelah.. heee

    ReplyDelete
  3. wah. nak kena godek potboy ni.
    aida ni kaki shopping online. ni pun tgh tunggu poslaju.
    beli brg kat shopee last friday.
    barbican! feveret mr.asben kalau ke kedai nasi arab.
    semua perisa kami da rasa tau. wow!!!
    bagus inisiatif gini. memudahkan. dan harga pun murah ekk?
    bagus lah.

    ReplyDelete
  4. Wah selalu order Tesco ja. Sangat menyenangkan bagi golongan ibu macam syira. Kadang malas nak keluar.

    ReplyDelete
  5. One day I mesti nak try potboy. The other day I ada seorang expat kat office I asked for any groceries delivery. Straight away I remember Pot Boy. Terus give him the link.

    ReplyDelete
  6. Bagusnya free delivery tanpa minima order! Baru tahu ni.. . Tak sangka ada!
    Ok, kita download . Thanks sharing

    ReplyDelete
  7. Banyak shopping tu hihi. Bagus jugak ada delivery service ni. Sejak ada anak kecik ni susah sikit nk keluar beli barang dapur. Lepasni boleh order Pot Boy ni

    ReplyDelete
  8. Seronok bila dengan tak ada minimum order sebba biasanya kalau online platform beli groceries ni ada minimum order. And bagi stay at home mum macam saya ni, memang sesuai sangat guna PotBoy. Senang tak yah tunggu weekend nak keluar beli groceries or nak kena angkut anak pergi ke supermarket

    ReplyDelete
  9. Thats great. Free delivery without minimum purchase. Good thing they came up with this,Thanks for the sharing

    ReplyDelete
  10. Hari tu nak pergi gak event tapi sebab busy so takleh join. Ngerinya tengok makan Bon Chili tu. Kalau Rawlins memang pitam kot. Thanks to PotBoy - boleh la duduk rumah pakai baju tidur and shop grocery kan.

    ReplyDelete
  11. Sis pergi n join gak contest ni tapi masuk yg maggie peds gila tu..hehehe tapi x menang pun..:).
    Sis suka bon chili..kalau dh habis ni nak order lagi..nk suh depa delivety kat umah

    ReplyDelete
  12. wah menarik ni potboy buat servis penghantaran klo kita shopping.. Dahlah free delivery... Jrg org buat free ni kan... Potboy ni dh berkiatkuasa kt area mana je.. Johor dh ada ke?

    ReplyDelete
  13. Bagusnya ada servis yang berikan penghantaran percuma dan tak ada minumum order. Mungkin kos tu dah di serap masuk dalam tu kot

    ReplyDelete
  14. Potboy ni dah ada kat penang ke? Harap adalah .Sebab malas lepas keja nak gi tesco dengan jem nya lagi nak cari parking .Ada potboy boleh order brg terus hanyar ke rumah . Lagi mudah & cepat .

    ReplyDelete
  15. Makanan pun tinggal order saja sekarang ni kan, Ibu pernah baca di India dah lama servis ni. Sangat cekap pula tu

    ReplyDelete
  16. Asalkan halal, sedap dan bersih mesti ramai yang tempat. paling penting mesti halal sebab jadi darah daging kita kan

    ReplyDelete
  17. Dekat klang valley je eh?
    Bila la menda2 mcm ni nak masuk penang kan..ahkak ni dah la pemalas nk pi grocerries shopping

    ReplyDelete
  18. PotBoy ni cover area mana Moka? Kalau ada dekat dengan rumah akak, akak bleh la order. Hehehe. Nampak best je event korang ni. Lain kali hajak mak ni, bleh la memborong. Hahaha.

    ReplyDelete
  19. Basically dont ever fool by this Potboy Grocery. Firstly, the delivery take ages by more than 10 days. Secondly, how they drag the delivery time ? They tell you some of the items are non-available, waiting for suppliers to restock, and drag another week. If you impatient to wait for 3 weeks, then if you decide to cancel orders, yes you can ! But wait for refund 5 to 7 working days and THEY DRAG IT AGAIN !!!!!!

    ReplyDelete