SUSU FERNLEAF UHT KINI DI MALAYSIA

Siapa sangka, munculnya satu "bag kuning misteri" di depan pintu rumah tempoh hari merungkai seribu-satu cerita. Ia bukan hanya tentang apa isi kandungan di dalamnya semata-mata, malah cerita dan nostalgia di sebaliknya. Membuka sahaja bungkusan yang diterima, seolah-olah membawa aku ke "time-machine". Terimbau kembali segala kisah lama dan membawa aku ke dunia imiginasi. Merungkai kisah di sebaliknya, ia umpama merungkai khasiat yang terkandung di dalam Susu Fernleaf UHT. Jom, kita rungkai. Ceritera aku bersama susu Fernleaf UHT yang disulami dengan sedikit kreativiti tetapi penuh berkhasiat, hehe. 

Bag Kuning Misteri

Korang ada tak stigma tentang susu? Atau ada yang tak suka minum susu? Aku yakin dan percaya, ada antara kita tak kira jantina dan lapisan umur yang tak suka minum susu. Kenapa? Mungkin kerana stigma. Ada yang fikir, "tak nak la minum susu, bau lembu", "tak best la susu, best lagi minum kopi dan coconut shake" dan macam-macam lagi andaian dan tanggapan. Aku pun berada dalam situasi yang sama satu masa dulu.


Bila dah masuk alam persekolahan, boleh katakan aku dah kurang minum susu. Sebab apa? Sebab dalam fikiran aku, "eleh, budak-budak kecil je minum susu". Dan dalam masa yang sama, timbul perasaan malu nak minum susu depan orang ramai. Mungkin tiada kesedaran. Ye lah, kita orang kampung. Mana mampu nak beli susu time dulu-dulu sehingga menidakkan khasiat yang diperlukan oleh badan. RMT pun tak dapat time tu. Sedih! Actually, time umur 7-12 tahun lah waktu yang sesuai untuk minum susu bagi membantu perkembangan dan tumbesaran diri. Sekarang aku menyesal bila fikir balik. Mungkin sebab tak cukup minum susu sebab tu kurang ketinggian, hahaha. So, kepada parents di luar sana, didiklah anak-anak tentang kepentingan dan khasiat minum susu. Bagus untuk kesihatan mereka! Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Kalau dorang tak nak juga minum susu, korang cakap je "Kalau tak nak minum susu, nanti besar jadi pendek. Tengok uncle penaberkala tu, sebab kecil dia tak suka minum susu la jadi rendah gitu". Hahahaha, just kidding. Actually, kita hanya perlu kreatif untuk tarik minat mereka. Macam mana? Jom, kita tengok!

1) Susu Fernleaf UHT dalam pack

Dulu, susu Fernleaf hanya ada susu tepung dalam pek di pasaran. Time nak minum, kena gigih gi kacau susu tepung untuk minum. Kadang-kadang sebab malas, kita skip untuk minum susu. Sebab rushing atau sibuk dengan kerja, kita hilang mood nak minum susu sebab kena pergi kacau dengan air suam di dapur. Sekarang, dah tak ada alasan lagi. Parents atau orang yang berkerjaya, semua boleh minum susu Fernleaf. Kini, Fernleaf Malaysia telah mengeluarkan Susu Fernleaf UHT dan dijual di pasaran Malaysia. Apa dia UHT? Actually, UHT adalah Ultra High Temperature. Dalam bahasa mudah adalah "air kotak". So, lebih mudah, lebih cepat untuk diminum. Tak ada dah nanti alasan giliran siapa kena pergi buat susu. Ambil je, terus boleh minum. Salah satu inovasi yang memudahkan semua orang. Lagi menarik, boleh bawa bekalan Fernleaf UHT ke mana-mana. Contohnya, bekalan untuk picnic ataupun travel. Kaedah ni sekali gus dapat menggalakkan semua orang minum susu.




2) Fun & Funky

Lagi satu, mungkin korang boleh cuba kaedah fun & funky untuk anak-anak yang tak suka minum susu. Contohnya, bagi minum guna straw yang unik. Hah, macam yang ada kat bawah ni berbentuk kaca mata. Pendek kata, sekali sedut susu Fernleaf UHT pun tak terasa pun, "Eh, dah habis!". Actually, secara tak sedar, kita cuba tukar persepsi dan stigma mereka yang fikir minum susu ni tak best ke situasi yang lebih santai sehingga mereka dapat menikmati susu secara tak langsung. Try it out!


Excitement!


100% Mmmmm

Kalau orang dewasa tak suka minum susu macam mana? Korang cubalah teknik yang sama nak tahu jalan ke tak. Kalau tak jalan juga, korang letak je susu dalam botol lain, label la "Oren" ke, "Strawberry" ke. Hahahaha.  Aku rasa dorang akan terpelanting terkejut macam ni dan cakap "Sedapnya! Air apa ni?". Mudahan-mudahan, selepas dorang try minum sekali dorang akan addicted dengan susu Fernleaf UHT. Yeah! Ada sesiapa kat sini yang tak suka minum susu? Get ready guys!


Fall in love with Fernleaf UHT

3) Padankan dengan "favorite food"!

Satu lagi kaedah kreatif untuk minum susu adalah dengan padankan dengan makanan favorite. Contohnya, kalau untuk breakfast, boleh padankan bijirin seperti cornflakes/ coco-crunch dengan susu Fernleaf UHT. Digandingkan pula dengan minuman seperti susu coklat Fernleaf UHT. Confirm, the kids will love it! 


Untuk orang dewasa pun tak payah tipu, aku tahu ramai je yang suka breakfast dengan bijirin. Ye, termasuk aku. Aku suka makan bijiran dan susu during breakfast. Then, it's a good choice to use Fernleaf UHT Milk. Kalau korang tak suka susu, don't worry. Korang boleh guna susu coklat. Sedap!

Breakfast with Fernleaf UHT

Macam aku sendiri, I'm okay with milk! Tak kira untuk breakfast, lunch, dinner ataupun supper. I don't have any problem. Aku pernah je minum susu Fernleaf UHT dengan Oden. Not bad, it's great combination. Tak percaya? Korang boleh cuba. But, normally I'll opt for breakfast.

Fernleaf UHT vs Oden

Rasanya, 3 kaedah ni berkesan kot kalau nak atttract dorang minum susu especially kanak-kanak. Aku dulu sebab kurang pendedahan, then maybe sebab "ignorance". Paling teruk lagi, sebab stigma. Jadi, jangan jadi macam aku ye. Better late than never!


Stigma adalah pemikiran dan kepercayaan yang salah tentang sesuatu sehingga mendorong seseorang melabel, stereotype dan tidak memberi perhatian yang sewajarnya. Bila wujudnya stigma sebegini, ia akan mempengaruhi keputusan dan tindakan kita secara keseluruhan. Contohnya, dulu aku ingat susu Fernleaf adalah susu untuk bayi dan kanak-kanak sahaja. Mungkin, sebab semua iklan di kaca televisyen hanya tunjuk susu Fernleaf adalah untuk bayi dan kanak-kanak. Maka, wujudlah stigma "Oh, susu Fernleaf ni untuk bayi dan kanak-kanak je"


Sampailah satu hari, aku tengok salah seorang housemate aku di universiti tengah kacau air di pantry. Bila diamati betul-betul, rupa-rupanya dia tengah kacau susu. Ternampak packaging warna kuning kat sebelah yang tertera "Fernleaf". Tersentak sekejap! Oh, rupa-rupanya ada juga susu tepung Fernleaf untuk orang dewasa. Mulai dari situ lah, aku start beli susu Fernleaf dan menjadi peminum susu tegar. Bayangkan, masa tu boleh dikatakan setiap hari, gigih pergi panaskan air guna "electric kettle" dan kacau susu untuk diminum sebelum tidur. Betullah, orang kata "Alah biasa, tegar biasa". Biasalah, waktu jadi student, penyakit "insomnia" memang ketara. Kalau  ada kelas awal pagi, jawabnya memang tertidur dalam kelas. Dah minum susu panas sebelum tidur, baru okay sikit. 


Bila dapat tahu Susu Fernleaf UHT dah ada dalam kotak, aku rasa excited! Ye lah, tak perlu lagi nak bancuh susu sebelum tidur macam dulu-dulu. Buka je "Bag misteri kuning" tu, aku senyum sendiri mengimbau kenangan dulu-dulu. How time flies so fast. I used to drink this! Btw, dari situ aku belajar sesuatu. Dan hari ini, aku belajar sesuatu yang baru. Kali ini, aku belajar tentang khasiat dan kelebihan susu Fernleaf UHT yang perlu aku kongsi kepada semua readers. Check it out!


Khasiat & Kelebihan Fernleaf UHT

1. 100% susu dari New Zealand

Di Fernleaf, lembu tenusu merupakan aset utama dalam industri tenusu especially untuk para peladang. Lembu di New Zealand dijaga dan dipelihara di ladang dengan padang rumput yang segar. Paling menarik, lembu-lembu di sini dilepaskan secara bebas untuk meragut rumput. Jadi, tak hairan kalau susu Fernleaf adalah 100% segar dari New Zealand.

Fernleaf - Dairy Expert

Dengan rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara dan air yang bersih di New Zealand, lembu tenusu menghasilkan susu secara semulajadi tanpa menggunakan sebarang penggalak susu. Maksudnya, susu yang dihasilkan betul-betul fresh dan semulajadi!

1) Dairy Cows are not confined in cubicles
2) Dairy Cows eat High quality fresh grass freely

High quality grass, cozy climate, clean air and water

Hari ni baru tahu, lembu tenusu di New Zealand tak dikurung dalam kandang seperti lembu tenusu di negara-negara lain. Malah, dibebaskan untuk meragut rumput sesuka hati mereka. Fuh, mesti seronok kalau dapat tengok depan mata lembu-lembu tenusu berkeliaran di ladang Fernleaf. 

2. Nutrien yang baik untuk badan

Paling penting, Susu Fernleaf UHT kaya dengan nutrien semulajadi yang diperlukan oleh badan. Antaranya kalsium yang mudah diserap oleh badan dan baik untuk kesihatan tulang. Selain  itu, ia membekalkan protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan vitamin D.

Fernleaf produce milk naturally

Satu fakta yang menarik untuk aku kongsi kat sini adalah "Kenapa susu Fernleaf kaya dengan vitamin D?" Sebabnya, lembu-lembu di ladang Fernleaf menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput segar secara bebas dengan iklim yang ideal pada hari yang cerah. So, susu yang dihasilkan adalah berkhasiat dan berkualiti tinggi.


Grass-fed dairy cows - graze outdoors freely!

Selain itu, hasil tenusu seperti susu adalah warisan dan kepakaran New Zealand sejak zaman berzaman. New Zealand adalah peneraju dunia dalam industri tenusu. So guys, kalau korang suka produk tenusu, the best destination to visit is definitely New Zealand. Untuk pengetahun korang, New Zealand telah mengusahakan ladang tenusu sejak 140 tahun yang lalu. No wonder la boleh jadi negara nombor 1 dalam mengeluarkan produk tenusu. Dengan dedikasi peladang dan proses pengeluaran yang dijaga dengan teliti dan rapi, Fernleaf berjaya menghasilkan peroduk susu yang terbaik di dunia. Pendek kata, ia merupakan "trusted goodness!"

3. Variasi pilihan mengikut citarasa

Susu Fernleaf UHT kini di Malaysia! Buat masa sekarang, Fernleaf UHT ada dijual dalam 3 variasi iaitu Full Cream, Low Fat dan Chocolate. Korang boleh dapatkan stok di pasaraya berdekatan sama ada dalam kotak bersaiz 200ml atau dalam kotak bersaiz 1 Liter. Kalau beli yang kotak kecil 200ml tu, satu pack ada 4 kotak. Jadi, boleh pilih mana satu yang memenuhi citarasa korang.


Made with 100% Milk from New Zealand

By the way, andaikata korang tak boleh nak telan susu full cream, korang ada alternatif lain untuk minum susu coklat. Rasanya memang sedap, tak manis sangat. Nak lagi best, boleh letak dalam peti ais dan minum time sejuk-sejuk. Kalau nak dapatkan berat badan ideal, boleh cuba amalkam minum susu low fat. Yes, susu juga penting untuk orang dewasa yang pentingkan kesihatan tubuh badan. Which one is your favorite?

Full Cream and Chocolate

Semoga perkongsian aku kali ini bermanfaat untuk semua. At least, korang dapat info menarik tentang lembu tenusu  di New Zealand dan kelebihan susu Fernleaf UHT. Nanti, korang boleh la try sendiri susu Fernleaf UHT ni. Personally, aku suka dengan Fernleaf UHT Milk sebab rasanya yang sedap dan saiznya yang mudah dibawa ke mana-mana (200ml). So, boleh minum anytime, anywhere! Aku ada share beberapa info dalam foto dan video di instagram untuk berkongsi tentang khasiat dan kelebihan susu Fernleaf UHT. Boleh tengok di instagram ataupun youtube. Enjoice!


1) Bag Kuning Misteri




2) Fun Facts about Fernleaf




3) The Travelling Fernleaf UHT Milk




4) Breakfast with Fernleaf UHT Milk




5) Be Active with Fernlieaf UHT



6) Fernleaf UHT Milk Magician





A one week journey with Fernleaf UHT Milk gave me an opportunity to know more about the product, history and fun facts about dairy cows in New Zealand. I'm more than happy to share this with others. Bukan sekadar tahu tentang Fernleaf UHT Milk, malah memberikan aku satu dimensi baru melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza. Hope you guys enjoyed it!


Fernleaf UHT, kini di Malaysia!




Untuk maklumat lanjut dan informasi terkini tentang produk Fernleaf, korang boleh follow mereka di Facebook dan Youtube - Fernleaf Malaysia. Terima kasih kepada pihak Fonterra Malaysia kerana dengan penuh dedikasi mereka berjaya membawa masuk susu asli 100% dari New Zealand untuk rakyat di Malaysia. Semoga selepas ni, semakin banyak kedai-kedai runcit dan supermarket menjual susu Fernleaf UHT untuk kami sebagai pengguna. Susu Fernleaf UHT memang 100% Mmmmm! 

Facebook:

Youtube:

Website:

Post a Comment

22 Comments

  1. Amboiii...menariknya entry dia..akak doakan Khairul dapat pi NZ...potsb potential utk menang tinggi ni..akak x dan nak buat buat cantik2 dan eelok2 sebab akak bz kerja..hahaha..all the best ye

    ReplyDelete
  2. Bila minum susu Fernleaf ni rasa cam budak2 ekk..ceria gembira je tengok..hahaha.
    Anak sis pun suka minum susu ni. Kitaorang sekeluarga memang amalkan susu setiap pagi..harap2 sihat cam lembu kat New Zealand tu..:D

    ReplyDelete
  3. i hv that yellow bag too.. in fact, i hv 2.. haha... fernleaf is yummy milk to drink... my kids drink everyday..

    ReplyDelete
  4. Wahh..banyak nya video dan kreatif. Suka tulisan Hello tu. Boleh menang ni. Lepas ni nak tunggu perasa strawberry lah kalau ada. Hehe.

    ReplyDelete
  5. aida nampak oden!!!!
    hi hi hi spec comel & lembu itam putih yg viral hi hi hi...
    anak-anak aida memang sgt suka milk based drink.
    especially coklat. tak kisah la fernleaf of dutch lady tau.
    aida plak memang suka beli full cream milk utk buat doh roti or sos pasta.
    sentiasa ada at least 2 boxes dlm fridge.
    fernleaf ni otai brand kat malaysia. trusted. and sedap !!!

    ReplyDelete
  6. Wahhh.. semangat betul nak minum Fernleaf lepas ni. Qiss memang suka coklat. Nanti Qiss nak try la jugak. Mmmmm sedap tu.. Nak pinjam straw boleh?

    ReplyDelete
  7. Fernleaf mmg fav since kecik lagi. Skang dah ad flavour coklat lagi la penuh peti ais kat rumah. Btw susu Uht Fernleaf Low Fat selalu ambil time sarapan pagi. Best

    ReplyDelete
  8. Kreatifnya video2 awak!! Menarik tertarik awak mmg daboomm!!AM memang suka minum susu fernleaf ini.. tiap2 pagi sebelum ke sekolah, dan sebelum tido.. AM pastikan susu fernleaf tersedia utk anak2.. bagus untuk tumbesaran dan banyak faedahnya..

    ReplyDelete
  9. ok entry susu lembu baru best baca..telan ailio dok rasa nikmat minum suu lembu segar..cam comel je bro minum guna straw tu..

    ReplyDelete
  10. Dulu tak suka jugak minum susu , tapi sekarang dah banyak susu sedap-sedap di pasaran jadi terminat , wow trbaik entry ni haaa

    ReplyDelete
  11. Wow...berkobar-kobar nampaknya bila dapat minum susu fernleaf ni. :) Ya kalau minum dengan favourite food memang best macam coco crunch.

    ReplyDelete
  12. Wah2..kreatif sungguh dia ye... Hehehe.. Btw comel la props spec straw tu.. Kita pon suka dgn susu ni dr kcik lg smpilah sekarang masih minum..sbb rse dia best sgt...fresh dr NZ ...

    ReplyDelete
  13. Gigih awak ye buat video semua..terbaikla..Memang nampak sangat effort nak ke New Zealand ni..ehhee..susu ni memnag sedap. Dari kecik minum susu ni. Betul bila dah besar jarang minum sebb mals bancuh..ahha..tapi bila ada pek uht terus minum, mudah sangat.

    ReplyDelete
  14. Wah.... Samalah. Kak nina seisi keluarga minum susu Fernleaf. Suka rasa sedap dia dan harga pun berpatutan. Lagi pun susu tepung full Cream Fernleaf no add sugar.

    ReplyDelete
  15. Wah.... Samalah. Kak nina seisi keluarga minum susu Fernleaf. Suka rasa sedap dia dan harga pun berpatutan. Lagi pun susu tepung full Cream Fernleaf no add sugar.

    ReplyDelete
  16. Rawlins suka tengok video MOKA, creative dan cantik. Moga menang yer. Yang stop motion tu paling kagum! Chaiyok!!!!

    ReplyDelete
  17. Menariknye.. Panjang lebar tentang susu fernleaf UHT ada di ceritakan... Apa pun susu fernleaf chocolate memang sedap sangat!

    ReplyDelete
  18. Amboii.. Minum susu fernleaf, dok lompat sampai boleh pergi sana sini dengan cepat ke tu. Haha
    Sangat kreatif.
    Macam mana Pun, susu uHt fernleaf memang sedap. Apatah lagi yang coklat tu haaa..

    ReplyDelete
  19. Cantik2 nya semua gambar !! Patutlah rasa susu fernleaf nie sedap. 100% dari new zealand rupanya. Kat sana mmg susu lembu dorg terbaik sbb lembu tenusu khas. Suka perisa coklat. My feveret !

    Anyway, minum susu dgn mkn oden, serasikah kombinasi tu ? Xprnh cuba lg

    ReplyDelete
  20. wahhh I suka gila semua gambar nampak mengikut TREND sesangat.. susu fernleaf memang sedap I suka sangat rasa segar dan banyak khasiat juga... heee bila tengok makan dengan makanan dari family mart tu sesuai tak.. orang cakap kalau makan pedas memang elok minum susu untuk hilangkan rasa pijar tu.... good luck ;)

    ReplyDelete
  21. Samalah kita dapat beg kuning ni. Bila dapat terus rasa excited sangat. Dapat pulak straw ajaib. Tapi susu Fernleaf UHT perisa soklat dah jadi favorite sekarang ni.

    ReplyDelete
  22. Okay, kita dah tau siap pemenangnya...
    Good job Abam Cino!!

    ReplyDelete