BELI BARANG BASAH SEGAR DAN MURAH DI SEGI FRESH

Biasanya, kalau korang nak cari barang basah seperti lauk-pauk, sayur-sayuran atau buah-buahan, korang pergi beli kat mana? Mungkin ada yang suka pergi ke pasar, mungkin ada juga yang lebih selesa pergi ke supermarket. Bagi aku yang bujang ni, aku tak kisah nak beli kat mana-mana pun. Faktor paling penting yang aku pilih adalah barang mesti lah segar dan harga yang menjimatkan. Pendek kata, fresh dan murah! At least, sekali sebulan tu memang wajib pergi beli barang dapur untuk restock. 


Baru-baru ni, memandangkan aku ada kerja di area Central I City Shah Alam, on the way pergi tu aku singgah sekejap di Segi Fresh Market Subang. Kebetulan masa tu awal pagi, around jam 830 pagi, so tak ramai orang lagi. Lagi best, bila time nak shopping tu tengok barang-barang basah especially seafood, sayur dan buah semua banyak dan fresh. Fuh, excited rasa nak shopping masa tu. Actually, kalau korang datang ke Segi Fresh, bukan barang segar je ada. Malah, barang keperluan harian dan makanan pun ada. Macam supermarket la juga konsepnya. Sebut saja korang nak apa, barang basah, barang segar, atau barang keperluan harian, semua ada di sini.


Hidup bujang macam aku ni simple je. Sekali sebulan, pergi restock barang dapur. Beli barang apa yang rasa teringin nak makan dan masak sendiri. Kadang-kadang makan sendiri, kadang-kadang makan dengan Housemate, dan kalau kebetulan member-member free, ajak dorang lepak makan sekali kat rumah. Sebenarnya lagi seronok makan ramai-ramai. Daripada belanja makan kat luar, sekali-sekala kita masak dan jamu dorang makan kat rumah. Meriah! Bila barang Basah dan barang dapur semua dah ada dalam peti ais, mudah sikit nak masak. Tak payah nak kalut nak kena gi kedai beli barang time nak masak. Lagi pun, bila kita masak sendiri, seriously lagi jimat. 


Aku suka shopping di Segi Fresh Market ni sebabanya barang yang ada cukup lengkap. Semua ada. Paling penting, barang  yang di jual dijamin fresh setiap hari. Everyday dorang akan stock up dengan barang baru dan fresh. Pasaraya Segi Fresh dibuka seawal jam 8.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari. Aku cadangkan korang pergi awal pagi sebab time tu orang tak ramai, tak perlu bersesak-sesak dan paling penting barang basah banyak dan fresh. Tinggal untuk pilih dan beli je. Kalau pergi lewat, semestinya terpaksa ambil saki-baki yang tinggal je lah. Kan? 



Hari tu aku teringin nak makan Kerang dan sotong. Tengok kat Fresh Market kang fresh dan besar lah. Harga pun murah. Terus sambar Kerang dan sotong untuk beli bawa balik. Kalau korang beli ikan dan ayam, boleh je terus potong sebab perkhidmatan untuk memotong atau menyiang ikan memang disediakan. Kalau aku, memang tak pandai nak siang ikan, haha. So, memang terus suruh siang terus kat situ. Kalau beli ayam pun sama, lepas timbang aku terus suruh potong. Mudah nak masak nanti. So, jimat masa sikit time nak masak nanti. 



Tengok lah betapa fresh dan besar giler sotong yang ada. Mana taknya aku terliur kan? Dalam kepala otak, dah macam-macam menu dah fikir nak masak apa, hahaha. Pendek kata, kalau korang nak beli seafood, semua ada kat sini. Sotong, udang, Kerang, ketam, salmon, ikan dan macam-macam lagi. 



Selain barang basah seperti seafood, ayam dan daging, barang keperluan untuk memasak seperti Serai, Lengkuas, Halia, Cili Padi, Cili Merah, Ikan Bilis dan pelbagai jenis sayur pun ada. Pergi satu tempat, boleh beli semua barang yang kita nak. Settle! 



Ini antara bahagian favorite aku di Segi Fresh. Allahu! Tengok buah-buahan yang ada pun fresh dan menggiurkan. Ni memang wajib beli! Beli dan simpan dalam peti ais buat stok. At least, malam-malam boleh makan. Then, boleh buat bekal untuk breakfast. Beginilah hidup bujang, lapar-lapar grab je buah dan makan. Kalau rajin sangat baru masak yang beria. Hehe


Untuk korang yang buat business kedai makan, peniaga kuih, atau yang meniaga kecil-kecil an seperti caterer, aku suggest korang datang beli barang kat sini. Beli banyak-banyak pada harga borong, memang menjimatkan. Yang penting barang fresh dan berkualiti! 


Dalam duk nak beli Kerang, sotong dan buah-buahan je, tengoklah apa jadi? Hampir penuh juga separuh troli tu, hahaha. Make sure kalau nak datang shopping di Segi Fresh Market, bawa plastic bag atau bag sendiri untuk isi barang. Kalau tak nak bayar extra untuk plastic bag, boleh juga beli bag khas Segi Fresh. Next time, boleh reuse balik untuk shopping. Save environment, let's Go Green! 


Mesti korang tertanya-tanya, betul ke orang bujang pun gi shopping barang basah? Nah, mai nak share antara juadah yang aku sempat masak dengan barang basah yang dibeli dari Segi Fresh. Antaranya Kerang rebus, sotong goreng kunyit dan soda herbs. Menu simple-simple je. Kadang-kadang, boring juga asyik makan kat luar je. Sekali-sekala, kena juga masuk dapur dan masak sendiri apa yang kita teringin nak makan. Bila kita masak sendiri, bukan nikmat kenyang je kita rasa. Tapi, more to self-satisfaction!


Jadi, kalau korang pun plan nak masak-masak atau buat pot luck, kalau nak cari dan beli barang basah dan barang dapur, aku suggest pergi beli di Segi Fresh. Banyak je cawangan dia di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ni. Untuk maklumat lanjut tentang Segi Fresh dan promosi terkini, korang boleh kunjungi website dan laman sosial media Segi Fresh seperti berikut:

Website: 

Facebook: 

Instagram: 

Post a Comment

2 Comments

  1. wohh lama x singgah sini! hahaha TAKDE TAKDE SKG NI CITER DIA SOTONG SEGAR GILER TU apsal x sampai kota dem ni???

    ReplyDelete
  2. Kita tak memasak kat rumah selalu makan luar je. Tapi bolehlah suggest member-member yang rajin masak beli kat sini. Nampak segar-segar belaka pulak tu. Hihi.

    ReplyDelete