Baru-baru ini, aku sempat hadir dalam satu Majlis pelancaran Aplikasi NGO Negaraku. Antara key highlights yang dapat aku kongsikan untuk kali ini adalah tentang inisiatif Buy & Save, CSR & Smart Partnership. Actually, ni first time aku tahu tentang Aplikasi NGO Negaraku. Mesti korang tertanya-tanya, siap yang akan dapat manfaat daripada program seumpama ini? Jadi, di kesempatan ini, jom aku share beberapa info menarik. Check it out!
MOBILE APP NGO NEGARAKU
Mobile App NGO Negaraku adalah inisiatif NGO dengan kerjasama pihak Swasta yang berurusan sebagai Syarikat Social enterprise ke arah melebarkan kesepakatan dan kerjasama antara Badan-badan bukan Kerajaan seperti NGO, Koperasi dan Yayasan.
Gabungan ini dibuat menerusi kecanggihan teknologi dan ianya dijayakan secara tertutup dan khusus untuk Ahli-ahli NGO yang berdaftar di bawah Aplikasi NGO Negaraku.
Penggunaan Aplikasi NGO Negaraku ditawarkan secara percuma bagi memastikan semua NGO akan dapat berfungsi dan bergerak maju ke hadapan mengikut keperluan dan situasi semasa.
PROGRAM
Menerusi Aplikasi ini, pelbagai Program diperkenalkan dan induk kepada Program ini adalah BUY & SAVE.
BUY & SAVE, CSR & SMART PARTNERSHIP
- Buy & Save, CSR, Smart Partnership ini adalah inisiatif terbaru yang diperkenalkan untuk membantu pelajar khususnya di IPTA dan IPTS bagi mendapatkan produk dan barangan dengan harga jimat.
- Program ini sedang mengumpul penyertaan syarikat-syarikat pembekal termasuk GLC untuk bersama menjayakannya melalui penawaran produk dan barangan yang sesuai dengan harga penjimatan sebenar.
- Produk dan barangan yang diperolehi dari pembekal melalui belian pukal atau jaminan belian akan ditawarkan kepada Pelajar dan keuntungan dari hasil tersebut akan dikongsi.
- Melalui kaedah ini Pelajar akan dapat berjimat dan pihak NGO Negaraku akan dapat menyelia platfom ini secara berterusan.
- Untuk manafaat berganda, maka lebihan hasil yang diperolehi oleh pihak NGO Negaraku dari penjualan produk akan dikembalikan kepada Pelajar melalui sumbangan CSR.
- CSR ini akan memastikan Pelajar yang tidak berkemampuan akan turut beroleh manfaat.
Jadi, dengan adanya Mobile App NGO Negaraku ini especially program Buy & Save, CSR & Smart Partnership seumpama ini, setidak-tidaknya ia dapat membantu golongan sasar seperti pelajar dalam menguruskan kos sara hidup dengan lebih efektif.
Selain itu, Aplikasi NGO Negaraku dapat membantu dan memastikan NGO dan Ahli-ahlinya bergerak selari dan seiring dengan teknologi terkini.
Bukan itu sahaja, malah penglibatan dan penyertaan syarikat pembekal termasuk GLC adalah kunci bagi menjayakan Program ini.
Last but not least, pulangan dan perkongsian dari belian pukal akan memastikan pembeli dapat berjimat dan Program CSR diperlukan. Personally, aku rasa program seumpama ini sangat bagus dan dinamik dalam membantu golongan sasar secara holistik.
Jadi, kalau korang adalah pelajar IPTA/IPTS, ahli NGO atau GLC yang dapat membekalkan produk secara pukal, korang bolehlah mendaftar sebagai ahli NGO Negaraku. Banyak faedah dan manfaat yang bakal diperolehi dengan program dan inisiatif menarik dari NGO Negaraku.
Jadi, kalau korang adalah pelajar IPTA/IPTS, ahli NGO atau GLC yang dapat membekalkan produk secara pukal, korang bolehlah mendaftar sebagai ahli NGO Negaraku. Banyak faedah dan manfaat yang bakal diperolehi dengan program dan inisiatif menarik dari NGO Negaraku.
Selamat mencuba!
0 Comments