CYBER ECO HUNT 2019 ANJURAN ALAM FLORA & DHES

Ini pengalaman pertama aku menyertai Cyber Eco Hunt anjuran Alam Flora dan DHES. Sebelum ini, aku pernah turut serta dalam City Hunt dan Zero Carbon Challenge Eco Hunt. Bezanya, kedua-dua Hunt  yang dianjurkan oleh Alam Flora dan DHES sebelum ini adalah secara berkumpulan iaitu 4 orang untuk 1 team. Untuk edisi kali ini memang cukup berbeza. Dalam Cyber Eco Hunt 2019, kami dinilai secara individu mengikut kategori yang dipertandingkan iaitu Key Opinion Leader (KOL), influencers dan Blogger. Semua tugasan adalah melalui laman social media iaitu Instagram dan Instagram Stories. 


Memandangkan peluang macam ni bukan datang selalu, aku sanggup ambil cuti sehari semata-mata untuk turut serta dalam Cyber Eco Hunt 2019. Seperti dalam hunt-hunt sebelum ini, setiap kali hunt yang aku sertai pastinya aku akan dapat kutip pengalaman dan ilmu baru. Menang kalah itu adat bertanding. Cuma, untuk setiap hunt yang aku sertai, prinsip aku adalah buat sehabis baik. Seboleh-bolehnya, tak mahu lah balik dengan tangan kosong. Betul tak? Apapun, itu semua bergantung kepada rezeki dan nasib. Yang penting, kita enjoy. Buat dan belajar sesuatu yang baru. 


Untuk kesempatan kali ini, aku nak share serba-sedikit tentang pengalaman aku sendiri menyertai Cyber Eco Hunt 2019. Mungkin korang tertanya-tanya, apa manfaatnya kalau join Cyber Eco Hunt ni? Okey, jom baca pengalaman aku. Dari situ, mungkin korang dapat sedikit-sebanyak ilmu tentang alam sekitar. 


Task 1: Square footage Calculator

Tugasan pertama memberi ruang kepada kami sebagai peserta untuk mencuba sendiri Floor Polisher Machine. Nampak macam mudah bila tengok staff cleaner rang buat. Tapi, bila kita nak buat sendiri, fuh mencabar jugak. Terpusing-pusing 360° kat situ. 

Selain itu, tugasan pertama juga mengkehendaki kami kira kos untuk mencuci bahagian yang ditanda mrnggunakan kadar 25 sen per square feet. Hah, kena guna skills matematik untuk menjawab soalan kali ni. Actually, apa yang cuba nak disampaikan adalah tentang perkhidmatan mencuci lantai yang disediakan oleh pihak DHES. 


Task 2: Gardener's Life

Tugasan ke-dua kami di DRB-HICOM adalah tentang Gardener's Life. Kami dibekalkan dengan pelbagai alat untuk membersihkan kawasan Taman. Antaranya adalah mesin rumput, blower dan pencakar. 

Untuk tugasan ini, aku berpeluang untuk belajar cara nak handle blower dan cara nak guna untuk bersihkan kawasan laman daripada daun-daun kering dan sampah sarap. Biasanya, aku tengok abang-abang Alam Flora yang duk buat kerja di pagi-pagi di tepi jalan, kali ini aku sendiri buat. Satu pengalaman indah yang tak akan aku dapat dari mana-mana kecuali di Cyber Eco Hunt 2019.


Task 3: Creative Campaign

Untuk tugasan seterusnya, kami semua berkunjung ke River of Life. Menurut pihak Alam Flora, antara sampah-sarap yang sentiasa ditemui di sekitar kawasan River of Life adalah plastik pembungkus makanan seperti roti dan botol minuman. Kebanyakannya dibuang merata-rata dan ada yang dibuang di tepi-tepi tong sampah. Jadi, untuk tugasan kali ini, kami dikehendaki menghasilkan satu kempen kreatif untuk mengajak masyarakat di luar sana untuk membuang sampah di tempat yang sepatutnya. 


Task 4: Love Food Hate Waste

Seterusnya, kami singgah makan tengah hari di Boutique Cafe yang terletak di Muzium Tekstil Kuala Lumpur. Apa yang special dengan hidangan makan tengah hari kali ini adalah ia dihidangkan dalam bekas makanan. 


Apa yang cuba diaampaikan untuk tugasan kali ini adalah untuk Bring Your Own Lunch Container (BYOLC). Selain itu, kami digalakkan untuk makan semua makanan sampai habis untuk mengelakkan pembaziran, Love Food Hate Waste! 


Task 5: 3R on Wheels

Kemudian, kami menuju ke Apartment Presint 9,Fasa 7 untuk aktiviti bersama komuniti. Kali ini, kami dibekalkan dengan sebotol minyak masak dan satu pek karipap. Setiap peserta dibahagikan mengikut kumpulan dan dibantu oleh seorang surirumah.


Kami bersama Puan Zuridah. Banyak yang kami belajar tentang cara untuk menguruskan sisa buangan di rumah terutamanya minyak masak yang telah digunakan. Sebelum ini, lepas masak biasanya aku akan terus buang minyak masak ke dalam sinki. Rupa-rupanya, kaedah itu tidak bagus untuk alam sekitar. Di sini, aku belajar bagaimana minyak masak yang telah digunakan boleh dijual sebagai bahan Kitar semula. 




Satu inisiatif terbaru dari pihak Alam Flora dan DHES, mereka menyediakan kenderaan 3R ON WHEELS untuk pergi ke kawasan penempatan dan membeli bahan Kitar semula. Contohnya, minyak masak dibeli pada harga RM1.10 untuk 1KG.


Selain Wang tunai, mereka juga akan mendapat mata ganjaran Kad Mesra PETRONAS untuk dikumpul seterusnya digunakan untuk menebus pelbagai barangan. 


Task 6: Separation at source

Tugasan terakhir kami adalah di Pusat Kitar Semula Komuniti, Presint 9. Di sini kami dikehendaki scan bar code dan mencari Lokasi untuk mendapatkan satu bungkusan sampah. 


Seterusnya, kami dikehendaki mengasingkan sampah-sarap tadi mengikut jenis iaitu plastik, kertas, dan tin. Selepas ditimbang, kami dibayar mengikut berat sampah yang diserahlan. Jadi, untuk korang yang mempunyai banyak bahan Kitar semula, boleh datang jual kat sini. 


Kalau nampak tong sampah yang Warna-warni dan memerlukan kita untuk asingkan sampah ikut jenis, jangan abaikan. Sebabnya, sampah-sarap semua ini akan dikumpul dan dikitar semula di kawasan khusus. 



Task 7: Integrated Recycling Facility (IRF) 

Di sini lah tempat yang membuatkan kita semua celik mata tentang proses pengurusan sampah. Dikumpulkan di satu tempat iaitu di Integrated Recycling Facility (IRF), semua sampah dikelaskan mengikut jenis. Kemudian, ia dibungkus mengikut jenis dalam satu bundle untuk dihantar ke tempat pemprosesan. Dan untuk pengetahuan korang, IRF adalah pertama di Malaysia yang menjalankan proses pengurusan sampah end to end. 



Keputusan Cyber Eco Hunt 2019


Walaupun aku tak menang Top 3, tapi aku bersyukur sebab at least sangkut juga satu kategori iaitu kategori Love Food Hate Waste. Seriously, tak mudah nak jadi multitasker dalam hunt macam ni. Nak record video, nak snap gambar, nak buat editing, nak taip captions dan nak publish. Semuanya kena seiring dan sejalan. Semuanya kena cepat. Untuk Cyber Eco Hunt kali ini, aku belajar banyak benda baru. Aku rasa, ini salah satu platform terbaik untuk aku lebih bersedia untuk hunt yang mendatang. 


Apapun, aku nak ucapkan tahniah kepada semua pemenang. You guys deserved to win for your creativity and hard work! Berikut keputusan penuh Top 3 untuk setiap kategori bagi Cyber Eco Hunt 2019.

Key Opinion Leader (KOL) 

1. Fahmy
2. Jaslin Puasa
3. Faiz Dickie

Influencers

1. Tian Chad
2. Kairulnizam
3. Nizamarchibald

Bloggers

1. Neyra Syazira
2. Uncle Hong
3. Amir Nawawi


Semoga aktiviti bermanfaat dan penuh ilmu ini akan diteruskan lagi di masa akan datang. Tahniah buat Alam Flora dan DHES kerana sentiasa cakna dalam memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan masyarakat setempat dengan penganjuran aktiviti seperti Cyber Eco Hunt macam ni. Keep it up! 

Post a Comment

0 Comments