PROGRAM PURE HEART MVM : HULURKAN SUMBANGAN, RINGANKAN BEBAN

Siapa kat sini suka jadi sukarelawan atau volunteer? Tak kira untuk aktiviti bersama anak yatim, aktiviti di rumah orang-orang tua, bagi makanan untuk gelandangan, turut serta dalam misi bantuan banjir atau bencana alam, jadi tenaga pengajar di kelas-kelas rakyat dan macam-macam lagi. Aku pun pernah join aktiviti-aktiviti sukarelawan yang disebutkan tadi. Perasaan “happy” dan “beryukur” automatik kita dapat bila kita join aktiviti macam ni. Penat lelah terus hilang bila kita tengok riak wajah dan senyuman kegembiraan mereka yang kita bantu. Self-satisfaction! 

Untuk perkongsian kali ini, aku nak berkongsi tentang salah satu badan NGO yang cukup terkenal di Malaysia dalam bidang sukarelawan. Siapa tak kenal kan tentang Muslim Volunteer Malaysia (MVM)? Kalau korang rajin buka social media, mesti dapat tengok macam-macam aktiviti yang telah mereka laksanakan. Aku tertarik dengan salah satu program yang diajurkan oleh MVM yang bagi aku sangat menarik. Konsepnya menyeluruh untuk membantu mereka yang memerlukan. Program ini dinamakan Pure Heart. Nak tahu lebih lanjut, jom aku kongsikan info untuk manfaat bersama. 



PURE HEART 


Program Pure Heart adalah salah satu program berfasa yang dikelola khas oleh Muslim Volunteer Malaysia (MVM). Objektif utama program seumpama ini adalah untuk memberi bantuan kepada warganegara Malaysia yang berpendapatan RM1,500 ke bawah seisi keluarga agar dapat meringankan beban dalam meneruskan kehidupan seharian. Bantuan yang dihulurkan merangkumi barangan asas dapur dan latihan kemahiran seperti menjahit dan memasak.


Program Pure Heart MVM bermula sejak tahun 2016. Program ini telah mengharumkan nama MVM yang telah tersenarai antara 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NG0) terbaik di Malaysia oleh pihak IM4U dalam Volunteer Malaysia Awards 2016 – Anugerah Perdana Menteri. Kini, program ini telah memasuki tahun ke-4 penganjurannya. Pure Heart akan berlangsung selama 10 bulan bermula Februari sehingga November setiap tahun.


Mesti ada tertanya-tanya kan, “Siapa penerima yang layak menerima bantuan Pure Heart ni?”. Untuk pengetahuan semua, semua Warganegara Malaysia layak menerima bantuan Pure Heart dengan syarat keluarga tergolong dalam kategori asnaf yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan. 


3790 ORANG DALAM MASA 4 TAHUN 


Kejayaan MVM dalam menganjurkan program Pure Heart ini adalah bukti kejayaan kolaborasi bersama pihak sekolah kebangsaan di sekitar Selangor dan pihak Zakat Selangor. Mereka telah mengenalpasti keluarga asnaf yang layak untuk menerima bantuan sepanjang program Pure Heart ini berlangsung. 

Antara sekolah yang telah menajalinkan usaha kerjasama bersama pihak MVM untuk program Pure Heart adalah seperti berikut: 

1) 2016 – Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, Shah Alam (88 keluarga) 

2) 2017 – Sekolah Kebangsaan Puchong Utama (200 keluarga) 

3) 2018 – Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana (220 keluarga) 

4) 2019 – Sekolah Kebangsaan Puchong Indah (250 keluarga) 

Pendek kata, dengan adanya program Pure Heart ini, sebanyak 758 keluarga meliputi 3,790 orang isi rumah telah berjaya dibantu oleh MVM.



3 FASA UTAMA PURE HEART 


Memandangkan program Pure Heart Muslim Volunteer Malaysia ini besar impaknya dan telah terbukti berjaya membantu ramai orang susah di luar sana, aku terpanggil untuk baca dan kaji dengan lebih lanjut tentang program Pure Heart ini. Berdasarkan pembacaan aku, Program Pure Heart ini dibahagikan kepada 3 fasa utama iaitu (1) Bantuan Barangan Asas (2) Bantuan Kemahiran dan (3) Bantuan Komitmen. 

(1) Bantuan Barangan Asas 

Antara barangan asas yang dihulurkan kepada keluarga asnaf terpilih adalah kota Pure Heart yang mengandungi barangan asas untuk keperluan mereka selama sebulan. Selain itu, anak-anak mereka juga akan menerima bantuan zakat sekolah rendah dan bantuan pek permulaan sekolah (Asnaf zakat pelajar).



(2) Bantuan Kemahiran 

Untuk memastikan keluarga asnaf yang terpilih mampu meningkatkan pendapatan mereka, MVM telah mengambil inisiatif dengan menawarkan latihan kemahiran seperti memasak dan menjahit. Selain itu, MVM menganjurkan sesi pengisian rohani dan emosi, pengurusan kewangan dan keselamatan. Dengan bantuan kemahiran seumpama ini, mereka akan melengkapkan diri dengan skill dan menjadi lebih berdaya saing untuk memajukan ekonomi diri dan keluarga.



(3) Bantuan Komitmen 

MVM juga telah menawarkan bantuan untuk mereka yang komited untuk memulakan perniagaan dengan skill dan kemahiran yang mereka ada. Paling menarik, mereka berpeluang untuk menenuaikan ibadah umrah secara percuma. MVM akan memilih keluarga asnaf bertuah yang paling komited dan berjaya sepanjang program Pure Heart berlangsung. Untuk tahun 2019, MVM akan memilih satu pasangan dari keluarga asnaf yang bertuah untuk mengerjakan ibadah umrah. 

INISIATIF BARU PURE HEART 2019 


Walaupun program Pure Heart telah memasuki tahun ke-4, namun pihak MVM sentiasa tampil dengan idea-idea kreatif dan inovatif dalam menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Untuk Pure Heart 2019, beberapa inisiatif baru telahpun diperkenalkan. Nak tahu apa? Jom, check it out! 

(1) Kempen Lunch Box Junior 

Antara inisiatif baru MVM untuk Pure Heart 2019 adalah tajaan kelas tambahan, bekas makanan dan minuman yang diberi nama Lunch Box Junior 

(2) Kempen Dapur Berasap, Keluarga Bahagia 

MVM juga telah membuka pusat khas untuk orang awam menghulurkan bantuan dari segi barangan asas dan keperluan dapur untuk keluarga asnaf. Korang boleh kunjungi Pusat Tuisyen Salam MVM, Puchong Lama (berdekatan Stesen LRT Puchong Prima) untuk menghantar barangan untuk disumbangkan kepada kelaurga asnaf.



(3) Kempen Wakaf Buku Si Cilik 

Untuk mereka yang ingin membuat sumbangan pelbagai jenis buku, MVM mengalu-alukan sumbangan buku terpakai terutamanya untuk pelajar sekolah rendah seperti buku latihan, kamus, buku agama, buku cerita, muqaddam ataupun al-Quran. Usaha ini untuk memupuk anak-anak asnaf untuk suka budaya membaca. Korang boleh hantar atau pos buku-buku untuk disumbangkan untuk kempen Wakaf Buku Si Cilik ni ke alamat berikut: 

HQ Muslim Volunteer Malaysia, 
12-1 Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 
47170 Puchong, Selangor 


HULURKAN BANTUAN, RINGANKAN BEBAN! 


Untuk korang yang berminat untuk turut serta menjayakan program Pure Heart ini, korang pun boleh turut serta. Walaupun masing-masing sibuk dengan pekerjaan harian, tetapi kita masih lagi boleh hulurkan bantuan untuk ringankan beban keluarga asnaf. Masih ada jalan untuk kita teruskan minat dalam aktiviti sukarelawan. Pihak MVM membuka peluang untuk semua yang berminat nak jadi penaja barangan asas dapur dan keperluan harian bagi merealisasikan program Pure Heart. Semua barangan yang disumbangkan akan dibungkus dalam kotak Pure Heart khas dan diagihkan kepada kelaurga asnaf terpilih. 


Kalau korang berminat untuk memberi sumbangan, antara jenis barangan yang diperlukan adalah seperti berikut: 

(1) Barangan asas dapur 

Beras, Minyak masak, Gula, Kicap, Sos cili / Sos tomato 

(2) Barangan memasak 

Rempah-ratus, Jus cordial, perisa dan lain-lain



(3) Kit kebersihan 

Sabun, shamp00, ubat gigi, berus gigi dan lain-lain



Ataupun, korang boleh memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit untuk pihak MVM sediakan Kotak Pure Heart. Tajaan 1 Kota Pure Heart untuk 1 keluarga bernilai RM80. Untuk tahun 2019, pihak MVM mensasarkan untuk membantu 250 keluarga sebulan. Jadi, kalau korang berminat nak salurkan sumbangan tidak kira atas kapasiti individu ataupun syarikat, boleh rujuk maklumat kat bawah ni: 

Tajaan Barangan Asas Sebulan 

1) RM80 – 1 keluarga 

2) RM240 – 3 keluarga 

3) RM480 – 6 keluarga 

4) RM800 – 10 keluarga 

Tajaan Barangan Asas Setahun (10 bulan) 

1) RM800 – 1 keluarga 

2) RM2400 – 3 keluarga 

3) RM4800 – 6 keluarga 

4) RM8000 – 10 keluarga 


Anda juga boleh menyumbang terus ke website donation MVM : www.donation.mvm.org.my


Untuk penajaan korporat atau tajaan-tajaan lain, boleh hubungi wakil MVM (012-235 6854) atau email kepada fund@mvm.org.my Kalau korang berminat nak jadi sukarelawan atau sebahagian daripada keluarga volunteer Malaysia, boleh hubungi MVM untuk pendaftaran sukarelawan NGO.


Untuk tahu lebih lanjut mengenai MVM dan aktiviti semasa MVM, korang boleh follow mereka di laman media sosial 





Telefon:
+603-8074 0434 / 012-235 6854

Post a Comment

0 Comments