Kalau korang mencari produk makanan tempatan dari serata negeri, datanglah ke Foodmarket™ Sri Permaisuri, Cheras. Seriously, first time aku masuk ke Foodmarket™, memang excited. Mana taknya, pelbagai produk makanan dari serata negeri ada. Paling best, packaging produk kat sini kemas dan cantik. Pendek kata, memang sesuai untuk bawa travel. Untuk korang yang rindukan makanan tempatan negeri masing-masing, datanglah ke Foodmarket™. Pasti jumpa produk makanan favorite korang. Macam aku, sah-sah lah rindu budu dan petai jeruk. Itu pun ada kat sini. Terbaik!
Sekarang, berlangsungnya Perlis Week bermula 12 Disember sehingga 16 Disember 2018 di gedung istimewa Foodmarket™. Apa yang aku suka tentang Foodmarket™ adalah mereka sentiasa segar dan tidak jemu dalam memperjuangkan tradisi dan produk makanan Melayu dari desa. Contohnya, untuk bulan Disember sempena penutup tirai 2018, Foodmarket™ memilih negeri yang terkecil di Malaysia dan terletak di utara Semenanjung Malaysia sebagai pilihan untuk diketengahkan iaitu Perlis. Negeri Perlis yang hanya mempunyai keluasan 821 km persegi ini jarang-jarang sekali dikenali melainkan ‘pelam harum manis’.
Negeri yang kecil ini sebenarnya mempunya pelbagai makanan tradisi yang menarik dan unik. Sekiranya ditanya kepada orang ramai, mungkin ramai yang tidak tahu malah mungkin tidak pernah mendengar atau merasainya.
Atas faktor ini Foodmarket™ dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis, mereka telah melakukan persiapan hampir sebulan lebih bagi menjayakan program ‘Perlis Week’ di Foodmarket™ bermula pada 12 Disember hingga 16 Disember 2018. Program ini berjalan serentak di kedua-dua cawangan Foodmarket™ yang terletak di Bandar Seri Permaisuri, Cheras dan juga di Denai Alam, Shah Alam.
Program ‘Perlis Week’ ini telah dilancarkan dan disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 8 Disember 2018 di cawangan pertama mereka iaitu Foodmarket™ Bandar Seri Permaisuri.
Apa yang menarik ketika program ‘Perlis Week’ ini adalah pelbagai jenis produk makanan dibawakan khas terus dari Perlis ke Kuala Lumpur. Antaranya belacan madu Perlis, pekasam daging, acar rebung, buah jeruk Perlis, produk hasilan mangga harum manis dan macam-macam lagi. Jadi, kalau korang teringin nak cuba makanan dari Perlis, boleh cuba dapatkan terus dari Foodmarket™. Sekarang lebih mudah, tak perlu travel ke Perlis sekiranya teringin sangat nak beli produk makanan istimewa Perlis.
Walaupun program ini nampak ringkas dan mudah, sebenarnya banyak kajian dan usaha telah diletakkan bagi menjayakan program ini. Pasukan kreatif dari Foodmarket™ telah berkampung di Perlis selama seminggu semata-mata untuk menjelajah ceruk-ceruk pekan dan kampung bagi mencari produk-produk yang unik serta mempunyai nilai komersil yang boleh dibawa ke Kuala Lumpur. Selain itu, Perlis Week ini juga istimewa kerana telah temuramah orang-orang tua bagi mengenali kuih-muih serta makanan tradisi Perlis yang ada sebahagiannya sukar untuk didapati walaupun di negeri itu sendiri.
Semua usaha ini tak akan terhasil dengan jayanya tanpa bantuan sepenuhnya dari agensi-agensi Kerajaan Negeri Perlis khususnya dari Unit Perancang Ekonomi Negeri, FAMA Perlis dan LKIM Perlis. Perlis Week di Foodmarket™ bertuah keranah Ke Bawah Duli Tuanku Raja Muda Perlis dan Duli Tuanku Raja Puan Muda Perlis juga turut berkenan dan mencemar duli membantu tim Foodmarket™ sepanjang berada di negeri Perlis yang penuh dengan 1001 rahsia dan khazanah yang masih belum diterokai sepenuhnya ini. Semua dapatan ini telah didokumentasi dan boleh dilihat di Youtube Foodmarket™. Jadi, aku sangat kagum dengan keringat dan usaha yang telah dicurahkan oleh pihak Foodmarket™ dalam mempopularkan produk makanan tempatan. Good job!
Antara perkara menarik sepanjang menjalankan program ini, salah satunya adalah makanan yang tidak asing utara termasuklah di Perlis iaitu laksa. Laksa Perlis tidak seperti laksa dari tempat-tempat lain. Laksa Perlis dihidang hanya dengan timun diracik halus, bawang besar dan daun selom serta diletakkan telur. Kuah laksa Perlis warnanya lebih cerah dan yang paling unik, laksa Perlis dimakan bersama-sama pulut udang. Actually, aku sendiri pun baru tahu yang laksa Perlis akan hilang aslinya sekiranya menggunakan belacan lain melainkan ‘belacan madu Perlis’. Pastinya menu istimewa ini turut ada dan dihidangkan sempena ‘Perlis Week’ di Foodmarket™. So, kalau korang nak try pekena laksa Perlis, jangan lupa pakat mai ramai-ramai.
Pekasam juga antara makanan kegemaran orang-orang Perlis. Istimewanya pekasam Perlis menggunakan beras yang dihancur halus seperti serbuk, tidak seperti pekasam dari Kedah atau Perak. Ikan pekasam yang diperam dengan cara ini tidak hancur dan jika digoreng masih dalam bentuk seekor-seekor. Orang Perlis juga terkenal dengan pekasam daging. Pekasam daging selalunya digoreng bersama bawang besar, cili merah, daun kari dan orang Perlis suka juga tambahkan serai yang diracik untuk bau yang wangi. Pastinya pekasam-pekasam istimewa ini ada sepanjang ‘Perlis Week’ nanti. Video cara menyediakan masakan juga ada di Youtube dan juga di Instagram Foodmarket™. Jujurnya, aku sangat suka pekasam ikan. Sekarang, excited nak try pekasam daging.
PRODUK MAKANAN PERLIS DI FOODMARKET™
1) Pekasam Ikan
2) Pekasam Daging
3) BelacanMadu Perlis
4) Serunding Ikan, Rendang Daging dan Ketupat
5) Jeruk Buah Perlis
Jangan lepaskan peluang untuk ke Foodmarket™ dan dapatkan produk makanan istimewa dari Perlis. Sepanjang program ‘Perlis Week’, pelbagai kuih muih tradisi Perlis juga turut dijual dan eksklusif hanya ketika program ini berlangsung sahaja. Antaranya kuih dangai, pulut kucai, ubi nenas dan macam-macam lagi kuih muih yang pastinya wajib dicuba ketika program ini.
Semua warga Kuala Lumpur, terutamnya pencinta makanan tradisi serta ‘food connoisseur, jom sama-sama ke Foodmarket™ untuk sama-sama datang ke Foodmarket™ sempena Perlis Week. Macam-macam ada!
Info mengenai Foodmarket™
Foodmarket™ diasaskan pada tahun 2015 dengan permulaan sebagai kedai maya www.foodmarket.com.my dan pada Oktober 2017 atas permintaan ramai, kedai pertama Foodmarket™ dibuka di Bandar Seri Permaisuri. Foodmarket™ hanya memfokuskan kepada produk unik dan tradisi yang bercirikan Malaysia yang kebanyakannya telah diberi nafas baru dengan penambah baikan pembungkusan dan reka bentuk yang lebih menarik, moden dan chic.
Pelanggan Foodmarket™ rata-ratanya adalah dari warga kota, pelancong malah produk-produk dari Foodmarket™ menjadi pilihan ramai sosialit di Kuala Lumpur serta kerabat DiRaja. Produk-produk yang dibawa dititikberatkan keaslian tetapi dipersembahkan dalam bentuk yang lebih baik dalam kelas tersendiri, melangkaui apa yang ada dipasaran ketika ini.
Ketika ini terdapat hampir 500 jenis produk makanan tradisi seperti sambal, budu, cincalok, pekasam, tempoyak dan pelbagai hasilan desa, industri kecil dan sederhana serta produk artisan berada dibawah bumbung Foodmarket™.
Antara produk yang menarik minat aku yang ada di Foodmarket™ adalah budu, roti tongkat, petai jeruk dan pelbagai jenis sambal.
Antara produk yang menarik minat aku yang ada di Foodmarket™ adalah budu, roti tongkat, petai jeruk dan pelbagai jenis sambal.
Kalau korang berhajat nak pergi sendiri ke Foodmarket™ , boleh lah berkunjung ke outlet mereka yang terdekat. Check it out!
Alamat:
FOODMARKET SERI PERMAISURI, CHERAS
Foodmarket, No 17 Jalan Dwitasik,
Dataran Dwitasik, Bandar Seri Permasuri,
Kuala Lumpur.
No Telefon:
019-666.4889
FOODMARKET DENAI ALAM, SHAH ALAM
FOODMARKET DENAI ALAM, SHAH ALAM
Foodmarket, 12 Jalan Elektron U16/H,
Denai Alam, 47000 Shah Alam,
Selangor
No Telefon:
0192706003
Email:
foodmarket.my@gmail.com
Laman web:
Instagram:
Facebook:
Tahukah Anda? Foodmarket™
- Cawangan pertama Foodmarket™ adalah di Bandar Seri Permasuri yang dibuka selepas dua tahun laman web Foodmarket dilancarkan.
- Foodmarket™ telah menerima anugerah ‘Social Entrepreneur’ yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia oleh MDEC.
- Kesemua produk yang ada di Foodmarket adalah Halal.
- Setiap usahawan yang ingin meletakkan produk makanan mereka di situ perlu mempunyai keunikan dan ciri-ciri Malaysia.
- Foodmarket menyediakan khidmat nasihat seperti pembungkusan dan penjenamaan sesebuah produk kepada usahawan yang memerlukan.
20 Comments
Huwaaaaa petai jerukkkkk....meleleh tgknya hehehhehe..bila la nak terjah sekali foodnarket ni
ReplyDeleteTak pernah pergi sampai ke Perlis, kalau ada rezeki nanti saya teringin nak pergi foodmarket ni. Nampak best je.
ReplyDeleteWah hebat. Siap Raja Muda Perlis mari rasmi lagi tu. Aku pun suka pergi ke Food Market ni. Paling suka dengan pelbagai barangan IKS yang mereka jual. Haritu pergi beli sambal bilis dan sambal hitam.
ReplyDeleteLepas ni nak pergi beli puding raja pula. Dari haritu lagi mengidam
eee.. best jugak product2 yang ade kat sane eyh.... mcm boleh try jeeee
ReplyDeletewow I nampak ada budu di situ, bagusnya banyak betul makanan yang I berkenan, dekorasi kedai pun nampak moden juga.. tak tahu lagi bila sempat nak terjah foodmarket, nanti kalau sempat I roger roger juga la. heeeee
ReplyDeletedi daerah manakah perlis ini, nampaknya kuliner dan uleh2nya sedap, bisalah melancong ke perlis
ReplyDeleteBagus weh Program 'Perlis Week' ni. Dapat membantu para usahawan terutama untuk memperkenalkan produk jualan mereka sendiri.
ReplyDeleteYe la, walaupun produk lokal tapi nampak international. KEmas dan menarik bungkusan makanan tu semua. Budu pun adooo ha
ReplyDeleteTak tahu pun ada food market cam ni. Best nya..ada macam macam produk makanan kat sana, syiok nya lahai. Kalau sis gi ni kena bawak duit bebanyak ni..sure grab itu ini..hehehe
ReplyDeleteTak penah jumpa food market mungkin area ena takde. Memang susah nak cari. Kalau ena dapat masuk food market confirm macam2 nak borong. Perempuan kan lagi tahu apa dia nak guna. Hehe
ReplyDeleteKecur ailio denga pasai perkasam ni. .lama tak makan. .kalau sekali makan mau terbabas 2 3 pinggan.. Bahaya uiiii..
ReplyDeleteTu petai jeruk tu berapa 1 balang tu
Suka event mcm ni. Perlis week supermart ni memang bagus. Kalai cx pon akan teruja. Yelah food yang kita nak makan boleh didapati dengan mudah di sini. Dahlah pilihan banyak. Rambang mata. Kalau sejnis pengemar makanan pelbagai negeri, ofcourse akan diborong. Almaklum susah nak dapat. Heheh
ReplyDeletei didnt know got such event! haha so innovative! good to let ppl know more about perlis food? haha i wonder if there's any Penang Week too! haha
ReplyDeleteHow to deal with markets ups and downs?
Ni kalau musim harumanis, diorang bawak turun harumanis lagi syiok ni. Haha. Bagus la diorang buat inisiatif nak pasarkan jenama Perlis ke negeri lain pulak. Bantu kembangkan ekonomi rakyat.
ReplyDeleteWahhh tak sangka ada kedai yg berkonsepkan negeri seperti ini. Baguslah Foodmarket dlm memperkenalkn dan mempromosikan produk2 tempatan. Tertanya2 apakah produk2 makanan yg sinonim di Perlis. Nanti nak singgah lah ke sana. Terus dibawa dari perlis tu. curlasss !
ReplyDeleteProduk traditional memang ada keunikan dan nilai komersial tersendiri kan. Tengoklah banyak usaha yang dibuat untuk mengetengahkan produk seperti ini. Diharap usaha semacam ni dapat menaikkan lagi makanan Malaysia di peringkat lebih tinggi sekaligus meningkatkan ekonomi juga.
ReplyDeleteBagusnya. Banyaknya produk tempatan boleh kami beli di kedai yang convenient ini. Packaging nampak amat professional kan? Saya rasa nak makan durian kek tu.
ReplyDeleteOh I first time hearing Foodmarket™ Sri Permaisuri at Cheras. Macam best la they have so many choices there. But I stayed very far from Cheras so sad. hope they open more branches
ReplyDeletemenarik sangat ni..dekat bandar sri permaisuri..dekat juga la engan rumah..nanti boleh terjah ..nak usha apa yang ada..tengok macam-macam kelengkapan makanan ada tu..
ReplyDeleteHebat betul event ni sampai Raja Muda Perlis pun mencemar duli datang merasmikan. Apapon suka dengan kedai ni sebab banyak betul barang-2 makanan rare kampung ada kt sini
ReplyDelete