#FUNRUNZAHRAN2019 HEART FOR HEART FUN RUN 2019 MEGAKLINIK ZAHRAN

Jujurnya, ini pertama kali aku tahu tentang kewujudan larian santai Heart for Heart Fun Run 2019 yang dianjurkan oleh Kumpulan Megakliik Zahran di Bandar Baru Bangi. Aku selalu juga join larian di sekitar KL/Selangor, cuma untuk run kali ini aku tak sempat register. Menyesal tak join bila tengok suasana event meriah giler! Bila ada member cakap dah pernah join Fun Run Zahra sebelum ini, aku pun rasa aku patut join untuk next Fun Run Zahra tahun depan. Jom!


Actually, Fun Run Zahran 2019 adalah tahun ke-tiga penganjurannya. Mula dianjurkan pada tahun 2017 dengan 600 orang penyertaan. Kemudian diteruskan lagi pada tahun 2018 dengan 1000 orang penyertaan. Untuk tahun 2019, sambutan memang di luar janggkaan dengan penyertaan seramai 1500 orang. Fuh, terbaik! Semoga inisiatif Megaklinik Zahra untuk menggalakkan masyarakat setempat mengamalkan gaya hidup sihat sekaligus mendekati masyarakat dengan acara santai macam ni akan diteruskan untuk tahun-tahun akan datang. 




Apa yang lagi menarik tentang Fun Run Zahran, selain kategori yang ditawarkan terbuka kepada semua lapisan masyarakat termasuklah untuk kanak-kanak. Peserta boleh menyertai kategori 3KM, 5KM ataupun 10KM. Untuk penganjuran Fun Run 2019, ia lebih meriah bila disertai barisan selebriti yang hadir untuk memberi sokongan dalam usaha menghangatkan lagi kempen amalan gaya hidup sihat oleh pihak Megaklinik Zahran. Antara selebriti yang ada adalah Ashraff Muslim, Radin (Radio ERA), Falyq Hikyle (Penyampai Radio Zayyan) dan Ikhwan Fatanna. Memang havoc event Fun Run Zahran 2019, lagi-lagi dengan celoteh dua penyampai radio hebat iaitu Radin dan Falyq Hikyle bergabung! Tak kering gusi dibuatnya.



Aku sempat bertemu mata dengan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Megaklinik Zahran, Encik Nafidz Razak dan bertanyakan beberapa soalan berkaitan penganjuran Fun Run Zahran. Ye lah, jarang nak dengar klinik menganjurkan acara larian macam ni. Betul tak? Biasanya, orang pergi klinik bila demam atau sakit. Kali ini, kita dapat tengok sendiri berduyun-duyun orang datang memenuhi perkarangan klinik seawal pagi untuk menyertai larian. Amazing! Menurut Encik Nafidz Razak, penganjuran acara larian tersebut adalah salah satu inisiatif pihak Megaklinik Zaharan untuk mendekati pelanggan termasuk masyarakat setempat.


Di kesempatan ini, aku nak share beberapa info menarik tentang Fun Run Zahran dan Megaklinik Zahran yang telah dikongsikan oleh Encik Nafidz Razak. Cekidout!
  1. Belum ada lagi mana-mana klinik yang menganjurkan program menarik seperti ini dan hanya beroperasi sebagai sebuah klinik kesihatan semata-mata. 
  2. Satu prinsip yang dipegang, "Kami mahu menjadi yang pertama dalam apa juga perkara" dan salah satunya menerusi usaha sebegini. Pioneer dalam menjayakan event seperti Fun Run!
  3. Kami mahu bergerak sebagai sebuah klinik atau jenama yang berbeza daripada yang lain yang mampu memberi khidmat pada masyarakat dalam cara tersendiri
  4. Sebelum ini cuma dianjurkan untuk masyarakat setempat Bandar Baru Bangi, tahun ke-tiga menyaksikan banyak penglibatan daripada peserta dari luar daerah
  5. Memuji sokongan yang diberikan oleh beberapa selebriti yang hadir antaranya Ashraff Muslim, Ikhwan Fattana dan termasuklah rakan-rakan artis dakwah di bawah naungan Badak United
  6. Kekuatan kami adalah menerusi pelanggan korporat. Kami percaya dalam usaha untuk mengembangkan lagi jenama Megaklinik Zahran dan dalam masa yang sama untuk lebih dekat dengan masyakarat, program juga harus dilakukan secara menyeluruh termasuklah menerusi penglibatan golongan artis, selebriti media sosial dan juga pihak media especially dalam penganjuran program menarik, santai dan menyeronokkan seperti ini
  7. Mahu terus membawa dan mengangkat mesej hebatnya jenama Melayu, hebatnya jenama Islam sehingga ke peringkat luar dan sesuai dengan imej Megaklinik Zahran sebagai klinik bumiputera dan Islamik pertama di Malaysia





Bila aku tengok kemeriahan Fun Run Zahran 2019, semangat aku semakin membuak-buak untuk join tahun depan. Dari segi penajaan, bagi aku memang cukup lengkap. Kalau dah ada lori Milo, Adabi, dan beberapa jenama lain yang membuka booth di perkarangan Megaklinik Zahran, event ni dah boleh capai status MEGA! Siap ada persembahan nyanyian, larian disertai selebriti dan YB, baju larian cantik, medal pun cantik, dan paling best hadiah yang ditawarkan memang cukup lumayan!


Selain acara larian, 81 peserta yang mengikuti kempen Heart For Heart Fun Run kali ini juga membawa pulang pelbagai hadiah menarik dan lumayan dengan nilai keseluruhannya bernilai RM25,000. Paling mengejutkan, peserta cilik telah diumumkan sebagai pemenang utama cabutan bertuah dengan memenangi percutian ke Bali. Murah rezeki adik ni, boleh bawa mak ayah pergi  bercuti ke Bali.


Selain hadiah utama iaitu pakej percutian ke Bali, Indonesia, pemenang cabutan bertuah yang lain memenangi pelbagai barangan kelengkapan rumah seperti sebuah peti sejuk dan televisyen 40 inci. Banyak lagi hadiah menarik yang ditawarkan. Pendek kata, semua yang datang pulang dengan senyuman.





Untuk kategori larian pula, pihak Megaklinik Zahran menawarkan hadiah wang tunai untuk setiap kategori lelaki dan wanita iaitu 3KM, 5KM dan 10KM dengan jumpah keseluruhan bernilai RM8,000. Jadi, kalau korang competitive runner, boleh la join Fun Run Zahran next year. Kalau nak berlari santai pun boleh, mana tahu ada rezeki menang hadiah cabutan bertuah. Apapun, yang penting kita semua "have fun" dan beriadah untuk gaya hidup yang sihat.


Alang-alang bercerita tentang Megaklinik Zahran, aku nak share tentang program menarik menjelang hujung tahun 2019 menerusi penganjuran Mega Sunathon dengan sasaran lebih 1,000 kanak-kanak lelaki untuk dikhatankan dalam tempoh sebulan. Jadi, sesiapa yang nak khatankan anak lelaki hujung tahun ini, bolehlah tengok pakej menarik yang dirtawarkan oleh pihak Megaklinik Zahran.


Megaklinik Zahran mempunyai lima cawangan di Selangor iaitu di Seksyen 7, 8 & 9 Bandar Baru Bangi, Bandar Teknologi Kajang dan Bandar Tun Hussein Onn. Selain itu, Megaklinik Zahran memiliki sebuah cawangannya di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, Akan datang, Megaklinik Zahran akan memulakan operasi di beberapa cawangan baharu bermula awal tahun depan di beberapa lokasi lain termasuklah Cyberjaya, Putrajaya, Melaka dan Johor Bharu.


Apapun, kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Kumpulan Megaklinik Zahran. Semoga lebih banyak program dan inisiatif yang akan dibuat bersama masyarakat setempat. Btw, kami dah ready untuk join #FunRunZahran next year. Eh!


Tahukan anda?
  1. Megaklinik Zahran tak guna sistem nombor seperti klinik-klinik lain? Megaklinik Zahran menggunakan online booking. Jadi, tak payah ambil nombor dan mereput di klinik tunggu giliran seperti biasa. Kita boleh just ambil nombor dari rumah, then tunggu. Dah nak sampai turn kita, baru kita gi klinik. Ohsem. Save big time!
  2. Megaklinik Zahran mengetengahkan konsep lebih santai, fun dan leisure! Kalau melangkah masuk ke mana-mana Megaklinik Zahran, kita tak rasa macam masuk klinik.
  3. Megaklinik Zahran menyediakan bilik rawatan sementara yang mempunyai katil untuk pesakit seperti hospital. Dan rawatan seperti drip boleh dilakukan di Megaklinik Zahran untuk pesakit denggi dan lain-lain tanpa perlu dibawa ke hospital. Pesakit akan dikawal selia sehingga stabil sebelum dibenarkan untuk dibawa pulang

Untuk maklumat lanjut berkaitan Megaklinik Zahran, korang boleh kunjungi website megaklinikzahran.my

Post a Comment

0 Comments