CARA UNTUK KENALPASTI CIRI-CIRI JAM CASIO G-SHOCK ORIGINAL

Sebut saja tentang jam tangan yang tahan lasak, khas untuk orang yang aktif dan sesuai untuk casual wear, salah satu brand yang selalu disebut-sebut adalah Casio G-Shock. Brand Casio G-Shock memang cukup sinonim untuk orang lelaki. Tak kiralah untuk budak sekolah, young adults mahupun untuk orang dewasa, Casio G-Shock memang menjadi kegilaan dan impian setiap orang untuk memilikinya.


Impak daripada obsesi ramai pengguna di luar sana untuk memiliki jam tangan berjenama Casio G-Shock, ramai peniaga yang tidak bertanggungjawab telah megambil kesempatan dengan mengeluarkan dan menjual koleksi Casio G-Shock tiruan atau copy ori. Kemudian, ada pula golongan yang teringin nak pakai jam tangan branded tetapi nak beli pada harga yang murah, hah jadi inilah kesudahannya. Lambakan produk Casio G-Shock tiruan di pasaran sehingga kita confuse tak tahu mana satu jam Casio G-Shock yang original dan mana satu yang tiruan.


Jujurnya, aku tak berapa yakin nak beli jam berjenama di sembarangan outlet. Siapa sanggup nak bayar dengan harga mahal untuk dapatkan jam original, kesudahannya kita dapat Casio G-Shock tiruan atau copy ori. Kesian beb! Sebab itu, tanpa ilmu dan pengetahuan, kita sebagai pengguna akan mudah tertipu. Melainkan, itu yang korang nak selaku pengguna. Nak bayar murah untuk dapatkan jam tiruan, asalkan terpapar brand "G-Shock" walaupun hakikatnya tiruan. Bagi aku, kalau betul-betul nak dapatkan jam Casio G-Shock original, better buat kaji selidik terlebih dahulu. Beli dari authorised dealer ataupun outlet yang betul-betul well established. Kalau ragu-ragu, korang boleh juga guna alternatif lain seperti beli secara online. Macam aku, aku dapatkan jam Casio G-Shock Model GAX-100MSA Red Resin Band Men Sports dari mymarcostore.com  iaitu authorised dealer yang sah untuk jenama Casio G-Shock di Malaysia. Jadi, tak perlu risau soal originaliti. Memang yakin, gerenti ori!


Personally, aku selesa dengan jam Casio G-Shock yang aku pakai sekarang. Selain dapat warna favorite yang aku nak, G-Shock yang aku pakai ni juga jenis sporty. Jadi, memang sesuai untuk aku pakai time travel atau lakukan aktiviti outdoor dan aktiviti lasak. Fit the purpose! Selama ni, aku pakai satu jenis jam tangan je. Pergi office dan travel, aku akan guna jam tangan yang sama. Sekarang, no more! At least aku dah ada jam tangan alternatif untuk aku pakai time travel dan casual wear. Lebih trendy dan sporty!


Untuk perkongsian kali ini, aku terpanggil untuk share serba-sedikit info tentang bagaimana cara untuk kita kenalpasti ciri-ciri jam Casio G-Shock Original. Semoga dengan perkogsian ini, ramai orang di luar sana tidak mudah ditipu oleh peniaga yang tak bertanggungjawab. Dalam masa yang sama, kita support untuk membeli produk yang original. Paling penting, every single cents yang kita invest untuk dapatkan seutas Casio G-Shock idaman adalah berbaloi dengan dapatkan yang original!

1. Design dan kualiti G-Shock


First sekali, kita kena check dari segi design. Kalau dari mata kasar, bila kita teliti dan perhalusi, produk tiruan mudah dikenalpasti kalau ada defect. Bukan senang nak tiru 100% design jam Casio G-Shock yang original. Biasanya, Casio G-Shock tiruan akan menunjukkan ciri-ciri finishing yang tak sharp dan tak smooth. Maksudnya, boleh nampak cacat-cela dari segi reka bentuk dan details. Antara komponen utama yang kita wajib check untuk kenalpasti Casio G-Shock original ataupun tidak adalah dari aspek jarum jam, button di sisi kiri dan kanan jam, tali jam dan shape keseluruhan jam.


2. Material


Then, kita kena alert dengan material yang digunakan. Biasanya, jam tangan Casio G-Shock tiruan diperbuat daripada material (resin) fake. Bila dipegang, kita boleh rasa material yang digunakan adalah berkualiti rendah dan tak selesa bila dipakai. Sekali pandang pun, boleh nampak finishing dia yang tak perfect. Casio G-Shock original pula dihasilkan dengan penuh teliti dan finishing yang halus dengan penuh details. Material yang berkualiti tinggi dan selesa bila dipakai.

3. Fungsi


Perkara asas yang perlu kita test bila nak tahu jam G-Shock original ataupun tiruan adalah dari segi fungsi. Kalau jam tangan ada 2 butang di sisi kanan dan 2 butang di sisi kiri, make sure kesemua keempat-empat butang yang ada berfungsi dengan baik. Ada butang Adjust, Mode, Reverse dan Forward, kena try satu per satu. Jika salah satu butang tak berfungsi, memang sah Casio G-Shock yang korang beli adalah fake. Macam jam yang aku pakai, aku suka fungsi temperature, tide graph dan moon chart yang sangat penting untuk aktiviti outdoor especially aktiviti yang melibatkan pantai atau laut. Dari situ, kita boleh jadi more alert to surrounding.


4. Warna


Warna model Casio G-Shock yang aku pakai adalah Red Resin. Memang warna terang menyala lah orang cakap. Nak buat macam mana, aku ni memang gila dengan warna merah. Warna favorite bhai! Pendek kata, duk sebatu pun orang dah boleh nampak, haha. In fact, warna jam Casio G-Shock adalah tertakluk kepada warna tertentu sahaja. Just in case, dalam official advertisement korang tengok hanya ada 5 warna, tetiba pergi nak beli di kedai ada 7 warna dah macam warna pelangi, be careful! Mungkin warna yang tidak wujud itu adalah keluaran Casio G-Shock tiruan. Satu lagi, mungkin warna dah hampir sama, tetapi sesetengah model akan ada yang nampak warna lebih pudar. Ini pun perlu check betul-betul sebelum beli. Takut terkena produk tiruan atau copy ori.


5. Display


Setiap model Casio G-Shock akan dilengkapi dengan jarum jam dan tulisan digital. Perhatikan nombor digit untuk waktu (jam/minit/saat), tarikh (tahun/bulan/hari) dan apa-apa display pada jam tangan sama ada sepadan atau tidak. Kalau ada perbezaan, maksudnya kemungkinan ia adalah G-Shock fake. Paparan pada skrin juga akan nampak pudar dan kurang berkualiti pada produk G-Shock tiruan.

6. Kotak Besi


Make sure bila korang beli jam Casio G-Shock apa model sekalipun, pastikan korang dapat jam tangan dalam kotak besi seperti ini. Kotak besi ini mempunyai nombor model khusus untuk setiap model jam tangan Casio G-Shock yang kita beli. Perhatikan di bawah bahagian kotak besi, pastikan ada nombor siri.

7. Tag dan Manual


Selain kotak besi, jam Casio G-Shock original juga didatangkan bersama dengan tag khas dan manual untuk rujukan pengguna. Contoh tag yang ada pada model jam aku adalah bar code, no siri, model jam dan ciri-ciri istimewa untuk model ini yang tertera (1) Shock Resistance, (2) 200m water resistance, (3) World time, (4) LED Light, (5) Mood/Tide Graph. Secara tidak langsung, aku boleh cross check ciri yang ada pada tag dengan jam tangan ada pada aku dan make sure semuanya berfungsi dengan baik. Manual pula untuk kita rujuk especially bila nak tukar waktu, fungsi untuk setiap butang pada jam dengan lebih details dan sebagainya. Kalau beli G-Shock tapi tak dapat semua ni, sah itu tipu!

8. Hologram Sticker


Last but not least, korang boleh check Hologram Sticker di bahagian belakang jam Casio G-Shock korang. Kalau ada Hologram sticker, maksudnya jam korang adalah original. Ciri istimewa Hologram Sticker adalah untuk mengenalpasti Authenticity jam G-Shock. Jadi, jangan mudah tertipu dengan produk tiruan di luar sana. Nak selamat, boleh beli dari Marco store online. Selain itu, setiap pembelian Casio G-Shock original akan disertakan sekali dengan International Warranty yang valid untuk setahun. Biasanya, bateri G-Shock original akan bertahan sehingga 5 tahun. 



Jadi, inilah 8 tips atau cara untuk kenalpasti ciri-ciri jam Casio G-Shock Original. Final tips, korang boleh je beli terus dari website Marco e-store. Korang boleh usha-usha tengok model G-Shock mana yang berkenan, then boleh order online! Selain G-Shock, Marco Online Store juga ada menawarkan koleksi Authentic watch yang lain. Ada berita baik untuk korang yang berkenan dengan model G-Shock yang aku pakai ni, korang boleh dapatkan diskaun tambahan. Currentlly, ada promosi sehingga 38%, tetapi ada lagi additional discount. Caranya mudah je, follow step di bawah:


  1. Klik GAX-100MSA-4A
  2. Add to cart
  3. Proceed payment
  4. Masukkan code "Ganuar70" untuk dapatkan diskaun tambahan sebanyak RM70 (Valid sehingga 31 May 2019)


SPECIAL PROMOTION

Special promotion to all my readers, you will get RM100 off storewide for any purchase RM250 and above. Key in “Mnuar100” valid till 30th June for any purchase in MyMarcostore.

Post a Comment

19 Comments

  1. HAHHA ye wak suka kaler terang2 ye! btw those 8 tips mmg sgt berguna! btol sbb gshock ni sng nk dpt yg palesu smpai xtahu mne yg asli mne yg tdk kn.......... gtuh tunglahh gmbo kat perthhhh kemainn!!

    ReplyDelete
  2. Wow! Baru cx tahu tips² ini semua. Sebelum ni tak faham kenapa org suka sangay dengan jam g-shock ni tapi bila ramai kwn² pakai dan share kenapa, cx jadi macam teruja. No wonder ramai suka collect g-shock waima mahal. Ada nilai rupanya. Thanks fir sharing the good tips! Really informative!

    ReplyDelete
  3. lepas ni kalau nak beli jam..kena tgk 8 tips ni dululah..tp kacak nau nau kaler oren pilihan awak tu..betul tu skrg ni merata barang yang fake tp as pengguna kita tak tau brg tu fake ke idok..at least ada tips ni bolehlah apply ms nak beli nti

    ReplyDelete
  4. weh! ada rm100 diskaun? serius lah? okay please remind me esok!! please tunggu gaji nih! dah aim nak beli. tq share!!!!

    ReplyDelete
  5. Cantik warna nya , dari jauh leh nampak hiks , betul skrg banyak copy ori lah ape benda semua tu , so kena betul2 cari yg trusted .. nak usha lah jap , beli online lagi senang

    ReplyDelete
  6. Yeay! sah I punya original. Tak tau pulak ada cara identify original ke tak. Good tips for all. Tak de la keputih mata beli yang fake but price original.

    ReplyDelete
  7. wah! cantiknya jam Casio G-Shock dia! terang! senang nak cari kalau hilang dari pandangan. haha. nak kena rembat satu lah macam ni. maklum lah ada diskaun tambahan tu.

    ReplyDelete
  8. bagus info ni.. pernah jugak teringin nak beli dulu tapi terfikir macam ni la ori ke tak eh? last2 tak jadi beli..

    ReplyDelete
  9. Fadzi nak jugak beli kan hadiah jam ni untuk suami masa birthday dia. Plan nak beli untuk tahun ni. Tapi dia request nak hadiah lain. Nak hadiah kereta x70 hahahhaha. pengsannnn

    ReplyDelete
  10. Perghhh.... Smart deaign jam nya! Warna pilihan tu stylo seyhh
    Thanks sharing ciri-ciri asli jam ni, yelah... Kat pasaran ada jer yang jual palesu. Kurlassss awak bagi special code. Nak pi usha laaa

    ReplyDelete
  11. Good tips. Thank tou for sharing sebab banyak watch xori di pasaran. Lepas ni boleh beli dengan berani.

    ReplyDelete
  12. Husband kita suka sangat la dengan G shock ni.
    Masa awal awal kawen dulu, suka la masuk kedai jam nak tengok model G shock yang ada.
    Kita layankan je la.
    Skrng pun suka survey survey. Tapi tak la macam dulu.
    Tapi harganya pun boleh tahan kan..

    ReplyDelete
  13. baguslah info nie Moka. seriously memang merata org jual g-shock nie. kadang rasa betul ke ori nie. takut nak beli. now dengan panduan nie, bolehlah cari satu jam gshock nanti. teringin ada jam sebegini.

    ReplyDelete
  14. casio g-shock memang cantik! dulu ayah masa muda suka pakai. belikan untuk anak2 sekali kadang-kadang. bagus juga ada tips macam ni. kadang kita syok nak beli tapi lupa nak check quality

    ReplyDelete
  15. smart giler jam ni...ni memang antara brand feveret suami...tangok warna cerah cantik juga..lain daripada yang lain...mmg kalau beli jam carilah yang ori baru puas hati.

    ReplyDelete
  16. Yup betulll.. nak beli barang mahal-mahal tak kira la jam ke apa.. mesti kena tahu beza gak barang tu ori atau copy.. kalau pandai tengok.. insyaAllah.. tak menyesal beli apa pun walau harganya mahal.. sebab kita fikir yang ori tu kan berkeualiti dan tahan lama..

    ReplyDelete
  17. Smart bergaya bila pakai jam ni kan? Alahaiii huntongnya jam tu leh ikut moka gi perth hehe

    ReplyDelete
  18. Terang betul color dia. Cantik. Sis masa ke jepun dulu ada gak beli utk sis n anak2 tapi sis punya hitam n limited edition punya. Seribu lbh gak lah harga dia..tapi puashati. Anak2 sukalah ni kalau tgok yg color2 meriah cam ni

    ReplyDelete
  19. tQ INFO...MMG TGH TERCARI2 JAM GSHOCK PUN

    ReplyDelete