GARCI-PRO MELEGAKAN KEBAS DAN LENGUH BADAN, ATASI STRESS FIZIKAL!

Pernah tak korang rasa sengal-sengal badan? Walhal, korang tak buat kerja-kerja fizikal yang berat seperti angkat barang ataupun aktiviti fizikal yang lasak. Percayalah, sebenarnya korang sedang mengalami stress. Aku sendiri alami masalah yang sama terutama sekali semenjak kena Work From Home (WFH). Kemungkinan besar akibat tuntutan kerja lebih masa, tak cukup rehat dan duduk terlalu lama di depan laptop semasa hari kerja. Akibatnya, aku jadi sakit-sakit badan dan sengal-sengal tulang. Kemudian, badan jadi cepat letih dan mengalami masalah susah nak tidur. Sepanjang PKP ni, dah dua tiga kali demam sebab tak cukup rehat.


Bila aku baca artikel mengenai stress, actually stress terbahagi kepada dua iaitu stress emosi dan stress fizikal. Apa yang boleh aku katakan, sekarang aku mengalami stress fizikal. Kalau stress emosi tu macam korang akan rasa kemurungan ataupun depression. Kalau korang tergolong dalam kategori ni, korang perlu dapatkan seseorang untuk berkongsi masalah ataupun jumpa pakar. Alhamdulillah, dari segi emosi aku masih lagi stabil. Nauzubillah! Semoga terus-menerus macam ini. Cuma dari segi fizikal, aku ada mengalami beberapa symptoms yang disenaraikan dalam stress fizikal. Antara bahagian badan yang selalu aku rasa sengal dan kebas adalah bahagian leher dan bahu. Risau juga takut makin melarat.


Alhamdulillah, finally aku jumpa satu produk gel untuk sapu yang dapat melegakan sengal-sengal tulang dan lenguh-lenguh badan. Sekaligus dapat membantu aku untuk mengatasi masalah stress fizikal. Jangan buat main-main ye benda ni. Ia akan effect kita punya lifestyle especially waktu tidur dan kesihatan secara total. Jadi, kalau ada simptom-simptom tadi, cepat-cepat dapatkan solusi. Hasil recommendation daripada member-member, aku dapatkan Gel Garci-Pro. Aku cuba guna sendiri untuk uji keberkesanan produk Gel Garci-Pro dalam mengatasi masalah yang aku alami. Suprisingly, it works very well for me!

GEL GARCI-PRO


Cara nak apply Gel Garci-Pro pun mudah je. Hanya perlu picit sedikit gel dan sapu pada bahagian yang kita rasa kebas atau lenguh-lenguh. Kemudian, urut perlahan-lahan. Kalau ada orang tolong urut lagi best. Seriously, lepas sapu gel ini, aku rasa sangat lega dan selesa. Gel Garci-Pro ni telah memberikan impak yang sangat melegakan. Mula-mula gel disapu, kita akan rasa berangin. Kemudian, ia akan bagi cooling effect. Biasanya aku akan apply bila aku rasa lenguh-lenguh badan time kerja. Nak lagi best, selalu aku apply gel ni sebelum tidur. Cooling effect tu akan bagi kelegaan dan boleh membantu aku untuk tidur lena. Sometimes, kita susah nak tidur bukan sebab apa. Faktor utama kerana badan kita terlampau penat dan badan kita rasa lenguh-lenguh menyebabkan kita rasa resah dan gelisah. Bila sapu gel ni, rasa berangin dan sejuk tu membuatkan kita rasa relax dan chill!


Untuk korang yang selalu mengalami kebas, aku memang cadangkan korang cuba guna produk ni. Semenjak aku guna Garci-Pro ni, memang aku selalu bawa kalau nak ke mana-mana dalam bagpack. Nak balik kampung ke Kelantan, hatta nak pergi travel ke Pulau Tioman tempoh hari pun aku bawa. Kebiasaanya bila travel, aku akan mengalami lenguh-lenguh kaki dan betis sebab banyak berjalan. Jadi, sebelum tidur aku akan apply di bahagian pergelangan kaki dan betis. Memang lega!


Then, kalau korang ada mengalami kebas untuk tempoh kurang dari 6 bulan, korang dinasihatkan untuk sapu Gel Garci-Pro 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam sebelum tidur. Kalau korang mengalami kebas dah lebih dari tempoh setahun ataupun untuk sesiapa yang mengalami stroke, dinasihatkan untuk sapu Gel Garci-Pro dengan lebih kerap iaitu 4 jam sekali. Cubalah guna produk ni, kita sama-sama ikhtiar untuk sembuhkan penyakit yang kita alami. Badan nak pakai lama, jadi kena jaga betul-betul. Prevention is better than cure! Kalau duit banyak sekalipun, kaya-raya tetapi kalau dah sakit tak boleh buat apa-apa, tak guna juga kan? Duit boleh dicari, tetapi kesihatan dan nyawa? Hidup hanya sekali!


So far, personally produk Gel Garci-Pro ni serasi dengan diri aku sendiri. Lebih meyakinkan aku, time balik kampung di Kelantan tempoh hari, aku cuba bagi mak dan adik-beradik untuk try guna. Alhamdulillah, semua bagi feedback positif. Semua cakap best sebab rasa lega, berangin dan sejuk. Lagi seronok, bila bangun tidur keesokan harinya lenguh-lenguh badan akan hilang dan badan akan jadi lebih ringan. Actually, gel ini mampu melancarkan peredaran darah dalam saluran darah dan saraf. Lagi satu, gel ini mudah meresap ke dalam kulit kerana dihasilkan menggunakan teknologi nano. Memang selesa bila disapu pada kulit, tak melekit. Plan cuti Raya Haji nanti, bolehlah beli lagi untuk bawa balik kampung untuk mak dan family di Kelantan.


Lagi satu kisah benar tentang Gel Garci-Pro ni semasa trip ke Pulau Tioman. Ketika dalam perjalanan ke Ali's Waterfall, ada member terjatuh time jungle trekking sebab jalan licin. Jadi, sebelah malam tu dia rasa tak sedap badan dan nak demam. Katanya rasa sakit di bahagian bahu dan tak dapat nak tidur. Kebetulan, aku teringat aku ada bawa Gel Garci-Pro dalam backpack. Tanpa fikir panjang, aku offer suruh dia try sapu di bahagian yang rasa sakit tu. Alhamdulillah, lepas sapu dia cakap rasa lega sikit dari kesakitan, tidur pun lena dan bangun keesokan harinya dia cakap memang rasa perubahan. Alhamdulillah, ada hikmah juga aku bawa gel ni merata-rata tempat. Sometimes, bukan untuk kita semata-mata tetapi untuk orang-orang sekeliling kita juga.


Konklusinya, Gel Garci-Pro tidak melekit, highly water based dan lebih pantas menyerap. Dari segi kesan selepas digunakan, ia tidak panas dan memberi rasa berangin dan sejuk. Paling penting, bau gel ni memang menyegarkan (aromaterapi). Ini bukan ayat buku teks, ini adalah fakta dari kami semua yang dah guna dan rasai sendiri gel ni. Pendek kata, ia bukan sekadar dapat membantu kehidupan seharian kita untuk jadi lebih sihat dalam membantu proses rawatan rasa kebas dan sakit sendi, malah ia diperbuat daripada 100% bahan alam semulajadi. Selamat dan berkesan!


Kelebihan Gel Garci-Pro

  1. Rasa sejuk dan tak panas
  2. Tekstur tidak melekit dan bau menyegarkan (aromaterapi)
  3. Pantas meresap dalam kulit dan tak berminyak langsung
  4. Merawat saluran darah dan saraf yang rosak penyebab kebas
  5. Melancarkan aliran darah di bahagian kebas
  6. Mengelak risiko strok dan serangan jantung mengejut
  7. Merawat sakit-sakit badan
  8. Membuang angin dalam badan
  9. Mendapat kelulusan KKM


Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa kandungan bahan sebenar dalam Gel Garci-Pro? Okey, kat bawah ni aku senaraikan kandungan bahan dalam Gel Garci-Pro untuk pengetahuan tambahan buat semua.
  1. Minyak Kayu Putih
  2. Apple Hijau
  3. Tea
  4. Argan Oil
  5. Aloevera
  6. Pepper Mint

Gel Garci-Pro sesuai digunakan oleh golongan lelaki mahupun wanita terutama sekali yang mempunyai masalah seperti sakit kebas, saraf, lutut, tumit, strok dan sebagainya. Selain itu, gel ini amat sesuai untuk ahli sukan atau individu yang aktif. Jadi, kalau korang tergolong dalam kategori yang disenaraikan di bawah, dinasihatkan korang untuk cuba sendiri guna produk ni.
  1. Kebas kaki dan tangan
  2. Sakit dari pinggang ke bawah
  3. Lenguh tengkuk/leher
  4. Sakit lutut
  5. Sakit dan lenguh sendi
  6. Strok separuh badan
  7. Frozen Finger
  8. Frozen Shoulder
  9. Sakit Saraf
  10. Sakit tumit menyucuk
  11. Angin dalam badan


Manfaat Gel Garci-Pro 

  1. Membantu proses rawatan kebas pada anggota badan
  2. Membantu proses melancarkan pengaliran darah dan merawat salur darah tersumbat
  3. Membantu proses melegakan kekejangan otot
  4. Membantu proses melegakan sakit urat dan sendi
  5. Membantu proses
  6. Melegakan pening kepala
  7. Melegakan selsema
  8. Melegakan sakit perut/senggugut

CP TONGKAT ALI PLUS

Selain produk Gel Garci-Pro yang aku ceritakan tadi, pihak ISG GLOBAL SOLUTION iaitu syarikat Bumiputera yang telah beroperasi sejak tahun 2016 ada mengeluarkan satu lagi produk iaitu Herba CP Tongkat Ali Plus. Jangan risau, syarikat ini merupakan syarikat yang berdaftar dengan No.pendaftaran syarikat MISG GLOBAL SOLUTION : 002987910-M. Produk yang dipasarkan juga mendapat pengiktirafan dan kelulusan KKM. So, don't worry okey! Bukan produk timbang kilo ataupun produk cikai-cikai. Produk ini semestinya dijamin selamat!


Untuk korang yang perlukan supplement tambahan untuk mengatasi masalah sendi, otot, lenguh-lenguh badan dan seumpamanya, satu lagi alternatif yang korang ada adalah dengan consume kapsul CP Tongkat Ali Plus. Kalau gel hanya perlu sapu, kapsul ini perlu kita telan dua kali sehari. Mesti korang nak tahu apa kandungan bahan CP Tongkat Ali Plus, fungsi kapsul ni dan siapa yang disyorkan untuk makan kapsul ni kan? Jadi, alang-alang aku cerita pasal produk ni, aku sertakan sedikit-sebanyak info tambahan untuk bacaan korang semua. Check it out!

Kandungan Herba CP Tongkat Ali Plus

  1. Tongkat Ali
  2. Patawali
  3. Herba Kayu Manis

Fungsi dan kegunaan

  1. Menguatkan otot sendi dan lutut
  2. Merawat sengal-sengal tulang dan sakit badan
  3. Melawaskan pembuangan Asid Urik
  4. Merawat urat saraf
  5. Membantu mencairkan darah
  6. Membersihkan saluran darah tersumbat
  7. Memberi tenaga tambahan
  8. Mengurangkan keletihan dan kelesuan
  9. Menurunkan paras gula dalam darah
  10. Membersihkan badan daripada toksin
  11. Membantu merawat masalah kebatinan untuk kaum lelaki

Saya perempuan, boleh ke saya makan kapsul Tongkat Ali ni? Bukan ke Tongkat Ali ni untuk lelaki saja ke? Sabar! Korang kena baca senarai di bawah untuk tahu siapa yang sesuai untuk amalkan produk Herba CP Tongkat Ali Plus.
  1. Lelaki dan wanita yang mempunyai masalah seperti sakit sendi badan
  2. Mereka yang sakit lutut ketika solat
  3. Mereka yang sakit urat ketika lakukan kerja seharian
  4. Mereka yang rasa sengal-sengal tulang
  5. Mereka yang sakit lutut dan kaki ketika mendaki
  6. Mereka yang ada masalah kencing manis, darah tinggi dan kolesterol

Jadi, kalau korang tergolong dalam kategori yang sentiasa mengalami sakit sendi, sakit lutut, sakit otot, sendi bengkak, sakit urat dan saraf, sakit pinggang, lenguh badan, sengal-sengal tulang, kebas dan kejang urat, amat disyorkan untuk korang cuba consume produk CP Tongkat Ali Plus.


Kelebihan Herba CP Tongkat Ali Plus

  1. Berkesan untuk sakit sendi, lutut dan otot
  2. Memberi tenaga tambahan
  3. Herba cepat meresap dan merawat dari dalam badan
  4. Mempunyai kelulusan KKM dan selamat diamalkan


Cara penggunaan

  1. CP Tongkat Ali Plus adalah dalam bentuk kapsul yang mudah dan senang untuk dibawa ke mana-mana. Sebotol mengandungi 60 kapsul.
  2. Amalkan pengambilan 2 biji pagi dan 2 biji malam selepas makan
  3. Banyakkan minum air suam untuk percepatkan proses herba meresap dalam badan
  4. Sekiranya sakit sendi, otot atau lutut dah berkurang, boleh kurangkan pengambilan dos jika perlu (2 biji sehari)

Memandangkan sekarang aku ada masalah sakit pinggang, jadi aku pun dah start consume CP Tongkat Ali Plus. Bila kerja di pejabat boleh duduk atas kerusi  yang selesa dan ergonomik. Tapi, bila dah start kerja dari rumah (Work From Home), duduk asal boleh je. Terpaksa duduk atas sofa di ruang tamu dengan portable table. Last-last, mendapat sakit pinggang. Selain itu, untuk atasi masalah cepat letih, aku rasa ini adalah pilihan yang tepat. So far so good. Ada perkembangan positif. Nak kerja pun lagi selesa bila sakit-sakit semua dah reda. Yang penting, boleh jadi lebih fokus dan produktif!

Kesan penggunaan

  1. Badan akan rasa lebih ringan (awal penggunaan)
  2. Sakit sendi dan lutut semakin berkurang
  3. Badan lebih bertenaga
  4. Tidak mudah letih atau lesu
  5. Boleh melakukan kerja-kerja seharian dengan lancar
  6. Paras gula dalam darah stabil

So guys, untuk korang yang berminat untuk mencuba sendiri produk Gel Garci-Pro ataupun CP Tongkat Ali Plus, korang boleh kunjungi website, facebook ataupun instagram mereka. Kalau nak tengok feedback ataupun testimoni daripada customers lain, korang boleh refer kat sana. Kat sini aku hanya bercerita tentang pengalaman peribadi aku sendiri. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk korang di luar sana terutamanya untuk korang yang tengah cari solusi untuk melegakan masalah sengal-sengal sendi, lenguh-lenguh badan dan stress fizikal. Masih lagi ragu-ragu? Jangan risau, beli je satu dulu untuk try. Gerenti puas hati!


Website

Facebook

Instagram

Post a Comment

0 Comments