REALME C2 LARIS DIJUAL SEMPENA JUALAN SHOPEE BRANDS FESTIVAL

realme C2 mendapat sokongan padu dan menggalakkan daripada rakyat Malaysia pada ‘realme Day’. Sebanyak 1000 unit realm C2 dijual pada 5 Ogos 2019 sahaja bersempena dengan Jualan Shopee Brands Festival.


Shopee Brands Festival dan realme Day diadakan untuk meraikan bulan Merdeka. Dengan kerjasama antara realme Malaysia dan Shopee Malaysia, ia menawarkan jualan telefon pintar eksklusif pada Hari realme atau ‘realme Day’ pada 5 Ogos 2019. Jualan realme Malaysia telah mencapai keputusan terbaik di mana 1000 unit realme C2 telah berjaya dijual. Paling menakjubkan, 500 unit dijual dalam masa 30 minit sahaja.


"Kami di realme Malaysia sangat berterima kasih kepada rakyat Malaysia di mana senantiasa menyokong produk kami. Rakyat Malaysia tidak sabar-sabar untuk membeli dan mendapatkan telefon pintar dengan harga berpatutan. Kami yakin bahawa realme Malaysia akan terus melangkah ke hadapan dengan mengeluarkan pelbagai jenis telefon pintar. Kami juga gembira dapat bekerja dengan Shopee atas peluang ini untuk rakyat Malaysia”

Tiffany Teh, 
Brand Manager, 
realme Malaysia. 


Rakyat Malaysia berpeluang untuk membeli telefon pintar realm C2 (2 + 16GB) pada harga yang berpatutan iaitu RM349. 50 orang pelanggan pertama layak menerima kad SD dan barang ‘merchandise’ realme. 


"Pembeli hari ini membeli telefon bimbit dalam talian (online) kerana mereka dapat memilih dari pelbagai model yang sesuai dengan keperluan dan keinginan mereka hanya dari rumah mereka. Keyakinan mereka untuk membeli telefon pintar di Shopee adalah bukti bahawa platform kami adalah dipercayai dan selamat. Yang menggembirakan lagi apabila pembelian dibuat tiada caj penghantaran. Ianya dihantar secara percuma. Kami gembira dapat menawarkan pelbagai promosi di platform kami untuk pengguna Shopee, yang pada masa ini berjumlah kira-kira 20 juta, sambil menganjurkan kempen seperti Hari realme atau ‘realme Day’. Kami ingin mengucapkan tahniah kepada realm mengenai jualan yang mengagumkan dan menantikan lebih banyak kerjasama dengan mereka, "

Marianne Chuo, 
Marketing Lead, 
Shopee Malaysia. 


Sesuatu yang amat membanggakan buat realme di mana mereka berjaya mencatat jualan sebanyak 500 unit realme C2 dalam masa 30 minit dengan harga serendah RM349. Sungguh memberangsangkan! 


realme Day atau Hari realme lebih dikenali dengan ‘realme Day’ diadakan sempena dengan Shopee Brands Festival. Ianya berlangsung sehingga 18 Ogos 2019 di mana pengguna yang berbelanja di Shopee Mall bakal menerima tawaran dan promosi menarik. 


Pelanggan bakal menikmati tawaran dari serendah RM1 setiap hari untuk jenama kegemaran mereka semasa ‘Shocking Sale’. Caranya mudah saja, dapatkan baucar Surprise Hour 50% diskaun dan hadiah apabila membeli produk terpilih. Pembelian melalui Shopee Mall hadir dengan pulangan percuma selama 15 hari, jaminan keaslian 100% dan penghantaran secara percuma. 

Tertakluk kepada terma dan syarat. 


Untuk mengetahui tentang promosi terkini dan maklumat yang lebih lanjut berkenaan dengan realme, sila layari http://bit.ly/realmeshp.

Post a Comment

0 Comments